Trafik

Showing posts with label muslimat. Show all posts
Showing posts with label muslimat. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Analisis Pengkalan Kubor : Pengundi perantau tidak balik



Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku. "Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen).

Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

 BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

 Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

 Pengundi luar tak balik & pengundi muda 

 Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka. Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS.

Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

 "Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

 Calon: Saya reda 

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

 "Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. MK

Nota : Pengkalan Kubor tanpa krisis, semasa Umno di Dun lain kalah di Kelantan, Bn boleh menang, apatah lagi apabila PR berselisih sesama mereka. Lagipun ini PRK, di mana seluruh jentera termasuk agensi kerajaan digunakan oleh Bn. Jentera dari Umno Johor sahaja 14 bas yang bertolak ke sana membantu kempen.

Pengundi luar terpaksa kumpul cuti dan hanya akan balik untuk menyambut Hari raya Qurban tidak lama lagi.

Calon Pru lepas dari Keadilan adalah berjawatan Prof Madya menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Malah calon pilihan DAP di PRK Telok Intan yang walaupun tidak menang tetapi mendapat swing pengundi muda berbanding Wan Rosdi.

Muslimat Pas yang beria-iya meminta calon PAS menggantikan Keadilan sepatutnya bersedia mencari jawapan di atas kegagalan ini.

Mungkin benar kata Ketua Pemuda PAS Sdr. Suhaizan Kaiat dalam Muktamar Pas di Batu Pahat bahawa kemenangan PAS di Kelantan adalah faktor TG Nik Aziz dan pengundi luar yang duduk di lembah kelang dan bandar utama lain yang mendapat info yang cukup serta sayangkan Islam, PAS dan Pakatan Rakyat.

Wajib muhasabah, PAS perlu kembali semula ke Pengkalan dan bukan ke Kubor...

Wednesday, September 17, 2014

Kerajaan Islam Acheh Darussalam pernah diterajui wanita



Pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor disokong oleh tujuh NGO Islam hari ini yang diwakili oleh Dr Muhammad Nur Manuty, Pengarah Pusat Kajian Pemodenan dan Masyarakat Sivil (Cesmacs). Wakil NGO tersebut yang juga mantan ketua penerangan Keadilan memberi contoh kerajaan Islam di Nusantara yang pernah dipimpin oleh seorang wanita sebagai raja.


Wednesday, August 20, 2014

Kak Wan lambang persepakatan berbilang kaum

wan azizah

KL: “Sekiranya Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.” Demikian ulasan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual eksklusif bersama Roketkini mengenai kedudukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon yang dipersetujui Pakatan Rakyat bagi mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

“Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Namun apa yang lebih penting kata Rafizi ialah apa yang boleh ditawarkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurut Rafizi, Selangor memerlukan seorang menteri besar yang mampu mentadbir secara berpasukan dan mengambil kira pandangan semua pihak.

figur pepaduan

“Calon Menteri Besar mesti diterima semua pihak dalam Pakatan sebagai simbol dan figur perpaduan. Apa yang kita benar-benar perlukan sekarang ialah kepimpinan berkonsensus dan mampu mengharmonikan semua pihak,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan. Kata beliau lagi, berikutan perpecahan akibat pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selangor benar-benar memerlukan pemimpin yang boleh menjanjikan perpaduan.

“Kak Wan boleh menawarkan pentadbiran yang lebih inklusif dan konsultatif,” ujarnya sambil menambah hanya Wan Azizah sahaja yang diterima ketiga-tiga parti Pakatan untuk menjadi calon menteri besar yang baru. “Kalau pun kita ada calon yang mungkin lebih baik, tetapi jika DAP tidak mahu, atau PAS tidak mahu atau sebahagian PKR tidak setuju, (maka) tidak selesai juga,” tambah beliau lagi.

Menurut Rafizi, banyak pihak memandang rendah potensi Wan Azizah untuk memenangi sokongan pengundi wanita – segmen pengundi yang kurang dipujuk dalam kempen Pakatan menjelang pilihanraya umum ke-13 yang lalu. Namun, Wan Azizah akhirnya dicalonkan secara sebulat suara sebagai Menteri Besar Selangor yang baru setelah Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya Ahad lalu bersepakat menolak Khalid Ibrahim atas faktor-faktor integriti dan disiplin parti.

Tuesday, August 5, 2014

Penyelesai Masalah Gerobok Pakaian Penuh

Foto
Foto
Foto
Kajang : Sebaik menerima panggilan daripada pelanggan yang ingin menjual pakaian mereka, berbekalkan penimbang dan kereta dengan but yang dikosongkan, wanita ini mula menuju destinasi menerusi alamat diberikan.
Sampai di rumah pelanggan dia terus melihat semua pakaian yang dikumpulkan tuan rumah supaya ia berada dalam keadaan baik iaitu tidak koyak, berbau atau kotor. 
Kemudian, Rasmi Abdullah, 31, menimbang semua beg plastik yang dikumpulkan bagi menentukan bayarannya. Untuk satu kilogram (kg) dia membeli dengan harga RM1 tanpa mengira jenis atau jenama. 

Jika ada rezeki, semua barang diterima berjenama dan masih elok, jika sebaliknya wanita ini tidak kisah kerana apa yang penting dia dapat membantu mereka mengosongkan almari pakaian dan membantu wanita membeli pada harga murah.
Jelasnya, untuk satu-satu rumah, jumlah pakaian yang dapat dikumpulkan tidak menentu. Dia juga tidak bertanya jumlah berat pakaian yang ingin dijual.

