Trafik

Sunday, September 28, 2014

Siapa dapat habuan juta-juta akan di dedah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di depan penyokongnya pada majlis pelancaran kempen mansuh Akta Hasutan anjuran PKR di Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 September, 2014.

Pulau Pinang : Pihak yang mendapat manafaat daripada pelbagai perjanjian yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum tempoh perkhidmatan beliau berakhir minggu lepas akan didedahkan.

 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbiran Selangor di bawah menteri besar yang baharu Mohamed Azmin Ali dijangka mengkaji semula dan mendedahkan "kelulusan besar dan kontrak" yang dilakukan di bawah pentadbiran sebelumnya.

 Ini termasuk perjanjian air ditandatangani Khalid dengan kerajaan persekutuan yang melibatkan operasi rawatan dan pengedaran dalam industri bernilai RM30 bilion, pembinaan loji rawatan air Langat 2 RM3.6 juta dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

 Anwar berkata, terdapat pertanyaan tentang mengapa beliau dan pemimpin partinya berusaha menyingkirkan Khalid yang dikatakan melakukan perkhidmatan baik kepada rakyat. "Tetapi dalam realitinya, beratus-ratus juta faedah akan diperolehi orang tertentu yang berada di tempat-tempat yang tinggi," katanya.

kroni

 Beliau menyifatkan mereka sebagai "kroni" yang diminta untuk menyokong sebagai orang Melayu. Beliau berkata rakyat diberitahu sebagai orang Melayu, mereka sepatutnya "mengikut undang-undang". Anwar berkata, perjanjian air akan memberi kesan kepada kadar air yang dikenakan kepada orang ramai.

 "Daripada segi politik, apabila ia datang kepada isu kepentingan awam, kebimbangan saya adalah ia akan ada hubungan secara langsung dengan kadar air," katanya selepas merasmikan pelancaran kempen untuk memansuhkan Akta Hasutan anjuran PKR di Seberang Jaya malam tadi.

 Beliau berkata, “keuntungan atau faedah yang melampau” daripada rundingan itu akhirnya akan membebankan rakyat. Katanya, beliau tahu senarai penerima faedah yang terbabit, bukan sebab ia diberikan kepadanya oleh Khalid tetapi beliau sendiri membuat semakan dan “kerja rumah”.

 “Dan saya sedar mengapa ada orang sangat mempertahankan (rundingan) dan enggan bertolak ansur. Ia adalah kerana ia membabitkan faedah besar,” katanya. Anwar berkata, penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Rakyat yang dilaporkan menerusi bekas peguam Umno Tan Sri Rashid Manaf juga isu yang membimbangkan.

 Katanya, beliau tidak peduli parti parti mana yang menerima faedah rundingan itu, walaupun jika mereka daripada PKR atau parti komponen lain. “Itu kita tidak peduli. Kita berjanji untuk telus,” katanya. Anwar berkata, Azmin yang juga timbalan presiden PKR, bersama pasukannya dalam kerajaan negeri akan melihat rundingan itu dulu.

kebajikan

Katanya, penting bagi menteri besar baharu melakukan yang terbaik terhadap janji untuk pemerintahan baik dan ketelusan, melaksanakan “perubahan daripada gaya korporat kepada prihatin dan kebajikan rakyat”. “Saya yakin Azmin akan mampu melakukannya,” katanya. Beliau berkata, pentadbiran Azmin juga diminta melihat perkara membabitkan kenaikan gaji menteri besar dan exco pada zaman pemerintahan Khalid.

 Ia juga akan melihat kepada mengurangkan kadar cukai taksiran di negeri itu susulan kenaikan kadar yang dibuat sejak 2008 di bawah Khalid. Anwar berkata, beliau akan terus memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu yang menyebabkan Khalid perlu disingkir.

 “Apa yang saya buat ialah akan terus memberi penjelasan tentang isu itu. Rakyat perlu memahaminya,” katanya. Beliau enggan mengulas titah Sultan Selangor yang jelas menyentuh mengenai perkelahian PKR dalam ucapannya pada Jumaat, dan berkata:“Saya tidak mengulas kenyataan atau ucapan Tuanku.”

 “Tetapi tanggungjawab rakyat ialah memahami semangat merdeka, peruntukan perlembagaan dan apa asas kritikan kita terhadap pentadbiran negara,” katanya. Ketika ditanya mengenai penutupan pejabat penasihat ekonomi negeri yang dipegang Anwar oleh majlis eksekutif negeri pada hari terakhir perkhidmatan Khalid, Anwar berkata beliau atau kakitangannya belum menerima surat pemberhentian itu. MI

 “Jadi setahu saya belum ada notis rasmi mengenai perkara itu,” katanya. – 28 September, 2014. - See more at: di sini


Siapa Suruh Ambil Maklumat Palsu Dari Umno

Anwar: Iszuree patut guna saluran betul

Pulau Pinang : Keadilan tidak akan mempertahankan bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim yang digantung dari sebagai menyertai sebarang jawatankuasa kerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mengkritik polisi setinggan kerajaan negeri.

