Trafik

Sunday, June 30, 2013

Orang Badan Besar Ini Membuli Yang Kecil?

Pemandu teksi manja atau mengada-ngada, dicaci kerana minta dukung ketika banjir

30 Jun 2013 Orange * *Seorang pemandu teksi di China jadi bahan perdebatan berbulan-bulan di media sosial. Semua itu disebabkan dia bersikap manja, minta digendong ketika ada musibah banjir. 
Cerita bermula ketika Feng Wu, seorang pemandu teksi terperangkap di tengah banjir dengan paras perut orang dewasa. Ketika itu banjir sedang melanda kawasan Zigong, Sichuan. 
Banjir sedalam itu sebenarnya bukan sesuatu yang bahaya sangat pun untuk Feng Wu yang berperawakan gagah tinggi besar. Namun persoalan menjadi rumit ketika di... more »

Tercari-cari Foto Penyokong JDT Yang Solat Jamak


Kemenangan Pasukan B/Sepak K'tan Begini, Hasil Tarbiah PAS?

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi Punya Menteri

Menteri BN Ini Cuba Bunuh Seorang Ahli Perniagaan?

*Zahid disaran berehat sehingga kes selesai* *KL:* Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin. 
 
Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau. "Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan. 
 
"Tapi kalau beliau rasa belia... more »

Bila Rumah Menteri Pun Tak Selamat

Rumah KJ di KL dirompak petang semalam
 
Malaysiakini Jun 30 2013 Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di Kuala Lumpur, semalam. 
 
Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. 
 
Beliau berkata ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah. "Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci. "Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila... more »

Saturday, June 29, 2013

Kebaikan dan keburukan Rewang Kenduri Kahwin



Amalan rewang dalam bahasa jawa atau gotong royong menguruskan kenduri besar seperti majlis perkahwinan memang telah dilakukan oleh orang melayu sejak zaman berzaman. Masyarakat veteran atau orang lama khususnya amat suka dan percaya dengan amalan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan majlis akan jadi meriah. Amalan ini masih menjadi kemestian di kampung-kampung dan felda-felda sedangkan di bandar agak sukar hendak mengumpulkan sukarelawan untuk rewang ini dengan alasan sibuk bekerja dan cuti yang ada lebih sesuai untuk berehat atau balik kampung.

Antara kebaikan rewang ialah
  1. mengeratkan hubungan kekeluargaan 
  2. bermasyarakat dengan orang tempatan agar dapat sama membantu 
  3. menjimatkan kos untuk upah katering atau upah tukang masak
  4. suasana meriah depan rumah dengan balai dan pelamin
  5. macam-macam kuih muih akan dibuat seminggu sebelum majlis
  6. kadangkala ada hiburan seperti karaoke atau ghazal
  7. dapat salam keruk, sumbangan orang ramai kepada ibubapa pengantin
Keburukan rewang ialah
  1. Membazir, seminggu rewang berapa kos yang keluar
  2. setiap hari ada makan minum percuma untuk yang tolong rewang konon
  3. siap bungkus banyak-banyak bawak balik lagi kononnya untuk anak dan suami di rumah (makanan di rumah masak sendiri lah)
  4. Kuih muih orang lama sahaja yang minat, budak-budak tak makan seperti koci, wajik, kerepek, lemper (macam pulut panggang) semuanya tak sesuai untuk yang dah tak ada gigi, akhirnya membazir bagi kat orang
  5. Kanopy banyak memang meriah tetapi kosnya amat tinggi, siap dengan hiasan kerusi meja menjadi lebih mahal dari sewa dewan atau hotel hawa dingin.
  6. jika kampung tu ada penternakan ayam, lalat akan mengerumun makanan yang dihidangkan dan akan memalukan tuan rumah
  7. permintaan orang rewang kadangkala lebih kuah daripada sudu, pak haji malu nak tolak karaoke yang orang rewang panggil, patutlah yang nyanyi pun orang rewang yang dah rongak... malu
  8. yang lelaki minta rokok percuma, yang mahal pulak tu
  9. Salam keruk akan menyebabkan keluarga miskin makin terpinggir
  10. rewang ini siap pekej membazir, seperti majlis yasin tahlilan (ada makan-makan),bacaan berzanji dan marhaban perempuan (ada makan-makan dan jatuh haram pabila suara mendayu-dayu yang mendatangkan fitnah), persandingan menjadi wajib, kompang tak sah kalau tak ada.
Rasanya bolehlah fikir sendiri, secara umumnya amalan rewang memang baik tetapi kalau membazir ia jadi tak baik, saudara syaitan, apatah lagi kalau kita takut kepada masyarakat lebih daripada Allah SWT,

Nanti kalau tak rewang, orang kata kita tak bermasyarakat, orang kata kita anti sosial, orang kata kita kedekut, kita takut nanti kita buat kerja kahwin orang tak mahu tolong rewang, orang tak mahu sewakan balai canopy.

