Trafik

Thursday, January 16, 2014

Yang Namanya Subsidi Ini Sengaja Mengelirukan Orang Melayu Felda

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan mengelirukan masyarakat awam berhubung keperluan pemotongan subsidi sedangkan harga komoditi jatuh di seluruh dunia.

Sambil menambah keperitan itu akan membawa ke arah inflasi keseluruhan, beliau berkata, pemotongan subsidi petrol dan gula dibuat tidak kena pada masanya.

“Alasan bahawa harga mesti diselaraskan dengan pasaran dunia mengelirukan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Anwar berkata, harga minyak minta turun kepada AS$106.80 pada 2014 berbanding AS$111 setong pada 2012.

Sebaliknya, dalam tempoh sama, harga purata petrol seliter naik daripada RM1.90 kepada RM2.10.

Begitu juga dengan harga gula yang jatuh kepada AS$15.5 satu paun daripada 21.6sen antara 2012-14.
Di Malaysia pula, harganya naik daripada RM2.50-RM2.84 dalam tempoh yang sama.
 
Nota : Kerajaan UBn Sengaja mengelirukan supaya rakyat jelata susah nak faham, hanya orang yang cerdik sahaja mengerti. Sama seperti pemilik MLM yang memang sengaja marketing plannya sukar difahami oleh down line, dah lama jadi pengedar direct selling pun masih tak boleh kira bonus sendiri... peduli apa dia, yang penting duit masuk, masuk Felda buat jualan, paksa rakyat beli...

[Baca berita penuh]

Bahaya MAIS Yang Mencetuskan Sentimen Rasis Dan Sensitiviti Agama

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad menggesa Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa supaya mengelak organisasi itu daripada menjadi alat untuk mengadu domba di antara orang Islam dan bukan Islam di negeri Selangor.

Menurut Khalid, rampasan Bible berbahasa Melayu dari pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini atas alasan menyekat agama Kristian daripada disebarkan kepada orang Islam adalah tidak kukuh.

Menurutnya, pihak MAIS tidak pernah mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong alasan itu dalam serbuan baru-baru ini termasuklah sejak serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada tahun 2011 lagi.

"Ia (Bible) bukan dirampas sewaktu ia diedar kepada orang Melayu Islam.

"Ia dirampas sewaktu ia disimpan dalam pejabat orang Kristian.

"Kes DUMC pun takda bukti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam," kata Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini.

Khalid berharap agar MAIS kekal sebagai sebuah institusi negeri yang tidak bersifat politik dalam tindakannya.

"Saya harap biarlah MAIS di atas daripada politik seperti sepatutnya," kata Khalid.

Pada 2 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terletak di bawah MAIS menyerbu pejabat BSM dan merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu serta 10 naskhah Bible berbahasa Iban.

Serbuan itu mencetuskan kontroversi apabila ia dibuat tanpa memaklumkan exco agama Selangor dan ia merupakan insiden kali kedua JAIS menyerbu premis organisasi bukan Islam tanpa waran yang sempurna. MK

Nota : Konon buat kerja untuk meninggikan kalimah Allah,  tapi akhirnya melaksanakan kerja yang menakut-nakutkan orang bukan Islam, ini bukan dakwah, tapi ini sampah...

Tuesday, January 14, 2014

Pelopor Sambutan Maulid Nabi Ialah Abu Lahab



Abu Lahab Menyambut Kelahiran Muhammad s.a.w 

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,kerabat baginda,para sahabat dan para shuhada' yang bermati-matian mempertahankan Islam untuk memastikan kelangsungan Agama Islam di seluruh dunia.

Sekarang kita berada di bulan Rabiulawwal,yang mana bulan ini merupakan bulan kelahiran junjungan besar kita Muhammad s.a.w yang telah banyak berkorban untuk ummatnya.

Seperti kebiasaan, pada bulan ini kita akan sibuk untuk membuat persediaan bagi meraikan hari kelahiran baginda. Alhamdulillah,kesedaran pada diri masyarakat kini terhadap hari kelahiran nabi amat tinggi dan mereka peka akan peristiwa ini walaupun mungkin kerana program-program yang dijalankan oleh pihak tertentu.

Ana cukup bangga akan sesetengah pihak yang menjalankan banyak program sempena hari kelahiran nabi. Mereka mengadakan perarakan,perhimpunan,jamuan dan sebagainya.Bahkan tidak cukup dengan itu,ada sesetengah pihak yang sanggup menaja pakaian seragam untuk organisasi mereka semata-mata untuk perarakan.

Namun bukan itu yang akan menjadi buah bicara ana pada post kali ini, apa yang hendak diketengahkan adalah sejauh mana masyarakat pada hari ini meletakkan Nabi Muhammad s.a.w yakni pesuruh Allah,kekasih Allah, ditempat yang tinggi dalam diri mereka...paling tidak pun mereka meletakkan Muhammad itu sebagai idola mereka...jika kita tanya pada anak kecil siapa Idola mereka, pasti mereka tidak akan menjawab Muhammad s.a.w.

