Trafik

Wednesday, July 31, 2013

Assobiyah Terkejut, Rupanya Melayu, Jika Cina Dah Lama Masuk Lokap




Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

Peguamnya N Surendran berkata, Maznah bagaimanapun bermalam semalaman di lokap Jabatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

Surendran berkata, polis memberitahunya, Maznah akan dihantar di bandar di Johor itu kerana laporan polis dan siasatan dibuat di sana.

Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Kami jangkakan polis akan memohon reman pagi esok (pagi ini) dan kami menyusun pasukan peguam untuknya di sana," kata Surendran ketika dihubungi tengah malam tadi. Malaysiakini/-

 Jurulatih anjing: 'Saya tidak hina Islam' 

  SHAH ALAM - Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam. Memetik laporan Malaysiakini, Maznah Mohd Yusof, 38 atau lebih dikelani sebagai Chetz berkata, beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.

 “Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya. Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

 Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan. “Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

 Maznah menambah, jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walaupun mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing. "Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang? "Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya yang merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.

Sementara itu, semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran video yang dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. "Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya.

Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

No comments:

Post a Comment