Jalan keluar sentiasa ada, yang penting jangan peduli, jangan bertuhan kepada masyarakat, jangan takut wanita Ubn merangkap ketua rewang.



Shisha lebih bahaya dari rokok

 

CAP gesa keluar fatwa pengharaman shisha

Harakahdaily, 29 Jun 2013 *KUALA LUMPUR:* Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya. CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan... more » 
 
Bagaimanapun di Kelantan, penjualan shisha tidak dibenarkan. Lihat gambar saya rakamkan pada 26 November lalu di Kota Bharu, peralatan menghisap shisha dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu.



 

Thursday, June 27, 2013

Sekolah ini pilihan saya dan mungkin saudara

E-mail Cetak PDF

“Ana farhan jiddan, saya gembira sangat dengan perubahan pelajar SMITA berbanding kehadiran saya 3 bulan yang lalu. Semasa saya bersama mereka di asrama, di dewan makan dan di surau saya dapati mereka telah boleh berbual dalam Bahasa Arab. Sebelum tidur saya telah bercerita dalam bahasa Arab, Alhamdulillah mereka faham kerana mereka boleh menjawab semua soalan yang saya berikan.
Daripada pemerhatian dan pergaulan saya dengan pelajar lepasan STAM
baca seterusnya 

Kenyataan Dangkal Menteri Disanggah Ahli Akademik


Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.
Hari ini saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? 
Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.
Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. 
Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.
Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. 
Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?
Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. 
Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?
YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. 
Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.
Profesor Mohammad Agus Yusuf

SATU CADANGAN PENCERAHAN

Buat sesuatu berulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah gila menurut Albert Einstein.

Parti-pati pembangkang dah sertai pru dari dulu tapi gagal untuk gulingkan umno.

Demostrasi pun dah banyak kali buat tapi umno tak gak mampus.

Pemberontakan bersenjata pernah di buat oleh Parti komunis Malaya juga gagal tumbangkan umno.

Sekarang apa yang perlu kita buat untuk jatuhkan umno sapa ada idea.

Apa yang Einstein kata tu ada kebenaran, pru dan demostrasi dah buat banyak kali tapi umno masih berkuasa, pemberontakan bersenjata buat sekali tapi gagal dan rakyat Malaysia nak duduk dalam keadaan aman tapi nak tukar kerajaan.

Mana ada kerajaan dunia ketiga ditukar dalam keadaan aman semua ditukar dalam keadaan huru hara.

Ada satu aje kita belum buat iaitu boikot.

Kita kena boikot semua perkara yang berkaitan umno.

Boikot semua perniagaan yang ada kaitan dengan umno contoh boikot roti gardenia makan roti mossimo,batalkan langganan astro,maxis,celcom,tm kalau boleh tnb beli genset on MEMAHAMI POLITIK JALAN RAYA

Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat



Dasar Pembohong

“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

Tuesday, June 25, 2013

Dun Kuala Besut Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13



Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.
Beliau yang juga merupakan wakil rakyat UBn yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.
Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.
Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Kepada Jentera harap bersedia, bendera, logistik, masih boleh guna PRU13 punya, hanya strategi dan  calon yang perlu difikirkan sesuai dan boleh menang, Inikalilah menang

Monday, June 24, 2013

Cintailah Isteri Di Depan Mata Sebelum Sibuk Cari Lain Wahai Pejuang

 
Salam ikhwah,
Suburkanlah cintamu terhadap akhawat yg telah menjadi isterimu. Mawaddah wa rahmah tidak dicampakkan kpd mu dan akhawat isterimu itu semata2 kerana pernikahanmu diatur oleh Baitulmuslim jamaah. Kamu perlu berfikir untuk mendapatkannya bukan mengharap ia dtg secara automatik kerana dijodohkan oleh jamaah. Lihatlah penghujung ayat itu didalam surah ar Rom yg kamu pun tahu.

Kalau Allah mengatakan kamu adalah pakaian baginya dan dia adalah pakaian bagimu, maka kamu pasti akan membasuh, menjemur, sterika dan memakai semula pakaian itu agar setiasa rasa segar dan segak. Maka begitulah akhawat yg bernama isterimu. Wajib bagimu ahli jamaah apalagi yg memegang jawatan, sentiasa membaiki hubungan dgn akhawat yg bernama isteri agar setiap perbuatanmu menambah cintanya padamu dan setiap perbuatannya menambah cintamu padanya. Sentiasa memikir dan berindak menyegarkan hubungan sebagaimana kita memakai baju.

