Trafik

Showing posts with label ganas. Show all posts
Showing posts with label ganas. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Pawang berjaya menakutkan Melayu dengan hantu 13 May

may13

Lucu, Melayu Telah Berjaya Dihantukan! Biasalah siapa yang berfikiran sempit dan otak lemah senang dimomokkan. 

Nak pulak jenis penakut dan hilang jati diri. Siapa punya kerja menakut-nakutkan mereka ini?

Bila melayu takut maka terpaksalah, tidak boleh tidak sokong parti Pawang yang hantar hantu jembalang, kalau tak sokong nanti 13 May berulang. Hantu jembalang tu pawang tu juga lah yang cipta. Khurafat.

Aku takut Allah bukan hantu...

Ramai kaum Melayu khuatir 13 May berulang
Faiz Adnan | December 16, 2014

Tinjauan mendapati 53 peratus daripada kaum Melayu khuatir trajedi berdarah 13 May akan berulang.

KUALA LUMPUR: Satu tinjauan oleh Merdeka Centre yang tidak disiarkan menunjukkan bahawa 53 peratus responden Melayu masih khuatir jika rusuhan kaum seperti yang pernah berlaku pada 1969 bakal berulang lagi.

Menurut laporan Malay Mail Online, berbanding responden Melayu, sebanyak 67 peratus responden China yang berdaftar yakin bahawa rusuhan kaum seumpama itu tidak akan berulang manakala 47 peratus kaum India pula sependapat dengan kaum Melayu.

Berdasarkan perspektif umur, 52 peratus daripada responden yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapat bahawa rusuhan kaum mungkin berulang dan 36 peratus yang terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas juga sependapat.

Sementara itu, sebanyak 52 peratus responden yang bekerja di sektor swasta atau menjalankan perniagaan percaya kemungkinan peristiwa itu berulang adalah tipis. Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian dilaporkan berkata, “Masyarakat Cina pada keseluruhannya sudah melupakan peristiwa 13 May, bagaimanapun tinjauan kami mendapati kaum Melayu masih terpengaruh dengan ketidakstabilan masa lampau.

ketinggalan

“Kemungkinan juga, keadaan ini berkait rapat dengan kekurangan dalam sektor ekonomi yang dirasai oleh masyarakat itu,” tambahnya. Ibrahim berkata demikian berdasarkan peningkatan kos sara hidup dan kekhuatiran masyarakat Melayu jika mereka terus ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa terdapat lebih separuh daripada mereka yang terdedah kepada media perdana dan 46 peratus yang menggunakan kemudahan internet merasakan bahawa ketidaksamaan ekonomi daripada peningkatan kos sara hidup mungkin menjadi pencetus kepada rusuhan kaum.

Menariknya, 61 peratus daripada mereka yang terdedah kepada media alternatif berpendapat rusuhan itu tidak akan berulang lagi. Beliau seterusnya berkata, sekiranya rusuhan kaum akan berlaku, ia akan bermula di tempat-tempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan di mana tahap ekonomi saling bersaing serta tempat-tempat yang mempunyai sejarah ketegangan kaum.

Nota : Bila Melayu ketinggalan dari sudut ekonomi maka salahkanlah pemerintah yang selama ini gagal memerintah dengan adil dan saksama, takkan nak salahka DAP...

Peranan Isis & geopolitik



Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Strategi ini muncul di Jerman dan diguna pakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula munculnya ISIS? ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankan empayar. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur seketika. Perang ideologi antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis tamat.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin, Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact (1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949. Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland – semua telah menjadi ahli NATO. 

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud di sekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strategi politik. Geopolitik sedang mengepung Rusia.

Justeru apa pula peranan ISIS setelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur. Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat untuk kegunaan strategi geopolitik kuasa imperial Amerika.

ISIS sedang digunakan sebagai buah catur dalam strategik geopolitik untuk mempertahankan empayar. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS. Saya ulangi sekali, dalam strategi geopolitik ini Amerika sedang mengepung kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strategi jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Jika Iraq sebuah negara pengeksport belacan ,pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Arab Saudi negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' di hadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kisah-kisah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak bertamadun, kolot, penindas perempuan. Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik teramat penting.

Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan. Daripada aspek salasilah, ISIS adalah kesinambungan daripada Al-Qaeda. Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelur, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar, Pakistan. Al-Qaeda sebahagian daripada budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union di akhir 70-an. 

Dalam geopolitik dunia hari ini, empayar Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkau dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel.

Mesir – kuasa terkuat negara Arab – telah masuk ke dalam poket Amerika semenjak zaman Anwar Saddat lagi. Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka daripada kuasa empayar. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel.

 Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran, tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil. Dalam masa yang sama Syria samenjak zaman Hafiz al-Assad menjalinkan hubungan baik dengan Rusia.

Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di pelabuhan Tartus, di wilayah milik Syria. Dalam strategi geopolitik, ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk menakut-nakutkan banyak negara.

Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang atau manufacturing consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda. Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang. Suasana selepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq.

Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam, walaupun Iraq tidak ada sangkut paut dengan ledakan WTC. Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru diluluskan oleh senat/kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang tidak disedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut – bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar.

Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat di lapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenaraihitamkan dan tidak boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Akta Patriot yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi peranan Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

 Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah, bergolek bantal bersama soldadu. Ini tidak pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini media Amerika telah sekatil dengan empayar Amerika.

