Trafik

Monday, December 29, 2014

Sumbangan Beg Sekolah KeAdilan Sembrong



Kluang : Pada tarikh 28 Disember 2014 hari Ahad. Sebanyak 100 beg sekolah telah berjaya diserahkan kepada murid sekolah yang memerlukan di Dun Paloh dan Dun Kahang. Sumbangan KeAdilan ini disampaikan oleh Sdr Onn Abu Bakar. Turut hadir ialah Sdr Md Noh Ketua Cabang Sembrong, Sdr Jalil Ketua Ranting Kahang Barat, Sdr Fazli Ketua Ranting Pekan Kahang dan aktivis parti yang lain. Semoga usaha murni ini dapat meringankan sedikit beban belanja persekolahan yang melambung naik. Tahniah diucapkan.

















Sumbangan Beg Sekolah Perlimen Sembrong



Kluang : Pada tarikh 28 Disember 2014 hari Ahad. Sebanyak 100 beg sekolah telah berjaya diserahkan kepada murid sekolah yang memerlukan di Dun Paloh dan Dun Kahang. Sumbangan KeAdilan ini disampaikan oleh Sdr Onn Abu Bakar. Turut hadir ialah Sdr Md Noh Ketua Cabang Sembrong dan aktivis parti yang lain. Semoga usaha murni ini dapat meringankan sedikit beban belanja persekolahan yang melambung naik. Tahniah diucapkan.













































Tuesday, December 16, 2014

Pawang berjaya menakutkan Melayu dengan hantu 13 May

may13

Lucu, Melayu Telah Berjaya Dihantukan! Biasalah siapa yang berfikiran sempit dan otak lemah senang dimomokkan. 

Nak pulak jenis penakut dan hilang jati diri. Siapa punya kerja menakut-nakutkan mereka ini?

Bila melayu takut maka terpaksalah, tidak boleh tidak sokong parti Pawang yang hantar hantu jembalang, kalau tak sokong nanti 13 May berulang. Hantu jembalang tu pawang tu juga lah yang cipta. Khurafat.

Aku takut Allah bukan hantu...

Ramai kaum Melayu khuatir 13 May berulang
Faiz Adnan | December 16, 2014

Tinjauan mendapati 53 peratus daripada kaum Melayu khuatir trajedi berdarah 13 May akan berulang.

KUALA LUMPUR: Satu tinjauan oleh Merdeka Centre yang tidak disiarkan menunjukkan bahawa 53 peratus responden Melayu masih khuatir jika rusuhan kaum seperti yang pernah berlaku pada 1969 bakal berulang lagi.

Menurut laporan Malay Mail Online, berbanding responden Melayu, sebanyak 67 peratus responden China yang berdaftar yakin bahawa rusuhan kaum seumpama itu tidak akan berulang manakala 47 peratus kaum India pula sependapat dengan kaum Melayu.

Berdasarkan perspektif umur, 52 peratus daripada responden yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapat bahawa rusuhan kaum mungkin berulang dan 36 peratus yang terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas juga sependapat.

Sementara itu, sebanyak 52 peratus responden yang bekerja di sektor swasta atau menjalankan perniagaan percaya kemungkinan peristiwa itu berulang adalah tipis. Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian dilaporkan berkata, “Masyarakat Cina pada keseluruhannya sudah melupakan peristiwa 13 May, bagaimanapun tinjauan kami mendapati kaum Melayu masih terpengaruh dengan ketidakstabilan masa lampau.

ketinggalan

“Kemungkinan juga, keadaan ini berkait rapat dengan kekurangan dalam sektor ekonomi yang dirasai oleh masyarakat itu,” tambahnya. Ibrahim berkata demikian berdasarkan peningkatan kos sara hidup dan kekhuatiran masyarakat Melayu jika mereka terus ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa terdapat lebih separuh daripada mereka yang terdedah kepada media perdana dan 46 peratus yang menggunakan kemudahan internet merasakan bahawa ketidaksamaan ekonomi daripada peningkatan kos sara hidup mungkin menjadi pencetus kepada rusuhan kaum.

Menariknya, 61 peratus daripada mereka yang terdedah kepada media alternatif berpendapat rusuhan itu tidak akan berulang lagi. Beliau seterusnya berkata, sekiranya rusuhan kaum akan berlaku, ia akan bermula di tempat-tempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan di mana tahap ekonomi saling bersaing serta tempat-tempat yang mempunyai sejarah ketegangan kaum.