Malulah kita kepada Allah yg membiarkan akhawat yg bernama isteri memikul tanggungjawab memegang jawatan tapi sendirian tanpa bekalan cinta untuknya sehingga Allah pula yang memujuknya dgn ungkapan "lilghaibima hafidzaLlah" kerana ketaatan kpd Allah atas amanahnya.

Apakah tindakanmu selepas membaca email ini telah menambahkan cintanya (akhawat yg bernama isterimu) kpd mu? Tanyalah kpd dia .

Ingat, mawaddah wa rahmah tidak dtg bergolek kerana kita suami isteri satu fikrah. Cintailah 
Akhwat di rumahmu sebelum mencintai An Nisa dimedan sana.

Wassalam
Pak Utih

Wednesday, June 19, 2013

Peserta Dinasihatkan Kumpul Dulu di 7 Lokasi 505


Peserta perhimpunan aman #Blackout505 Sabtu ini diseru agar berkumpul di tujuh ‘check point’ sebelum bergerak bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Padang Merbok pada hari tersebut.

Tujuh ‘check point’ tersebut adalah :

1) Brickfields diketuai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arulchelvan dan Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Marina Chin.

2) Masjid Negara – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, MP Shah Alam Khalid Samad

3) Jalan Pudu – Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Setiausaha Organisasi Parti DAP, Anthony Loke, Ketua Gerakan anti Lynas, Wong Tack, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

4) Jalan Raja Laut (ibupejabat Pas) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

5) Jalan Raja Laut (Sogo) – Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas-bekas pesara tentera

6) Universiti Malaya – aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan

7) Pekeliling – Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK.

Kumpulan-kumpulan tersebut akan bergerak ke Padang Merbok selepas solat Zohor dan bergabung di padang tersebut kira-kira jam 2.00 petang.

Demikian menurut MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.


Monday, June 17, 2013

Bukan salah anak isteri kalau makan duit haram?

 
APABILA CERAMAH MOTIVASI MULA MEREPEK
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Apabila jenama ‘Islam’ itu laris, ramai orang menggunakannya. Samada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand’ hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.

Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w. Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!” Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!

Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.

Ahli Motivasi
Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapatan utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’. Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.

Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya)
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik, dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”(Surah al-Talaq: 6-7)
Hatta dalam edah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi: (maksudnya)
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).
Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991).
Salah Faham
Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa. Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi s.a.w mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:
“Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).
Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.
Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.

Nafkah Haram?
Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal. Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibubapa mungkin terlibat dengan riba dan seumpamanya. Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja yang dibuat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
Seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.
(http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperolehi melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasulNya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.

Bacaan
Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!
Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:
“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.

Sunday, June 9, 2013

Cabaran Menangani Arak, Judi, Maksiat Di Selangor Kpd Exco Agama Baru



Sallehen ketika ditemui di pejabat barunya hari ini

SHAH ALAM: Exco baru untuk Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi akan mengambil pendekatan penerangan dalam melaksanakan tugasnya.

"Bagi saya program penerangan adalah amat penting bagi  memberi kesedaran kepada umat Islam. Mengapa Islam melarang kita minum, menjual, mempromosi  arak, pergi tempat pusat hiburan.
"Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya gejala sosial, keruntuhan akhlak, ketuntuhan rumahtangga, berlakunya zina, pembuangan bayi dan sebagainya," kata Sallehen Mukhyi dalam sidang media pertama di pejabat SUK Selangor hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar rakyat Malaysia mengubah  cara pemikiran bagi tangani masalah isu arak, judi, pusat hiburan melalui  Exco Hal Ehwal Islam. Beliau berkata, semenjak mengangkat sumpah sebagai Exco, berbagai soalan yang dimainkan oleh rakyat dan media bagi menangani isu ini.

"Antara soalan yang sering dipersoalkan apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak, judi, pusat hiburan. Apakah Hudud perlu dilaksanakan di negeri Selangor.
"Bagi saya rakyat perlu ubah cara pemikiran tersebut kerana untuk tangani isu berkenaan ia perlu memberi kefahaman terlebih dahulu kepada seluruh rakyat termasuklah kepada non-muslim agar mereka faham apakah yang di maksudkan hudud dna lain-lain.
"Siapakah yang layak menerima hudud. Siapakah yang mempunyai kuasa menutup kilang arak dan sebagainya," kata beliau.

