Trafik

Tuesday, June 23, 2015

Kebaikan dan keburukan Bazar Ramadan

Image result for bazar ramadhan kluang

Kluang : Bila tiba Bulan Ramadan saban tahun, salah satu tempat  yang akan dikunjungi oleh ramai orang selain Masjid dan Surau ialah Bazar Ramadan. Bazar diambil sempena nama arab umpama pasar atau market yang menghidangkan berbagai jenis juadah dan segala macam keperluan menjelang berbuka puasa dan Hari raya Aidilfitri.

Ada yang menjadikan bazar Ramadan sebagai tempat kunjungan wajib, tidak sah jika satu hari tidak berkunjung ke situ kerana tertarik dengan suasana yang meriah seperti berkumandangnya lagu malar segar 'Balik kampung' dan lagu 'Selamat hari raya' serta keperluan membeli lauk berbuka yang siap terhidang.

Di sini saya coretkan beberapa aspek kebaikan dan keburukan bazar Ramadan untuk sama-sama kita renungkan.

Kebaikan Bazar Ramadan


  1. Pelbagai pilihan jenis dan kuantiti juadah berbuka dan kuih muih
  2. Masa yang cepat dengan membeli terus dan tidak perlu buang masa masak di dapur 
  3. Memudahkan dan menyenangkan kepada kakitangan yang bekerja
  4. Rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga
  5. Harga barangan jadi murah di sebabkan persaingan 
  6. Jumpa kuih muih dan juadah  yang pelik dan jarang-jarang di jumpai kecuali musim Ramadan
  7. Tempat berhimpun bebagai kaum, warna kulit dan agama.
  8. Menjadi produk pelancongan istimewa

Keburukan Bazar Ramadan


  1. Pembaziran kerana secara automatik kita akan membeli dengan kuantiti banyak di waktu perut kosong, akhirnya makanan tidak habis dan dibuang begitu sahaja.
  2. Parkir kenderaan yang susah dan bila meletak kenderaan jauh terpaksa pula berjalan kaki
  3. Trafik yang sesak disekitar kawasan bazar mengundang kemalangan jalanraya
  4. Sampah sarap semasa dan selepas berniaga akan bertimbun dan jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan bau, menyakitkan mata dan menjejaskan kesihatan
  5. Bazar ramadan yang berskala besar dengan berbagai keperluan hari raya akan dibuka sehingga larut malam menjadi tempat pertemuan dan bergeselan lelaki dan wanita terutama di kawasan padat pengunjung, bakal mengundang gejala maksiat.
  6. Ramai peniaga yang tidak menutup aurat, tidak solat dengan alasan pakaian kotor malahan ada yang secara terang-terang menyedut air minuman sambil berniaga (tidak berpuasa)
  7. Makanan tidak bersih, juadah yang dihidangkan tidak ditutup, mudah terkena habuk dan kotoran serta dihinggap lalat menyebabkan pembeli sakit perut serta ceret beret.
  8. Sewa tapak gerai yang mahal tanpa bumbung, belum lagi kira yang pekej kanopi, lagi melambung harganya, pihak ini sengaja mencari kesempatan membuat keuntungan atas angin padahal yang berniaga semua satu bangsa dan satu agama. Akhirnya untuk menampung kos yang tinggi, para peniaga terpaksa menaikkan harga jualan termasuk GST. Inilah pihak yang mengambil kesempatan boleh dikatakan sebagai 'Melayu tipu Melayu'.
  9. Penutup pintu rezeki peniaga gerai di tempat lain dengan menyita dan meletak pita keselamatan melarang mereka berniaga dan melarang orang menbeli adalah satu tindakan yang zalim, sedangkan mereka telah berniaga di tempat itu sejak puluhan tahun.
  10. Bazar ramadan dikuasai kongsi gelap kononnya itulah kawasan jajahan mereka, pihak luar yang hendak masuk mesti menunjukkan surat walaupun beliau seorang Ahli Parlimen dan Adun yang dipilih rakyat. 
  11. Berleluasa penjualan mercun dan bunga api yang diharamkan kerajaan dengan meletak meja jualan ditengah laluan bazar yang sesak menyusahkan peniaga yang sedia ada kerana tempat mereka terlindung, sukar untuk pelanggan berkunjung masuk kerana tersekat oleh meja jualan kegiatan haram ini.
Terpulanglah kepada kita sebagai pengguna yang bijak di zaman kemelesetan ekonomi, kebaikan banyak dan keburukan pun apa kurangnya, harap pihak berkenaan jangan leka kerana jika tidak dikawal selia dengan baik maka ia boleh mengundang padah dan kebencian rakyat jelata. Wallahuaalam.



4 comments:

  1. lalalalalalalalalallaallaalalalalalaaallaalllaalalalaalalalalallaalalallalaalalalalalalalaalallalalaalallaallalalalalalaalalallallaallaal

    ReplyDelete
  2. ,mnlk


    knl;m
    ;lm;lm
    lm;lm
    ;lnlk
    knkm
    'lkjn.,
    ;lmlkmlkm

    ReplyDelete
  3. ,mnlk


    knl;m
    ;lm;lm
    lm;lm
    ;lnlk
    knkm
    'lkjn.,
    ;lmlkmlkm

    ReplyDelete