“Apa yang saya lakukan, sekiranya mereka menelefon dan ingin menjual pakaian saya hanya datang ke tempat dinyatakan saja. Banyak atau sedikit itu tidak menjadi masalah. Ada yang hanya 10kg pun saya terima, ada pula sehingga mencecah 350kg. Bayangkan dengan kudrat wanita yang tidak seberapa, saya perlu mengangkat semua pakaian masuk ke kereta,” ujarnya yang menetap di Banting, Selangor.

Menceritakan bagaimana boleh menceburi kerjaya ini, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan, sejak remaja dia memang suka melepak di kedai ‘bundle’. 

Baginya, bagaikan satu kepuasan apabila dapat melihat pakaian berjenama yang masih elok dan cantik kemudian dijual pada harga murah. Kebiasaannya pakaian yang masih cantik dan elok dipakai akan menjadi miliknya.

Dari situ, dia memikirkan mengapa tidak menjadikannya sebagai perniagaan. Lalu dia mencari pemborong pakaian ‘bundle’ dan menjual di pasar pagi Sungai Jarum. Bekerja sebagai penulis sambilan tidak menjadi masalah untuk mengatur jadual ini kerana kebiasaannya dia ke pejabat pada jam 11 pagi, jadi ia langsung tidak mengganggu minat berniaga.

Menjual barangan ‘bundle’ ada cabarannya kerana tidak semua pakaian yang dibeli berada dalam keadaan elok. Pernah satu ketika, semua pakaian langsung tidak boleh dijual kerana koyak dan lusuh.

“Dalam hal ini saya menanggung kerugian sehingga RM950 untuk dua beg. Walaupun sudah meminta penjual menggantikan semula dengan pakaian lain, proses ini memakan masa lama sehingga saya sendiri malas menghubungi mereka semula,” ujarnya.


Berhenti kerja jual barang terpakai

Disebabkan tekanan kerja ditambah suami yang sering bertugas di luar daerah, Rasmi terfikir menjalankan perniagaan sendiri. Oleh kerana sudah bermula secara kecil-kecilan dia nekad berhenti kerja untuk menjadi peniaga barangan terpakai sepenuh masa.

“Untuk mendapatkan pelanggan, apa yang perlu saya lakukan adalah menjalankan promosi menerusi laman sosial. Sama seperti peniaga lain yang menggunakan Facebook dan Instagram sebagai medium mempromosikan produk, saya tidak terkecuali. Saya mencari sebanyak mungkin rakan atau melihat laman sosial selebriti terkenal untuk mencari pelanggan. Dari situ, saya iklankan mengenai perkhidmatan membeli pakaian terpakai dari rumah ke rumah. Sekiranya tuan rumah tidak mampu mengumpul atau mengasing-asingkan pakaian yang ingin dijual, saya bersedia melakukannya,” katanya.

Namun, bagi mengelak kekeliruan, Rasmi sudah menjelaskan mengenai syarat jual beli serta prosedur bayaran. Antaranya meminta pelanggan membasuh terlebih dulu pakaian supaya bersih. Ini kerana Rasmi hanya menerima pakaian bersih dan masih elok.

“Namun, ada juga menganggap saya membeli semua pakaian tanpa mengira bersih atau buruk. Pernah satu ketika tanpa sempat membelek pakaian pelanggan saya terus membuat pembayaran. Akibatnya hampir separuh pakaian diterima koyak. Sejak itu saya sudah serik dan membelek terlebih dulu baju yang sudah dimasukkan dalam plastik hitam bagi mengelak perkara sama berlaku,” katanya yang mengutip pakaian di sekitar Lembah Klang termasuk Putrajaya, Bangi dan Kajang.

Oleh kerana selalu mengutip pakaian dari rumah ke rumah, Rasmi sudah dapat mengagak sama ada pakaian diterima masih elok atau sebaliknya menerusi cara mereka melipat dan menyusun pakaian. Jika kemas dan teratur bererti semua pakaian dalam keadaan baik. Berbeza sekiranya menerima bungkusan diletakkan secara berlonggok atau bergumpal, ia menandakan ada yang tidak kena dengan pakaian itu sama ada kotor, berbau atau terkoyak.

Ditanya sama ada kawasan perumahan yang diziarahi turut memberi kesan terhadap jenis pakaian yang dibeli, Rasmi mengakui berdasarkan alamat rumah juga dia sudah boleh mengagak jenis pakaian diterima. Namun, ada juga telahan tidak benar. Bagaimanapun, tanpa mengira kawasan tempat tinggal, dia tetap menerima sesiapa juga yang ingin mengosongkan almari baju mereka.

Ini kerana ramai mengakui tidak tahu ke mana mahu diletakkan semua pakaian yang masih elok. Untuk disedekahkan kepada rumah anak yatim atau orang susah takut sekiranya mereka tidak menerimanya. Jadi dengan adanya perkhidmatan mengutip dan membeli pakaian lama, ia sebagai satu cara membersihkan rumah daripada pakaian yang tidak digunakan.

“Daripada dibuang begitu saja lebih baik dijual kepada saya dengan harga RM1 untuk satu kilogram. Walaupun nilainya rendah, untuk seluar denim, jaket dan kemeja-T nilainya lebih berat berbanding kemeja atau blaus wanita. Sebab itu rata-rata pelanggan menjual beratus-ratus kilogram pada satu-satu masa,” ujarnya yang membuat tiga temujanji dalam sehari.

Buka kedai di rumah

Menceritakan lebih lanjut mengenai kerjaya barunya ini, untuk setiap pakaian, dia akan membawa pulang ke rumah dan membuat pengkelasan. Mulanya dia meletakkan di rumah ibu bapa di tingkat empat. Bayangkan dia terpaksa membawa naik dan turun apabila pelanggan ingin membelinya. Kesukaran ini menyebabkan Rasmi menyewa rumah di tingkat bawah bagi memudahkan urusan mengumpul pakaian.