Sallehen yang menang dalam pilihan raya lalu di Dun Sabak dilantik sebagai Exco bagi mewakili PAS dalam penggal ini. Selain beliau, tiga Exco PAS sebelum ini dilantik semula. Mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus. Bagi Sallehen, kerja penerangan ini pula memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya Exco Agama sahaja bahkan juga para ustaz dan alim ulama.

Sallehen menjelaskan lagi, bagi tangani isu arak, rampas lesen arak, tutup pusat hiburan bukan kuasa Exco Agama dan kerajaan negeri Selangor sepenuhnya tetapi ia dibawah pengurusan pihak berkuasa di peringkat Pusat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Kita tidak ada kuasa sepenuhnya menutup tempat hiburan, rampas lesen arak. Tetapi kita akan bantu PBT dan lain-lain untuk tangani isu ini dari semasa ke semasa dengan mengadakan perbincangan bersama demi kepentingan umat Islam di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak kerajaan negeri tidak ada mengeluarkan lesen baru untuk tutup pusat hiburan, menjual arak untuk penggal lalu.

"Namun saya difahamkan semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno dulu lagi  ada lesen quata  lama di keluarkan  untuk arak dan sebagai," jelas beliau.

Islam, katanya, memang melarang umatnya mengambil arak, pergi tempat yang mendekati zina iaitu pusat hiburan. Maka dengan itu program penerangan agama ini perlu di laksanakan di institusi masjid, edaran risalah dan sebagainya agar rakyat Malaysia faham dengan jelas.

"Insya Allah perbincangan bersama PBT, dan badan berwajib akan diadakan dalam tangani isu berkenaan dengan baik agar tidak melukai hati mana-mana pihak kerana di Malaysia kehidupannya adalah berbagai bangsa dan agama yang perlu di hormati," jelasnya lagi. (Hrkh)

Tentera Kacang Merah Tiru Program CIA? Betul atau Bohong?

Zulkifli Yahaya

RED Bean Army kononnya ialah kumpulan tentera siber pembangkang yang bergerak aktif untuk menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui apa cara sekalipun.

Kali pertama nama itu diperkenalkan adalah oleh sebuah akhbar primitif yang terkenal dengan rasis Melayu. RBA dikatakan mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota, didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

DAP didakwa membiayai RBA dengan peruntukan RM15 juta setahun, bermakna telah menyediakan dana sebanyak RM108 juta untuk enam tahun. Dakwaan tersebut membuatkan Penasihat DAP, Lit Kit Siang ketawa besar.

Kaya sungguh DAP sebagai sebuah parti politik tanpa syarikat perniagaan seperti MCA, boleh membiayai pihak tertentu dengan jumlah wang yang sangat besar (bagi sebuah parti pembangkang).

Akhbar primitif itu bukan setakat mengaitkan RBA dengan DAP tetapi lebih jahat mengaitkannya dengan jenayah dan keganasan. Satu laporan di akhbar tersebut mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar rasis Melayu itu dalam tulisan berkenaan.

Seperti biasa, bagi meyakinkan rakyat Malaysia akan kewujudan RBA maka pihak polis didesak bertindak. Maka muncullah  Timbalan Ketua Polis Negara Polis Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh setiap aktiviti sama ada ia berunsur jenayah atau hasutan, dan sekiranya ada bukti yang kukuh, mereka akan bertindak tanpa memberi amaran. Itu imej polis Malaysia.

Kes seorang aktivis Umno mengancam di alam siber mahu membunuh Tok Guru Nik Aziz beberapa tahun lalu belum habis disiasat (sebab hingga kini belum ada dakwaan) sekarang nak bertindak pula pada RBA.

Persoalannya, adakah sebenarnya RBA ini wujud dalam bentuk terancang seperti didakwa? Jawapannya, karut! Jika semua dakwaan yang dibuat oleh akhbar rasis Melayu itu benar, maka pihak yang paling awal dapat mengesan dan akan bertindak ialah PDRM.

Mengesan penjenayah di alam siber lebih mudah dari mengesan ahli kongsi gelap kerana semua alamat di talian dapat dikesan dengan mudah. Kerajaan ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau dan mengesan. Apabila PDRM tidak mengheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagi yang melibatkan pihak pembangkang, bermakna tiada kes untuk disabitkan.

Pihak rasis Melayu mendakwa bukti kewujudan RBA dalam bentuk kumpulan terancang ialah apabila 'ahli-ahli' kumpulan tersebut meletakkan simbol kacang merah sebagai foto profil. Jika itu buktinya, maka banyak benar kumpulan terancang di alam siber yang wujud.

