Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang
dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan
isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham
kecil sebaik sidang media bersama hari ini.
Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia
(MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah
Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Noor.
"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik
persalinan Seri Pistana."Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru
besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa
tentang pertikaian tersebut.
Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U
Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa
yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari
ini.Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali
memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama.
Kontroversi melibatkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah
seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di
dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah
itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak
terhadap pertanyaannya.
RSB : Isu makan kat bilik persalinan (baca jamban) memang menjadi buah mulut rakyat sekarang ini walaupun isu ini ditepis oleh media kerajaan tetapi alasan guru besar murid di tempatkan di tandas sebab nak ubahsuai kantin tak boleh diterima, masa cuti sekolah kan panjang, boleh buat projek tu, macam kemaruk sangat projek, mungkin ada komisen (baca rasuah) yang dia dapat.
Dalam hal ini guru besar sepatutnya disiasat bukan ibu bapa yang muat naik gambar dan yang menyebarkannya.
No comments:
Post a Comment