Trafik

Sunday, May 26, 2013

Penipuan Sebenar Air Asia Tahap Kritikal

AirAsia dan Tony Fernandes
Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yang melalui destinasi domestic, CEOnya, Tony Fernandes telah Berjaya membina empayar syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi dari Asia sehingga NZ dan Eropah.

Dia telah berjaya melalukannya tanpa bantuan kerajaan tidak seperti usahawan bumiputra. Namun, kisah kejayaan AirAsia semakin dicemari dengan cerita dan khabar tentang cas, kualiti servis yang teruk, tiada fleksibiliti, cas tersembunyi, kadar tambang yang mengelirukan dan praktis anti penggunanya yang digunapakai untuk memaksimakan keuntungan sahaja.

Apabila Malaysiakini, Malaysian Insider atau mana-mana portal berita online melaporkan tentang Airasia, sentiasa ada komen-komen negatif yang akan ditinggalkan oleh pembacanya berkenaan syarikat tambang murah itu.

Ianya agak ganjil apabila syarikat kapal terbang tambang murah yang bertujuan untuk membekalkan perkhidmatan dengan kadar berpatutan menerima persepsi yang sebegini rupa daripada pengguna, dan nampaknya AirAsia juga berjaya melalukan itu.

Sejak bilakah AirAsia bertukar dari pilihan rakyat kepada alhi sihir yang rakus membolot wang? Sudah semestinya perubahan ini berlaku sudah lama dan bukannya hanya semalam. Persepsi negatif rakyat terhadap AirAsia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan telah meninggalkan kesan pada perniagaan mereka. Saman daripada pemerhati konsumer Australia ACCA juga memburukkan lagi keadaan.

Meniru amalan lapuk
AirAsia banyak menggunapakai amalan yang dilakukan oleh syarikat tambang murah yang lain seperti Virgin Airways tetapi ada yang diikutinya sudah menjadi amalan lapuk atau tidak sesuai dengan budaya pengguna tempatan.

Ia Nampak bijak untuk tidak menerima penumpang yang tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli tiket yang baru. Tapi, rakyat Malaysia mendapati ini agak keterlaluan terutamanya apabila syarikat kapal terbang yang lain begitu fleksibel. MAS akan membenarkan anda mendaftar masuk jika anda boleh tiba di dewan berlepas selagi kapal terbang belum berlepas.

 Satu lagi amalan yang kurang disenangi oleh penumpang adalah cas kad kredit, cas kaunter chek in dan cas pemilihan tempat duduk. Yang pertama dan kedua boleh dikategorikan sebagai cas tersembunyi kerana ianya bukan pilihan penumpang yang sepatutnya ditambah kepada nilai tiket. Mereka yang tidak membayar untuk tempat duduk ( kosnya RM35 untuk seorang dari KL) akan disediakan tempat duduk secara rawak dan ini bermakna sebuah keluarga berkemungkinan akan dipisahkan.

Ini amat menyusahkan kerana penumpang dikenakan bayaran untuk sesuatu yang menjadi hak mereka dari mula lagi iaitu duduk bersama. Ia umpama mengambil hak sesorang dan meminta mereka membayarnya untuk mendapatkan ia semula.

Namun, paling menjelikkan adalah apabila AirAsia mengenakan cas RM1.95 seminit untuk bercakap dengan staf perkhidmatan mereka. Ia mungkin bukan sesuatu yang dipinta oleh penumpang seperti penerbangan yang ditunda, kehilangan beg atau dicas lebih pada kad kredit mereka.

Tetapi, apabila dikenakan bayaran mengikut minit untuk bercakap adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Tambah lagi, mereka selalunya akan disuruh menunggu walaupun cas berjalan.