“Ia lebih mudah dan sistematik kerana untuk setiap baju kurung saya menggantung mengikut ukuran. Kemudian kemeja-T dan baju kanak-kanak dalam bakul berbeza. Pada Ramadan lalu, saya menerima jualan yang banyak untuk pembeli baju kurung. Ini kerana kebanyakan baju diterima masih elok. Jika ada sedikit kerosakan seperti butang tercabut saya menjahit terlebih dulu. 

“Saya tidak hanya menjual di rumah sebaliknya mendapatkan pelanggan menerusi dalam talian. Walaupun agak leceh kerana perlu mengambil gambar dan ukuran, sambutan diterima sangat menggalakkan. Ia sedikit sebanyak menyediakan pulang kepada orang ramai mendapatkan pakaian pada harga murah,” jelasnya yang menggunakan nama mimi pinky couture untuk Instagram.

Untuk setiap kemeja-T, kemeja, baju bayi dan kanak-kanak, blaus, tudung semuanya dijual RM2 kecuali seluar denim dan baju kurung dijual pada harga RM10 ke atas. Oleh kerana harga yang sangat rendah, orang ramai tidak membeli sehelai sebaliknya sehingga 10 atau 20 pasang. 

Untuk baju sekolah dan telekung, dia memberi kepada mereka yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Dengan pendapatan diterima, dapatlah Rasmi membayar sewa rumah dan wang perbelanjaan harian untuk keluarga.

Rasmi juga memberi peluang kepada suri rumah menjadi penjual, mereka hanya perlu memilih pakaian yang diinginkan kemudian menjual mengikut harga mereka sendiri. Setakat ini Rasmi mempunyai tiga penjual tetap yang mengambil koleksi terkini pada setiap bulan.

“Saya gembira kerana dapat membantu suri rumah memperoleh pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya wang diterima boleh digunakan untuk membeli keperluan anak. Lagi pun mereka tidak perlu mengeluarkan modal, hanya bijak memasarkan produk saja,” katanya yang mengalu-alukan sesiapa juga yang ingin menjadi penjual pakaian terpakai milik Rasmi.

Dia yang juga bekas pelajar Politeknik Ungku Omar dalam jurusan perniagaan berharap dapat memperluaskan kawasan untuk mengumpul barang terpakai. Selepas Aidilfitri, Rasmi dalam perancangan membuka kedai ‘bundle’ termasuk barang terpakai seperti perabot dan barang elektrik.

“Saya tahu sama seperti baju, ramai juga yang ingin membuang perabot rumah dan barang elektrik yang masih elok kerana mempunyai peralatan baru. Justeru, saya ingin mewujudkan pusat pengumpulan khas dan menjual semula pada harga mampu milik. 

“Sasaran pembeli adalah golongan kurang berkemampuan atau sederhana, tetapi memiliki anak ramai. Dengan kos yang semakin meningkat ada kalanya pendapatan mereka terpaksa diagihkan untuk makanan dan perbelanjaan sekolah. Namun, masih ramai ingin membeli televisyen dan peti sejuk kerana menganggap ia sebagai keperluan wajib untuk seisi rumah.

“Jadi dengan menyediakan perabot dan barang elektrik terpakai diharap dapat meringankan bebanan mereka,” katanya yang berpengalaman menjual jegging menerusi dalam talian selama empat tahun. Metro

Friday, August 1, 2014

Amalan Yang Berpanjangan Bagi Allahyarham Imam



SHAH ALAM: “Saya akan menunaikan hasrat terakhir arwah suami saya. Dia mahu saya meneruskan hajatnya yang tidak kesampaian untuk mencetak naskah Mushaf Tartil untuk diwakafkan kepada sekolah pondok, rumah anak yatim dan masjid serta surau,” kata balu Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al- Muqri. Nurazira Ahmad Bashir, 35, ibu kepada lima orang anak ketika ditemui pemberita begitu cekal menghadapi dugaan yang menimpa.

Bagaimanapun, untuk berkongsi kisah keluarganya, beliau menganggap ia perlu dirahsiakan kerana tidak mampu untuk meneruskan perbualan kerana masih lagi bersedih. Dalam kejadian 9 Jun lalu, Allahyarham Ahmad Mustafa menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008 dan banyak pembaharuan dilakukan termasuk program mengimarahkan masjid. Menceritakan hajat suaminya itu, beliau yang lebih disenangi dengan panggilan Kak Zira berkata, sebelum Allahyarham meninggal dunia, Ahmad Mustafa sangat sibuk dengan naskah Mushaf Tartil dan rakaman cakera padat, bacaan doa, tahlil serta yassin. “Apabila saya melihat tajuk VCD, ‘hadiah buat yang tersayang’ benar-benar menyentuh hati saya.

Mushaf Tartil

Ia seakan seperti tahu beliau akan pergi meninggalkan kami. “Sebelum Allahyarham pergi, selain meminta saya menjaga anak dengan baik, itu adalah perkara yang keluar daripada mulutnya untuk saya meneruskan niat dalam mencetak semula naskah Mushaf Tartil. “Manakala, VCD itu juga saya mungkin boleh menjualnya semula sebagai pendapatan untuk menyara keluarga,” katanya.

Selain itu, Nurazira berkata, ketika Allahyarham masih hidup, beliau sangat mementingkan solat jemaah bersama keluarga. “Menjaga solat lima waktu, itu juga adalah antara pesanan terakhir arwah. Semasa hayatnya, beliau sangat menitik beratkan solat,” katanya.

