Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd
Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen
Pandan, Rafizi Ramli.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat
kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan
beliau mahupun timbalannya.
“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan
puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk
Wan Ahmad (Wan Omar.
“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan
mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak
mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider,
petang ini.
Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan
Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin
tertinggi SPR.
Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan
Singapura, diberi secara rundingan terus.
Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan
secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn
Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia
mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang
menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi. ~the malaysian
insider
RSB : Bila Polis nak tangkap Pengerusi dan Timbalan SPR, Setiuasaha SPR dan Mat Salleh Si Pembekal dakwat luntur ???
No comments:
Post a Comment