 Di mana peranan ISIS sekarang? Ingat atau tidak apa terjadi pada petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah dituduh merampas lima tan senjata dan dimasukkan ke dalam tiga buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara. Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan tidak diyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa lima tan senjata boleh masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini boleh dibaca sebagai dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Mahathir Muhamad. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampuh. Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai sepuluh orang Reformis ditahan bawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah dengan ISIS? Al-Maunah ini dikatakan digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunkan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden, bekas pekerja Agensi Keselamatan Nasional membocorkan bagaimana badan risikan Amerika menyimpan semua e-mel dan panggilan telefon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS. Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia.

Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia tidak pernah melaporkan tentang 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Arab Saudi. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International. Dengan menghebohkan berita “ISIS penggal kepala”, maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama, berita seperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur serta mahu melihat dunia baru lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia, dengan fahaman Wahabi dan Salafi, sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Teluk telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiayai perang di Syria. Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masih tidak faham apa itu ISIS, biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Arab Saudi – barua Amerika yang paling kental.

Tanpa duit Saudi, ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu. Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober lalu, ISIS cawangan Sinai, Mesir membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Pada Jun 2011, Saudi menghantar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrian yang menolak keputusan pilihan raya.

Kenapa Saudi tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel? Akhirnya negara-negara di Eropah – Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru antipengganas. Walhal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. Tulisan TT, Sumber MK


Wednesday, November 26, 2014

Najib sealiran dengan Isis?



Pembentangan Kertas Putih bagi menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) oleh Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini mencetuskan perdebatan di kalangan ahli Parlimen apabila mereka membangkitkan "semangat" Isis perdana menteri dan sokongan terbuka menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap perjuangan kumpulan militan berkenaan.

Ketika sesi perbahasan Kertas Putih itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berjenaka mengatakan Najib menggesa ahli Umno "meniru semangat" kumpulan militan berkenaan beberapa bulan lalu di Kuala Lumpur.

Kamaruddin berkata, Hadi sebaliknya jelas melarang ahli PAS daripada menyokong perjuangan Isis. Kenyataan itu kemudiannya membuatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangun dan berkata menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Isis melalui laman media sosial miliknya.

"Menantu presiden PAS secara terbuka memuji tindakan Isis di media sosial. Dia gembira Isis menawan beberapa bandar di Iraq. Boleh semak di media sosial," kata Bung. "Presiden PAS arah lain, menantu dia pula arah lain," katanya. Najib Razak dalam satu jamuan makan malam Umno Cheras sebelum ini dilaporkan menggesa ahli parti mencontohi keberanian Isis dalam mengalahkan tentera Iraq walaupun dengan bilangan anggota lebih kecil.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isis yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” katanya.

Sementara Zaharuddin pula melalui laman Facebook beliau didakwa menyatakan sokongan terbuka kepada kumpulan militan itu. "Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. ~malaysian insider

Nota : PM sepatutnya dapat maklumat yang sebenar mengenai IS begitu juga TGHH, kena banyak baca dan merujuk kepada pakar... siapa Abu Bakar Al-Bagdadi pemimpin IS yang kemunculannya sangat meragukan dari salasilah kabilah yang mahjul tidak dikenali... apakah ia ciptaan CIA seperti Al Qaedah,.. Wallahuaalam.

Friday, November 14, 2014

1MDB Kuncu Israel, Astagfirullah...



Laporan akhbar-akhbar di Britain mendedahkan bagaimana PetroSaudi International (PSI) membayar Tony Blair lebih RM200,000 sebulan. PSI mendapat pinjaman berbilion ringgit dari 1MDB. Tahniah Najib Razak guna duit rakyat biaya 1MDB yang kemudiannya biaya Tony Blair yang banyak menekan rakyat Palestin sebagai wakil Barat yang pro-Israel!

Apa nak jadi, masalah kapal MH370 yang hilang tak selesai, bantu pulak rejim Zionis bom penduduk Gaza...

Masalah Besar Menimpa Najib, Tun M Tibai Pasal BRIM pula


Selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mengingatkan kerajaan yang ditadbir perdana menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai. "Kita jangan lupa yang duit kerajaan diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat. "Cukai ini meningkatkan kos sara hidup.

Tetapi rakyat masih lagi sanggup bertahan dengan kos yang dikenakan kerana mereka menjangkakan kerajaan akan memberi keselamatan, mentadbir negara dengan baik dan mempunyai dasar yang memberi faedah kepada rakyat. "Tetapi rakyat tidak mahu melihat cukai yang mereka bayar dibelanjakan dengan cara yang diluar jangkaan ini.

"Sudah tentu mereka tidak mahu wang hasil titik peluh mereka dibelanjakan untuk memenangi populariti bagi sesiapa atau parti-parti politik atau pentadbiran," katanya. Selain itu, Mahathir juga membantah pemberian pada skala yang besar kepada rakyat seperti BR1M dilihat seperti memberi rasuah.

membeli undi

"Dan ia diberi apabila pilihan raya semakin dekat atau sebagai manifesto pilihan raya yang menjanjikan perkara ini (BR1M). Tanggapan yang tak boleh dielak ialah pemberian ini seperti membeli undi. Bergantung pada k'jaan "Jika mahu meningkatkan pendapatan, sepatutnya menyediakan peluang bekerja atau perniagaan.

"Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Ia meningkatkan kecenderungan untuk bergantung kepada kerajaan walaupun untuk pendapatan seseorang tanpa mereka usaha apa-apa. "Ia melemahkan sikap seseorang dan mengurangkan sikap berdaya saing," katanya lagi. Bekas perdana menteri itu juga berkata pendapatan yang tinggi sepatutnya datang daripada peningkatan produktiviti dan tanpanya persaingan tidak dapat diperkukuhkan.

"Kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita fikir ia boleh dicapai dengan meningkatkan pendapatan purata ke tahap yang tertentu. Ini sebenarnya mengelirukan. "Beberapa orang dengan pendapatan yang tinggi akan mengganggu pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak seharusnya menjadi ukuran kepada pencapaian kita untuk mendapat status negara maju.

Penekanan ke atas pendapatan yang tinggi semata-mata tidak cukup. "Malah, dengan sendirinya, ia tidak akan menjadikan negara ini sebuah negara maju tetapi ia akan menjadi lebih mengelirukan apabila pendapatan disebabkan oleh pemberian oleh kerajaan," kata Mahathir. ~ Malaysiakini

Tuesday, September 23, 2014

Wednesday, September 17, 2014

Usul DUPP mahu 2 adun diambil tindakan mengelirukan

Hak adun untuk memilih MB. Hak parti kalau nak ambil tindakan. Tetapi PAS sendiri tidak ada mengeluarkan satu arahan pun melarang dari pimpinan untuk menyokong Wan Azizah.

Yang pelik mengapa mempertikai Keadilan bertindak kepada ahli(Khalid Ibrahim) yang engkar arahan parti?

Aduhai bertambah ramai lagi senarai orang yang dibenci, kawan (sahabat) sudah dianggap musuh, kita mahu ramaikan kawan bukan menambah musuh.

Tuesday, September 9, 2014

Ustaz ini boleh kita wala'




USTAZ WAN JI DITANGKAP

Bila berita ini ditulis ustaz wan ji sedang ditahan di rumah pasong bandar baru sungai buluh peguam razlan jalal peguam lawyer for liberty akan datang ke rumah pasong untuk membantu wan ji wan ji beritahu polis mahu dia tido dalam lokap malam ini

Esok jam 8 pagi ustaz wan ji akan didakwa di mahkamah shah alam atas tuduhan akta hasutan

NOTA jam 1:50 ustaz wan ji masih dalam kereta polis menuju ke rumah pasong shah alam

NOTA ustaz wan ji telah dinobatkan sebagai ustaz paling cool oleh tukar tiub


Hasutan Ali terhadap sistem feudel



8 tuduhan. Di bawah akta hasutan dan juga akta multimedia tak silap aku. Apa yang tertimpa ke atas Ali sangat meragukan dan mengelirukan. Mula2 PDRM panggil Ali ke balai untuk jalani proses soal siasat. Dia pergi dan ada bagitau yang polis melayan dia dengan baik sepanjang sesi soal siasat berjalan.

Dan kemudiannya selang beberapa hari dia menerima laporan dari pihak polis bahawa dia akan didakwa di bawah satu akta hasutan 1948. Atas satu kesalahan. Dia pun pergi. Dengan peguam. Jalani perbicaraan. Bayar ikat jamin. Alih2 lepas bayar ikat jamin tetiba polis buat wayang.

Sambungan cerita Ali

Sunday, August 31, 2014

4 bulan gaji sangkut punca merusuh - MTUC



Kulaijaya : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menawarkan diri untuk bekerjasama dengan majikan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan aduan yang dibangkitkan pekerja asing. Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama langkah ini akan turut membantu mengekalkan keharmonian perindustrian di negara ini.

Beliau mengulas dakwaan rusuhan oleh 800 pekerja Nepal di kilang JYC HDD Technology Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit, Johor, awal minggu ini. Insiden serupa turut dilaporkan di cawangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Tebrau.

Khalid berkata MTUC mendapat aduan bahawa pekerja terbabit didakwa dianiayai dan ada antara mereka tidak dibayar gaji empat bulan. Bagaimanapun, Khalid berkata ini tidak bermakna MTUC membiarkan keingkaran atau tindakan merusuh dilakukan pekerja, sebaliknya sentiasa menggalakkan pekerja supaya "melindungi hak mereka menerusi saluran perundangan." - Bernama

Nota : Kebajikan pekerja mesti diutamakan, kasihan melihat pekerja disumbat dalam bagunan rumah kedai, tiada kipas, bilik air tidak mencukupi, bila hari gaji, berbagai alasan yang diberi kepada pekerja, ada pula yang memanggil pihak berkuasa seperti PDRM, Imegeresen & Rela untuk operasi menangkap, seronoknya dan senangnya perbuatan menganianya pekerja, gaji tidak perlu bayar. Majikan sebegini mesti dihukum. Ini bukan zaman hamba abdi tetapi malangnya, sudah 57 tahun merdeka, kapitalis ini masih tidak sedar.

Tuesday, August 26, 2014

Mogok dan Merusuh Bila Majikan Tindas Pekerja

pekerja asing mogok

Kulaijaya : Sebuah kereta pengurus kilang diterbalik dan dibakar dalam satu kejadian mogok oleh kira-kira 800 pekerja asing kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit, Kulai, Johor Selasa.

Kejadian dikatakan bermula pukul 9 pagi menyebabkan bahagian depan pejabat pengurusan kilang itu rosak kerana dibaling objek keras. Tindakan mogok itu didakwa dilancarkan berikutan rasa tidak puashati pekerja terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.

Seorang pekerja warga Nepal, Kishor Rai, 23, yang sudah bekerja selama lima tahun berkata, tindakan mereka itu dilakukan kerana pekerja warga asing itu sudah tidak dapat bertahan dengan penindasan terhadap mereka.

