Trafik

Wednesday, July 31, 2013

Menjelang Syawal, Hati-hati Di Jalan Raya (Odyssey Terbabas)




 

Johor Bahru
Lima mayat di sisi Johor Bahru: “Sejurus tersedar, saya lihat teman lelaki dan empat rakan lain tidak bergerak.

Saya sendiri tak boleh berbuat apa-apa kerana tersepit di dalam kereta. “Saya hanya mampu menangis kesakitan dan sedih mengenangkan nasib mereka,” kata Nor Syarifah Hazwani Bardaidi.

Gadis berusia 21 tahun itu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan meragut lima nyawa membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, semalam.

 Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, MPV dinaiki mereka terbabas ke penghadang jalan sebelum merempuh pokok dan tiang lampu, menyebabkan kelima-lima mangsa maut di tempat kejadian.

Foto NOR Syarifah Hazwani sebak menceritakan kejadian.

Mereka teman lelaki Nor Syarifah Hazwani, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, yang juga pemandu kenderaan itu, Hairul Adham Hamidan, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor’ain Alias, 23, dan Siti Sabariah Mohd Noorddin, 24.

sumber : mymetro

No comments:

Post a Comment