Nota : Bila Melayu ketinggalan dari sudut ekonomi maka salahkanlah pemerintah yang selama ini gagal memerintah dengan adil dan saksama, takkan nak salahka DAP...

Pelakon Popular minta jelaskan isu Beer Asahi...

Troli_Sharnaz1

Gambar di atas adalah gambar pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha ketika sedang membeli belah semasa menjalani satu penggambaran di bandar Okinawa, Jepun sebelum ini.

HALAMAN HIBURAN

APABILA melibatkan selebriti peminat membuat penelitian, begitu juga ‘haters’ maka timbullah persoalan apa yang dibeli Shahrnaz. Terdapat dakwaan terdapat separuh karton minuman keras dalam troli di hadapan Sharnaaz iaitu seakan-akan minum keras jenama Asahi yang dikatakan popular di Jepun.

Untuk elak sebarang spekulasi, ramai pihak meminta Sharnaaz tampil menerangkan situasi sebenar. Peminat nak dengar penjelasan dari beliau. (http://www.ekeleh.co) 
Troli_Sharnaz2

Komen Weblog IH: Arak, begini cara fikir orang Islam.. Pengharaman arak dan segala memabuk dan menghilangkan akal yang berguna, telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya (bermaksud),

Dari Anas bin Malik katanya, bahawasanya baginda Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu, orang yang memerahnya, orang yang minta diperahkannya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya dan orang yang meminta dibawa kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang makan hasil daripadanya, orang yang membelinya dan orang yang minta dibeli kepadanya". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Hati-hatilah jangan termasuk 10 golongan itu, jangan cemarkan nama artis Muslim Malaysia.


Peranan Isis & geopolitik



Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Strategi ini muncul di Jerman dan diguna pakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula munculnya ISIS? ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankan empayar. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur seketika. Perang ideologi antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis tamat.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin, Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact (1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949. Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland – semua telah menjadi ahli NATO. 

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud di sekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strategi politik. Geopolitik sedang mengepung Rusia.

Justeru apa pula peranan ISIS setelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur. Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat untuk kegunaan strategi geopolitik kuasa imperial Amerika.

ISIS sedang digunakan sebagai buah catur dalam strategik geopolitik untuk mempertahankan empayar. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS. Saya ulangi sekali, dalam strategi geopolitik ini Amerika sedang mengepung kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strategi jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Jika Iraq sebuah negara pengeksport belacan ,pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Arab Saudi negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' di hadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kisah-kisah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak bertamadun, kolot, penindas perempuan. Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik teramat penting.

Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan. Daripada aspek salasilah, ISIS adalah kesinambungan daripada Al-Qaeda. Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelur, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar, Pakistan. Al-Qaeda sebahagian daripada budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union di akhir 70-an. 

Dalam geopolitik dunia hari ini, empayar Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkau dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel.

Mesir – kuasa terkuat negara Arab – telah masuk ke dalam poket Amerika semenjak zaman Anwar Saddat lagi. Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka daripada kuasa empayar. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel.

 Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran, tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil. Dalam masa yang sama Syria samenjak zaman Hafiz al-Assad menjalinkan hubungan baik dengan Rusia.

Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di pelabuhan Tartus, di wilayah milik Syria. Dalam strategi geopolitik, ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk menakut-nakutkan banyak negara.

Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang atau manufacturing consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda. Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang. Suasana selepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq.

Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam, walaupun Iraq tidak ada sangkut paut dengan ledakan WTC. Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru diluluskan oleh senat/kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang tidak disedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut – bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar.

Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat di lapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenaraihitamkan dan tidak boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Akta Patriot yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi peranan Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

 Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah, bergolek bantal bersama soldadu. Ini tidak pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini media Amerika telah sekatil dengan empayar Amerika.

 Di mana peranan ISIS sekarang? Ingat atau tidak apa terjadi pada petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah dituduh merampas lima tan senjata dan dimasukkan ke dalam tiga buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara. Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan tidak diyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa lima tan senjata boleh masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini boleh dibaca sebagai dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Mahathir Muhamad. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampuh. Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai sepuluh orang Reformis ditahan bawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah dengan ISIS? Al-Maunah ini dikatakan digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunkan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden, bekas pekerja Agensi Keselamatan Nasional membocorkan bagaimana badan risikan Amerika menyimpan semua e-mel dan panggilan telefon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS. Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia.

Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia tidak pernah melaporkan tentang 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Arab Saudi. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International. Dengan menghebohkan berita “ISIS penggal kepala”, maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama, berita seperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur serta mahu melihat dunia baru lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia, dengan fahaman Wahabi dan Salafi, sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Teluk telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiayai perang di Syria. Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masih tidak faham apa itu ISIS, biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Arab Saudi – barua Amerika yang paling kental.

Tanpa duit Saudi, ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu. Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober lalu, ISIS cawangan Sinai, Mesir membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Pada Jun 2011, Saudi menghantar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrian yang menolak keputusan pilihan raya.

Kenapa Saudi tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel? Akhirnya negara-negara di Eropah – Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru antipengganas. Walhal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. Tulisan TT, Sumber MK


Tuesday, December 9, 2014

Bernama TV sangkut gaji pekerja



Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya. Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.

"Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya.

Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu. Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.

Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya. “(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya. "Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."

Runding dengan kementerian

Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya. Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini. "Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya.

Sementara itu Ibrahim juga berkata, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh kini sedang berunding dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendapatkan dana. BTV juga, kata Ibrahim, sedang berusaha menjual slot iklan untuk membayar hutang syarikat itu. Minggu lepas, hampir 20 pekerja BTV terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalah kewangan. Kebanyakan mereka kini telah pulang ke pejabat, namun masa depan mereka tidak menentu.

"Memang tak cukup. (Wang RM500) ini untuk tebus balik (duit untuk bayar bil). Sekarang kerjalah, tetapi minggu depan tidak tahulah," kata seorang pekerja yang enggan dinamakan. Seorang pekerja sambilan BTV pula mendakwa tidak menerima gaji selama empat bulan dan tidak lagi diberi arahan membuat liputan, kecuali melibatkan berita kemalangan atau bencana besar. Ini bukan kali pertama BTV didakwa gagal mengaji pekerjanya tepat pada waktu.

Pekerja stesen itu mendakwa masalah sama turut berlaku tahun lalu serta Jun hingga September tahun ini. Sementara itu, Ibrahim berpendapat, masalah yang membelenggu syarikat itu dapat diselesaikan jika pemegang saham melepaskan saham masing-masing. "Masalahnya timbul di pihak pemegang saham itu sendiri.

Kalau mereka menjual semua saham itu, Bernama boleh mengambil keputusan untuk jual saham kepada mereka yang berminat untuk melabur... (tetapi) mereka tidak buat keputusan," katanya. "Saya bercakap dengan seorang pemegang saham, (tetapi) beliau berkata ia terpulang kepada kerajaan." Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum menjelaskan bahawa kerajaan ingin menyelamatkan stesen itu dengan menukarkan medium bahasanya kepada Bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun depan.

Pada masa kini, hanya 32 peratus kandungan BTV dalam Bahasa Inggeris, dan transformasi itu dijangka selesai pada pertengahan 2015 lapor Malaysiakini

Nota : Tidak dapat banyangkan bagaimana pekerja mahu meneruskan hidup, Dengan tiada gaji yang diterima sejak berbulan-bulan, jangankan nak bayar hutang rumah dan kenderaan, mahu makan pun tidak mencukupi... ini sangat merbahaya dan boleh mengundang jenayah akibat hidup yang sempit.

Najib Tiada Respon Isu Panas apatah lagi Isu Sejuk, Isu Suam...



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak ‘memekakkan telinga’ terhadap permintaan 25 tokoh Malaysia yang menggesa Perdana Menteri untuk menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.

Reaksi pasif Najib yang ‘memekakkan telinganya’ kata Kit Siang adalah bukti kurangnya keazaman politik untuk menamatkan isu-isu ekstremisme dalam negara. “Seruan 25 tokoh Malaysia itu tidak diendahkan oleh pemerintahan yang pekak diketuai Najib.

“Bukan sahaja telah melupakan dasar 1Malaysia untuk mencipta warga mendahului kaum, agama, geografi, dan status sosio-ekonomi, bahkan Najib membiarkan dirinya terus dikawal kelompok ekstremis, suara-suara tidak moderat dan tidak bertoleransi yang diwakili golongan minoriti di negara ini,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Kaum

Semalam, sekumpulan 25 tokoh Melayu yang terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik dan profesional menggesa Najib menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama dalam negara. Surat terbuka itu ditandatangani 25 individu yang mendesak penyelesaian segera kerana isu tersebut melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan, perlindungan dan menjejaskan kestabilan negara.

Penulis surat itu Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda yang juga bekas Ketua Pengarah Penyelidikan, Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar bimbang dan kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.