Foto icon seperti Bersih, Adam Adli, Ini Kalilah, Hijau Lynas, Blackout 505 bertukar ganti menjadi foto profil pemegang akuan laman sosial. Mereka tidak pernah mendaftar sebagai ahli kumpulan tersebut, tetapi ia merupakan trend semasa penghuni alam siber mempamerkan sokongan terhadap mana-mana tuntutan.

Pengwujudan isu RBA oleh akhbar rasis Melayu ini mengingatkan kita kepada pepatah Arab yang selalu diungkapkan oleh AlMarhum Ustaz Fadzil Noor, "Dia memukul aku, dia pula yang menangis." Di alam siber serta di media cetak dan televisyen, pihak yang teruk dibelasah dan difitnah saban waktu ialah pembangkang atau Pakatan Rakyat. Tiba-tiba BN pula yang mengadu diserang menggunakan tentera siber.

Saya pernah didatangi oleh seorang aktivis maya BN, mengaku sudah insaf dan mendedahkan semua gerak kerja mereka sebagai pahlawan siber. Mereka memang dilatih, dibekalkan peralatan uktuk akses alam siber dan diberikan elaun tetap bulanan. Mereka bekerja sepenuh masa untuk BN. Fitnah, adu domba dan provokasi merupakan makanan harian kumpulan tersebut. Sehingga kini semua laman maya tersebut masih terus aktif dan bekerja sepenuh masa untuk BN. Di samping fitnah dan penghinaan melampau terhadap pemimpin Pakatan sebagai sajian utama dalam laman maya mereka, bahan-bahan rasis dan provokasi keagamaan juga disebar tanpa rasa bersalah.

Terdapat lagi pahlawan maya BN yang bukan petugas sepenuh masa tetapi berperanan sepanjang masa untuk menyerang Pakatan dan menaikkan BN. Bukan rahsia lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah dua kali bertemu dan menyampaikan amanat kepada kumpulan yang terdiri dari anak-anak muda ini. Mereka hanya dibekalkan dengan komputer i-Pad tanpa elaun bulanan. Dikatakan terdapat 10 ribu ahli kumpulan ini di seluruh negara, sebahagian besarnya berperanan dalam PRU13 lalu.

Jadi, apabila pihak Umno menonjolkan isu kewujudan RBA sebagai ancaman dalam negara, maka tidak lebih dari pepatah, "Pencuri jeritkan pencuri."

Apabila terdapat gerakan besar-besaran oleh media pro BN untuk menonjolkan RBA, mengaitkannya dengan DAP serta menggesa pihak polis bertindak maka ia mengingatkan kita kepada strategi yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq.

Alasan yang digunakan oleh tiga Presiden Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq iaitu George Bush, Bill Clinton dan George W. Bush ialah terhadap senjata pemusnah berskala besar yang merbahaya di Iraq. Dengan menggunakan alasan tersebut mereka mendapat mandat dari kuasa-kuasa besar untuk menyerang Iraq.

Sehingga Saddam Husein berjaya ditangkap, Iraq hancur berkecai namun senjata pemusnah tidak juga dijumpai. Maka kewujudan isu RBA oleh kumpulan rasis Melayu itu tidak lebih dari idea yang diciplak dari White House. Amerika menggunakan modal senjata pemusnah untuk hancurkan Iraq, manakala kumpulan rasis Melayu menggunakan RBA untuk cuba memusnahkan DAP.

Penulis adalah bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

Terpaksa Tumpang Gereja Sebelum Ada Masjid

   

SELEPAS berjaya mendirikan masjid pertama di Kutub Utara, Muslim Kanada berjaya menambah menara di masjid yang berwarna kuning yang terletak di bandar Winnipeg-Inuvik itu.


"Inilah menara masjid yang dibina di Kutub Utara. Menara itu sangat indah ketika kami nyalakan lampu-lampunya di tengah kegelapan, "kata Amier Suliman, ahli jawatankuasa masjid dengan bangga.

Menara itu dengan ketinggian kira-kira 10 meter, menambah kemegahan masjid. Komuniti Muslim di Inuvik-bandar yang terletak 200 kilometer dari Kutub Utara sudah lama mahukan sebuah tempat yang selesa untuk menjalankan ibadah mereka. Tapi impian itu ditangguhkan kerana harga bahan binaan dan kos  pembinaan yang sangat mahal.