“Mereka (pihak pengurusan) sering memukul kami walaupun hanya melakukan kesalahan kecil tanpa memberi teguran atau berbincang terlebih dahulu,” kata warga Nepal itu ketika ditemui di tempat kejadian. Selain itu, beliau mendakwa gaji bulanan mereka sering dipotong dan elaun kerja lebih masa tidak dibayar mengikut jumlah sepatutnya.

aduan

Gaji dipotong untuk kemudahan hostel pekerja sedangkan sebelum ini ianya dijanjikan secara percuma untuk pekerja. Kishor berkata, pelbagai aduan telah dikemukakan namun penindasan masih berterusan dan mereka berharap majikan bersikap lebih prihatin terhadap mereka selepas kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supt Mohad Idris Samsuri mengesahkan kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku. “Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dan menambah kata pihak pengurusan kilang akan mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja dan pihak kedutaan Nepal.

 Beliau berkata seramai 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. –BERNAMA

Nota : Masih ada lagi majikan yang menganggap pekerja ini sebagai abdi atau bahasa kesatnya kuliy. Pekerja sepatutnya mejadi aset kepada majikan kilang, tanpa pekerja, perusahaan akan terbantut. Di tempat saya ada majikan yang tidak menghargai pekerja malah selalu menindas dan memperlekehkan peranan pekerja bawahan, semasa cuti orang lain seronok cuti, pekerja ladang ini menjaga ternakan dengan amanah, tetapi akibat tidak tahan ditindas, sehingga gaji untuk dihantar kepada keluarga di kampung lambat dan kadangkala tidak dibayar maka dia nekad membiarkan ternakan melata tanpa dijaga sehingga terlepas dan akibatnya, banyak ternakan yang terkena penyakit lalu mati bergelimpangan. Ibarat 'nasi sudah menjadi bubur', majikan zalim tadi tidak dapat berbuat apa-apa malah kerugian mencecah jutaan ringgit. Baru padan muka!


Sunday, August 24, 2014

Sudah Sampai Masa Pesalah Rogol Direjam Sampai Mati



Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan. Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya.

Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal. Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari. Kemungkinan besar lebih banyak lagi jenayah seksual yang tidak dilaporkan, menjadikan kadar sebenar kejadian mungkin lebih membimbangkan dari yang disangka seperti yang dapat dilihat sekarang.

'Aku peduli'

Situasi yang membimbangkan ini telah mendorong kami untuk menganjurkan Hentikan Rogol: Aku Kisah!, satu tindakan untuk menentang rogol dan keganasan seksual yang lain. Inisiatif ini untuk:

Meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa rogol dan keganasan seksual perkara yang langsung tidak boleh diterima.

Menuntut tanggungjawab setiap negeri untuk menangani jenayah rogol dengan efektif.

Setakat ini, kami telah menganjurkan forum awam di Kelantan dan pelbagai aktiviti di Sabah dan pada waktu ini kami sedang menganjurkan beberapa program yang lain di seluruh negara. Selain daripada perhimpunan ini yang diadakan di Kuala Lumpur, program yang sama juga telah dilangsungkan di Marudi (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), dan Ipoh (Perak).

Semuanya merupakan penentangan terhadap jenayah rogol dan pelbagai keganasan seksual. Apa kami mahu? Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tersedia untuk menghukum perogol, ia masih gagal di peringkat negara, negeri dan masyarakat untuk menyedari betapa seriusnya keganasan seksual yang kini menjadi kelaziman di negara ini.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia – daripada pihak pentadbiran perdana menteri hinggalah rakyat jelata – untuk menyedari bahawa jenayah rogol satu wabak di negara kita. Setiap orang haruslah mengambil langkah untuk mengatasi punca rogol hingga ke akar umbi.

Bagaimanapun, kami juga menyeru kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini:

(1) Pencegahan 

Memperkenalkan pendidikan pencegahan dan program kesedaran umum untuk mengatasi pemikiran stereotaip terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap sesuatu gender yang telah mendorong keganasan seksual berlaku di negara ini. Kementerian Pelajaran, Kesihatan, serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalas tugas yang penting untuk menjadikan perkara ini satu realiti. Perlaksanaan awal dan efektif terhadap program ini satu langkah yang penting untuk menyingkirkan prejudis yang berlaku sejak sekian lama. Prejudis ini mengakibatkan penafian hak seorang gadis dan wanita serta membahayakan keselamatan mereka dalam masyarakat. Statistik kejadian-kejadian keganasan perlu dikumpul secara sistematik dan dijadikan maklumat umum demi menjelaskan betapa seriusnya keganasan seksual agar tindak balas berkesan dilaksanakan.

(2) Perlindungan 

Kami menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan perlindungan sewajarnya diberikan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia yang menjadi mangsa keganasan seksual. Kerajaan juga seharusnya menyediakan pusat-pusat khidmat yang secukupnya di setiap negeri di Malaysia terhadap mangsa keganasan seksual, tanpa mengira agama, bangsa atau kerakyatan seseorang mangsa itu. Mangsa rogol memerlukan persekitaran selamat, bebas daripada trauma yang berpanjangan dan perlu dibantu dalam menegakkan keadilan. Dalam masa yang sama, masyarakat di Malaysia juga haruslah komited dalam meningkatkan kesedaran dan sedia mengambil tindakan terhadap insiden keganasan seksual yang sedang berlaku di kalangan masyarakat. Kita harus sedar bahawa menjadi tanggungjawab setiap individu dan komuniti untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan tidak stereotaip terhadap jantina, atau dalam erti kata lainnya keprihatinan terhadap gender .