Iszuree yang juga ketua lajnah tanah PAS negeri bagaimanapun dikekalkan sebagai ahli majlis tetapi peruntukkan beliau dibekukan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Iszuree sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana beliau sebahagian Pakatan Rakyat.

"Kamu boleh kritik dari fakta yang kamu dapati, bukan dari apa yang didapati dari Umno. "Jika kamu nak guna peruntukan negeri tetapi terus kritik – kamu tidak dapat memberi perkhidmatan dengan baik," kata beliau ketika ditanya wartawan selepas ceramah anti akta hasutan di Seberang Jaya semalam.

Artikel Penuh:  di sini Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Nota : Jaga lidah itu menunjukkan akhlak yang lebih baik, jika takut silap atau menyinggung, baik diam...

Saturday, September 27, 2014

Program Penyerahan Borang Ahli

Paloh : Program penyerahan borang ahli telah dilaksanaka dengan jayanya yang dihadiri oleh YB Dato' Idris Jusi Ahli Parlimen Batu Pahat (Keadilan).


Kelihatan YB Dato' Idris Jusi, Sdr Md Noh Ketua Cabang & Sdr Yusof Ahmad


Sdr. Malik Faisal Pegawai Parlimen BP


Sdr Onn Abu Bakar turuut serta

PAS Perlu Tajdid (Reform)

Thursday, September 25, 2014

Analisis Pengkalan Kubor : Pengundi perantau tidak balik



Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku. "Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen).

Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

 BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

 Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

 Pengundi luar tak balik & pengundi muda 

 Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka. Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS.

Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

 "Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

 Calon: Saya reda 

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

 "Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. MK

Nota : Pengkalan Kubor tanpa krisis, semasa Umno di Dun lain kalah di Kelantan, Bn boleh menang, apatah lagi apabila PR berselisih sesama mereka. Lagipun ini PRK, di mana seluruh jentera termasuk agensi kerajaan digunakan oleh Bn. Jentera dari Umno Johor sahaja 14 bas yang bertolak ke sana membantu kempen.

Pengundi luar terpaksa kumpul cuti dan hanya akan balik untuk menyambut Hari raya Qurban tidak lama lagi.

Calon Pru lepas dari Keadilan adalah berjawatan Prof Madya menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Malah calon pilihan DAP di PRK Telok Intan yang walaupun tidak menang tetapi mendapat swing pengundi muda berbanding Wan Rosdi.

Muslimat Pas yang beria-iya meminta calon PAS menggantikan Keadilan sepatutnya bersedia mencari jawapan di atas kegagalan ini.

Mungkin benar kata Ketua Pemuda PAS Sdr. Suhaizan Kaiat dalam Muktamar Pas di Batu Pahat bahawa kemenangan PAS di Kelantan adalah faktor TG Nik Aziz dan pengundi luar yang duduk di lembah kelang dan bandar utama lain yang mendapat info yang cukup serta sayangkan Islam, PAS dan Pakatan Rakyat.

Wajib muhasabah, PAS perlu kembali semula ke Pengkalan dan bukan ke Kubor...

Penerbit filem geran Finas tidak profesional langsung



Filem sejarah Rentap mendapat tajaan RM3.5 juta daripada kerajaan tetapi setelah dua tahun penggambaran bermula, ia masih belum siap-siap. Ekoran itu, bayaran penuh belum dijelaskan kepada pihak terlibat.

 Bagaimanapun, semalam pelakon, agensi lakonan dan agensi yang menguruskan penginapan semasa proses penggambaran filem itu tampil menuntutnya atas alasan merugikan mereka.

 Persatuan Karyawan Malaysia semalam menampilkan pihak-pihak terlibat untuk menuntut bayaran kira-kira RM75,000 lagi daripada penerbit filem itu, yang juga seorang pelakon. Pelakon Azliyuszaini Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Yuzz menuntut baki bayarannya RM5,000 yang belum dijelaskan untuk lakonanya yang dirakam pada Jun lalu.

 “Penangguhan penggambaran adalah bukan disebabkan faktor lain melainkan pihak produksi sendiri yang telah menyebabkan kerugian kepada saya,” katanya. Sementara itu, agensi pembekal para pelakon warga asing Fretwork Production berkata mereka terpaksa menanggung kerugian jika bayaran tidak dijelaskan segera. Ini kerana, kata pengarahnya Nabilah Ibrahim, mereka kini terpaksa membayar pelakon dengan wang sendiri.

kerugian

 “Untuk agensi yang membekalkan pelakon ‘mat saleh’, kami terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM20,000,” katanya. Sementara itu, pengurus penginapan ketika sesi penggambaran, Lake Tembeling Travel Sdn Bhd, pula menuntut RM50,000 daripada penerbit. Pegawai syarikat itu Abdullah Chik juga menjelaskan, selain menguruskan penginapan mereka juga menguruskan makanan kepada krew penggambaran.