Sebuah syarikat pembekal bahan bangunan di Manitoba bersetuju untuk membina struktur masjid itu di kilangnya. Setelah siap dibina, struktur binaan tersebut ditarik dengan kapal ke Inuvik. Syarikat itu hanya mengenakan bayaran separuh daripada harga yang sepatutnya dibayar.

Setelah melalui proses dan perjalanan panjang melalui daratan dan sungai di sepanjang wilayah Barat Kanada, masjid kecil berukuran 140 meter persegi yang diperbuat daripada bahan kayu itu akhirnya tiba di Inuvik. Di bandar itu komuniti Muslim berkembang pesat dan jumlahnya bertambah ramai. 

Oleh demikian mereka merasa perlu memiiki sebuah masjid. Komuniti Muslim di Inuvik yang berpenduduk kira-kira 4000 orang itu, sebahagian besar berasal dari Sudan, Lebanon dan Mesir.
Penambahan menara masjid disambut gembira oleh komuniti Musim di Inuvik. 

"Sesetengah orang akan berkata ini adalah sebuah titik permulaan terbaru bagi Islam. Tapi bagi kami, yang penting adalah kaum Muslimin di sini biasanya melaksanakan solat Jumaat dengan menumpang di sebuah gereja Katolik, sekarang sudah mempunyai tempat selesa untuk beribadah, lengkap dengan menaranya".

Terang Amier Suliman ahli jawatankuasa masjid kutub utara. (IH)

Lihat sebelum ini..

Ahli PAS Jangan Teragak-agak Untuk Hadir 505 : Mat Sabu


 
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505. (Hrkh)

Muslimat Ini Popular Kerana Pertahan Hak Adiknya


Sepanjang May 2013 pasca pilihan raya umum ke13, nama Muslimat PAS, Ima Sufi mendapat perhatian terhangat di facebook kalangan peminat wacana politik negara.

Dalam satu statusnya, Ima Sufi menulis:

Politik balas dendam UMNO be end sudah bermula!!!..... 400 org guru drp Pasir Puteh akan menerima memo pertukaran ke luar kelantan atas alasan menjd jentera PAS dan PR dlm PRU 13, salah seorgnya ialah adik saya yg tdk pernah memegang walau sehelai bendera pun, tdk pernah menampal walau sehelai poster pun dan tdk pernah menjejakkan kaki pun ke Bilik Gerakan PAS.... alasan... krn saya iaitu kakaknya adalah muslimat PAS yg aktif.... wahai umnobeend... engkau ku laknat dan tak ku redha atas perbuatan mu dunia hingga akhirat... Allahuakhbar


Status muslimat PAS tersebut telah di 'share' oleh ribuan pemilik akaun Facebook dan mendapat belasan ribu 'LIKE' secara keseluruhan daripada pelbagai akaun Facebook lain yang turut berkongsi status. -kerajaanrakyat


Berbeza pula dengan Cikgu ini yang masih belum di ambil tindakan kerana rasis

Friday, June 7, 2013

Rupanya "Papa Gomo" Buka "Blog Lucah Baru" !!



[Seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak, tidak mungkin Blogger Papagomo meninggalkan dunia blogging seperti yang didakwanya sebelum ini. Ketidakyakinan itu diperkuatkan lagi dengan kes saman yang bakal dihadapinya tidak lama lagi. 
 
Beliau disaman oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan mengfitnah beliau dan kes akan dibicarakan awal tahun depan. 
 
Papagomo dengan berani menutup blog popular beliau iaitu www.papagomo.com atas alasan untuk bersara. Namun, hakikatnya lain pula yang berlaku apabila ada pihak yang berjaya menghidu ke mana perginnya tulisan panas Papagomo. 
 
Akhirnya hari ini banyak pendedahan dibuat bahawa beliau kini telah membuka sebuah laman blog baru yang dinamakan MALAYRIGHTS dialamat www.malayrights.blogspot.com. 
 
Blog tersebut telah dilancarkan oleh beliau pada 24 Mei 2013 yang lalu iaitu beberapa hari sebelum dia menutup blog Pagagomo. Apa yang mengejutkan blog terbaru beliau ini dia dengan berani memperkenalkan dirinya ialah Wan Muhammad Azri, anak Melayu yang lahir di Pasir Puteh Kelantan dan membesar di Johor Bahru. 
 
Dia mendakwa sudah berkahwin dan setakat ini mempunyai dua orang puteri. Dia juga merupakan Ketua Eksekutif Syarikat KL POS MEDIA & PRODUCTION SDN BHD yang menjalankan urusan perniagaan Media dan Production. 
 
