Trafik

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Najib Tiada Respon Isu Panas apatah lagi Isu Sejuk, Isu Suam...



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak ‘memekakkan telinga’ terhadap permintaan 25 tokoh Malaysia yang menggesa Perdana Menteri untuk menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.

Reaksi pasif Najib yang ‘memekakkan telinganya’ kata Kit Siang adalah bukti kurangnya keazaman politik untuk menamatkan isu-isu ekstremisme dalam negara. “Seruan 25 tokoh Malaysia itu tidak diendahkan oleh pemerintahan yang pekak diketuai Najib.

“Bukan sahaja telah melupakan dasar 1Malaysia untuk mencipta warga mendahului kaum, agama, geografi, dan status sosio-ekonomi, bahkan Najib membiarkan dirinya terus dikawal kelompok ekstremis, suara-suara tidak moderat dan tidak bertoleransi yang diwakili golongan minoriti di negara ini,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Kaum

Semalam, sekumpulan 25 tokoh Melayu yang terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik dan profesional menggesa Najib menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama dalam negara. Surat terbuka itu ditandatangani 25 individu yang mendesak penyelesaian segera kerana isu tersebut melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan, perlindungan dan menjejaskan kestabilan negara.

Penulis surat itu Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda yang juga bekas Ketua Pengarah Penyelidikan, Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar bimbang dan kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.

Mereka turut mendesak Najib menilai semula undang-undang Jenayah Syariah dan memastikan hak rakyat untuk berbahas tentang bagaimana agama Islam diguna sebagai sumber undang-undang serta dasar awam negara.

Kumpulan 25 tokoh itu menambah, penggunaan Akta Hasutan sebagai alat menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza juga amat membimbangkan. Kenyataan mereka itu melalui surat terbuka. Justeru itu, kata Kit Siang adalah suatu perkara yang sangat malang apabila Najib tidak mampu melakukan apa-apa,

Selain gagal untuk membuktikan kualitinya sebagai Perdana Menteri. “Hanya rakyat biasa – yang majoritinya mendiamkan diri – merentasi parti politik, bangsa, agama yang mampu memastikan kejayaan agenda kesederhanaan dicapai,” kata Kit Siang.

Nota : Kes besar macam pesawat MH370 pun masih gagal diselesaikan apatah lagi kes di atas. PM sepatutnya sebagai penyelesai masalah bukan menambah masalah...

Sunday, August 31, 2014

Pesara tentera berhak miliki MH370

Alor Gajah: Teka-teki mengenai siapa pemilik sebenar nombor pendaftaran kenderaan MH370 terjawab apabila ia sebenarnya ‘harta’ seorang warga emas dari Melaka. Sebelum ini, gambar sebuah kereta Proton Wira menggunakan nombor plat berkenaan menjadi ‘viral’ dan tersebar di laman sosial, tetapi sebenarnya ia hasil teknik pengubahsuaian gambar.

Gambar itu tersebar berikutan tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Semakan Metro Ahad mendapati nombor plat berkenaan yang didaftar pada sebuah motosikal Honda C70 adalah milik pesara tentera, Othman Ahmad, 68.

“Bertahun-tahun motosikal ini hanya terbiar di dalam bengkel anak sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki dari Merlimau, Jasin mahu membeli motosikal berkenaan dengan harga RM500.

“Ketika itu saya tidak sedar nombor pendaftaran motosikal berkenaan sama dengan kod pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. Apabila anak sulung beritahu, baru saya tersedar dan tidak mahu menjualnya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, di sini, baru-baru ini.


Foto

OTHMAN dan isteri, Radhiah Penjot, 64, menunjukkan geran motosikal yang didaftarkan atas namanya. 

Othman berkata, tidak lama selepas itu seorang lelaki mendakwa dari Mersing, Johor datang menawarkan harga sama untuk membeli motosikalnya. Katanya, dia sekali lagi menolak kerana nombor pendaftaran MH370 ada sejarahnya yang tersendiri.

 “Nombor pendaftaran MH370 menjadi satu sejarah dan hanya saya menggunakan nombor pendaftaran itu. Saya turut bersimpati dengan mangsa serta ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat yang sehingga kini belum ditemui,” katanya.

Othman yang pernah bertugas di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah berkata, dia membeli motosikal itu pada 1979 di Masjid Tanah dan dibawa ke Sabah sebelum berkahwin dan berpindah semula ke kampungnya di Kampung Ramuan China Besar.

bergaya

“Ketika itu (1979), menunggang motosikal ini cukup bergaya kerana harga kereta waktu itu mahal, jarang orang lain dapat menggunakannya, tetapi saya dapat milikinya dan dijaga elok hinggalah saya bersara,” katanya. Othman berkata, dia sanggup menjual motosikal itu dengan nombor pendaftaran sekali jika sesuai harganya kerana berhasrat menderma sebahagian wang jualan kepada badan kebajikan dan masjid. “Motosikal itu sudah lama rosak.

Selepas berbincang dengan keluarga, daripada terbiar dan tersadai, apa salahnya saya jual jika kena dengan harganya. “Jika ada yang sanggup beli dengan harga berpatutan, saya akan jual kerana berhasrat menderma sebahagian hasil jualan kepada badan kebajikan dan masjid, manakala selebihnya untuk kegunaan sendiri,” katanya yang mempunyai enam anak berusia 20 hingga 41 tahun.