 “Pada mulanya, pihak pengurusan produksi memberitahu hanya 40 orang krew yang terlibat dan mereka memberi bayaran sebanyak RM7,000. “Tetapi bila hari sepatutnya (penggambaran), krew yang hadir lebih sehingga 120 orang. Tempat penginapan mereka juga masih tidak berbayar berjumlah RM20,000,” jelasnya. Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi penerbit filem setakat ini masih belum berhasil. Filem sejarah itu mengisahkan tentang seorang pejuang Sarawak sebelum kemerdekaan.


Sementara itu, Persatuan karyawan Malaysia mengingatkan penerbit filem itu supaya melunaskan bayaran tertunggak yang dituntut. Presidennya Datuk Freddie Fernandez (kiri) juga meminta masalah itu secara baik dan mengadakan pertemuan semua pihak bagi menjelaskan keadaan sebenar. “Saya mahu dia (penerbit) tampil kerana mereka ini (mangsa) ingin berbincang secara baik.

Produksi ini juga menerima dana daripada kerajaan dan pihak Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) untuk filem ini,” katanya.

 Penerbit beri penjelasan 

 Sementara itu, BH Online melaporkan produksi Unique Twins Sdn Bhd milik Diana Johor dan Lina Johor sebagai mempersoalkan kenapa perkara itu tidak dibawa berbincang dengan baik. “Alasan mereka cakap saya tak jawab panggilan itu tidak benar sama sekali," Diana dipetik sebagai berkata.

 "Telefon saya sentiasa dibuka untuk melayan panggilan. Saya tak sangka mereka boleh mengambil jalan sebegini. Pihak Karyawan sendiri pun ada menghubungi saya, tetapi mereka cakap tak berjaya. Semua itu mengarut.

 "Yang saya terima daripada pihak Karyawan ialah mesej menyuruh saya menghubungi mereka kembali. Kenapa mereka tak hubungi saya sendiri dan menjelaskan apa yang terjadi. Cara ini nampak tak profesional," katanya seperti dilaporkan BH Online.

 Portal itu juga melaporkan Diana sebagai menjelaskan, penggambaran filem epik itu diadakan sejak Jun lalu di Kuala Tahan, Pahang selama dua minggu. Namun, tambahnya, atas beberapa sebab, penggambaran filem itu ditangguhkan dan dijangka diteruskan November depan.

babak

 "Untuk filem ini kita ada 80 babak. Tapi ketika dua minggu penggambaran berlangsung hanya 20 babak disiapkan. Seperti yang diberitahu pihak produksi saya, sepatutnya dalam sehari disiapkan empat babak tetapi jadi satu hari hanya satu babak dilunaskan.

 "Ia sedikit sebanyak memang merugikan pihak produksi. Ada perkara yang tak perlu tetapi nak juga diwujudkan. Bayangkan pelakon tambahan yang perlu datang sehari sebelum penggambaran tetapi sudah ada 10 hari di sana (Kuala Tahan).

 “Ia jadi serabut dan sebab itu penggambaran ini ditangguh kerana kita perlu selidik apa yang perlu dan tidak," katanya. Menyentuh langsung tuntutan Yuzz, beliau berkata, baki 50 peratus lagi tidak dapat dijelaskan buat masa ini kerana tugasnya masih belum selesai. “Bagaimana nak jelaskan baki bayaran sedangkan banyak lagi babak membabitkan beliau belum siap.

"Abdullah Chik pula memang kita tak lantik dia secara rasmi sebagai koordinasi lokasi. Tunjuk bukti kalau ada,” beliau dipetik sebagai berkata. Filem Rentap diarahkan Hashim Rejap dan diterajui pelakon seperti Zachery Francis, Livonia Ricky dan Jasmine Chin. -MK

Nota : Jika penerbit melanggar kontrak, pihak yang teranyianya seperti pelakon, crew dan yang berkaitan sepatutnya sudah mula kumpul maklumat, resit, dokumen, rakaman percakapan, clip, video, sms, whasapps, telegram, instagram, gambar, cari saksi untuk saman ke mahkamah. Jangan sampai jadi kes filem Pasir Salak yang sampai sekarang gagal diterbitkan...

Tuesday, September 23, 2014

Akta Hasutan Warisan British Yang Sudah Masuk Sungai Thames

Tamrin Ghafar Baba: Kita Masih Mengunakan Akta Telah Dibuang oleh Penjajah, Dimana Kemerdekaan?