Beliau berkata, Ahmad Mustafa juga seorang bapa yang sangat penyayang dan lemah lembut dengan semua anaknya. “Apabila beliau pulang dari masjid atau sebarang tempat, perkara pertama selepas menjejakkan kaki ke dalam rumah adalah bertanya di mana anaknya. Itu yang menjadikan beliau sangat rapat dengan mereka,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Nurazira memberitahu, beliau bersyukur kerana semua anaknya begitu tabah dengan pemergiannya walid mereka itu. “Alhamdulillah, anak saya boleh menerimanya,” katanya. Selangor Kini

Monday, July 21, 2014

Nasyid Bebas Palestin (Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana)




Diterbitkan pada 14 Julai 2014 OFFICIAL MUSIC VIDEO: BEBAS PALESTIN Nasyid ini menggabungkan Rabbani, Inteam, Nowseeheart & Saujana dedikasi khas untuk Palestin.

 Music Video ini adalah kerjasama Aqsa Syarif Berhad, El Hazen Studio & Munsyeed.com.

 Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

 Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

 1) Pakej Iftar (RM50/set)

2) Pakej Sahur (RM20/set)

 3) Pek Makanan (RM300/set)

4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)

5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)

 Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui =

Maybank Islamic (551575-004299) =

Bank Islam (1209-20100-34904)

 Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760

 "Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"

Nasyid Hijjaz Pejuang Al-Qassam



Video kontroversi Hijjaz “Pejuang Al-Qassam” VIRAL di televisyen-televisyen Gaza. Ia mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali di kaca TV Gaza.

Video ini juga meyebabkan kumpulan Nasyid yang popular dengan lagu Sumayyah ini terus mendapat perhatian malah ada juga yang mengaitkan mereka dengan kegiatan militan. Oh tidak, ini sekadar lagu yang menghargai dan menyanjung perjuangan Al-Qassam yang mempertahnakan bumi Palestin dari terus dijajah dan ditindas Regim zionis. Video yang diterbitkan ini juga antara kerjasama syarikat itu dengan Ngo MAPIM.


Friday, July 11, 2014

Pengorbanan Ibu Sehingga Meletup

MERCUN BOLA, HILANG 3 JARI

Jeli : Seorang ibu kepada lima anak cedera di mata kanan dan jari tangan kiri apabila mercun bola yang dinyalakan meletup di tangannya di Kampung Pasir Dusun, Jeli, semalam.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Fakariah A'alrinah Jusoh, 42, yang sedang menoreh getah di kebun miliknya terdengar ngauman harimau dan bertindak menyalakan mercun tersebut bagi menakutkan haiwan berkenaan kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya.

 Katanya ketika kejadian, anaknya Muhammad Zikri Haziq Muhammad Ruzali, 3, sedang tidur di bangsal di dalam kebun berkenaan. Mercun bola "Saya dengar bunyi harimau dan sebab bimbangkan keselamatan kami, saya nyalakan mercun tetapi saya tidak sempat lempar, mercun meletup.

 "Selepas terkena mercun saya tidak sedarkan diri buat seketika, setelah sedar saya terus menghubungi anak (melalui telefon)," katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu, hari ini.

 Katanya dia membawa mercun bola itu ketika menoreh untuk menghalau binatang buas seperti babi dan harimau. Fakariah merupakan mangsa ketiga akibat mercun di Kelantan bulan ini, selepas kejadian pertama pada 4 Julai lalu yang menyaksikan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang putus tiga jari tangan kanan.

 Pada 5 Julai lalu pula seorang remaja lelaki berusia 17 tahun hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola di Kampung Berangan Apam, Pasir Mas. - Bernama

Nota :Hati-hati mencari rezeki sesuap nasi, jangan sampai membahayakan diri, kebun pula dekat hutan ada harimau, mudahnya memperoleh bekalan mercun yang mungkin seludup buatan Siam.

Pihak berkenaan kena buat sesuatu, jangan sampai ada nyawa yang melayang. Moga difikirkan penyelesaian supaya ibu ini dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira.

Wednesday, July 9, 2014

Rumah Aktivis Pengerang Terbakar





Kota Tinggi: Kediaman Pengerusi Gabungan NGO Pengerang yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Anis Afida Mohd Azli di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor terbakar tengah malam tadi. 

Difahamkan kesemua barangan termasuk persiapan Aidilfitri keluarganya juga turut musnah. Bagaimanapun tiada kemalangan jiiwa dilaporkan. Anis Afida juga adalah Pengerusi Gabungan NGO Pengerang dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kerusi N38 Dun Penawar.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan Dewan Muslimat PAS Johor Atiah Ahmad, berkata kerugian dianggarkan sekitar RM40 ribu.

Sehubungan itu, beliau merayu semua pihak prihatin untuk membantu keluarga Anis Afida bagi meringankan beban mereka apatah lagi dalam suasana Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank Anis Afida di nombor 1510 7125 0524. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

Nota : Tiada maklumat apakah punca kebakaran berlaku, igatan untuk kita semua supaya menjaga keselamatan lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri. Sukarelawan dan anggota Unit Amal boleh bergilir-gilir memantau. Terdahulu, rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Hj Zulkifli Ahmad pun pernah terbakar dipercayai berpunca dari lontaran molokov coctail yang melibatkan kemusnahan kereta dan bahagian bawah rumah. Namun kita bersyukur tiada nyawa yang hilang.

Sunday, July 6, 2014

Bolehkah dan Bagaimana hendak buat solat tarawih secara bersendirian?

Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang ...


//ilmudanulamak.blogspot.com
 Soalan:

 Saya ada dua soalan;
1. Bolehkah dan Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bagaimana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)?

Jawapan; 1.

