Trafik

Showing posts with label Ranting. Show all posts
Showing posts with label Ranting. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Ayahanda Zakaria yang gigih dari Keadilan Ranting Renggam

Sempat meziarahi aktivis veteran Keadilan yang sangat kental di bandar Renggam tempat kelahiran saya. Ayahanda Zakaria Bin Ariffin atau Pak Ya merupakan ahli parti yang bangkit sejak zaman Reformasi DSAI 1998 sehingga kini masih kekal berjuang walaupun dari segi fizikal sekarang sudah kurang sihat.

Pesara KTM ini nampak uzur sejak pembedahan membuang tahi lalat besar di muka adalah Ketua Ranting Keadilan Renggam dan saya berjanji dengan beliau, InshaAllah saya akan cuba aktifkan balik ranting ini dengan bantuan Ketua Cabang Simpang Renggam Sdr Ishak Sher Mohamed.

Baru-baru ini saya terpaksa menggunakan khidmat beliau bersama anaknya Sdr Riduan mencari senarai nama murid dari keluarga yang susah di sekitar Renggam dan Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun keadaan beliau yang uzur cedera patah tangan akibat kemalangan jalanraya dilanggar kereta semasa menaiki motosikal.

Doa kami supaya Pak Ya segera sembuh seperti sediakala, dijembarkan rezeki yang melimpah ruah, dapat ke tanah suci Mekah melaksanakan umrah dan haji, dikelilingi keluarga yang bahagia dan dapat terus berjuang bersama orang muda untuk keadilan dan kemenangan rakyat. Ameen. HB/RLB
Signboard masih ada dalam simpanan, terpakasa dicabut kerana ada pihak yang tidak faham amalan negara demokrasi.
 Beg Pek

Wednesday, October 21, 2015

Formula merperbayakkan ranting Keadilan


Kami masih tercari-cari rumusan bagaimana untuk menambah lagi jumlah ranting yang dahulu disebut cawangan sebagaimana yang telah dicapai oleh Cabang Keadilan Ledang.

Tahun ini sahaja telah ditubuhkan sebanyak 16 ranting serentak. Sangat laju dan pantas, bukan retorik atas kertas, bahkan benar dan memang wujud.

Tahniah kepada Ketua Cabang Ledang Dr Chong, Setiausaha Sdr Haron dan lain-lain Jawatankuasa yang menganjurkan dengan jayanya makan malam Keadilan Ledang yang menampilkan tamu dari kalangan pimpinan Keadilan seperti Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang Hj Rashid Hasnon, anak Johor kelahiran Muar yang mencipta nama di Pulau Mutiara itu, Tuan Syed Ibrahim Ketua Penerangan Keadilan Pusat, YB Zuraida Kamarudin Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Manivanan Ahli Parlimen Kapar, YB Chean Chung Adun Semambu, YB Jimmy Puah Adun Bukit Batu, YB Hj Aminolhuda Adun Pt. Yaani dan lain-lain lagi.

Kami bertolak dari Kluang jam 6.30 petang dengan 2 kenderaan, keluar Tol Bukit Gambir dan solat jamak qasar Maghrib-Isyak di situ. Majlis tersebut diadakan di Dewan Banquet Bukit Gambir, Muar yang dahulunya adalah sebuah pasaraya.

Alhamdulillah, melalui majlis ini, dapatlah cabang mengutip dana untuk menjalankan aktiviti parti, jika boleh, tidak payahlah lagi mengutip derma kantong dalam ceramah-ceramah, zaman itu semua sudah berlalu.

Begitu juga tiada sebarang bayaran untuk penceramah ini hadir, mereka ada sumber untuk menampung kos tersebut. Keadilan ini sangat mudah dan tidak membebankan ahli Cabang dan penyokong.

Sempat berbual dengan Setiausaha Keadilan Negeri Sdr Khuzzan, maka rahsia telah saya perolehi bagaimana cara untuk menambahkan ranting dengan segera dan cepat.

Secara ringkas ia perlu kepada pentol atau ketua ranting, perlantikan beberapa orang senarai jawatankuasa ranting, stok nama ahli dari cabang dan dibantu dengan sistem pendaftaran ranting online yang sangat efektif.

Rasanya cukup setakat itu, jika berminat dan untuk penerangan lanjut, kena ada sesi minum teh tarik bersama saya. terima kasih. Selamat menambahkan ranting Keadilan. Selamat mencuba, semoga sukses. HB/RLB