 Othman berkata, motosikal itu tidak pernah terbabit dengan kemalangan dan dia masih menyimpan geran motosikal itu dengan baik. “Selama ini tidak terlintas pun akan dikenali kerana motosikal ini orang lain tidak pernah pandang pun tetapi selepas pesawat MH370 hilang, ramai mencari siapa pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran MH370.

“Saya dimaklumkan ada yang sanggup meminta bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengesan pemilik nombor kenderaan MH370 ini sebelum mereka dapat cari saya,” katanya yang kini menternak lebih 200 kambing serta ayam kampung. Rakan Othman, Sazali Puteh, 56, berkata, mungkin ada pihak tertentu akan mengambil kesempatan berikutan nombor pendaftaran MH370 menjadi perhatian.

 “Saya harap Othman berhati-hati dengan pihak yang ambil kesempatan dengan apa dimiliki dan pastikan individu membelinya (motosikal) ikhlas dan jujur,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31 Metro

Nota : Tahun 79 ramai aanggota tentera yang pencen pun tidak mampu membeli kereta baru, kebanyakan hanya berupaya membeli motosikal atau yang mempunyai keluarga ramai terpaksa membeli kereta terpakai.

Kasihan anggota perwira kita yang berjuang bukan untuk berperang tetapi berjuang untuk menstabilkan ekonomi poket sendiri demi mencari nafkah hidup berkeluarga selepas bersara .

Sebab itu scot ini sangat sayang dengan motosikal tuanya jenama Honda c70 kerana jasanya yang tidak terhingga. Sempena Merdeka ini amat wajar rasaya pengeluar motosikal Boon Siew Honda membeli semula jentera dua roda klasik ini dengan harga yang berbaloi dan dipamerkan di muzium.

Saturday, August 30, 2014

Melabur RM6 bilion kepada Mas tindakan sewel



DAP Perak membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan suntikan dana RM6 bilion oleh Khazanah ke dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai satu bentuk pelaburan. 

"Tiada rakyat Malaysia yang percaya apabila Najib menyifatkan suntikan RM6 bilion itu sebagai satu pelaburan dan bukan langkah menyelamat. "Kenapa seorang pelabur yang waras mahu melabur dalam syarikat yang sudah kerugian RM4.3 bilion dalam masa tiga tahun lalu," kata ketua biro pembangunan ekonomi DAP, Ching Zhemin dalam kenyataannya.

Menurut Chong, jelas bahawa kerajaan cuba menyelamatkan MAS dan tidak membenarkannya untuk memfailkan kebankrapan seperti yang biasa dilakukan syarikat lain dalam situasi sama. Beliau turut mengkritik cadangan MAS untuk memudahkan perpindahan kakitangan dan menyemak semula kontrak kakitangannya.

Menurut Chong, tindakan seperti itu, termasuk perlindungan dari segi legislatif ke tas MAS hanya boleh dibuat sekiranya syarikat tersebut memfailkan notis kebankrapan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965. Menurut Chong, MAS masih boleh beroperasi di bawah pengurusan syarikat baru menggunakan nama yang sama sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia membenarkannya berbuat demikian. MK

Nota : Kita bimbang kerajaan cuba menyelamatkan kerugian MAS dengan melabur banyak wang ke syarikat rugi itu boleh jadi lebur dan akhirnya berkubur. Ia boleh diibaratkan 'mencampak batu ke dalam kolam, batu tenggelam ke dasar', duit habis disapu, MAS tetap rugi memanjang...

Saturday, August 16, 2014

Bila PM Makan Angin Mesti Ada Perkara Pelik Berlaku



Mediterranen : Sekali lagi, rakyat Malaysia berhadapan misteri kehilangan Perdana Menteri, yang sesuai dijadikan karya penulis Singapura Shamini Flint di mana watak utamanya Inspektor Singh tangkas melakukan siasatan.

 Blogger pro-Barisan Nasional Syed Akhbat Ali menulis di dalam blog Out-Syed The Box, kehilangan Perdana Menteri itu dari tanahair telah memasuki hari ketiga belas, satu tempoh yang lama bagi sebuah negara ditinggalkan tanpa peneraju.

 Kehilangan PM ini menunjukkan masalah yang sering dikaitkan dengan kepimpinan Najib, gemar mendiamkan diri di dalam pelbagai isu, hilang secara misteri dan bersikap “cakap tak serupa bikin” di mana beliau gemar bermewah-mewah sedangkan rakyat dituntut berjimat cermat.

perbelanjaan

 Najib sendiri tidak menafikan bahawa banyak wang diperuntukkan bagi kunjungannya yang diiringi para pegawai, yang didakwa bagi kepentingan negara. Malah perbelanjaan bagi isterinya yang tidak berstatus pemimpin kerajaan sering dilakukan kerana Perdana Menteri “menyayanginya” dan “risaukan keselamatannya”, mengikut penjelasan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Kepimpinan perlukan tindakan, dan pemimpin wajar dilihat melakukan tindakan. Rakyat juga perlu melihatnya bertindak secara jelas. Sepertimana seorang nakhoda yang mengemudi kapalnya, beliau perlu memegang kemudi agar dapat meraih kepercayaan anak-anak kapalnya.

