Keterbatasan
Maklumat
Sementara kita
berhubung menerusi emel ini,
nasib kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir (Ikhwan) tidak menentu. Maka
sudah tentu
perhubungan yang cepat antara dunia luar dengan mereka amat terbatas
untuk
ketika ini. Pada masa-masa yang lepas, sewaktu sesuatu krisis negara,
merekalah
antara para pemimpin masyarakat yang dipenjarakan dulu. Kali ini apa
yang jelas
ialah para pemimpin teratas Ikhwan tidak dibenarkan ke luar negara.
Kudeta
Walaupun kudeta yang
dipimpin oleh Jenderal
Abdul Fattah al-Sisi tidak menumpahkan darah, ia mengubah sejarah Timur
Tengah.
Kudeta ini disokong sepenuhnya oleh ketua Kibti Mesir dan Syeikh
Universiti
al-Azhar. Kini kerajaan sementara dipimpin oleh Adly Mansour, seorang
Muslim
Sunni.
Dalam sejarah Mesir, ini kali ketiga kudeta
tentera berlaku, selepas dua yang berlaku pada tahun 1952 (untuk
menggulingkan
Raja Faruq) dan 2011 (untuk menggulingkan Presiden Mubarak).
Memang sukar untuk
berpindah dari kerajaan
diktator yang sudah memerintah, memasyarakat dan mendarah daging selama
setengah abad kepada kerajaan demokrasi di Mesir yang baru berusia
setahun
jagung.
Contoh paling dekat
yang dapat dipelajarai
oleh Mesir ialah apa yang berlaku kepada negara Turki sebelum ia stabil
sebagai
sebuah negara demokrasi. Negara Turki sendiri telah mengalami empat
kudeta
tentera yang berjaya dilaksanakan pada tahun 1960, 1971, dan 1980, 1997.
Presiden
Mursi
Presiden Mursi telah
bertegas untuk tidak
mahu melepaskan jawatannya walaupun para penentangnya mendesak dengan
segala
kekuatan tenaga mereka. Seperti Saiyidina Usman ‘Affan 14 abad yang
silam,
Mursi dilantik oleh rakyat secara adil dan bebas. Cuma senario dan
zamannya
yang berlainan. Saiyidina Osman dilantik menerusi proses syura ahlul-hal
wal ‘aqd
dan disempurnakan dengan bai’ah rakyat dan ummah ketika itu. Presiden
Mursi
dilantik menerusi sistem demokrasi pascamoden yang diterima rakyat
Mesir.
Bila Saiyidina Usman
dituntut oleh para
pemberontak zamannya untuk berundur dari tampuk kekuasaan, baginda
bersedia
untuk syahid. Demikian juga Mursi, beliau serta para pendokongnya
bersedia
untuk syahid mempertahankan keabsahan dan legitimacy
kepresidenannya.
Sejarah
Tidak Berbohong
Kita sama-sama
menyaksi sejarah ditulis di
depan mata kita. Namun, ada juga adegan dan pojok sejarah yang
terselindung yang
tidak dapat dikesani oleh mereka yang tidak peka akan selok belok
pencetusan
dan penulisan sejarah.
Dalam setahun ini
Ikhwan merasai pahit
manis (banyak pahit daripada manis) kuasa yang diamanahkan oleh rakyat.
Kini
Mursi, Ikhwan serta Parti Kebebasan dan Keadilan (PKK) sudah mempunyai
pengalaman yang tak ternilai harganya – sebagai pemerintah walaupun
hanya setahun
lamanya. Kini juga, mereka yang telah berada di tahap kuasa
sosio-politik
nombor satu, berdepan dengan keadaan yang tak menentu. Yang pasti,
mereka sudah
kehilangan kuasa. Satu pengalaman yang terus membuat mereka tawaduk – a humbling experience.
Pelbagai
Faktor
Tiga faktor utama
mengapa krisis Mesir
berlaku dan kudeta ini dicetuskan:
1. Faktor luar negara
(teknan dan pengaruh
luar negara); 2. Faktor dalam negara Mesir (pelbagai aliran yang
walaupun tak
bersatu tapi semua usaha mereka terfokus kepada tujuan untuk
menggulingkan
presiden); dan 3. Faktor sesama Muslim (umat dan jemaah Islam lain yang
tidak
menyokong Mursi, PKK dan Ikhwan).
Jika satu saja
daripada ketiga-tiga faktor di
atas yang menjadi penyebab, ia sudah boleh menjadi tanggungan yang amat
berat
bagi mana-mana presiden yang baru dilantik. Apabila ketiga-tiganya
(bersekali dengan
banyak lagi subfaktor lain) berjalan serentak, ia umpama tsunami politik
yang
tidak tertahan oleh mana-mana presiden baru atau lama.
Iktibar
Rintihan dan jeritan
rakyat yang tulen, yang
dibuat-buat dan yang mengelirukan mesti difahami oleh pemimpin dan
penganalisis
politik. Pengalaman setahun ini amat tinggi nilainya. Sedang iktibar
dikumpulkan, sikap adil dalam usaha memahami dan belajar daripada
peristiwa serta
pengalaman amat diperlukan.
Ini termasuk kekuatan dan kelemahan Mursi,
PKK dan Ikhwan.
Kini, ketiga-tiga
pihak ini sudah tahu di
mana letaknya kuasa politik dan pengaruh masyarakat yang sebenar di
Mesir.
Mereka sudah mula berfikir, bertindak dan berstrategi seperti orang yang
sudah
diberi kuasa. Mereka sudah merasa secara tepat dan langsung apa itu
kuasa dan
amanah tertinggi negara Mesir.
Bagi penyokongnya,
Mursi adalah wira baru
Mesir. Bagi penentangnya, Mursi adalah pemimpin baru Mesir yang gagal.
Setiap
peristiwa ada tukang cerita (narrator)
dan pengamatnya.
Mursi boleh dipaksa
pergi dengan menggunakan
kekuatan tentera dan helah suara sebagian rakyat serta campur tangan
asing.
Mungkin KPP dan Ikhwan boleh dibubar dan dipinggirkan. (Ikhwan telah
dibubarkan
oleh kerajaan Presiden Naser pada pertengahan 1950-an).
Namun, Ikhwan akan
kembali dengan
pengalaman dan tekad yang baru; kerana ini bukan kali pertama atau kedua
atau
ketiga Ikhwan ditekan dan diburukkan di pentas soio-politik dunia.
Allah s.w.t. sajalah
yang menjadi Penentu
dan Tempat berlindungnya para hamba-Nya yang mendamba Taufiq-Hidayah-Nya
dalam
memimpin dan mentadbir dunia ini. Allah sajalah yang mengizinkan Ikhwan
ke
puncak kuasa dan menurunkannya dari tempat yang tinggi itu. Dan hanyalah
Allah
yang mengizinkannya untuk terus hidup sebagai penggerak ummah.
No comments:
Post a Comment