Inilah penyakit ummat Islam sekarang. Dalam kesungguhan mereka meraikan Maulid nabi s.a.w, mereka jugalah yang menjadi penentang terhebat jika hukum Allah hendak dilaksanakan. Mereka mengatakan hukum Allah sudah tidak relevan, hukum itu tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, hukum itu kejam!!! dan sebagainya.

Sedarlah saudara sekalian, bahawa Allah adalah pencipta kita, Dia tahu apa yang baik dan yang buruk bagi kita. Ana ingin memberi satu analogi seorang pencipta kereta, dia tahu apa yang perlu untuk kereta itu...jika dia kata kereta itu menggunakan minyak petrol maka petrollah yang perlu kita gunakan...tapi jika kita ingkar!,sombong!, takbur! dengan mengikut kepala sendiri maka rosaklah kereta itu. Fikir-fikirkan...

Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. dan menyambutnya dengan berbagai cara, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. 

100 unta aqiqah 

Orang cerita kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w. memerdekakan hamba Seratus ekor unta shabat...kita 100 ekor ayam pun belum tentu.

Bayangkanlah, 40 tahun sebelum itu dialah orang yang paling gembira dan seronok, dialah yang mengeluarkan segala-galanya untuk sambut kelahiran Nabi s.a.w. bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, dia merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.

Satelah 40 tahun kelahiran Mumammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku!

Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" jawapan penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w.

Pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?".

Tabbat yada... Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat, maka celakalah Abu Lahab bukan Muhammad s.a.w. yang celaka.

Abu Lahablah orang yang menjadi penentang utama dalam perjuangan Nabi untuk menegakkan Islam...sedarlah sahabat sekalian, jangan kita ikut mereka yang kononnya mengaku cintakan Rasul tapi pada masa yang sama merekalah yang menentang syariat Islam bila hendak dilaksanakan. Ingat sahabat, pada akhirat kelak rakyat akan dibangkitkan bersama-sama dengan pemimpin mereka dan pada waktu ini mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain jika pemimpin mereka itu tidak menjalankan hukum Allah.

Jadilah orang-orang yang ingin melihat Islam dianggkat sebagai satu cara hidup yang menepati fitrah manusia dimuka bumi ini. Wallahhua'lam...

MIC Sudah Rasa Tertipu Dengan Umno : Kes Tumbukan KO





Kes Pemuda Umno Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan : MIC Beri Tempoh 4 Hari Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Nampak gaya UMNO kini sudah tidak lagi dipandang tinggi dan dihormati oleh rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional.

Pemuda MIC dengan garang lantang serta tegas mengeluarkan amaran keras agar UMNO memohon maaf kepada MIC atas tindakan seorang orang kuat Pemuda UMNO Hulu Selangor yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan kelmarin.

Ketua Pemuda MIC C.Sivarajah siapa beri tempoh 4 hari untuk UMNO mohon maaf secara terbuka, Jika tidak Pemuda MIC akan gerakkan seluruh ahlinya buat laporan polis di seluruh negara.

Kepada para penyokong UMNO tak kan nak mendiamkan diri apabila MIC perlekehkan UMNO, Cakap parti UMNO kuat dan hebat, Cakap UMNO tunjang belakang utama BN, Cakap UMNO boleh kawal segala rakan-rakan dalam komponen BN, Tapi ugutan ini apa barang beb......!

Nota : Dalam mahkamah Islam, tumbuk akan dibalas tumbuk, KO balas KO, Boxing balas Boxing, Kitai balas Kitai, Kung fu balas Kung fu....barulah adil dan saksama, sedap belasah orang macam samseng, beranikan pemuda Umno?

Sunday, January 12, 2014

Rugi, Rugi, Rugi Lagi FGV, Pecat Saja Isa Samad...

Selepas rugi RM29.14 juta, FGV saman lembaga pengarah anak syarikat


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memfailkan saman terhadap 12 bekas Ahli Lembaga anak syarikat yang dibelinya, Pontian United Plantation Bhd (Pontian) atas dakwaan pecah amanah melibatkan kerugian sebanyak RM29.14 juta kepada syarikat tersebut.
 
Menurut kenyataan FGV ke Bursa Malaysia kelmarin, saman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan 12 defendan iaitu Dr Chen Man Hin, Soo Lim Pang, Khoo Siong Kee, Soh Lim Chang, Soo Chong Veoy, Tan Kim Hai, Dr Wong Shiak Sun, Wong Loi, Khoo Lian Fue @ Khoo Bing Sing, Chew Ah Siong, Dr Christopher Chen Li Hsian dan Dr John Chen Li Tat, seperti dilapokan Utusan Malaysia, hari ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata Pontian diambil alih oleh FGV pada 1 Oktober 2013 lalu.
 
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) syarikat sebanyak 80,000 tan metrik setahun, selain kumpulan mendapat manfaat daripada sinergi yang terhasil membabitkan operasi kedua-dua ladang di Sabah.
 
