KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa
laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
“Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan
itu melibatkan Wikileaks.“Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat
dalam pembunuhan Altantuya.
“Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut
Wikileaks,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di
Dewan Rakyat pagi tadi.Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar
mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura
dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).
Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun
tiada jawapan.“Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang
Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks,”
katanya.“Masa berucap tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani
menjerit dari bawah.
Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun,” cabar Anwar di
Dewan Rakyat.Justeru, Anwar bercadang merujuk Liang ke jawatankuasa hak
dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahguna kekebalan berhujah
di Parlimen.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar menyatakan untuk
mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang
tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.“Kita semak tidak ada. Ini
menunjukkan bukti yang luput. Tidak ada asas sama sekali. Dia kata
Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno,”
kata Anwar. ~keadilandaily
No comments:
Post a Comment