Tiada masalah, solat terawih boleh dibuat sendiri malahan lebih afdhal atau lebih utama jika dibuat bersendirian di rumah jika perginya seorang gadis atau wanita ke masjid boleh menarik perhatian lelaki yang berhati kotor dan boleh mendatangkan fitnah.

Ia sama seperti solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula daripada takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawih atau qiyam Ramadan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat tarawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain.

Oleh sebab solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Bacaan ringkas rakaat pertama selepas Fatihah ialah surah Al Kafirun (Qul ya ayyuhal kafirun..) manakala rekaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al-Ikhlas (Qul hu wallahu ahad.. )


Jawapan  2.

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”.

Ia bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Tuesday, February 18, 2014

Sangkaan Amalan Dapat Pahala Rupanya Rosak

Pahala ke neraka ? - Dr MAZA
 
Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.

Ujub

Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya.

Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa.

Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang salih. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang salih yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riyak.

Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.

Sabda Nabi SAW: “Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)

Dosa ke syurga?

Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?

Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya.

Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.

Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa.

Segala kesombongan dalaman jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui.

Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.

Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah:

“Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hamba-Nya, Dia jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi  ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya.

“Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: 'Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka'.

“Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepada-Nya, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan solih maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya.” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad)

Pandang lekeh orang lain

Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah.

Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga.

Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya.

Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka.

Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.

Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.

Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:

“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka.

“Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya).” (ibid, 1/446)

Pakaian agama

Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lenggangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.

Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:

“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur.”

Apatah lagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi SAW ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain.

Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah: “Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).

Sunday, December 1, 2013

Perjuangan & garis politik


Muktamar PAS ke-59 kali ini bukan hanya diperhatikan rapi oleh warga Malaysia sahaja. Malah, bekas rakan sekerja Edward Snowden dalam National Security Agency (NSA) di Amerika dan Goverment Communication Headquaters (GCHQ) di England turut sibuk merakamkan apa yang sedang berlaku. Keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini bukan hanya mempengaruhi arah politik Malaysia, malah juga ASEAN dan Asia Tenggara.

Ahli PAS yang akan mengundi di muktamar kali ini berpeluang memilih pucuk pimpinan dari dua jalur atau dua garis politik. Media milik gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya mentakrif dua garis ini sebagai kumpulan ulamak dan kumpulan 'Erdorgan'. Sesekali Erdorgan ini dikatakan juga kumpulan profesional.

Sebenarnya ini nama-nama ini hanya ‘papan tanda' untuk mengelompokkan agar dapat diberi tanda. Ketika Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li melawan Mahathir Mohamad dulu, dikatakan wujud Tim A dan Tim B dalam United Malays National Organisation. Sebenarnya ada dua garis yang jelas yang diwakili oleh Ku Li atau Mahathir walau pun media tidak menerangkan secara tuntas. Nama diberi untuk memudahkan media membuat kerja.

Dalam PAS memang wujud kumpulan yang dipanggil ulamak. Dalam bahasa Arab, ulama membawa erti pemikir atau intelektual. Alim ertinya berilmu pengetahuan. Di Malaysia ini dua perkataan Arab ini telah disakralkan dan hanya diasosiasi dengan agama. Walhal alim dan ulama ini adalah untuk sesiapa sahaja yang memiliki daya fikrah yang kritikal dalam bidang keilmuan masing-masing, tidak semestinya hanya agama.

Erdorgan pula ialah ikutan nama perdana menteri Turki yang bukan ulama tetapi berjaya memimpin Turki dengan garis politik Islam. Nama ini muncul di Malaysia kerana golongan yang dikatakan kumpulan Erdorgan adalah gulungan profesional bukan guru agama, bukan lulusan pondok, tidak berserban, tidak berjubah dan tidak berjanggut panjang. Jauh sekali hidup mencari makan dengan menjual air jampi.

Kadang kala kumpulan Erdorgan ini dipanggil Anwarista. Jika perkataan Anwarista atau Anwarisna seperti dalam ucapan Zul Nordin maka kita tahu di belakang sebutan ini ada niat tidak baik. Anwarista ini digunakan untuk menggambarkan para pemimpin PAS ini sebagai macai kepada Anwar Ibrahim.

Di sebalik jenama ini sebenarnya ada garis politik yang amat jelas. Garis politik inilah yang wajib kita ketahui untuk memahami apakah tanda dan makna muktamar PAS kali ini.

Muhamad Sabu aka Mat Sabu dan Nik Amar yang merebut jawatan timbalan presiden PAS adalah manifestasi dari dua garis politik yang amat jauh berbeza. Dua sosok ini membawa dua pendekatan politik yang berlainan. Apa yang membezakan mereka ialah cara mereka melihat dan mentafsir Islam dalam konteks realpolitik Malaysia dan dalam konteks realpolitik dunia kontemperori.

Umum mengetahui bagaimana kumpulan ulama ini telah bersidang tidak berapa lama dahulu. Hasil persidangan ini satu ketetapan telah diluluskan. Mengikut ketetapan ini para ulama meminta parti PAS menilai kembali hubungannya dalam Pakatan Rakyat.

Mat Sabu lwn Nik Amar

Menilai kembali ini bermakna telah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan alim ulama dalam hal perserikatan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik. Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati ini tidak pula jelas. Yang diumumkan kepada orang ramai hanyalah ulama mahu "menilai kembali" kerjasama dalam Pakatan.