 Selain batang tubuhnya dilihat, beliau juga perlu memimpin melalui teladan dan mengamalkan nasihat yang diberinya kepada para pengikut. Jika tidak orang akan berkata, dia hanya pandai cakap sahaja. Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun asyik menyepikan diri di saat-saat krisis, atau lebih tepat persis cip coklat popular: “sekejap ade, sekejap tak ade”.

percutian misteri

 Selain mendiamkan diri secara elegan, Najib juga kerap “hilang” di dalam penjelajahannya yang digelar laman berita Asia Sentinel sebagai “percutian misteri”. Kali ini menurut laporan yang diperoleh daripada sumber yang rapat dengannya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur ditemani rakan lama Low Taek Jho, atau juwatan Jho Low serta kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia.

 Mereka merentas sempadan Eropah sambil berhenti di lokasi-lokasi mewah. Pengarang Asia Sentinel John Berthelsen di dalam artikelnya berkata, selepas sidang akhbar di Belanda berhubung nahas MH17 pada 1 Ogos, Najib sibuk dengan urusan peribadi.

 “Selepas sidang akhbar, menurut sumber dari Malaysia, perdana menteri dan Rosmah terbang ke Paris. Mereka diiringi jutawan Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar...” Berthelsen berkata kumpulan itu dipercayai mengunjungi Sardinia, di Itali sebelum ke Cannes di Peranchis, sebelum kembali ke Sardinia dengan sekumpulan ahli perniagaan Malaysia berbangsa Cina.

gaya hidup

 Usaha Asia Sentinel mendapatkan lokasi tepat Najib tidak berhasil kerana Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha akhbarnya enggan memberi maklumbalas. Jadi wajarkah Perdana Menteri kita makan angin di lokasi percutian mewah sedangkan rakyat Malaysia disaran berbelanja secara berhemah atau mengubah gaya hidup ketika berdepan kos sara hidup yang tinggi?

 Kita perlu soal samada kunjungan ini dibiayai wang rakyat? Atau jika tidak, siapa yang membiayainya? Adakah sesuai bagi percutian Perdana Menteri dibayar pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda mereka? Kita harap ia bukan menggunakan wang kerajaan. Percutian Najib bersama isteri juga dilakukan ketika negara masih berduka akibat tragedi berkembar MH370 dan MH17 dalam bulan Mac dan Julai tahun ini.

 Menurut Berthelsen, lawatan itu mungkin telah dirancang terlebih dahulu tetapi ia masih boleh dibatalkan kerana insiden yang menimpa negara. Inilah sikap “cakap tak serupa bikin” yang sering dipamer Perdana Menteri. Jika beliau boleh membatalkan majlis rumah terbuka rasmi kerana menghormati mangsa kedua-dua nahas penerbangan itu, mengapa beliau tidak membatalkan percutiannya?

 Najib bukan sahaja gemar mendiamkan diri malah sering menghilangkan dirinya di dalam percutian misteri. Adakah beliau berterusan membelanjakan wang di kala rakyat Malaysia sedang berkabung atau berdepan kos sara hidup yang makin meningkat? Perlantikannya sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau bertanggungjwab kepada kita, rakyat Malaysia, dan bukan sebaliknya. -theantdaily

Nota : Apakah kemelut di Selangor juga dirancang atau kebetulan kerana tarikhnya sama dengan tarikh percutian Najib dan Kak Ros supaya beliau dilihat innocent atau tak rasa bersalah. Wallahua'alam

Sunday, July 20, 2014

Misteri M17 tidak kurang hebatnya dari M370



KL : Artikel ini bukanlah merupakan satu dakwaan dokrin tetapi andaian atau kebarangkalian yang menjadi teka teki mungkin ada jawapan di sebalik coretan ini..Sebenarnya apa yang berlalu kini di Ukraine adalah bertembungan antara dua kuasa besar iaitu RUSSIA DAN AMERIKA SYARIKAT..

Dalam Krisiis di Ukraine bantuan ketenteraan juga banyak datang dari AMERIKA SYARIKAT manakala RUSSIA pula keseorangan dengan dibantu oleh Puak Pemisah Pro Russia.

Ekoran meledaknya krisis di Ukraine banyak sumber yang boleh anda baca di internet dan seperti biasa AMERIKA SYARIKAT yang menjadi POLIS DUNIA akan cuba mencampuri mana mana urusan politik negara-negara merdeka yang kononnya dicerobohi oleh negara lain seperti yang mereka lakukan di Aghanistan dan Iraq.

 Semenjak berlakunya krisis di Ukraine, berbagai tekanan dan ugutan telah dikenakan terhadap RUSSIA oleh Amerika Syarikat dan Sekutu Sekutunya.

PBB

Walau bagaimana pun satu yang mereka lupa bahawa hubungan RUSSIA dengan CHINA adalah baik terutama sekali dalam Majlis Keselamatan PBB.

Hubungan yang baik antara RUSSIA dan CHINA ini merupakan satu ancaman besar kepada Amerika Syarikat, ini ditambah lagi dengan penguasaan ekonomi CHINA yang mantap dan Amerika Syarikat pula dilanda krisis ekonomi mereka yang agak meruncing..

Justeru kerana itu maka Amerika Syarikat perlu mencari jalan untuk mengeruhkan hubungan yang terjalin antara RUSSIA dan CHINA jika ingin memenangi gelanggang yang kini berlaku di Ukraine.

 Pembaca sekalian kena fahami, Amerika Syarikat akan sanggup melakukan apa sahaja demi perancangan niat jahat mereka.Ini anda dapat saksikan sendiri di mana mereka sanggup membunuh rakyat sendiri dalam Tragedi 9 September 2001 demi untuk merealisasikan impian mereka dalam menakluki negara Iraq dan seterusnya negara negara yang berhampiran dengannya.