Senarai Exco Baru Dihantar Esok Kepada Sultan



Menteri Besar Selangor yang baru dilantik semalam Azmin Ali akan menghadap sultan esok untuk menghantar nama barisan Exco barunya. Azmin berkata pertemuan sedang diadakan bersama wakil Keadilan, DAP dan PAS hari ini dan bakal dibawa kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Semua orang menghasut : Tukar Tiub

MB memulakan kerja dengan berkenal-kenal kepada staf

Wednesday, September 17, 2014

Barangan runcit dinaikkan sebelum GST 2015



Kluang : Setelah berbelanja keperluan barangan dapur pada sebelah pagi di kedai runcit basah dan sebelah petang disalah sebuah pasaraya di Bandar Kluang, didapati harga barangnya sudah naik. Ini bermakna menjelang tahun 2015 yang akan datang tidak berapa lama lagi, apabila dilaksanakan GST pihak pengeluar sudah tidak perlu manaikkan harganya lagi bagi menunjukkan imej yang baik mengenai GST.

Nampak gayanya kerajaan Najib ini, lebih cenderung kepada kenaikan kos sara hidup dan tidak mahu berubah, mungkin tidak tahu sebab tak pergi pasar, berbangga pancing rakyat dengan rasuah Brim sehingga sanggup berhutang keliling pinggang.

Bukan itu yang kami mahu, yang kami mahu ialah peningkatan kualiti taraf hidup bukan kos sara hidup...

Usul DUPP mahu 2 adun diambil tindakan mengelirukan

Hak adun untuk memilih MB. Hak parti kalau nak ambil tindakan. Tetapi PAS sendiri tidak ada mengeluarkan satu arahan pun melarang dari pimpinan untuk menyokong Wan Azizah.

Yang pelik mengapa mempertikai Keadilan bertindak kepada ahli(Khalid Ibrahim) yang engkar arahan parti?

Aduhai bertambah ramai lagi senarai orang yang dibenci, kawan (sahabat) sudah dianggap musuh, kita mahu ramaikan kawan bukan menambah musuh.

Kerajaan Islam Acheh Darussalam pernah diterajui wanita



Pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor disokong oleh tujuh NGO Islam hari ini yang diwakili oleh Dr Muhammad Nur Manuty, Pengarah Pusat Kajian Pemodenan dan Masyarakat Sivil (Cesmacs). Wakil NGO tersebut yang juga mantan ketua penerangan Keadilan memberi contoh kerajaan Islam di Nusantara yang pernah dipimpin oleh seorang wanita sebagai raja.


Wednesday, September 10, 2014

Tektik UBn musnahkan PR



Bersama YB Dato' Kamarudin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat

Ikuti pandangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar mengenai perkara ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA Rakyat berharap agar wakil rakyat mereka tidak lagi diugut dan berhadapan dengan tindakan-tindakan di luar undang-undang seperti juga politik wang..


WARTAWAN: Dalam menghadapi PAS atau Pakatan, Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk melumpuhkan gabungan. Ditangkap, didakwa dan macam-macam lagi...

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR: Ia sangat terkesan. Ini boleh dirujuk kepada tindakan pihak kerajaan Umno-BN dengan melakukan pendakwaanpendakwaan dengan menggunakan Akta Hasutan. Ini merupakan perkara dasar dan perubahan sikap Perdana Menteri,

Dato’ Seri Najib Tun Razak. Mereka yang kena bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan, tetapi juga pegawaipegawai kerajaan, orang-orang profesional, pensyarahpensyarah. Kesannya, mereka yang terkena itu pasti akan mengkaji semula sikap kerajaan Umno- BN terhadap mereka, terhadap rakyat yang penuh dengan penindasan terhadap rakyat.

 Mereka juga akan melihat tindakan kerajaan itu sebagai satu perkembangan yang negatif dan menjejaskan suasana politik dan ekonomi. Pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang profesional yang terkena itu pasti akan menyifatkan tindakan yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai tekanan politik ke atas mereka.

Ini pasti menyebabkan berlaku keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak selesa ke atas rakyat. Terdapat banyak dakwaan pemimpin Umno-BN didakwa turut campur tangan dalam proses mahkamah melibatkan seteru mereka.

perkauman

 Yang jelasnya biasanya pendakwaan-pendakwaan khususnya yang berlaku sekarang berlaku setelah adanya desakan, bukan sahaja daripada dalaman Umno seperti juga yang sedang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Dato’ Seri Najib sekarang, tetapi juga daripada NGO-NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa.

Ini jelas. Ini boleh kita tafsirkan sebagai pendakwaan terpilih. Sepatutnya pemimpin-pemimpin NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa dan pemimpinpemimpin BN yang jelas menghasut boleh juga didakwa di bawah Akta Hasutan, tetapi ini tidak berlaku.

 Sebaliknya Akta Hasutan hanya digunakan ke atas pemimpin-pemimpin atau ahliahli parti pembangkang sahaja. Akta Hasutan hanya digunakan untuk politik kepartian, bukan untuk kesejahteraan negara dan masyarakat.