(3) Pendakwaan & hukuman

Penguatkuasaan yang efektif untuk memastikan pesalah laku keganasan seksual dapat dipertanggungjawabkan. Protokol menangani keganasan seksual yang sedia ada perlu dipatuhi dengan lebih tegas. Penguatkuasa undang-undang, pegawai kehakiman, pegawai perundangan haruslah dilatih dengan lebih baik untuk memastikan penyiasatan dan pendakwaan dilakukan dengan berkemahiran, cepat dan pantas, menyeluruh, dan dapat dilaksanakan ke tahap tertinggi, tanpa mengambil kira tempat kejadian, bangsa, atau agama mangsa jenayah seksual. Buat masa ini, kurang daripada 10 peratus kes rogol yang dilaporkan di bawa ke muka pengadilan. Daripada jumlah ini, dianggarkan kurang dari satu pertiga berjaya disabitkan. Keadaan sebegini mengesahkan kekurangan kerajaan Malaysia dalam menangani keganasan terhadap wanita secara berkesan.

(4) Peruntukan ganti rugi atau pampasan 

Memastikan terdapat khidmat sokongan yang berkesan dengan mudah terhadap mangsa keganasan seksual di segenap pelosok negara. Usaha-usaha ini termasuklah menyediakan tempat perlindungan, sesi kaunseling dan khidmat pemulihan. Sistem penjara juga haruslah diubah dengan memberi tumpuan terhadap tempoh rehabilitasi yang lebih panjang di dalam penjara bagi pesalah laku keganasan seksual.

Sejajar dengan isu di atas, kami juga ingin memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah dan melaksanakan tanggungjawab seperti terdapat bawah Perakuan Umum No 19 oleh Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

Mengapa Citizens Against Rape? Citizens Against Rape ditubuhkan pada tahun 1987 rentetan daripada peristiwa rogol dan bunuh dengan kejam seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun, Ang Mei Hong di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ia menjadi landasan bagi orang awam untuk memprotes terhadap jenayah rogol dan bunuh yang kejam seperti: Audrey Melissa George (1999), Noor Suzaily Mukhtar (2000), Canny Ong (2003). Pada hari ini, kami menggelar diri kami Citizens Against Rape untuk memberikan satu jalan dan harapan untuk semua tanpa mengira jantina, umur, etnik, agama atau bangsa.

Untuk menamatkan jenayah ini. Kita semua harus memainkan peranan.

GABUNGAN ORGANISASI WANITA BERTINDAK BAGI KESAMARATAAN GENDER (JAG) terdiri daripada Pusat Kesedaran Wanita (WCC), All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Sisters in Islam (SIS), Association of Women Lawyers (AWL), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women Action Resource Group (SAWO). Sumber MK

Nota : Jenayah rogol ada pekej tersendiri berpunca dari beberapa perkara yang nampak ringan tetapi natijah atau kesannya berat seperti mabuk arak- rogol, Vvip nampak gadis dahi licin  - rogol (sampai sekarang bebas malah jadi pengerusi salah satu GLC lagi) , majlis maksiat - rogol, pergaulan bebas -rogol, dadah dan bahan yang mengkhayalkan -rogol , pendedahan aurat - rogol, internet porno - rogol , vcd lucah dan ubat perangsang yang berleluasa termasuk minuman kopi kuat -rogol.

Hendak salahkan siapa dalam hal ini seperti jalan gelap, jalan sunyi, semak samun, belakang lorong, rumah terbengkalai, parkir yang berjauhan dari orang, ladang sawit pun boleh menjadi lokasi rogol.

Sudah sampai masa perogol dihukum rejam sampai mati jika dia sudah bernikah atau sudah merasai nikmat berkahwin, bagi lelaki bujang hendaklah disebat 100 kali. Parti dan NGO Islam sepatutnya ke hadapan dalam isu rogol ini, nampaknya kita hanya suka berpolitik dan bercakaran sesama kita sedangkan NGO mereka yang mendahului, mana ostaz yang  lantang menyelar...  lupakah agenda tegakkan syariat?



Friday, August 22, 2014

Menyamar RELA Pecah Rumah Berleluasa Di Johor

Foto


HASNAN menunjukkan uniform Rela serta peralatan samun dan pecah rumah yang dirampas.

Johor Bahru: Sepasang suami isteri antara 10 suspek yang ditahan polis dalam operasi cegah jenayah sejak kerana dipercayai terbabit dalam jenayah jalanan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di bandar raya ini mengesan kenderaan yang mencurigakan kira-kira jam 12.45 tengah malam 10 Ogos lalu.

Pasangan berkenaan cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui tiga pisau, pistol mainan, gari dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah. Polis turut menemui uniform Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), komputer riba dan dokumen pengenalan diri serta kad juruwang automatik (ATM) dipercayai milik mangsa mereka.

positif dadah

Semakan rekod kesalahan mendapati kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mereka juga positif dadah jenis methamphetamine. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dengan penahanan pasangan berkenaan dipercayai dapat membantu pihaknya menyelesaikan empat kes pecah rumah di kawasan Johor Bahru Selatan.

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu, polis percaya menumpaskan tiga lagi kumpulan yang aktif melakukan jenayah jalanan serta pecah rumah berikutan penahanan beberapa orang berusia antara 20 hingga 30-an. Katanya, mereka antara kumpulan penjenayah yang mendalangi beberapa jenayah pecah rumah, samun tepi jalan dan pecah kereta di sekitar Johor Bahru.