Untuk yang arif politik, melintas Mat Bangla di depan mata telah diketahui sama ada pendatang haram atau tidak. Justeru, ketetapan dari persidangan ulama ini bermakna ada jalur dalam parti PAS yang tidak mahu terus bersama dalam Pakatan. Garis ulama ini menolak usaha menggalang barisan bersatu untuk menjatuhkan United Malays National Organsiation dan konco-konconya. Terlulusnya ketetapan ini bermakna garis politik para ulama PAS ialah menentang kerjasama dalam Pakatan. Dalam bahasa anak muda yang cool, PAS nak blah dari Pakatan.

Justeru garis PAS akan meninggalkan Pakatan menjadi mistos umum apabila pemerhati politik membincangkan muktamar PAS kali ini. Umum juga telah mengetahui bagaimana secara terbuka Nik Amar sendiri mengakui bahawa dirinya adalah ‘seorang ulama'. Justeru Nik Amar dianggap mewakili dan membawa garis ulama dalam muktamar PAS kali ini.

Manakala Mat Sabu dalam ceramahnya telah berkali-kali berkata:

"Apabila PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman."

Ucapan Mat Sabu ini jelas memperlihatkan bahawa garis politik yang dibawa oleh Mat Sabu ini ialah garis politik yang bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan. Mat Sabu memahami realpolitik Malaysia. Dalam politik pilihan raya - satu warga satu undi - tidak ada jalan lain untuk mengambil alih kuasa melainkan bekerja sama dengan kumpulan yang bukan dari parti PAS.

Ikatan kerjasama ini dari pandangan Mat Sabu telah memberi kejayaan dalam tahun 1999, 2004, 2008 dan dalam PRU13 yang baru selesai. Hanya dengan bekerja sama dengan parti-parti yang bukan dari bakul ketuanan Melayu barulah PAS mendapat kejayaan. Malah di Selangor kemenangan PAS yang amat cemerlang itu adalah hasil dari kerjasama dalam Pakatan.

Apakah perlawanan antara Mat Sabu dan Nik Amar ini membawa makna Mat Sabu menentang ulama? Dalam konteks Mat Sabu dan ulama, ia sesuatu yang pelik dan sukar untuk dipercayai. Sejarah masih belum merakamkan secara tuntas tentang konsep kepimpinan ulama dalam PAS. Tidak ramai yang mengetahui bahawa konsep ini adalah hasil dari gerakan Mat Sabu dan kawan-kawan yang telah melihat kejayaan Revolusi Iran 1979. Ketika konsep ‘kepimpinan ulama' ini diajukan Mat Sabu sedang bergerak aktif dalam Pemuda PAS.

Apakah para ulama tidak melihat realpolitik di mana Malaysia ini sebuah negara majmuk - berbilang bangsa dan agama. Malah dalam kumpulan penganut Islam itu sendiri tidak semua yang memegang kad pengenalan Islam bersetuju dengan apa yang cuba dibawa dan dilakukan oleh kumpulan ulama ini.

fatwa

Jawabnya, para alim ulama ini melihat realpolitik ini. Tetapi kefahamam politik dan analisa politik mereka tidak memasukkan ekonomi dan kelas sebagai asas politik. Gerakan parti politik bertujuan untuk mengambil kuasa. Dengan memenangi kuasa maka punca-punca ekonomi boleh dimiliki. Dengan memiliki punca ekonomi maka barulah dapat dilaksanakan satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Berkebajikan.

Tanpa kuasa politik tidak ada kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi tidak ada satu habuk. Yang ada hanya selipar Jepun dan kain cukin. Ini difahami jelas oleh Mat Sabu. Tetapi agak kabur dalam pandangan mata para ulama. Justeru kita melihat bagaimana akhbar Utusan Malaysia berhempas pulas cuba menimbul agenda hudud, isu Syiah, isu Allah, semua ini bertujuan untuk memerangkap ahli PAS agar gagal memahami ekonomi sebagai asas politik.

Niat dan cita-cita Utusan ini cukup jelas. Selagi PAS bersama Pakatan, maka kesihatan parti ketuanan Melayu ini akan terus merudum menuju ke liang lahad. Dalam realpolitik, kuasa United Malays National Organsiation hari telah lupus. Yang membolehkan gerombolan ini berkuasa hanya melalui kuasa polis, Cawangan Khas atau kuasa mahkamah. Sebanyak 52 peratus akyat Malaysia tidak lagi menyokong United Malays National Organisation dan konco-konconya.

Apakah para ulama tidak melihat ini? Jawabnya, ada melihat dan ada tidak. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini ialah melimpah dengan kekayaan hasil bumi. Sayangnya kekayaan negara Islam ini disaluti dengan kebebalan fikrah warganya. Tidak ada yang alim dan tidak ada yang ulama. Para alim dan ulama ini hanya tinggal nama sahaja.

Mengikut Mat Sabu gerakan Islam hari ini masih lagi di tahap ‘takfiri'. Masih lagi membincangkan apa yang suci dan apa yang haram. Masih lagi menuduh siapa kafir dan siapa boleh masuk syurga. Islam gagal untuk mengajukan satu sistem sosial yang berkebajikan. Walhal hampir tiga suku ayat-ayat dalam Quran ialah tentang kebajikan umat manusia.

Semenjak tahun lalu mimpi berahi United Malays National Organisation dan Utusan Malaysia ialah kekalahan Mat Sabu. Gerombolan Ketuanan Melayu bermimpi sambil merancang agar parti PAS akan meninggalkan Pakatan. Jika semua ini gagal, parti ketuanan melayu berharap PAS akan kembali menjadi parti ‘takfiri' yang akan menuduh sesiapa sahaja sebagai kafir dan musuh Islam.