 Dasar pecah dan perintah juga digunakan oleh Umno- BN untuk melumpuhkan pembangkang. Tidak dapat dinafikan, dasar pecah dan perintah merupakan satu dasar dan taktik politik yang diamalkan oleh partiparti politik.

Di negara-negara lain juga turut digunakan taktik pecah dan perintah dan ia masih lagi dilihat dalam perkembangan politik yang agak biasa untuk menghadapi pihak lawan. Tetapi di Malaysia akta digunakan, contohnya Akta Hasutan.

media

Selain itu, di Malaysia pihak kerajaan turut menggunakan jabatan-jabatan kerajaan, radio dan televisyen dan semua media dikawal oleh kerajaan. Inilah yang membezakan dasar pecah dan perintah di negara kita dengan negara-negara demokrasi lain di dunia ini.

 Dasar pecah dan perintah dalam konteks kepartian boleh kita terima sebagaimana di negara-negara lain untuk menghadapi parti lawan, tetapi kalau ia berakhlak, adil dan saksama. Ini amat berbeza berbanding di negara kita yang bagaikan bermain bola di padang yang tak sama rata dan pengadilnya yang tidak bebas. Akta Hasutan dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa...

 Akta Hasutan ini dibuat oleh penjajah zaman penjajahan British ke atas negara kita dulu untuk kepentingan penjajah. Dalam suasana sekarang, Akta Hasutan sudah tidak perlu lagi. Malah sekarang kita sudah ada undang-undang lain untuk digunakan bagi menjaga keselamatan negara dan untuk mendakwa orang yang disabitkan dengan menghasut seperti Akta Keharmonian Nasional. Jelas sekali,

Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan ditukar kepada undangundang lain seperti Akta Keharmonian Nasional. Tambahan pula, kerajaan sendiri telah mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan. Proses untuk menggunakan Akta Keharmonian Nasional pun dah dimulakan.

 Jadi, kerajaan perlu membawa akta itu segera ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan. Kita dari pembangkang bersedia untuk menyokong Akta Keharmonian Nasional jika ia dibawa ke Parlimen. Kita dari pembangkang sememangnya menyokong undang-undang baru yang lebih adil. Adakah teknik membeli wakil rakyat pembangkang masih terus diamalkan oleh Umno- BN hingga sekarang? Ia berlaku dari zaman awal 60-an lagi.

jentera

Amalan ini dilakukan bersekali dengan politik wang yang melibatkan pemberian wang deposit kepada wakil rakyat terbabit. Selain itu, ia turut membabitkan penggunaan alat-alat dan jentera kerajaan, ugutan-ugutan dan penahanan di bawah ISA dan sebagainya. Kita harap penggunaan politik wang ini tak lagi menjadi amalan mana-mana pihak.

Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam pilihan raya untuk memilih sesiapa sahaja calon yang dikehendaki oleh mereka. Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat mereka melalui proses pilihan raya. pelbagai taktik kotor sejak dahulu hingga kini bagi melumpuhkan pembangkang.

Antaranya termasuklah penggunaan Akta Hasutan 1948, campur tangan terhadap perbicaraan di mahkamah, dasar pecah dan perintah, membeli wakil rakyat pembangkang dan penyebaran fitnah, sehingga akhirnya turut mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

 Umno-BN juga tanpa segan silu menggunakan fitnah untuk mengalahkan lawan politiknya, sedangkan ia ditegah keras oleh agama. Dalam menghadapi politik, kita memerlukan politik yang matang, politik yang maju, politik yang bermoral. Politik yang mengaibkan, memfitnahkan, mengongkong media dengan kuasa sebagai kerajaan adalah budaya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam,

bahkan negaranegara bukan Islam dan negara-negara Barat pun tak lagi mengamalkan politik seperti ini. Maruah dan penghormatan pemimpin-pemimpin tinggi politik dan segenap lapisan anggota masyarakat tak boleh dicerobohi oleh pihak pemerintah.

jijik

Amalan ini amat jijik dari sudut agama dan moral dan tiada siapa pun yang terlibat yang boleh dibiarkan terlepas dari dikenakan tindakan yang sewajarnya. Ternyata taktik-taktik kotor yang dipasang Umno-BN nampaknya telah memberikan kesan buruk kepada Umno-BN sendiri.

 Umno sendiri pun sepatutnya sedar, menggunakan taktiktaktik kotor bukan hanya akan menjejaskan parti-parti lawannya, tetapi ia pasti akan memberikan pelbagai keburukan kepada partinya sendiri. Sekarang kesan buruk dari permainan taktik-taktik kotor itu juga sudah dirasai dalam Umno-BN sendiri,

sehingga menyebabkan dalam Umno sendiri pun sekarang sudah menjadi sangat tak stabil. Pimpinan Umno sendiri sekarang sedang dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Tindakan Dr Mahathir itu samalah seperti yang dilakukan ke atas Pak Lah dulu dan sekarang terkena kepada Dato’ Seri Najib pula.