Pendidikan beliau hanyalah setakat SPM namun waktu ini dia khabarnya sedang mengikuti pembelajaran jarak jauh untuk memperkasakan diri beliau sebagai anak Melayu yang berilmu. Ikuti info lanjut blognya di SINI]. PDO

Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/terbongkar-rupanya-papa-gomo-buka-blog.html#ixzz2VYHvlpov

Jambatan Sudah Roboh Bila Pasir Banyak, Simen Sikit (Baca Rasuah UBn)


Keratan akhbar yang pernah menjulng Najib sebagai pemimpin pertama menggunakan jambatan kedua Pulau Pinang.





Dengan penuh riak, angkuh dan bangga, mereka menyatakan ini adalah "Projek Untuk Rakyat Pulau Pinang Daripada Barisan Nasional."



Sekarang ini jawapannya!!! Bukankah ini juga projek Barisan Nasional atau dah tak nak mengaku dan hendak persalahkan kerajaan Pulau Pinang??



RSB : Projek roboh meroboh dari Terengganu kini sudah merebak ke Pantai Barat tak ada punca lain selain dari berpunca akibat rasuah yang telah membarah. 
 
Besi cerucuk besar tukar yang kecil, tukar yang separuh bulatan, simen yang bertan 2 dikurangkan kuantitinya supaya dapat larikan untuk komisen (baca Rasuah)  akhirrnya kerja jadi cincai bocai, yang penting masing-masing dapat persen (baca Rasuah), bila dah roboh, maka dipersalahkan kerajaan Dap Pulau Pinang, Cina Dap tak tipu melayu, melayu UBn yang tipu melayu, memang suka menyusahkan rakyat mereka ini, jenis suka rakyat mati.

Thursday, June 6, 2013

Ringkasan Post Mortem Punca Kekalahan PR : Mat Sabu


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. -Hrkh

Sejarah Menteri KDN Yang Gelap


Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006. Pukul setengah mati

Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata.

“Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu,” tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010.

Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut.

Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan.

“Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkmah oleh polis kerana perlakuan jenayah.

“Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?” kata Lim.

Beliau turut menambah “adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan.”

Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha “integriti” dan “tatakelola kerajaan yang baik” sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan. -TMI 
 
RSB : Suka-suka pukul, belasah orang, satu hari nanti akan terima pembalasan tuhan...
 
 

Nak sakit hati berurusanlah dengan anu... tak tau jaga hati orang

DATARAN PADANG MERBOK
SABTU 15 JUN
JAM 2:00 PETANG

 Sikap dwi standard syarikat swasta milik kaum Cina, Hak graduan Melayu dinafikan
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Bukhari A. Rahim berkata, tindakan itu juga memperlihat sikap diskriminasi dan perkauman menebal syarikat milik kaum Cina tersebut.

HAJI DAN APEK
wan sahabiri, gua penah bekeje untuk beberapa orang, maksudnya penah mintak keje dan penah makan gaji sebagai pekeje/kuli pada majikan. majikan pertama selepas gua rasmi jadi graduan u-ni-obesiti, adalah seorang melayu berpangkat haji.

gua dapat bekeje dgn kompeni haji ni pun selepas gua mintak menerusi intebiu yg dianjurkan "org kenal". lepas 2 tahun dapat pengalaman pahit manis bekeje pertama kali, gua pun bagi notis sebulan dan blah. bukan sebab gua tak berterimakasih atau tak kenang budi diberi peluang keje, tapi haji org kuat amenu ni sesen bones (bonus) pun takde nak hulur mana2 staf walaupun yg senior2 yg dah banyak tahun bertungkus-lumus naikkan syarikat dia bagi untung hingga angka juta. 

lepas 1 minggu gua berhenti, gua dapat intebiu dgn kompeni lain dan terus diambil jadi kuli terbaru. majikan kali ni 3 org cina apek baka pendatang dari tanah besar china yg tak penah jejak kaki kat mekah atau madinah. hujung tahun pertama gua keje situ, apek2 tu hulur gua 1.5 bulan gaji on SAEKOR LAGI KANG KONG BUAT REKOD
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 6/6/13

DATARAN PADANG MERBOK

Rakyat dipaksa supaya menerima penipuan keputusan PRU13

KALAU PILIHAN RAYA 
BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti
PILIHAN RAYA 
TELAH LAMA DIHARAMKAN 
di Malaysia


POLITIK – DUNIA KE TIGA 
Biar saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas Tuntutan Gerakan Anti Tipu 505.