“Antara kumpulan yang berjaya ditumpaskan itu membabitkan penahanan dua lelaki dan dua wanita di Kota Tinggi dan Seri Alam, Selasa lalu. “Satu lagi kumpulan berjaya ditumpaskan berikutan penahanan dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun di Setia Indah, 8 Ogos lalu,” katanya.-Metro

Nota : Hasrat membantu pasukan keselamatan memang bagus tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri yang menjaga Ikatan Relawan (RELA) mestilah memantau pengagihan uniform kepada anggota mereka. Kadangkala lagak mereka boleh diumpamakan "lebih kuah dari sudu". Jangan ingat rakyat tidak perhatikan perangai dan fe'el mereka bila pakai uniform.

Friday, August 1, 2014

Himpunan Selamatkan kanak-kanak GAZA

Viva Palestina Malaysia

AQSA SYARIF MESIR

Kuala Lumpur: Viva Palestina Msia (VPM) bersama Aqsa Syarif berhasrat menghimpunkan lebih 10,000 orang pada himpunan soladiriti Palestin esok di Dataran Merdeka bermula jam 3 hingga 5 petang.

Usaha itu bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang tidak berdosa sejak bulan lalu.

Dalam kenyataan semalam, VPM berkata, himpunan aman bertemakan ‘Selamatkan kanak-kanak Gaza’ itu adalah platform bagi menyatakan kemarahan terhadap pihak Zionis iaitu tentera Israel yang sehingga kini menyerang rakyat Palestin.

Himpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza
2 Ogos 2014 Sabtu
3.00 - 5.00 petang
Dataran Merdeka
Permit PDRM Diperolehi

Ayuh bersatu demi Palestin

Monday, July 21, 2014

Nasyid Hijjaz Pejuang Al-Qassam



Video kontroversi Hijjaz “Pejuang Al-Qassam” VIRAL di televisyen-televisyen Gaza. Ia mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali di kaca TV Gaza.

Video ini juga meyebabkan kumpulan Nasyid yang popular dengan lagu Sumayyah ini terus mendapat perhatian malah ada juga yang mengaitkan mereka dengan kegiatan militan. Oh tidak, ini sekadar lagu yang menghargai dan menyanjung perjuangan Al-Qassam yang mempertahnakan bumi Palestin dari terus dijajah dan ditindas Regim zionis. Video yang diterbitkan ini juga antara kerjasama syarikat itu dengan Ngo MAPIM.


Peragut kritikal dirempuh wanita Kazakh

Foto

Kuala Lumpur: Seorang peragut bermotosikal parah manakala rakannya melarikan diri selepas dirempuh dengan kereta oleh wanita warga Kazakhstan diragut mereka di Jalan Tun Razak di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, kedua-dua suspek berusia 18 tahun pada mulanya memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan cota sebelum mengambil beg tangan diletakkan di bahagian kaki penumpang hadapan.

 Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tindakan itu mengakibatkan mangsa yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini kerugian hampir RM2,000 termasuk mata wang asing dan dokumen peribadi.

memecut

 “Berang dengan tindakan suspek, mangsa mengejar suspek sehingga ke Lorong Raja Muda Abdul Aziz menghala ke Jalan Tun Razak. Suspek cuba melarikan diri dengan melintas pembahagi jalan, namun mangsa terus memecut laju dan merempuh suspek,” katanya.

 Menurutnya, rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua suspek terpelanting lebih 10 meter dan seorang daripada mereka parah manakala seorang lagi sempat melarikan diri. Zainuddin berkata, selepas melanggar suspek, kereta mangsa tersangkut di pembahagi jalan sebelum dirempuh kereta lain dari arah yang sama. 

“Bagaimanapun, mangsa hanya cedera ringan manakala suspek yang parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan,” katanya. Menurutnya, seorang lagi suspek kini diburu dan kes disiasat mengikut seksyen 395 Kanun Keseksaan.-Metro

Nota : Jenayah menjadi-jadi. Perompak terlupa yang dia merompak seorang wanita Tar-tar yang berani dari Kazakhtan. Bulan Ramadan tidak menginsafkan remaja ini, banyak kerja yang boleh dibuat lebih-lebih lagi bazar ramadan dan pasaraya memerlukan pekerja tambahan sempena promosi aidilfitri.

Orang lain pakai motor besar dia pun nak motor besar, orang lain guna telefon pintar mahal dia pun nak juga, tetapi bersikap pemalas dan mahu mengambil jalan mudah mendapatkan wang dengan meragut dan merompak terang-terangan.

Jika dilaksanakan hukum hudud, perompak akan dipotong pergelangan tangan kecuali merompak dengan sebab kelaparan.. rasanya bukan kita saja yang gerun dengan hukuman itu, malah pemimpin dan pembesar yang songlap duit rakyat juga menggigil... bila agaknya... tepuk dada tanya iman.

Sunday, July 20, 2014

Senggarang Lubuk Rokok Seludup Kerana Permintaan Tinggi

Foto

Batu Pahat: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya merampas 19,600 paket rokok pelbagai jenama bernilai hampir RM200,000 yang diseludup masuk melalui perairan Pantai Senggarang Batu Pahat di sini, kelmarin.

 Dalam kejadian jam 10 malam itu, sebuah bot dipercayai dinaiki tiga suspek sindiket penyeludupan rokok turut dirampas dalam operasi Ops Cantas Khas Perairan di sekitar kawasan Perairan Batu Pahat. Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, polis berjaya mengesan beberapa bot mencurigakan masuk ke perairan itu dari arah negara jiran.

 Menurutnya suspek bagaimanapun memecut melarikan diri sebaik menyedari kehadiran bot ronda PPM menyebabkan polis hanya dapat mengejar satu daripada bot terbabit. “Bot itu dikejar selama 20 minit sehingga ke pantai Parit Botak, Senggarang.