Ini membuktikan taktik-taktik kotor yang digunakan itu pasti akan turut menjejaskan politik dalaman parti mereka sendiri seperti yang sedang dialami Umno sendiri sekarang. DetikD

Tuesday, September 9, 2014

TGHH terkhilaf : Luham



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara. Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya. "Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.

"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini. ~tmi

Ustaz ini boleh kita wala'




USTAZ WAN JI DITANGKAP

Bila berita ini ditulis ustaz wan ji sedang ditahan di rumah pasong bandar baru sungai buluh peguam razlan jalal peguam lawyer for liberty akan datang ke rumah pasong untuk membantu wan ji wan ji beritahu polis mahu dia tido dalam lokap malam ini

Esok jam 8 pagi ustaz wan ji akan didakwa di mahkamah shah alam atas tuduhan akta hasutan

NOTA jam 1:50 ustaz wan ji masih dalam kereta polis menuju ke rumah pasong shah alam

NOTA ustaz wan ji telah dinobatkan sebagai ustaz paling cool oleh tukar tiub


Hasutan Ali terhadap sistem feudel



8 tuduhan. Di bawah akta hasutan dan juga akta multimedia tak silap aku. Apa yang tertimpa ke atas Ali sangat meragukan dan mengelirukan. Mula2 PDRM panggil Ali ke balai untuk jalani proses soal siasat. Dia pergi dan ada bagitau yang polis melayan dia dengan baik sepanjang sesi soal siasat berjalan.

Dan kemudiannya selang beberapa hari dia menerima laporan dari pihak polis bahawa dia akan didakwa di bawah satu akta hasutan 1948. Atas satu kesalahan. Dia pun pergi. Dengan peguam. Jalani perbicaraan. Bayar ikat jamin. Alih2 lepas bayar ikat jamin tetiba polis buat wayang.

Sambungan cerita Ali

Saturday, September 6, 2014

Mereka tidak banyak cakap tapi kerja siap.

Laungan lagu Al-Amal2 Al-Amalulillah, (Beramal2 amal kerana Allah). Mereka mungkin tidak dikenali di dunia, tapi makhluk di langit sangat kenal mereka.

 Di sertakan foto dan video apa yang Unit Amal telah lakukan. Mereka tak minta publisiti, tetapi kebenaran menyerlahkan siapa mereka....Sumber GB

Tiang agama - solat - tidak diabaikan

Membantu mangsa banjir, tugas lazim yang dihulurkan oleh Unit Amal

Mengutip sampah - satu pemandangan biasa selepas perhimpunan

Membersihkan kawasan di jalanraya untuk kelancaran trafik

Membantu seorang anggota polis trafik yang terjatuh


VIDEO di bawah memperlihatkan bagaiaman UNIT AMAL membantu tanpa mengira fahaman politik. Meskipun seorang petugas UMNO BN terjatuh dari motorsikal dan dibiarkan rakan-rakannya, tapi UNIT AMAL menghulurkan bantuan


Tuesday, September 2, 2014

Unit Amal Tak Perlu DIDAFTARKAN kata MAHKAMAH

Gendang Perang: Unit Amal Tak Perlu DIDAFTARKAN kata MAHKAMAH TING...: Usaha mendakwa Unit Amal kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah perbuatan sia-sia kerana Mahkamah Tinggi terdah...

TANGKAP SAYA DULU

Biaqpila™: TANGKAP SAYA DULU: Tangkap saya dahulu sebelum ambil tindakan terhadap Unit Amal - Suhaizan KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menc...

Husam bongkar sebab UMNO mahu kerjasama dengan PAS




Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

 Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja. "Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider. Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."

 Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini. "Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.

korum

 Husam turut menolak spekulasi PAS akan menerima Khalid yang juga bekas parti rakan Pakatan Rakyat (PR) mereka menyertai parti Islam itu dengan harapan dapat mencukupkan korum membentuk kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno.

 Beliau berkata, jika parti Islam itu mahu bergabung dengan Khalid dan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 kerusi bagi membentuk kerajaan minoriti, itu perlu diputuskan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

 "Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini. "Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima," kata Husam. Beliau berkata, mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

 "Umno mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dokongan PAS melalui pencabulan moral politik parti itu, tetapi kesannya ia akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada Barisan Nasional (BN).

 "Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua," katanya membayangkan akibat daripada sokongan Melayu yang kuat kepada kerajaan manakala bukan Melayu akan menjadi pembangkang.

menguasai

 Husam turut mendedahkan ada usaha terancang daripada kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya daripada kumpulan Muhyiddin. Katanya, kumpulan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. 

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," kata Husam. Bagaimanapun menurut Husam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengan usaha yang sehingga kini masih dalam kerangka Umno sahaja.

 "Itulah sebabnya kumpulan Najib tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur," katanya. Menurut Husam, serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang sebelum ini menarik balik sokongan terhadap Najib juga ada asasnya.