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13
Kedua : Menuntut ditubuh SPR baru
Ketiga : Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan
Tiga Tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana  undi mereka telah ditipu. Kemarahan para pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu turun ke jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi  bahawa para pengundi tidak mahu ditipu. Paling menjolok  mata ialah kehadiran ratusan ribu  anak anak muda  di jalan raya – walau pun  mereka mungkin belum mengundi – tetapi mereka tidak mahu  menerima penipuan.
Ramainya orang  turun ke jalan raya itu adalah bukti saheh bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru. Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka TIDAK dibekalkan dengan  nasi bungkus.
Mereka ke jalan raya dengan kedesaran. Beratus ribu  turun ke  jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu akan terus berkuasa.
Bermula dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh negara. Turun ke jalan raya ini  kini telah menjadi ampoh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam merancang penipuan PRU13. Tidak  dapat tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale’ gerakan jalan raya ini.
Jelas terbukti bahawa kesedaran wujudnya  PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin orang ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan  raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Pernipuan PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke  jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan yang hak.
Seluruh dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah dicuri. Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil   anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai  akan turun ke jalan raya.
Anak anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung.  Anak muda  turun ke jalan raya  melawan  kezaliaman kini sedang menjadi trend dan feshen seluruh dunia. Dimulakan oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke  Bahrain,  ke  New York – dan terakhir ke Turkey. 
Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka. Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat. 
Masih ada yang bertanya : Kenapa kita ke jalan raya? Apa salahnya pilihan raya kita?
Dua soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang telah menyuarakan soalan ini. Justeru disini saya cuba memberi jawapan sejelas mungkin.
Awal wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia Ketiga. Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini  amat berbeza dari hukum dan syarat politik di Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Canada. Ada perbezaan hakiki antara  Negara Dunia Ketiga dengan negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan Negara Kedua di Eropah.
Kesemua Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara imperial. Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua diwujudkan oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara  pemisah dengan perjanjian  kuasa imperial Peranchis yang menjajah Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial.
Sejarah Tanah Melayu  yang kemudiannya menjadi Malaysia  adalah sejarah kolonial Briitish. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion untuk mengambil alih pentabiran Bristish  pada 31 Ogos 1957.
Salah satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum kapitalis dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah untuk kaum pemodal internasional.  Kerana mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays National Organisation untuk mengembangkan  jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis  ini akan reput.
Ini perbezaan politikal ekonomi  yang wajib difahami. Inilah sebab utama  kenapa pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini. Kepentingan ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa daulah. 

Menteri jaga politik – menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam  syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang  syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.
Justeru ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya. Daim Zainuddin, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Vincent Tan, Ananda Krishan  – semua sedar jika United Malays National Organisation tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai diantara mereka akan diheret ke penjara.  Anak Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak  masuk penjara. Ini hakikat politik Negara Dunia Ketiga.
Ini tidak akan berlaku di Canada, New Zealand, Australia, German , Sweden atau Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan  Kedua ini – kaum kapitalis telah kukuh bertapak. Kepentingan  ekonomi mereka berselirat didunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain – perniagaan  Mark and Spencer saperti biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General  Motors akan terus berniaga.
Pilihan raya  dalam Negara Pertama dan Kedua adalah tentang dasar.  Dasar parti politik mana yang akan dapat membawa  keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa kestabilan ekonomi. Tidak saperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia  ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang mana yang akan  dapat  kontrek, dapat  tanah atau  dapat lesen cari gali.  Politikal ekonomi inilah yang menjadikan pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara.
Untuk saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun saya telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama ini adalah tepat dan benar.

Akhirnya saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah. Saya yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?
Dari apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib Razak amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai kekuatan musuh kita.
Seluruh dunia – Dari Obama di Rumah Puteh – dari akhbar di Austarlia, New Zealand, Hong Kong, Jepun, United Kingdom, German, Peranchis dan dan dan... malah The New York Times telah membuat karton memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa kerajaan Najib Razak ini kerajaan haram.
Najib dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana penipuan. Justeru kita lihat bagaimana Allah telah digunakan untuk  melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13. Kita juga melihat  bagaimana Mufti telah direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13.
Akhir ini kita melihat bagaimana Yang DiPertuan Agong  telah direkrut untuk membuat rayuan kepada orang ramai agar menerima keputusan PRU13.
Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib mula berkelentong untuk membawa  SPR ke bawah jawatan kuasa Parlimen  - memberi tanda  bahawa Najib sedang terdesak. Bila musuh terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.
Justeru pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 15 Jun 2013 ini rakyat akan berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan   #Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. (TT)
ANAK MUDA #TIPU 505



NOTA

tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45