Begitulah juga dengan Krisis di Ukraine..apa yang mereka perlu lakukan hanya mencipta satu propaganda kemudian menuding jari untuk meletakkan kesalahan di bahu satu pihak.

 Kenapa mereka pilih Malaysia… jawapannya mudah sahaja..Amerika Syarikat tau bahawa hubungan Malaysia dengan China adalah rapat ditambah lagi dengan faktor keagamaan di mana peratus penganut islam yang teramai adalah datangnya daripada China dan Malaysia juga sebuah negara yang ramai rakyatnya menganuti agama Islam.

TPPA

Mereka faham, walaupun kita berlalinan bangsa tetapi bila membabitkan agama secara automatis kita boleh bergabung atas prinsip berjuangan segama..

Maka di sinilah formula yang mereka dapat untuk mengheret Malaysia dalam kancah yang sepatutnya bukan mainan kita..Ini ditambah pula dengan kelemahan pemimpin kita yang sekarang telah terkunci mulut akibat perjanjian TPPA yang terjalin antara Malaysia dengan mereka..

Amerika Syarikat dan sekutu sekutunya tau…setakat mana kemampuan kita dalam memperjuangankan sesuatu masalah sebab ini telah teruji di kehilangan pesawat MH370 yang baru berlalu.

 Cuba anda fikir dengan akal yang baik, adalah amat mustahil dalam dunia yang serba canggih ini kesilapan boleh disengajakan atas dasar kurang peka. Kemudian kita diperdengarkan kononnya tersalah tembak kerana menyangka Kapal terbang tersebut adalah sama seperti kapal terbang yang membawa presiden Russia.

Laluan yang diambil oleh JURUTERBANG kita dah acap kali digunakan sebelum ini kenapa tidak ada masalah pun yang timbul..Kemudian persoalan yang kedua..adakah logik sebuah kapalterbang yang membawa presiden akan melalui sesuatu laluan jika ia tahu bahawa laluan itu adalah laluan panas..

Presiden mempunyai perisikan yang hebat sama juga seperti presiden Amerika Syarikat yang sering menaiki Kapalterbang sendiri iaitu AIRFORCE ONE.Begitulah juga halnya dengan Presiden Russia..

canggih

Adakah beliau akan menaiki Kapalterbang yang biasa digunakan oleh penumpang awam..sudah tentu tidak..Kapal terbang yang membawa Presiden tentu mempunyai berbagai kelengkapan yang lebih canggih berbanding dengan kapalterbang awam.

Dan satu teori yang agak lucu kononnya titik pertemuan antara kapalterbang awam kita dengan kapal terbang Presiden hanya bersilang sekejap..

Mana mungkin sesuatu jadual penerbangan seorang Presiden dapat diketahui secara umum….Matanglah sikit dalam memberikan hujah… Berbalik kepada kes penembakkan kapal terbang Malaysia..Mesti ada arahan yangdikeluarkan dan sengaja dilakukan untuk menimbulkan provakasi..

Dan jika arahan ini kononnya datang dari RUSSIA, maka sudah tentu sekutunya tadi iaitu CHINA akan menentang atas asakan atau desakan dalam negara bagi mereka yang beragama islam..maka secara perlahan lahan hubungan sudah tentu akan mula renggang..

Bila renggang mudahlah Amerika Syarikat memainkan peranan dengan lebih jauh lagi..Begitu juga dengan bantuan yang kononnya Amerika Syarikat ingin berikan kepada Malaysia.Secara diam diam..mereka telah mula terlibat dan terheret dalam campurtangan urusan dalaman negara kita..mudah dan lick bukan….

Ini ditambah lagi dengan masalah hutang negara kita yang kian meningkat dan kita mula meminjam wang dengan sekutu sekutu mereka maka Pemimpin kita bagaikan KAMBING HITAM yang tak mampu untuk melakukan apa apa - Canang

Nota : Kali ini Russia kena tuduh sebagai penembak, yang belum terbukti lagi. Malaysia kekal lagi jadi mangsa, jika bukan Rusisia tembak maka sah ia dilakukan oleh kuasa besar geng iluminiti pemuja syaitan Amerika dan sekutunya. Terbukti selepas MH17, berita tentang Gaza diserang tidak menjadi fokus antarabangsa malahan bedilan dan serangan tentera darat melibatkan pasukan simpanan zionis semakin hebat. MH17 ini hanya isu mahu tutup cerita. Mungkin juga ini permulaan malhalah al qubra, perang besar akhir zaman...

Tuesday, July 15, 2014

Bahaya Jika Menteri Pertahanan & Menteri Dalam Negeri Lemah



Sabah : Isu berkaitan Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah kembali menjadi perhatian berikutan berlakunya serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi anggota keselamatan diculik oleh kumpulan yang dipercayai berpusat di selatan Filipina.

 Esscom ditubuhkan berikutan tragedi pencerobohan di Lahad Datu, namun selepas penubuhannya kejadian penculikan yang melibatkan pelancong sebagai kegiatan mendapatkan wang tebusan sudah beberapa kali berlaku. Ia seolah-olah kumpulan penculik itu tidak gentar langsung dengan Esscom yang diberikan peruntukan besar serta melibatkan polis, tentera laut serta marin.