Mereka turut mendesak Najib menilai semula undang-undang Jenayah Syariah dan memastikan hak rakyat untuk berbahas tentang bagaimana agama Islam diguna sebagai sumber undang-undang serta dasar awam negara.

Kumpulan 25 tokoh itu menambah, penggunaan Akta Hasutan sebagai alat menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza juga amat membimbangkan. Kenyataan mereka itu melalui surat terbuka. Justeru itu, kata Kit Siang adalah suatu perkara yang sangat malang apabila Najib tidak mampu melakukan apa-apa,

Selain gagal untuk membuktikan kualitinya sebagai Perdana Menteri. “Hanya rakyat biasa – yang majoritinya mendiamkan diri – merentasi parti politik, bangsa, agama yang mampu memastikan kejayaan agenda kesederhanaan dicapai,” kata Kit Siang.

Nota : Kes besar macam pesawat MH370 pun masih gagal diselesaikan apatah lagi kes di atas. PM sepatutnya sebagai penyelesai masalah bukan menambah masalah...

Tuesday, December 2, 2014

Ringgo Pandan si pencetus huru-hara didenda RM7000

Seorang pekerja pemasangan internet sebuah syarikat berkaitan kerajaan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di Klang hari ini selepas mengaku bersalah menyiarkan berita palsu menerusi laman sosial Facebook, Ogos lalu.

Hakim Surita Budin turut memerintahkan Muhammad Nur Hafiz Palpha, 23, dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Muhammad Nur Hafiz mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyiarkan berita palsu kononnya berlaku serangan kaum di Klang, berserta beberapa keping gambar menerusi akaun Facebook 'Ringgo Pandan'.

Menurut fakta kes, perbuatan tertuduh dikesan seorang anggota polis menerusi laman sosial itu pada pukul 8.15 pagi 1 Ogos lepas di Balai Polis Pandamaran namun semakan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian tersebut diterima pasukan keselamatan berkenaan.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat dan hasil siasatan Unit Siber Polis Diraja Malaysia mengesan lokasi pemilik akaun Facebook 'Ringgo Pandan' melalui nombor pendaftaran sebuah telefon bimbit yang didapati milik Muhammad Nur Hafiz. Dia ditahan di alamat No 7, Lorong D10, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lepas.

Analisis pakar forensik Cybersecurities Malaysia pada 26 September lalu menunjukkan telefon bimbit milik tertuduh mempunyai akses dan daftar masuk laman sosial berkenaan menggunakan nama 'Ringgo Pandan'. Muhammad Nur Hafiz didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Subseksyen 211(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 211(2) akta yang sama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar. – Bernama, 2 Disember, 2014.

Nota : Inilah dosa menyebar mahlumat palsu dalam Facebook yang boleh mencetuskan permusuhan kaum di Malaysia. Tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menyekat dan mengesan Ringgo Pandan.

Apa ertinya kemerdekaan dan keimanan (jika dia Islam) jika perangai dan peel suka mengadu domba, melaga-laga dan menaikkan kebencian sesama manusia.

يأيها الذين ءامنوا إن جاءكم فاسق بنبإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم ندمين.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa satu berita, maka selidiklah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal.” (Surah Al-Hujurat : 6)

Tulisan Ahli Perniagaan Cari Makan Ye Lin Sheng di sanggah



Penulis cuma seorang peniaga dan dia tak pernah menjalani sembarang kajian terhadap perkara objektif sensitif sebegini. Kesemua fakta-fakta yang dapat kita lihat cuma pandangan beliau sendiri. Tiada kajian ilmiah hanya imiginasi maka kajian itu dianggap sampah dan tidak pula disebut sumber mana diperolehi maklumat itu maka ia boleh dianggap sebagai retorik.

Kita semua telah melalui kemerdekaan dan tidak sepatutnya berpusing-pusing dengan benda benda yang amat rasis sekali seperti ini. Kita semua orang Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India, semuanya sama-sama membangun dan bahagia menjadi warga Malaysia.

Jika terdapat kebenarannya pun ianya terjadi atas sikap pemimpin melayu sendiri yang tamak, rasuah dan cuai yang gagal memerintah dengan bijaksana sejak merdeka hingga sekarang.

Di sini saya senaraikan tulisan terjemahan konon daripada buku The Chinese Dilemma: Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

1. Pengiktirafan orang cina: "Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

2. Keangkuhan orang cina: "Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

3. Perkauman orang cina: "Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4. Penghinaan orang cina: "Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5. Sikap negatif orang cina: "Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6. Isu Tuan Rumah: "Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina: "Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)