Trafik

Friday, January 16, 2015

Status Pekan Rabu Kluang masih buntu



Kluang : Baru-baru ini, semua exco Johor telah membuat pembentangan pencapaian KPI masing-masing bagi tahun 2014 dan pelan perancangan KPI 2015. Exco yang menjaga hal usahawan boleh tidak beri pencerahan status Pasar Rabu Kluang sudah siap 2 tahun tetapi masih lagi tidak ada orang masuk meniaga.

Banyak juga pertanyaan dan banyak juga versi jawapan. Kami harap Exco, YB Mahkota yang juga Ketua Bahagian Umno Kluang Md Jais Sarday segera memberi pencerahan. Jangan jadi gajah putih sudah.

Kasihan kepada peniaga IKS yang kebanyakan berniaga di tepi jalan yang dijanjikan gerai dan tempat berniaga yang selesa akhirnya berkesudahan begini. Susah sangatkah hendak beri penjelasan atau mungkin DS Menteri Besar boleh semak prestasi exco dan wakil rakyat yang hanya pandai buat janji manis yang diucap sebelum PRU13. Tak patut bila dalam hal menjaga kebajikan peniaga bumiputera ini kita kempen salahkan YB Chin Tong dari Parti DAP. Ini projek siapa? jangan salahkan rakyat lihat KPI kamu yang gagal. Sumber FB JI

Thursday, January 15, 2015

Kerosakan disebabkan oleh tangan-tangan manusia

30:41

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali."

Surah Ar-Rum 41

Saya terbaca status komen dalam FB golongan tidak percaya tuhan (aties) yang menyalahkan tuhan dengan mengatakan buat apa hidup beragama jika Kelantan yang diperintah oleh Pas dan mahu melaksanakan hudud pun kena bala bencana banjir besar....

Astaghfirullah... saya memetik ayat di atas sebagai bukti bahawa segala bala bencana yang datang ini janganlah kita menyalahkan Allah. Nauzubillah. Semak dulu sekeliling semuanya berlaku sebab manusia yang cuai sama ada ianya perbuatan kita atau juga perbuatan musuh-musuh asbab mengapa berlaku bencana bah lumpur sebegini.

Bukan sahaja di Serambi Mekah, malahan bajir besar juga melanda Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Wallahuaalam. Lebih baik kita kumpul duit, luangkan masa dan tenaga sedaya upaya membantu mangsa banjir. Terimakasih kepada NGO yang sangat memBantu dan pantas bertindak tanpa menonjolkan diri serta bergerak aktif dengan ikhlas beramal kerana Allah. Nak harapkan duit bantuan Kerajaan Pusat jawabnya belum tentu... sehelai baju sekolah pada tarikh post ini ditulis pun masih belum diterima...

Kg Sat Tanah Merah 9 Januari 2015 Jumaat

 Cuci Asrama Puteri Kolej Vokey Tanah Merah



 Kanak-kanak menunggu tepi jalan meminta makanan bimbang petugas tidak masuk jauh ke dalam kampung mereka
Sedih, ada juga yang datang dengan menaiki 4x4 hanya sekadar pelancong VIP
 Transit di Machang untuk masak nasi kambing 
 Wira sebenar tidak didendang
 Sesi membungkus bahan makanan dan barang keperluan dapur, pakaian elok, sejadah dan telekung untuk diedarkan

 Musnah samasekali
Keadaan terlampau hiba sehingga menitis air mata kami

Sebuah bas dan sebuah lori 3 tan
Kg Sat dan Kg Cina Tanah Merah

Wednesday, January 7, 2015

Berhati-hati kepada petugas Banjir Kelantan (Tips)

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)


Tips sukarelawan

1. Baca doa naik kenderaan, doa musafir dan bertawakkal kepada Allah. 

2. Jaga kebersihan. Sediakan sebotol air mineral atau air bersih untuk bersuci dan berwuduk. Perlu sedia maklum, kebanyakan tandas dan bilik air penuh dengan berbagai manusia dan gelagat, lebih parah bila bekalan air tiada.

3. Membantu dengan ikhlas. Kurangkan tayang gambar diri sendiri dalam media sosial, kononnya kitalah wira penyelamat dengan niat berbangga-bangga. Ini bukan tempat melancong, Biar kita tidak dikenali di dunia tetapi makhluk di langit sangat kenal dengan keikhlasan kita.

4. Doakan tabah dan sabar atas ujian yang menimpa kepada diri sendiri dan mangsa banjir. Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.  

5. Jaga solat. Solat jamak dan qasar perlu dipaktikkan walaupun pakaian kita kena lumpur tanah selagi ia tidak kena najis. Selamat bertugas...

Doa pelayaran Nabi Nuh:

بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ 

Dengan nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. `Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS Hud41)

Doa keluar Rumah

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ
 






“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga syaitan-syaitanpun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu boleh (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”

[HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh Albani.].