 Kawasan perairan itu seolah-olah menjadi lubuk duit bagi kumpulan penceroboh tersebut memperolehi wang kerana setiap kali penculikan berlaku, ia mesti diakhiri dengan pembayaran wang berjuta-juta ringgit. Perairan Semporna dan Lahat Datu seolah-olah sudah seperti perairan Somalia yang menjadi medan lanun-lanun menawan kapal dan kemudian menuntut wang tebusan.

kelemahan sehingga diceroboh

 Selain beberapa aspek kelemahan masih wujud dalam Esscom sehingga Perdana Menteri juga sudah meminta dikaji semula sistem kawalan agar tidak begitu mudah dicerobohi, kecacatan paling ketara dalam Esscom ialah berkaitan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab terhadapnya.

 Setiap kali berlaku insiden, reaksi Zahid lebih berbaur retorik dan kenyataan politik semata-mata. Dengan janji beliau untuk mendedahkan petualang Lahad Datu masih tidak ditunaikan sehingga kini, sebaik saja insiden terbaru yang melibatkan dua anggota polis baru-baru ini, Zahid sekali mengeluarkan kenyataan politik dan retorik apabila menyatakan serangan hendap itu dilakukan kerana penceroboh ingin membalas dendam berikutan peningkatan keselamatan yang dilakukan oleh Esscom.

 Jika benar kawalan keselamatan meningkat, bagaimana penculikan demi penculikan boleh berlaku dan boleh melibatkan kematian serta penculikan anggota polis sendiri? Lebih menghairankan apabila kemudian Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar mendedahkan bahawa kapal-kapal yang berkawal di perairan itu tidak dibenarkan menembak penceroboh dan beliau meminta kerajaan segera mengubah peraturan itu demi memastikan tindakan pengawalan lebih berkesan.

tembakan kosong umpama mulut tak ada gigi

 Walaupun Zahid segera memberi reaksi bahawa kebenaran menembak itu diberikan lampu hijau asalkan dapat menghalang penceroboh, persoalan yang timbul ialah apakah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak mengetahui bahawa kapal tentera laut yang berkawal di perairan Sabah selama ini tidak dibenarkan melakukan tembakan?

 Jika beliau tidak mengetahuinya, ia menunjukkan satu lagi kelemahannya sebagai menteri yang menjaga keselamatan negara ini. Tetapi jika mengetahuinya pula, bagaimanakah beliau tergamak mengatakan kumpulan penculik itu melakukan serangan serangan hendak kerana ingin membalas dendam berikutan kawalan keselamatan yang kian meningkat di perairan Sabah.

Bagaimana mahu dikata kawalan keselamatan meningkat sedangkan menembak pun tidak dibenarkan? Kenyataan Zahid jelas berunsur retorik untuk menunjukkan kewibawaan Esscom sedangkan hakikatnya terdapat beberapa kelemahan yang masih nyata dan menimbulkan kehairanan kepada orangramai. 

memperlekeh

Permintaan tentera laut untuk menembak itu sebenarnya bukan hanya patut diberikan sekarang, tetapi sekurang-kurangnya serentak dengan penubuhan Esscom itu. Ia juga sesuai dengan peralatan persenjataan serba canggih dan moden yang dimiliki oleh tentera laut sekarang ini.

 Zahid juga kemudian meminta media sosial agar tidak memperlekeh usaha pasukan keselamatan mengawal perairan Sabah, sebaliknya sama-sama berusaha demi maruah dan keselamatah negara. Siapakah yang lebih memperlekeh, bukankah kenyataan demi kenyataan oleh Zahid sendiri yang menjurus ke arah itu? Atau kenyataan tidak mantap dan kurang berwibawa daripanyalah yang mengundang perlekehan itu, bukannya disebabkan usaha pasukan keselamatan?

 Meskipun Zahid berjaya melonjakkan namanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang lebih baik daripada penyandang sebelumnya, Hishammuddin Hussein sehingga sekali lagi dipilih sebagai Naib Presiden UMNO dengan undi terbanyak dalam pemilihan tahun lalu, hakikatnya semua itu hanyalah pementasan sementara saja.

lantang jadi lintang pukang

 Jika sebelum pemilihan UMNO, suaranya begitu lantang menentang penghapusan Ordinan Darurat dan penggantian Akta Hasutan dengan undang-undang baru Akta Keharmonian, di manakah suara Zahid sekarang ini?

Bahkan ketika Mahathir terus-menerus menyatakan kebimbangan dengan penghapusan Akta Hasutan itu, suaranya makin menjauh ke laut berhubung isu itu. Tiada apa-apa lagi yang keluar dari mulutnya.

 Barangkali jika pemilihan UMNO diadakan setahun sekali, mungkin pula media tidak cukup ruangan untuk memuatkan kenyataan dan kegarangannya mengenai pelbagai isu yang menyangkut hal-hal berkaitan Melayu terutamanya.

 Jika diimbas, antara Zahid dan Hishammuddin yang sama-sama pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, kedua-duanya lebih kurang sama saja. Hishammuddin terlalu lemah, apologetik dan asyik-asyik memberi amaran saja sedangkan tindakannya langsung tidak pernah menjelma.

sama saja retorik

 Zahid pula cuba menunjuk garang, berani dan lebih menjadikan jawatan itu sebagai landasan meningkatkan popularitinya. Selain aksi sebelum dengan selepas pemilihan UMNO banyak berbeza, beliau seringkali mengeluarkan kenyataan bersifat politik dan retorik dalam isu-isu berkaitan keselamatan negara.

Zahid seolah-olah melihat semua aspek keselamatan boleh diurus seperti mengendalikan UMNO cawangan saja. Itulah sebabnya, bila pencerobohan berlaku sehingga anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik, Zahid dengan santai mengatakan ianya kerana mereka ingin membalas dendam kepada pasukan keselamatan.