Bot itu kemudian terkandas di pantai sebelum tiga suspek melarikan diri ke dalam kawasan hutan berdekatan," katanya ketika sidang media di Markas PPM Wilayah Dua di sini, semalam.

sarat

 Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan mendapati ia sarat dengan muatan rokok pelbagai jenama termasuk Gudang Garam, Semporna, Marlboro dan Dunhill. Semua 19,600 paket rokok, bot dan enjin dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM220,000 itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

 Beliau berkata, pihaknya percaya aktiviti terbabit dilakukan sindiket penyeludupan rokok yang aktif di pantai barat Johor. “Polis akan meneruskan operasi membanteras sindiket berkenaan. “Difahamkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tanpa kelulusan kastam,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21 Metro

Nota : Selagi ada permintaan yang tinggi, selagi itulah rokok seludup yang lebih murah menjadi pilihan. Nampaknya kempen kesedaran berhenti merokok Kementrian Kesihatan Malaysia gagal, semakin ramai anak muda menghisap rokok berbanding generasi 40an walaupun tahu akibatnya.

Kepada penghisap rokok tegar dalam bulan Ramadan ini bolehlah cuba berhenti terus sebab kita boleh tahan 12 jam tanpa rokok kerana berpuasa, mengapa tidak sambung lagi 12 jam, inshAllah boleh jika tahan gian atau ketagih dan ada keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok.

Pelik, sama seperti kes dadah, jarang atau kurang sangat ada tangkapan kepada pengedar atau penyeludup, barang seludup dapat diberkas tetapi tuannya tak dapat ditangkap, apakah ada perundingan di situ, wallahuaalam. Apapun tahniah kepada Marin PDRM, harap kastam, imegresen dan lain agensi termasuk JKK kampung nelayan sungai sekitar Senggarang pun bekerjasama, bukan jadi pengkalan mendarat pula.

Wednesday, July 16, 2014

Himpunan Bantah Kekejaman Zionis Jumaat ini



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama NGO islam akan mengadakan himpunan besar-besaran Solidariti Untuk Gaza (S4G) pada hari Jumaat 18 Julai ini.

 Menurut Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail, himpunan akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di dua lokasi iaitu di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

 "Seterusnya akan bergerak ke kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. "Semua parti-parti politik, ngo dan seluruh orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan solidariti terhadap penduduk Ghaza yang diserang Israel," katanya kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, orang ramai katanya diseru membawa bersama bendera Malaysia dan Palestin bagi menyatakan kebersamaan Malaysia buat Palestin.

 Himpunan dijangka akan dipimpin oleh pimpinan kanan PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden DatukTuan Ibrahim Tuan Man, Dato Haji Husam Musa, Solehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS sendiri Suhaizan Kaiat.

 Antara NGO yang akan turut serta dalam himpunan ini pula termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Muslim Care, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan lain-lain. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

Nota : Maaf Isma (Aman Palestin) tidak masuk senarai.

Wanita Mengamuk mohon maaf kepada uncle pesara Hospital




Kuantan : Seorang wanita yang dirakam dalam satu video menunjukkan kejadian buli jalan raya memohon maaf ke atas seorang warga emas atas tindakannya itu. Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin berkata beliau akan menemui pesara kerajaan itu dalam masa terdekat untuk memohon maaf.

 Dalam permohonan maafnya melalui TV3 malam ini, wanita tersebut yang juga dikenali dengan nama Kiki turut memberitahu Star Online bahawa beliau memohon maaf kepada lelaki tersebut sebaik selepas kejadian itu. "Saya tidak dapat berfikir pada waktu itu. Ia berlaku sekelip mata.

Ia satu kesalahan besar di pihak saya. “Selepas kejadian itu, kami perlu ke balai polis di Kuantan dan menyelesaikan perkara itu dengan baik. Saya bertenang dan terus memohon maaf kepada lelaki tersebut. “Saya turut bertemu isterinya dan memeluknya.

FB digodam

Lelaki itu menerima permohonan maaf saya dan mengingatkan saya agar tidak mengulanginya,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Beliau bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di akaun Facebook, dan mendakwa telah memadamkan akaunnya pada hari Selasa. Beliau mendakwa, akaun tersebut telah digodam oleh pihak tertentu.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis telah memanggil wanita yang didakwa membuli seorang warga emas menggunakan batang kunci stereng setelah kereta mereka bergeselan dalam satu kemalangan kecil Isnin lalu. Turut dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi membantu siasatan ialah warga emas tersebut.

 Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, selain wanita berkenaan, warga emas yang menjadi mangsa buli dalam kejadian itu juga telah memberi keterangan hari ini. "Polis memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

pembuli jalanan

 Beliau bercakap kepada pemberita selepas taklimat pencegahan jenayah melibatkan pasaraya, bank, kedai emas, pajak gadai, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak dan syarikat keselamatan di Kuantan. Mengulas lanjut tentang kes itu, Abdul Aziz berkata, pada awalnya kejadian ini dilaporkan di cawangan trafik namun polis akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan rakaman yang telah dimuat naik melalui laman sosial sejak semalam.

 "Polis akan ambil tindakan sewajarnya walaupun warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan. "Kita tidak mahu rakyat Malaysia jadi seperti ini, tidak berdisiplin di jalan raya dan menjadi pembuli jalanan. "Perkara seperti ini tidak wajar dijadikan budaya dalam masyarakat walaupun ini kes terpencil tetapi polis tetap anggap ia serius," katanya.

