Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.

Komen

TUDM dan panglima2 nya, kami tau la kamu hebat tentang perkara2 ghaib, hingga enjin gedabak jet pejuang F5E pun boleh ghaib kamu kerjakan, tapi usah lembab sgt hingga TGNA pun kamu nak suruh solat maghrib ghaib kut.

Kamu ingat la , pangkat2 yg ada di bahu kamu tu untuk pikul amanah, bukan untuk pikul bala, tapi kalau kejahilan yg begitu yg kamu tunjukan, sememangnya benarlah Allah akan mengunci mati hati2 kamu untuk jalan kebenaran.

Sepatutnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini mereka mengambil ppengajaran kisah Abu Jahal dan Abu Lahab yang menghalang nabi solat dan menyampaikan dakwah sehingga dilaknat Allah SWT sebagaimana dalam surah Al-Masad / "Tabbat Yada Abi Lahabiu Watab..."