Jika begitu, bolehkah kita juga mengatakan rompakan dan samun yang berlaku setiap detik adalah juga kerana perompak ingin membalas dendam kepada polis yang selalu menangkap dan memberkas penjenayah? Kalau dulu ada yang kecewa dengan Hishammuddin mengendalikan Kementerian Dalam Negeri kerana hanya tahu memberi amaran, Zahid dengan retorik dan kenyataan politiknya mula mendatangkan lebih kekecewaan lagi. Esscom atau apa saja berkaitan keselamatan lebih tidak selamat bila berada ditangannya. SH

Saturday, July 12, 2014

Kematian Model Sambilan Ala Altantuya



Johor Bahru : Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan ke atas mayat model sambilan jelita bermata bundar Estonia mendapati luka yang dialami itu adalah kesan lebam dan calar.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Hasnan menyebut, polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat Regina Soosalu, 29, bagi mengesahkan punca sebenar kematiannya. 

“Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Polis semalam menahan kerabat Johor Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa.

kerabat 

Kerabat diraja berusia 28 tahun itu dilaporkan akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30.

Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung kematian model tersebut. Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu. 

Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya.MK

Nota : Diucapkan takziah pada keluarga mangsa, biarlah PDRM yang menyiasat kes ini dengan seadilnya-adilnya, jangan ada kesamaran, rakyat berhak tahu dan mahu lihat wajah pembunuh bukan seperti pesalah yang berselubung seperti dalam kes Altantuya.

Seperti ulangan dalam kes Altantuya Saribu di mana babak filem yang hampir sama, kerjaya heroin ialah seorang model sambilan sama seperti Regina, watak dan darjat si hero pun sama iaitu melibatkan orang kenamaan taraf VVIP. Penyudahnya juga sama iaitu dua model ini sudah mati dibunuh yang dahulu di bukit, manakala yang ini di laut/pantai.

Calar badan sebab tergeincir di atas batu kemudiannya berkemungkinan kes ini pun ditutup, tiada sambungan cerita sebagaimana insiden kehilangan pesawat MH370 yang ditangguhkan atau ditawakufkan tanpa apa-apa khabar berita.

Apa yang pasti, hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar akan semakin banyak tercalar dan rumit. Kes diplomat pun belum reda dengan negara All Black New Zealand apatah lagi kes MH370 yang mencalar hubungan baik dengan negara Tiongkok.

Akhirnya janganlah ada pihak yang buat main dengan kedaulatan undang-undang, yang salah tetap bersalah, tidak patut diberi imun atau kekebalan walaupun ia seorang kerabat, kerana itulah prinsip keadilan yang rakyat mahu, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, janganlah ada kambing hitam yang bakal dihukum atas kesalahan yang dia tidak lakukan. Beranikah polis dan hakim menegakkan kanun?

Friday, July 4, 2014

China nafi melarang penduduk Turkistan Timur (Xinjiang) berpuasa. Ini dakyah macam MH370

Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada Ramadan.
Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.
Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam.
Nota : Penduduk Xinjiang juga disebut sebagai wilayah baru jajahan negara China, penduduknya berketurunan dan berbahasa Turki, berbadan besar, tinggi, bulu roma yang lebat, hidung mancung dan langsung tidak ada kaitan dengan darah keturunan China. 
Mungkin semangat assobiyah / rasis mereka yang tebal lalu menjadikan penduduk xinjiang ini kambing hitam dan menakut-nakutkan rakyat China yang lain mengenai ancaman orang Islam ini.
Apakah ini lagi satu senjata kapitalis barat nak melemahkan cengkaman ekonomi China yang semakin melata dan berkembang pesat. Minta Wisma Putra desak China buat penjelasan pun rasanya kerajann Najib bimbang juga sebab kes MH370 tidak selesai lagi. 

Thursday, July 3, 2014

Kebaikan dan Keburukan Penghawa Dingin Di Masjid



Kluang : Alhamdulillah, Ramadan kali ini Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak (T6) foto atas kredit kpd Utusan telah dipasang dengan alat penghawa dingin atau aircond, tujuan tidak lain ialah untuk menyejukkan jemaah yang hadir terutama di musim cuaca Ramadan yang agak panas kali ini. Tidak mustahil kerana Ramadan itu sendiri berasal dari perkataan ramad yang bererti panas.

Masuk hari yang ke 5 Ramadan, saya kadang-kala bersolat terawih di ruang dewan yang sejuk ada aircond atau kawasan jemaah yang hanya ada kipas memang terasa berbeza.

Di bawah ini disenaraikan kebaikan dan keburukan pemasangan aircond di masjid.

Kebaikan :
1. Senyap
2. Selesa
3. Khusyuk sampai tertidur keluar air liur
4. Masjid jadi tumpuan pada waktu panas (siang)
5. Sejuk sederhana tanpa kipas boleh mengurangkan debu dan habuk baik untuk pesakit asthma
6. Daya penyerapan haba yang baik
7. Udara bersih, habuk kurang

Keburukan :
1. Harga mahal, kena beli banyak unit
2. Kos pemasangan tinggi
3. Berat sangat
4. Besar makan ruang
5. Susah untuk penyelenggaraan (service)
6. Bil letrik melambung tinggi
7. Kos service mahal.
8. Lambat sejuk bila jemaah selalu keluar masuk pintu sliding
9. Kena tukar pintu kaca boleh tertutup sendiri supaya kesejukan tidak keluar yang kos menukar pintu tersebut juga tinggi
10. Siling dan kubah tinggi melambat proses penyejukan.
11. Suhu sejuk mengundang penyakit selsema, batuk, lelah, sakit tulang dan amat bahaya kepada yang orang tua.
12. Ruang solat tepi kanan dan kiri dalam yang tidak ada aircond (hanya kipas) dan kawasan luar menjadi terlalu panas akibat pengeluapan haba. Jemaah yang solat di sini biasanya tidak dapat masuk ruang dewan kerana jemaah penuh dan akan solat dengan tidak selesa, baju basah kuyup akibat berpeluh walaupun di waktu malam hari untuk  menghabiskan solat terawih.