 Dalam masa yang sama, katanya polis juga sudah mengeluarkan saman trafik kepada warga emas terbabit di atas kesalahannya itu. Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak memberi komen negatif mengenai insiden ini di laman sosial. erahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya dan kita akan ambil tindakan selepas siasatan. Orang ramai tak perlu nak komen lebih-lebih," katanya.

Peugeot putih

 Kejadian itu berlaku kira-kira 1.10 petang di kawasan tempat letak kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC). Seorang pesara kerajaan berusia 68 tahun yang memandu kereta jenis Toyota dilaporkan telah terlanggar bahagian kiri belakang sebuah kereta jenis Peugeot 208 yang dipandu oleh seorang wanita. 

Kemalangan kecil itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu dari Bandar Jengka naik berang dan bertindak merampas batang kunci stereng dari kereta warga emas sebelum mengetuk keretanya. Difahamkan wanita terbabit turut mencekak baju lelaki warga emas itu dan merampas kunci keretanya walaupun kereta wanita itu hanya calar di bahagian bumper.

 Kemalangan itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan dimuat naik di beberapa laman sosial sehingga video berdurasi 2.33 tersebar luas. Dalam pada itu, warga emas berkenaan, Sim Siak Heong, 68, dari Jalan Kubang Buaya berkata beliau sedia memaafkan wanita itu dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

risiko dipenjarakan

Bekas pembantu perubatan itu berkata, beliau telah berfikir panjang dan berhasrat untuk melupakan kejadian berkenaan walaupun pihak polis mencadangkan supaya beliau membuat laporan polis.

 "Lagipun, wanita itu juga telah berkali-kali meminta maaf, jadi saya tidak ingin memanjangkannya. Sekiranya saya membuat laporan polis, saya tidak akan memperoleh sebarang faedah. "Jika saya berbuat demikian, saya difahamkan wanita itu berisiko dipenjarakan akibat perbuatannya, dia masih muda dan mungkin tidak memikirkan kesan perbuatannya tempoh hari,” katanya kepada pemberita.

Menceritakan kembali kejadian itu, Sim berkata ketika itu beliau yang bersama isterinya dalam kereta itu, sedang memandu keluar dari kawasan parkir sebelum terlanggar kereta yang dipandu wanita berkenaan. 

kata-kata kesat

"Wanita itu kemudiannya keluar dari keretanya dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya. Dia mengambil batang pengunci stereng dalam kereta saya. "Dia kemudian bertindak memukul tingkap dan bahagian hadapan kereta yang dihadiahkan oleh anak saya itu selain mengarahkan saya membayar wang tunai sebanyak RM2,000.

 "Saya cakap saya tidak ada duit, setakat RM200 bolehlah, namun dia masih tidak berpuas hati. "Akhirnya kami bersama-sama membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuantan,” katanya. Kejadian itu yang sempat dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian kemudian telah dimuat naik di laman sosial sehingga tersebar luas.

 Video berdurasi 2.33 minit itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan polis akan mengambil tindakan berhubung kejadian buli itu. MK

Nota : Uncle pesara pembantu perubatan hospital ini berhati emas walaupun dia bukan muslim, Nabi SAW sebut banyak kali jangan marah, jangan marah, jangan marah, orang yang kuat itu bukan orang yang gagah perkasa, badan ketul-ketul, suara macam halilintar tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal marah. Kereta calar boleh dibaiki, hati calar susah diubati... satu masa dia akan kena... dah kena pun...

Saturday, July 12, 2014

Kematian Model Sambilan Ala Altantuya



Johor Bahru : Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan ke atas mayat model sambilan jelita bermata bundar Estonia mendapati luka yang dialami itu adalah kesan lebam dan calar.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Hasnan menyebut, polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat Regina Soosalu, 29, bagi mengesahkan punca sebenar kematiannya. 

“Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Polis semalam menahan kerabat Johor Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa.

kerabat 

Kerabat diraja berusia 28 tahun itu dilaporkan akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30.

Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung kematian model tersebut. Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu. 

Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya.MK

Nota : Diucapkan takziah pada keluarga mangsa, biarlah PDRM yang menyiasat kes ini dengan seadilnya-adilnya, jangan ada kesamaran, rakyat berhak tahu dan mahu lihat wajah pembunuh bukan seperti pesalah yang berselubung seperti dalam kes Altantuya.

Seperti ulangan dalam kes Altantuya Saribu di mana babak filem yang hampir sama, kerjaya heroin ialah seorang model sambilan sama seperti Regina, watak dan darjat si hero pun sama iaitu melibatkan orang kenamaan taraf VVIP. Penyudahnya juga sama iaitu dua model ini sudah mati dibunuh yang dahulu di bukit, manakala yang ini di laut/pantai.

Calar badan sebab tergeincir di atas batu kemudiannya berkemungkinan kes ini pun ditutup, tiada sambungan cerita sebagaimana insiden kehilangan pesawat MH370 yang ditangguhkan atau ditawakufkan tanpa apa-apa khabar berita.

Apa yang pasti, hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar akan semakin banyak tercalar dan rumit. Kes diplomat pun belum reda dengan negara All Black New Zealand apatah lagi kes MH370 yang mencalar hubungan baik dengan negara Tiongkok.

Akhirnya janganlah ada pihak yang buat main dengan kedaulatan undang-undang, yang salah tetap bersalah, tidak patut diberi imun atau kekebalan walaupun ia seorang kerabat, kerana itulah prinsip keadilan yang rakyat mahu, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, janganlah ada kambing hitam yang bakal dihukum atas kesalahan yang dia tidak lakukan. Beranikah polis dan hakim menegakkan kanun?