Trafik

Wednesday, July 3, 2013

Jika Kereta Honda Ni RM47K Agak Mana Yang Laku?

 

Timbalan MITI Salah Fakta Jawab Di Parlimen.. Ini Buktinya


Kia Rio Honda Rio dan Honda Brio. Kita baca dahulu kata-kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri…
“Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi enjin 1.3 liter di Malaysia adalah yang terendah di negara Asean jika dibanding dengan Thailand dan Indonesia.
“(Kereta) Perodua Myvi dan Proton Saga, masing-masing dijual dengan harga RM45,000 ribu dan RM33,888 berbanding dengan model Honda Rio di Indonesia dan Thailand yang berharga RM47,000 ribu,” katanya. – Malaysiakini
Pertamanya kita ingin bertanya kerana beliau orang kuat perdagangan antarabangsa dan industri. Sejak bila Honda dan Kia berpakat mengeluarkan kereta yang sama Honda Rio dan KIA Rio?
Sebagaimana yang kita tahu Rio hanya nama kereta keluaran KIA seperti gambar di atas. Honda mengeluarkan kereta mereka iaitu Honda BRIO dan tak ada kereta Honda Rio.
Beliau membuat perbandingan Myvi – RM45 000, Saga – RM33 888 dan Honda BRIO – RM47 000. Lihat gambar Honda BRIO di bawah,
Agak-agaknya kalau Honda BRIO dijual di Malaysia dengan harga RM47 000, agak-agaknya kereta mana yang menjadi pilihan pembeli.

No comments:

Post a Comment