Terpulang, ini sebagai panduan supaya kita berhemah dalam membuat satu keputusan yang menggunakan setiap sen duit tabung masjid. Kalau dengan pembesaran masjid (projek lagi) dan pemasangan aircond ini jemaah solat bertambah sekali ganda itu satu yang bagus, tetapi jika tiada perubahan, sama sahaja seperti sebelumya maka elok cari mana silapnya.

Salam Ramadan Kareem. Maaf Zahir Batin




Saturday, May 3, 2014

Selepas Satu Tahun : Analisis Kepada Striker Persada Politik Malaysia


Perubahan nasib pemain utama PRU13 Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih lagi terasa setahun selepas rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk mengundi sama ada pemerintah Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.

 BN menang 133 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 5 Mei, kurang tujuh kerusi daripada 2008. PR menang 89 kerusi, tetapi kehilangan sebuah lagi negeri iaitu Kedah dalam pilihan raya umum yang menyaksikan pakatan pembangkang itu mendapat lebih banyak undi popular.

The Malaysian Insider hari ini melihat kembali nasib pemain politik utamanya 12 bulan selepas pilihan raya umum – pertarungan yang mengesahkan bahawa BN sudah kehilangan sentuhan terhadap pengundi.

Datuk Seri Najib Razak Setahun sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

Setahun sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Penyokong paling setianya juga perlu mengaku beberapa bulan selepas 5 Mei, perdana menteri berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Selepas memimpin BN dengan keputusan pilihan raya paling buruk dalam sejarah, dengan tekanan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemarahan orang ramai akibat peningkatan kos sara hidup, pintu keluar terbuka bagi Najib, nasib yang sama seperti Tun Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008. Pada satu tahap, penilaian prestasinya di bawah 50%, tetapi beliau masih selamat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Lebih tepat lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu mencabar Najib. Jadi, beliau kekal berkuasa, tetapi jarang sekali memainkan peranan seorang perdana menteri. Beberapa bulan akan datang akan menjadi lebih kritikal, dan tugas utamanya adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup bagi berjuta rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menunjukkan kepada pelabur, beliau komited mengurangkan defisit bajet. Pada masa sama, beliau juga perlu mengawal kebangkitan extrimisme dan chauvinisme.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan masa depan yang gelap dengan hukuman penjara beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan masa depan yang gelap dengan hukuman penjara beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Beliau akan meninggalkan arena politik untuk jangka masa lama. Tidak mungkin beliau di dalam penjara untuk empat tahun sahaja. Mengapa? Jika berkelakuan baik, pemimpin utama PR dan musuh BN itu akan keluar penjara tepat pada masanya untuk menjadi tandingan utama pilihan raya umum seterusnya yang dijadualkan pada 2018.

Jadi hukuman penjaranya sedang dalam rayuan, dan nampaknya tokoh politik Malaysia yang paling terkenal dan tunjang yang menyatukan PR itu akan menerima hukuman yang lebih berat. 12 bulan ini merupakan masa yang sukar buat Anwar. PR kelihatan seperti kerjasama yang longgar daripada gabungan yang kukuh, ditarik ke pelbagai arah dengan kedegilan PAS dengan agenda hudud.

Walaupun sebenarnya, lama sebelum isu hudud muncul juga gabungan itu sudah melihatkan tindakan tidak teratur mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ada pengkritik yang mengatakan ketiadaan Anwar akan mempercepatkan kejatuhan PR, dan mungkin juga melemahkan PKR.

Pandangan inilah yang paling konvensional. Tetapi yang baiknya, mungkin jika Anwar melepaskan tongkatnya dalam parti tersebut, golongan muda DAP, PKR dan PAS akan terpaksa menjadi lebih matang dan mengambil alih kuasa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Kepimpinan ketandusan idea oleh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Kepimpinan ketandusan idea oleh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Beliau merupakan presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), dan setakat itu sahajalah kepentingannya. Pengundi setia PAS mungkin percaya pemimpin mereka berpeluang menjadi perdana menteri, tetapi hakikatnya beliau tidak mempunyai karisma, idea bernas atau ciri-ciri dinamik untuk menjadi lebih daripada seorang pemimpin parti politik. Ada sebabnya kerajaan yang dipimpin Hadi di Terengganu hanya bertahan untuk satu penggal: ia ketandusan idea.

Empat bulan selepas 5 Mei, PAS kelihatan tidak bermaya dan hanyut sementara ahli progresif partinya sibuk menangkis serangan daripada golongan alim. Malah, sudahkah PAS menjalankan post-mortem prestasi mereka bagi pilihan raya umum lalu? Adakah Hadi mempunyai visi ekonomi untuk Malaysia, ataupun semuanya bermula dan berakhir dengan isu hudud?