Sementara itu, menurut sumber, semua bekas ahli lembaga pengarah itu termasuk Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP didakwa bertindak menyalahgunakan kuasa mereka untuk meluluskan beberapa transaksi demi kepentingan diri pada 3 September tahun lalu.
 
Bekas ahli lembaga pengarah terbabit mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dan mencadangkan pembayaran gratuiti berjumlah RM28.7 juta dan bajet percutian RM432,000 tanpa pengetahuan FGV.
 
Sumber itu memberitahu, mesyuarat tersebut dibuat hanya sehari selepas pengambilalihan Pontian United Plantation oleh FGV dimuktamad pada 2 September melibatkan kos RM1.2 bilion manakala pembayaran transaksi kepada bekas ahli lembaga pengarah berlaku pada 6 September.
 
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat pada 3 Januari lalu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun selain sebatan serta denda.
 
"Kita kesal dengan apa yang berlaku kerana jelas segala transaksi yang dilakukan oleh mereka adalah penyelewengan ke atas aset Pontian United Plantation, sedangkan selaku pemilik saham majoriti dengan jumlah 50.25%, sebarang keputusan memerlukan kelulusan FGV.

"Tindakan undang-undang adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan isu itu kerana perbuatan mereka secara sedar mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dengan tergesa-gesa bagi tujuan pecah amanah tidak boleh dibiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. – 10 Januari, 2014.
 
Nota : Mustahil FGV tak tahu, tak tahu kira tak apa, tapi kenapa mesti bayar RM1.2Bilion, bukan sedikit punya duit, itu kan duit Felda,  maknanya duit peneroka... dasar kaki songlap, pecat sahaja pengerusinya yang bukan ada kena mengena pun dengan Felda...

Jenayah Curi Lembu Dari NFC Sampai Ke Pencuri Amatur


Di tengah kemelesetan ekonomi, kejadian kecurian dan rompakan semakin bertambah, antaranya termasuk kejadian curi lembu yang pelik menyebabkan orang ramai terkejut.

Terbaru, satu kes dilaporkan Ahad lalu di Kulim, Kedah di mana dua mencuri berjaya memuatkan empat ekor lembu ke dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai.

Kedua pencuri itu terpaksa meninggalkan kereta mereka - yang kerusi belakangnya dialih untuk memuatkan lembu-lembu tersebut - setelah ia rosak 15km dari tempat kejadian.

Bulan lalu, 50 pencuri berpengalaman - bersenjatakan enam pistol - telah menceroboh ladang lembu di Melaka dan dan berjaya melarikan 30 lembu dengan dua lori.

Berbanding ayam, itik dan kambing, lembu ialah ternakan paling besar. Dan ia menjadi 'kegemaran' pencuri lantaran permintaan pasaran yang tinggi.

Ada juga yang mungkin menyalahkan kemelesetan ekonomi memberi inspirasi kepada beberapa kumpulan untuk mencuri lembu.

Setiausaha Persatuan Peladang Lembu India Pulau Pinang M Asogan memberi spekulasi betapa pasaran gelap daging lembu kini aktif berdasarkan kes-kes yang dilaporkan.

Dalam satu temuramah dengan Malaysiakini, Asogan berkata sebilangan penjual daging mungkin bersubahat kerana mereka dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM700 jika membeli lembu curi.

"Seekor lembu dengan berat antara 250kg hingga 300kg boleh dijual sehingga RM 3,100... tetapi harga seekor lembu curi hanya sekitar RM 2,400.

“Untuk enam bulan lepas, kita hanya menerima satu kes 'hilang lembu' secara purata tapi kini kita dapat sekurang-kurangnya tiga kes setiap dua bulan," kata beliau.

Asogan berkata kumpulan pencuri yang dianggap beliau sebagai "bijak" itu selalunya membawa lembu curi mereka terus ke ladang sembelihan haram untuk menjual daging mereka secepat mungkin.

"Dengan tindakan pantas mereka, polis tiada cara untuk membuat pemeriksaan walaupun pemilik ladang membuat laporan dengan cepat. Daging itu sudah dijual di pasaran sebelum polis membuat siasatan," tambah beliau.

Sumber MK

Saya Bangga Orang lain Guna Nama Tuhan Saya, Mana Royalti? : Husam

  Walaupun ada kebimbangan berhubung persoalan akidah, kerajaan sebenarnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.

“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama mereka kepada orang Islam.

“Habis cerita. Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di Putrajaya hari ini.

Sudah lupa royalti Kelantan, PM? Sementara itu, menyentuh isu tuntutan royalti minyak Kelantan, bekas exco Kelantan itu mempersoalkan kenapa pembayaran pusat kepada negeri itu masih belum dapat dimuktamadkan.

Beliau merujuk kepada jawatankuasa khas yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 yang mana perdana menteri berjanji memuktamadkan royalti minyak yang terhutang kepada Kelantan.

“Dia (Najib) janji 6 bulan bayar... Sudah lupa. Jadi pihak akhbar boleh tanya dia,” katanya.

“Takkan kerajaan Najib naik harga (barang dalam tempoh) setengah jam, tapi royalti tak boleh.”