 "Selain terperangkap dalam skandal hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion ringgit, Najib juga gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sehingga hari ini," katanya.

 "Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik Umno, masalah terbesar Umno kini bukan sangat parti Pakatan Rakyat tetapi menjadi satu trend umum Umno ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai Umno. Rakyat yang menolak Umno. "Najib gagal pada mata Mahathir. Jika Umno mahu diselamatkan, Najib perlu diundurkan.

" Disebabkan situasi itu juga menurut Husam, sesetengah kumpulan strategi dalam Umno melihat peluang daripada keadaan di Selangor sekarang. "Tinggal lagi mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka," katanya lapor The Malaysian Insider

Nota : Jika mereka gagal, Dun pula mahu dibubarkan konon di bawah kuasa Sultan. Inilah demokrasi terpimpin kata Allahyarham P Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

Monday, September 1, 2014

Putrajaya Menakut-nakutkan Orang Melayu - Musa Hitam

Putrajaya punca Melayu jadi rendah diri, kata Musa Hitam

KL : Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan masyarakat Melayu menjadi hilang keyakinan dan rendah diri akibat daripada pendirian Putrajaya dalam menangani isu. Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Musa berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.

"Putrajaya beberapa kali mengatakan mereka mensasarkan peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara kepada 30% pada 2020. "Tapi, kerajaan tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila mengatakan pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini adalah 24%. Kita menipu diri sendiri apabila menunding jari kepada kaum Cina.

Tiada yang sempurna," kata Musa. Musa yang juga pengerusi untuk Yayasan Ekonomi Islam Dunia semasa ditemui di pejabatnya berkata isu kaum yang sering dimainkan oleh ahli politik memberi imej tidak baik kepada negara. "Hanya ahli politik bankrap berterusan menggunakan agama dan kaum untuk meraih sokongan.

"Jangan salah anggap pada saya, saya adalah ahli Umno yang setia walaupun saya tidak bercakap seperti ahli Umno yang kebiasaannya," katanya. Bagi Musa, masyarakat Melayu khususnya tidak boleh lagi mengikut cara pemikiran seperti 50 tahun dahulu, sebaliknya perlu pandang ke hadapan.

DEB

"Kita tidak boleh guna lagi cara pemikiran 50 tahun lalu, kita perlu melangkah dan pandang ke depan," katanya. Menurut Musa, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein bertujuan meningkatkan kehidupan kaum Melayu.

"DEB diperkenalkan untuk tingkatkan masyarakat Melayu di Malaysia dan membuang rasa rendah diri mereka," kata Musa. Beliau menerangkan, sekarang lebih ramai Melayu berjaya yang dilahirkan dan ketika ini berada dalam kumpulan kelas pertengahan dalam Malaysia.

 "Orang Melayu ini boleh berfikir sendiri, secara rasional dan matang," kata Musa. Bagaimanapun, Musa menyifatkan terdapat percanggahan antara generasi sedia ada dengan pemimpin tertentu di Putrajaya kerana mereka berada di dalam dua arus berbeza.

"Sesetengah pemimpin tidak searus dengan mereka yang dilatih," katanya. Beliau memberi contoh semasa sedang bercuti dengan isterinya di Johor dan sedang makan di Plaza Damas. "Sekumpulan 30-40 remaja Melayu singgah di restoran tempat saya dan isteri sedang makan. Ada daripada mereka kenal saya dan menyapa saya.

"Selepas bertukar kata, salah seorang remaja tersebut bertanya kepada saya sama ada boleh berkongsi sesuatu dengan saya. Saya kata boleh, apa salahnya. Kemudian remaja tersebut memberitahu saya tanpa rasa bersalah bahawa mereka anti kerajaan," kata Musa.

Musa kemudian berkata kepada remaja tersebut bukanlah satu kesalahan untuk anti kerajaan, tetapi sebaliknya mencerminkan gambaran sebenar persepsi generasi sekarang terhadap kerajaan sedia ada. "Sebilangan orang mengambil mudah dengan mengatakan pemimpin Melayu adalah faktor terpenting, tapi sebenarnya lebih banyak cabaran lain yang kita hadapi dalam masyarakat yang lebih terbuka sekarang," katanya.

kesal

Musa juga kesal dengan kenyataan pemimpin politik kerana bercakap tanpa melakukan kajian terlebih dahulu. "Saya juga kecewa dan sedih dengan komen dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin sekarang ini. "Mereka seolah-olah tidak membuat kajian dan kerja rumah sebelum bercakap sesuatu. "Malah kebanyakan mereka bercakap dahulu dan kemudian bila tersalah, baru tersedar sudah terlambat untuk menarik kenyataan tersebut," kataya.