 Tun Dr Mahathir Mohamad Pengaruh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan perdana menteri semakin pudar. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Pengaruh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan perdana menteri semakin pudar. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Walaupun masih mencetuskan tajuk utama akhbar, bekas perdana menteri itu kini dapat melihat pengaruhnya pudar. Benar, Najib akan bertemu dengannya sekali-kala untuk berbincang dan mendengar rungutannya tentang isu BR1M hinggalah ketagihan kerajaan dalam melantik perunding, tetapi Dr Mahathir masih gagal untuk menggoncangkan Najib.

Apatah lagi Muhyiddin atau Zahid, kedua-duanya tidak berminat untuk membantu Dr Mahathir menyerang Najib. Tanpa sokongan pemimpin utama Umno yang berminat untuk memainkan peranan sebagai pencabar dan kepercayaan atas rancangan 'waris politik'nya, serangan Dr Mahathir terhadap perdana menteri tidak berpengaruh sama seperti memiliki senjata tidak berpeluru: walaupun cantik di luaran, sebenarnya tidak berguna.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti tidak mahu menerima kegagalan sistem pendidikan di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti tidak mahu menerima kegagalan sistem pendidikan di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Dalam 12 bulan ini belum lagi menuturkan kata-kata yang bernilai, apatah lagi melakukan sesuatu yang bernilai. Para guru sudah pun memberontak terhadap pendidikan berasaskan penilaian, pelajar Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam beberapa kajian antarabangsa, dan universiti tempatan jauh menyimpang daripada standard antarabangsa, hinggakan ia memalukan negara.

Namun Muhyiddin masih meneruskan dengan kenyataan bahawa sistem pendidikan negara adalah bertahap antarabangsa. Spekulasi semakin membesar tentang beliau melepaskan jawatan beliau sebagai timbalan perdana menteri, tetapi berita baiknya: ketiadaan beliau tidak akan dirasai.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat perhatian penuh dunia semasa insiden MH370 yang mungkin atau mungkin tidak membantunya dalam pilihan raya seterusnya. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat perhatian penuh dunia semasa insiden MH370 yang mungkin atau mungkin tidak membantunya dalam pilihan raya seterusnya. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Sedih tetapi benar; jika bukan kerana profil tinggi insiden MH370, beliau hanyalah seorang lagi anggota Kabinet. Tidak dikenali dan tidak berpengaruh. Golongan dalaman beliau (pembantu, perunding dan penyokong) percaya prestasinya sebagai respon kerajaan kepada pesawat MH370 yang hilang meningkatkan populariti beliau dan meletakkannya di hadapan persaingan untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Tetapi mereka lupa bahawa beliau nyaris tidak menang kedudukan ketiga dalam naib presiden Umno dan ahli-ahlinya tidak akan mengundi berdasarkan kekerapan mereka muncul dalam CNN. Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri G Palanivel Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak mempunyai pengaruh yang kuat dan kelihatan tidak penting. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak mempunyai pengaruh yang kuat dan kelihatan tidak penting. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Tidak berkepentingan. Liow sebenarnya amat bertuah dan sepatutnya berterima kasih kepada rakan lamanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan MCA akan menolak jawatan kerajaan akibat prestasi yang buruk dalam PRU13.

 Jika tidak beliau akan ditinggalkan di tengah-tengah ribut MH370. Mungkinkah beliau berkemampuan mengendalikan perhatian antarabangsa sebagai Menteri Pengangkutan? Tidak mungkin. Adakah parti beliau lebih kuat kini berbanding era Soi Lek? Tidak. Palanivel pula, tidak penting dan tidak berkesan sebagai menteri. MIC sudahpun terumbang-ambing sejak Datuk Seri S Samy Vellu yang paling lama berkhidmat dan seringkali ditohmah kalah pada Pilihan Raya Umum 2008.

Lim Guan Eng Peranan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP yang disandang Lim Guan Eng kelihatan sukar untuk dipikul. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Peranan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP yang disandang Lim Guan Eng kelihatan sukar untuk dipikul. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP, tetapi kadang-kala seperti tidak pasti peranan manakah yang perlu beliau mainkan. Lim sudah biasa dengan peranannya sebagai Ketua Menteri tetapi masih bergelut dengan keperluan memgimbangkan kepentingan veteran parti dan idealis berpendidikan muda yang mahukan perubahan yang melangkau Malaysian Malaysia.

Bab-bab parti itu seperti francais dengan keinginan pemimpin kanan untuk kekal berkuasa kerana isu pendidikan vernakular dan prinsip kesamarataan, tetapi menghadap risiko dibalikkan oleh teknokrat muda yang memperjuangkan ekonomi dan alam sekitar.

Lim juga menggunakan idealisme partinya dengan rakan PKR dan PAS, walaupun mengetahui gabungan mereka amat teratur dan lancar dalam mendapatkan kerusi dalam PRU13, DAP sentiasa parti berasaskan bukan Melayu dan pendiriannya Malaysia merupakan negara sekular.

Tuesday, March 11, 2014

Lebih Baik Menteri Ini Salahkan Diri Sendiri (Imigeresen yang dibawah kuasanya)


Ia ibarat menepuk air di dulang, terkena diri sendiri, atau seperti meludah ke langit, ludah bukan sahaja kena muka malah masuk dalam mulutnya sendiri.
Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

- Bernama

Amalan Khurafat & Tahyul Memalukan Malaysia Di Mata Dunia

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.

“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.

“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya.

'Bomoh cari MH370 jangan langgar syariat'