Trafik

Showing posts with label Pahala. Show all posts
Showing posts with label Pahala. Show all posts

Saturday, November 21, 2015

Menyampaikan sumbangan ikut kehendak penderma itu lebih diutamakan

Apabila Keadilan Sembrong mendapat berita ada keluarga yang susah di kejiranan kami seperti di Dun Mahkota, Parlimen Kluang, maka tabung kutipan terus digerakkan dan tidak menjadi kesalahan jika sumbangan itu akan kami salurkan kepada mereka yang memerlukan mengikut kehendak penderma sumbangan tersebut. Penderma mahu keluarga ini dibantu dan kami akur.

Alhamdulillah, kepercayaan masyarakat kepada kami sebagai egen penyampai sumbangan. Kami pun bukan pemerintah, maka sudah tentu tiada peruntukan untuk kerja amal sebegini. Sumbangan diperolehi hasil duit poket kami dan derma jariah dari rakyat yang bersimpati. Tidak kiralah walaupun ia bukan berada dalam Parlimen Sembrong.

Terima kasih kepada Ketua Cabang Sembrong Sdr Mohd Yusof Ahmad, NGO Jingga 13 diketuai Sdr Jaafar Matek, Sdr Zaki dan semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini.

Sumbangan disampaikan pada 19 November 2015 Khamis yang lalu  berupa barang keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu, biskut dan milo kepada keluarga En Azhar Bin Ishak dan Pn Zuraidah Binti Sanip di 14C Jalan Orkid Kg Melayu Kluang Johor.

Beliau ada 4 orang anak, yang 3 bersekolah dan 1 lagi masih kecil, Suami bekerja sendiri dan tidak mampu bekerja berat akibat kemalangan jalanraya yang beliau alami. Terima kasih kepada semua penyumbang, moga amal diberkati Tuhan. HB/RLB

Thursday, November 12, 2015

Keadilan jadikan JDT saff hadapan menuju kemenangan

Parti Keadilan Rakyat menjadikan negeri Johor Darul Takzim sebagai saf hadapan menuju kemenangan PRU akan datang. Perkara itu dijelaskan dalam taklimat Jabatan Pilihanraya Pusat baru-baru ini di Kulai. Johor.

Untuk memastikan gelombang rakyat berupaya merehatkan PM Najib Rosmah buat selama-lamanya dalam persada politik tanahair dan dapat membebaskan serta menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM baru, maka usaha keras mesti dilakukan sekarang.

Jangan berlengah, ayuh segera merekrut petugas dan cepat-cepat mendaftar pemilih baru. Awas, jika perkara kecil ini tidak dilaksanakan sekarang, kita pula sibuk melayan helah musuh yang melaga-lagakan sesama parti dalam pakatan sehingga kita hilang fokus, maka PRU akan datang bukan sahaja kita belum menang malahan kita tidak punya kuasa untuk melepaskan DSAI dari penjara entah sampai bila apatah lagi masih ada lagi 12 lagi kes pertuduhan di mahkamah.

Kami mengambil kesempatan menjual kupon dana makan malam Keadilan Sembrong dengan kerjasama MPN Johor berharga RM50 seorang atau RM500 satu meja yang akan diadakan pada 8 Januari 2015. Sebanyak 45 meja dihidangkan masakan Tionghua dan 30 meja masakan melayu seperti Baryani Kambing dan lain-lain lagi menu istimewa.

Tetamu dan penceramah pada malam tersebut semuanya hebat-hebat belaka dari pimpinan Pakatan Harapan seperti Kak Wan, LKS, Abang Mat Sabu, Dato Saifudin Abdullah, TS Muhammad Taib bekas MB Selangor dan lain-lain lagi. Tolong dan bantu kami, moga sumbangan anda mendapat ganjaran yang besar di sisi tuhan.  HB/RLB
















Saturday, October 3, 2015

Ibadah Qurban Keadilan Dun Layang-layang

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, buat julung kalinya dapat melaksanakan ibadah qurban untuk Keadilan di N27 Dun Layang-layang Parlimen Simpang Renggam.

Program pada hari raya ke 2 hari Jumaat bermula seawal 9.00 pagi. Keadaan jerebu tebal tidak menghalang petugas yang hadir.

Lembu cantik, bulu mata lentik dan bulat berisi, walaupun agak kecil tetapi berbaloi dengan daging dan tulang yang lembut segar.

Ucapan Jazakallah dan terima kasih kepada semua 7 penama yang sudi menyumbang bahagian qurban.

Juga kepada tuan rumah Pakcik Baharom dan keluarganya yang menyediakan rumah dan menjaga lembu selama 2 hari untuk ibadah qurban ini.

Yang lucunya selama 2 hari 2 malam beliau tidak dapat tidur lena kerana bimbang lembu yang ditambat di belakang rumahnya yang terletak di Jalan Sekolah Cina, Kampung Melayu Layang-layang lari atau di kebas orang.

Tidak lupa kepada Hj Sarif Ketua Penerangan Keadilan Simpang Renggam yang mencari dan memilih lembu di Ladang Dr Mat Isa Simpang Renggam.

Turut hadir KC Simpang Renggam Sdr Ishak Sher Mohamed, AMK Sdr Faizul, Sdr Zakaria Arifin atau Pak Ya dari Ranting Renggam, Sdr Kassim, Sdr Ram yang pakar, Iman Masjid, Haji Bachok, Wakil peserta Akhi Muhamad Ismail dan Wakil Amanah Hj Azman Md Desah.

Alhamdulillah Program selesai 11.00 pagi dan kami bergegas pulang untuk persiapan Solat Jumaat.












Qurban ibarat kita menyembelih sifat dan perangai buruk dalam diri kita seperti ujub, riyak, takbur dan sum'ah,
 Bulat dan bersih serta fokus dalam menghambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.

Menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, pek makanan dan daging qurban kepada balu kepada penduduk yang meninggal dunia terjatuh dari pokok lalu tercucuk besi pagar baru-baru ini. Moga rohnya almarhum diampunkan dan dicucuri rahmat. Ameen 




Saturday, August 15, 2015

Pertukaran Tajuk Blog ini

Anda menghadapi masalah?


Simpang Renggam : Untuk kali ini, rasanya sudah 5 kali blog ini bertukar tajuk kepada SOLADIRITI KEADILAN LAYANG2 dan tajuk kecilnya iaitu BERDIRI UNTUK LAYANG2 SEJAHTERA Jom singgah blog bahasa Melayu ini, skopnya luas dan pelbagai termasuk Keadilan, Islam, Dakwah, Siasah, Pendidikan, Kebajikan, Kemanusiaan, Kemajuan dan Madani.

Sudah sampai masa saya berbakti kepada ranting tempat saya dilahirkan, disekolahkan dan dibesarkan malah menjadi pengundi lokaliti di situ. Menjadi jentera kempen bertugas PR sebagai PACABA dalam  PRU 1999, 2004 dan 2008 juga di situ. Sekarang ini tinggal bonda dan adinda perempuan serta suami dan anaknya yang bermustautin di Bandar Renggam dalam Dun Layang-layang Johor.

Blog sebelum ini ialah :

1. Pas Sembrong Bangkit Membuat Perubahan yang sudah diceroboh (Hack) bermula 2009 Sila klik
2. PR Sembrong Bangkit bermula 2010 Sila klik
3. Sembrong Bangkit bermula 2013 PRU13
4. Sembrong Bangkit BP Sejahtera bermula 2014 Pemilihan Keadilan 2014
5. Soladiriti Keadilan Layang2 bermula Ogos 2015 (Selepas Syawal 1436H)

Blog 1 dan 2 masih boleh dicapai, walaupun ia isu lama tetapi yang masih boleh menjadi rujukan. Dalam era kemajuan ICT, sekarang ini ramai yang tidak berminat membuka blog kerana sudah tenggelam dengan Facebook yang lebih mesra pengguna dan juga aplikasi Whatappas serta Telegram yang lebih pantas dan percuma.

Terima kasih kepada pihak Blogspot yang meyediakan tapak percuma, blog ini tanpa modal berbayar walau satu sen. Sesuai dengan hasrat mana-mana penggemar Blog yang kita tahu tujuan menulis blog ialah kerana ia boleh menggantikan Dairi yang kita tulis dan menceritakan apa yang berlaku setiap hari dalam sebuah buku catitan. Moga saya diberi kekuatan untuk terus menulis, mencatat dan harapan supaya ia menjadi amal soleh yang bermanfaat kepada semua. Terima kasih

Sekian. Admin

PS : Foto mengangkat kotak Sumbangan Ramadan di Markaz Lama T6. Bangunan ini sekarang sudah diambil semula oleh tuan rumah di ubahsuai menjadi rumah 2 tingkat.

Wednesday, April 1, 2015

Menyampaikan Sumbangan kepada Adik Maisara yang menderita

Kluang : Telah menyampaikan sumbangan hasil dari derma di program makan malam Keadilan Sembrong kepada Adik Olivia Nur Maisara Binti Naqiu Fitri berumur 1 tahun 5 bulan yang mengalami sakit tumbesaran kepala yang luar biasa di alamat No -9 Jln Kiaramas 13, Tmn Kiaramas 86000, Kluang.  ‪#‎KeadilanPerihatian‬















Thursday, January 15, 2015

Kerosakan disebabkan oleh tangan-tangan manusia

30:41

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali."

Surah Ar-Rum 41

Saya terbaca status komen dalam FB golongan tidak percaya tuhan (aties) yang menyalahkan tuhan dengan mengatakan buat apa hidup beragama jika Kelantan yang diperintah oleh Pas dan mahu melaksanakan hudud pun kena bala bencana banjir besar....

Astaghfirullah... saya memetik ayat di atas sebagai bukti bahawa segala bala bencana yang datang ini janganlah kita menyalahkan Allah. Nauzubillah. Semak dulu sekeliling semuanya berlaku sebab manusia yang cuai sama ada ianya perbuatan kita atau juga perbuatan musuh-musuh asbab mengapa berlaku bencana bah lumpur sebegini.

Bukan sahaja di Serambi Mekah, malahan bajir besar juga melanda Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Wallahuaalam. Lebih baik kita kumpul duit, luangkan masa dan tenaga sedaya upaya membantu mangsa banjir. Terimakasih kepada NGO yang sangat memBantu dan pantas bertindak tanpa menonjolkan diri serta bergerak aktif dengan ikhlas beramal kerana Allah. Nak harapkan duit bantuan Kerajaan Pusat jawabnya belum tentu... sehelai baju sekolah pada tarikh post ini ditulis pun masih belum diterima...

Kg Sat Tanah Merah 9 Januari 2015 Jumaat

 Cuci Asrama Puteri Kolej Vokey Tanah Merah



 Kanak-kanak menunggu tepi jalan meminta makanan bimbang petugas tidak masuk jauh ke dalam kampung mereka
Sedih, ada juga yang datang dengan menaiki 4x4 hanya sekadar pelancong VIP
 Transit di Machang untuk masak nasi kambing 
 Wira sebenar tidak didendang
 Sesi membungkus bahan makanan dan barang keperluan dapur, pakaian elok, sejadah dan telekung untuk diedarkan

 Musnah samasekali
Keadaan terlampau hiba sehingga menitis air mata kami

Sebuah bas dan sebuah lori 3 tan
Kg Sat dan Kg Cina Tanah Merah