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila pentadbiran sedia ada tidak mampu menangani isu sensitif seperti agama. "Masyarakat Melayu seolah-olah terkeliru tentang agama, bukan Melayu pula kebingungan dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan di Putrajaya," katanya. Musa merujuk kepada tuntutan oleh penganut Kristian dalam isu kalimah 'Allah', kemelut yang berpanjangan hinggalah ia dibawa ke Mahkamah Persekutuan tahun ini.

"Apa sahaja hujah yang dibangkitkan, fakta mudah tentang itu ialah keputusannya yang hanya orang Islam di Semenanjung boleh menggunakan perkataan 'Allah'," katanya. Musa terkejut dan tidak menjangkakan isu tersebut diperbesarkan sehingga terpaksa diselesaikan ke mahkamah. "Jika kamu yakin dengan agama kamu, tidak perlu risau jika bukan Melayu menggunakan perkataan 'Allah'," katanya.

Menurut Musa, ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan antara 1978 hingga 1981, beliau didatangi wakil daripada masyarakat Kristian untuk berbincang mengenai penggunaan Bible dalam bahasa Malaysia. "Ketika itu, kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia oleh semua kaum, termasuk Kristian," katanya.

Musa berkata kebenaran diberikan untuk mengimport Bible berbahasa Malaysia ke dalam negara, tetapi ia mesti mematuhi syarat tertentu. "Syaratnya termasuklah Bible tersebut mestilah untuk kegunaan sendiri, perlu disimpan dalam gereja dan tidak boleh dijual secara terbuka luar dari gereja," katanya. Bagi Musa, keputusan tersebut adalah tepat dan berjaya dikompromi hinggalah ianya diselesaikan secara senyap dan baik.

kontroversi

"Jika mahu semua menggunakan bahasa kebangsaan, tidak wajar membuat sekatan atau menghalang," kataya. Sama juga dalam isu hudud, Musa berkata tiada pendirian tegas disuarakan oleh Putrajaya malahan menunjukkan kegagalan untuk mendapat kesepakatan untuk menangani undang-undang kontroversi tersebut.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia tidak bersedia untuk hudud, kemudian Pemuda Umno kata, siapa yang kata mereka menentangnya?" kata Musa. Musa mempertikaikan mengapa semua pihak tidak duduk semeja dan berbincang secara rasional sebelum membuat pendirian yang melulu dan tidak cekap itu. "Lakukan kajian dan rasionalisasikan, beri penjelasan.

Sekarang ini semua orang boleh buat kenyataan tanpa usul selidik," katanya. Melihat situasi yang berlaku dalam negara sekarang, bekas ahli politik berusia 80 tahun tersebut mengakui sedikit tertekan dan kecewa.

"Malaysia berisiko menjadi negara gagal kerana tidak tahu menangani kejayaan yang dikecapi dan selok-belok politik. "Semestinya ada yang positif, orang luar kagum dengan Malaysia dan infrastrukturnya. Mungkin mereka beranggapan rakyat Malaysia gembira dan baik hati," katanya.

Musa juga mengulas kehilangan majoriti dua pertiga dalam dua pilihan raya umum, situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara. "Malaysia perlu belajar untuk menghayati erti demokrasi dan sedia untuk kalah," kata Musa. "Kita berbangga dengan diri sendiri sebagai demokratik dan mengamalkan gaya politik Westminster," katanya.

situasi sukar

Dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013, Barisan Nasional buat kali pertamanya berdepan situasi sukar menghadapi pembangkang Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. "Demokrasi juga bermakna memahami peranan kritikan dan mampu menerimanya," kata beliau.

Musa berkata kemodenan yang dikecapi ketika ini mengubah segalanya, menyifatkan "demokrasi digital" sudah tiba dan penuh dengan liku-liku, sama ada kepada kerajaan mahupun masyarakat.

"Demokrasi digital sudah tiba di dunia ini, ia tidak dapat dijangka, terbuka, baik dan boleh juga menjadi kejam," katanya. Harapan Musa sempena kemerdekaan ini ialah, Allah akan menyelamatkan negara dan membawa kita ke arah jalan yang lurus. – 31 Ogos, 2014.TMI

Nota : Lagi orang melayu takut, lagi sokong UmnoBn, berbagai ancaman kaum Tionghua direka-reka supaya orang melayu bersatu dan benci dengan kaum yang kononnya menguasai ekonomi. Padahal dari segi politik dan kekuasaan melayu masih juara.

Agong melayu, Sultan orang melayu, PM melayu, MB melayu ramai, parlimen melayu ramai, Panglima ATM melayu, Ketua Polis melayu.

Sudahlah... macam kembali ke zaman pasca merdeka pula... cipta musuh untuk tutup kelemahan, tutup rasuah dan sorok ketirisan.

Ia boleh diumpamakan sang bomoh menakut-nakutkan orang kampung dengan hantu jembalang kononnya, padahal syaitan jembalang itu belaan atau perewangan si bomoh cilaka itu sendiri.