Gerombolan ketuanan Melayu berharap PAS akan menjadi parti politik yang kerjanya hanya mengeluarkan fatwa fatwi untuk menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang dianggap tidak bersetuju dengan garis politik PAS. Bila ini berlaku maka anak muda akan lari lintang pukang menjauhi PAS. Bukan takut dengan PAS tapi menyampah dengan parti kolot yang mengganggu hidup mereka.

Jika ini terjadi maka jaringan luas yang wujud hari ini, dari anak semua bangsa dan dari agama semua kaum yang menyokong PAS akan kendur.

Inilah yang dikatakan oleh Mat Sabu "wilayah takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman".

Maka akan bergumbiralah ahli United Malays National Organisation kerana mereka boleh merompak harta negara tanpa sekatan.

Setakat ini Utusan Malaysia akhbar milik parti ketuanan Melayu sedang berkempen memutar alam. Tapi ahli PAS yang bersidang ke muktamar telah dewasa. Setitik dakwat Utusan telah diketahui jantan betinanya.

Kredit kepada TT

Sunday, October 20, 2013

Analisa ringkas jalan kemenangan Dun Sg Limau

Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau

Zulkifli Yahya
SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.

 Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja.

Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.

 Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu.

Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan.

Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu. Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar.

Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS.

Berdasarkan PAS Kedah kehilangan sokongan Melayu sehingga 9 peratus pada PRU13, saya mengandaikan bahawa di Sungai Limau sokongan untuk Tan Sri Ustaz Azizan datangnya dari pengundi teras PAS dan majoriti pengundi Cina dari seramai 1800 orang. Hampir tiada undi untuk PAS dari pengundi atas pagar.

Tiada juga undi dari ahli Umno yang memprotes, kerana undi golongan itu tersalur kepada calon Umno yang bertanding tiket bebas. Itu pun tidak banyak, cuma 100 undi. Jika sebelum ini, Ustaz Azizan dapat menarik ahli keluarganya yang ramai di sekitar Sungai Limau, kebanyakannya terdiri dari penyokong Umno. Pada PRU13, beliau ditentang oleh sepupunya sendiri iaitu Fadhilah Mohd Ali.

Bermakna undi atas faktor keluarga tidak lagi solid untuk Ustaz Azizan, sekurang-kurangnya ia sudah berpecah dua. Satu lagi faktor yang sangat menarik di Sungai Limau adalah kewujudan 'golongan kecewa' dalam PAS. Kumpulan ini tidaklah dominan namun tindakan protes mereka berterusan dan sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap jentera parti.

Mereka menyayangi PAS cuma berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan ketika itu. Kini orang yang mereka musuhi sudah tiada. Mereka boleh ditarik untuk kembali menguatkan PAS. Secara teorinya untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau, kerja PAS cuma mengekalkan sokongan ahli-ahli dan penyokong PAS! Itu saja.

Kejayaan menarik golongan atas pagar dan Umno cuma bonus. Teorinya mudah, tapi realitinya tak semudah itu. Bagi BN, kerja mereka lebih sukar kerana di samping pertahankan sokongan pengundi tegar dan atas pagar.

Mereka juga perlu menarik sokongan pengundi PAS, baru boleh menang. Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno.

mengepung

Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman.

Pengalaman melalui beberapa pilihan raya kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN. Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan.

Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS. Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya.

Friday, September 20, 2013

Musim Haji Sudah Bermula, Semoga Dapat Haji Mabrur

Kepada bakal haji dan hajjah dari Malaysia, RSB mengucapkan selamat menunaikan haji dan umrah, moga sihat tubuh badan, selamat pergi dan selamat balik berjumpa semula sanak saudara dan rakan seperjuangan, semoga beroleh haji yang mabrur dan terus menyokong perjuangan menentang kezaliman dan menegak kebenaran.

Sumber Twitter, YaAllah , jadikanlah mereka yang RT gambar ini dapat menjejakkan kaki ke tempat yang mulia dan diberkati ini . Amin ~

Tuesday, September 3, 2013

Banner Sambutan Aidilfitri PR Sembrong

Jamuan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sembrong akan diadakan pada 6 September 2013 bersamaan 30 Syawal 1434 bertempat di hadapan Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR Sembrong Taman Seri Impian Kluang.

Menurut pengarah program, Ust Hamdan, majlis itu akan dihadiri oleh tetamu khas iaitu YB Nurul Izzah DS Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua AMK PKR, YB Tan Hong Pin Adun Mengkibol Kluang dan lain-lain lagi tetamu VIP.

kaum hawa dan keluarga

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ucapan dan beramah mesra dengan tetamu Puteri Reformasi khususnya kaum hawa bersama tetamu sambil menikmati juadah hari raya yang kami hidangkan. Jemput hadir, terima kasih

Salam Lebaran Minal Aidil wal faizin

Selebriti Muslimat Pas di majlis walimahnya untuk keluarga


abby abadi

Amboi. Memang bak pinang dibelah dua. Walaupun banyak perbezaan umur, Abby nampak seperti anak dara di hari persandingannya. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Majlis persandingan sederhana ini telah berlangsung semalam di rumah Abby Abadi.

Lihat di sini

Saturday, August 31, 2013

Sambutan Aidilfitri PR Sembrong Bersama Puteri Reformasi


Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sembrong akan diadakan pada 6 September 2013 bersamaan 30 Syawal 1434 bertempat di hadapan Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR Sembrong Taman Seri Impian Kluang.

Menurut pengarah program, Ust Hamdan, majlis itu akan dihadiri oleh tetamu khas iaitu YB Nurul Izzah DS Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua AMK PKR, YB Tan Hon Pin Adun Mengkibol Kluang dan lain-lain lagi tetamu VIP.

kaum hawa

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ucapan dan beramah mesra khususnya kaum hawa bersama tetamu sambil menikmati juadah hari raya yang kami hidangkan. Jemput hadir, terima kasih

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Tuesday, August 13, 2013

Jom Puasa Enam Syawal

 

 

Niat puasa sunat 6 syawal & puasa ganti / qada'




Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. (Begitu juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja.Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh .

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.


 -
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

 Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."



Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/niat-puasa-sunat-6-syawal-puasa-ganti.html#ixzz2bsSgBA7T

Sunday, July 28, 2013

Sains Mencari Bukti Mengapa Lailatul Qadar Lebih baik Dari 1000 Bulan

 

 

 

 

 

Lailatul Qadar Menurut Kajian Saims.


 
 
 
 

ARTIKEL tentang Lailatul Qadar ini bersumberkan dari buku tulisan Rajendra Kartawiria, Quranic Quotient Centre.

Sebahagian isi buku ini kemudiannya dipublikasikan di internet oleh Aulia Muttaqin dan beberapa sumber lain. Manfaatkan malam Ramadhan untuk memperluas ilmu dan membangun keyakinan, Mengapa Ramadhan?

Dalam Islam kita mengenali kewujudan 4 bulan suci, iaitu Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab. Ramadhan yang bererti panas tidak termasuk sebagai bulan suci.

Mengapa Ramadhan dipilih untuk puasa sebulan penuh? Dalam ilmu astronomi, Radiasi Matahari memiliki siklus 11 tahun. Tahun 2007 sendiri merupakan pengakhiran dari siklus ke 23 sejak pengamatan pertama pada abad 18.

Bumi dilindungi Magnestosphere, sehingga kesan gelombang radiasi tidak terjadi pada sisi bumi yang menghadap matahari (siang hari). Ketika gelombang radiasi matahari datang, kesannya terasa pada bahagian bumi yang membelakangi matahari (malam hari).

Radiasi di malam hari mempengaruhi tahap getaran otak. Radiasi dan daya tarikan graviti bulan purnama meningkatkan permukaan air laut dan kehidupan makhluk laut di malam hari.

Juga menarik air dalam membran otak dan lebih menggetarkan sel-sel otak. Getaran sel otak menggambarkan tahap kesedaran dan aktiviti otak.

Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat 3 hari “shaumul biidh” pada ketika bulan penuh setiap tanggal 13,14, dan 15 bulan-bulan Hijriyah dan menghidupkan malam-malamnya.

Tahap radiasi ini bervariasi antara 0-100,000 dan di skala S1-S5 oleh NOAA Berdasarkan kajian , radiasi sebesar 1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 terjadi 10 kali dalam satu siklus 11 tahun, atau terjadi setiap 13 bulan sekali.

Radiasi sebesar1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 ini digolongkan dalam skala S3, dan mulai berbahaya bagi manusia sebesar 1 chest x-ray. Radiasi dengan siklus 11.7 bulan (1 tahun hijriyah) adalah sebesar 800 MeV particles s-1 ster-1 cm-2.

Mengarah pada hipotesis malam Lailatul Qadar Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al Qadr 97:3). Building Block

 * Siklus satu tahunan (hijriyah) bernilai 1000 x bulan purnama.

* Malam yang nilainya 1000 bulan purnama adalah Lailatul Qadr.

* Lailatul Qadr terjadi di bulan Ramadhan.

* Jadi siklus badai matahari yang berulang setiap satu tahun (hijriyah) terjadi setiap bulan Ramadhan. Itulah sebabnya

* Sejarah para nabi menunjukkan bahawa mereka senang merenungkan hakikat kehidupan, bertapa, pada setiap bulan Ramadhan.

* Secara umum wahyu-wahyu tentang ajaran agama yang memerlukan tahap pemahaman yang tinggi, banyak diturunkan di malam-malam bulan Ramadhan.

* Penataan ayat-ayat Al Quran ke dalam surah-surah seperti yang wujud ketika ini, dilakukan Nabi Muhammad pada malam-malam bulan Ramadhan.

* Umat Islam diajak untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.

* Lebih utama adalah i’tiqaf di masjid pada 10 malam terakhir, pada malam-malam sebelum dan setelah Lailatul Qadr. Tenaga tambahan untuk pembelajaran di bulan Ramadhan

* Untuk dapat beribadah pada malam Ramadhan diperlukan tenaga ekstra.

* Kenyataannya puasa siang hari bukanlah menyebabkan tubuh kekurangan / kehabisan tenaga.

 * Oleh itu puasa menggunakan 10% tenaga tubuh kerana tidak digunakan untuk mencerna makanan.

* Tenaga yang diguna ini sangat membantu pemahaman pelajaran di malam hari.

Three in One di bulan Ramadhan

1. Efektif memahami Al Quran di malam hari.
 2. Detoksifikasi dan Manajemen Tenaga di siang hari.
 3. Kembali fitrah setelah berpuasa 28 hari berturut-turut. Manfaatkan malam-malam Ramadhan

* Untuk dapat dengan mudah memahami makna kehidupan secara komprehensif dan benar, manfaatkan kecerdassan otak di kesunyian malam Lailatul Qadar.

* Untuk mendapat pemahaman lebih luas, malam-malam di sekitar Lailatul Qadr (10 malam terakhir Ramadhan).

* Lebih baik lagi kalau dimulai malam pertama Ramadhan.

 * Hasil renungan malam ini harus dapat kita implementasikan dalam kehidupan sehari-hari.

* Nikmat hidup akan diperoleh jika kita berkontribusi positif kepada kehidupan dunia dengan berserah diri kepadaNya.

 * Nikmat kehidupan akhirat akan diperoleh bila kita mampu selalu menikmati dan mensyukuri kehidupan dunia. Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com, Wallahu'alam bissawab