Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan
yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak
bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil."Pengguna perlu guna kuasa
untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan
beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program
Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada
peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam
perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera."Saya lihat
masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah
kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam
negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada
pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.Selain itu Hasan
berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar
gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim
perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan
akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan
sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.Mengenai Ops Harga 2013,
Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11
Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah
dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun
RM7,150."Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan
tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual
dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan
(gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.
~bernama
RSB : Dah jadi macam cerita bangau oh bangau, semuanya nak salahkan orang lain, salahkan peniaga, salahkan pemborong, kali ini kita tetap salahkan menteri kerana gagal mengawal kenaikan harga ayam siap mencecah RM9.00 sebagaimana yang disiarkan dalam media massa tempatan.Harga melambung
Siapa opengeluar lesen pengimpot makanan ayam kalau bukan kerajaan. Agensi seperti Jabatan Pertanian, UPM, Mardi, Fama dan banyak lagi mestilah buat R&D bagaimana boleh menghasilkan makanan sendiri tanpa perlu import. Jangan malas... menteri jangan buat tak tahu...
No comments:
Post a Comment