 Benarkah AirAsia tambang murah? 
AirAsia mengamalkan sistem kadar harga tiket yang berubah mengikut bila masa dibeli. Pembeli awal akan mendapati harga yang murah manakala pembeli saat akhir akan dikehendaki membayar lebih. Gimik mempromosi tambang murah sebenarnya telah dibayar oleh orang lain, yang pasti, bukan dari poket Tony. Yang sebenarnya AirAsia bukanlah penerbangan tambang murah dalam erti kata sebenar.

Ia boleh menjadi lebih mahal dari penerbangan biasa. Tiada yang mahu bayar untuk tiket yang mahal jadi, AirAsia menyembunyikan harga sebenar tiket supaya pengguna sukar membuat perbandingan. Cara memaksa orang lain untuk menampung kos tambang orang lain pula tidak berkesan lagi.

Pembeli semakin bijak dengan adanya hubungan sosial yang lebih erat dan tidak lagi percaya bahawa AirAsia adalah penerbangan tambang murah. Mereka akan membeli tiket apabila ianya murah dan akan menjauhkan diri apabila ianya mahal.

Masih ada yang tidak tahu membandingkan harga tetapi bergantung kepada kepercayaan bahawa pengguna adalah bodoh bukanlah model bisnes yang baik. Ini tidak ubah seperti BN yang bergantung kepada undi masyarakat melayu luar Bandar dengan memberi maklumat yang tidak tepat. Pada musim kemuncak Krismas dan Tahun Baru pada tahun lepas, AirAsia telah terbang diantara Kuala Lumpur dan Melbourne dengan kerusi-kerusi kosong apabila kesemua syarikat penerbangan lain kehabisan tiket.

Ini agak aneh memandangkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah sepatutnya ‘sold out’ terlebih dahulu. Penumpang sudah arif dengan cara AirAsia menjual tiket. Pengguna juga sepatutnya membuat perbandingan lebih daripada harga asanya sahaja.

Perkara lain seperti makanan, hiburan, alat bantuan keselesaan dan bagasi perlu diambil kira selain daripada cas-cas lain. Penumpang yang terbang dari LCCT yang merupakan lapangan terbang yang menyedihkan kerana penumpang terpaksa berjalan dengan jauh untuk menaiki kapal terbang kerana AirAsia tidak akan membayar kos penggunaan ‘aerobriges’. Ini membuatkan AirAsia tidak sesuai untuk penumpang warga emas.

Selain dari itu, AirAsia selalunya akan mendarat di lapangan terbang yang jauh dari bandar, jadi tambang ke bandar juga terpaksa disediakan. Terdapat juga kos tersembunyi. AirAsia benar-benar murah jika anda menempah tiket jauh lebih awal. Mereka menerima tempahan seawal setahun sebelum penerbangan. Ini bermakna, wang anda terikat disitu.

Apa sahaja perubahan dalam jadual perjalanan akan menyebabkan kepayahan kerana AirAsia akan mengenakan cas yang tinggi untuk tiket penerbangan yang dijadualkan semula. Ada pengguna yang akan berfikir dengan membayar lebih sedikit untuk fleksibiliti adalah lebih baik.

Penundaan dan Pembatalan
Mereka yang menaiki penerbangan AirAsia tahu betapa kerapnya AirAsia menunda dan membatalkan penerbangan. AirAsia sering menggabungkan penerbangan jika penumpangnya terlalu sedikit tanpa menghiraukan masa penumpang yang lain. Tulisan kecil pada tiket mereka memberitahu bahawamereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Hanya Negara yang mempunyai undang-undang pengguna yang lemah seperti Malaysia sahaja akan membiarkan mereka berbuat begitu. Mereka yang penerbangannya telah dibatalkan berhak dikembalikan wang, namun, ini tidak semudah itu kerana mereka harus bersabar menanti.

Menghubungi staf AirAsia sendiri merupakan satu cabaran. Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 ke 60 hari untuk pemprosesan dan apabila tempoh itu tamat, mereka dipaksa menunggu lagi selepas diberi pelbagai alasan oleh pihak AirAsia. Penantian yang lama untuk wang dikembalikan, tidak flksibel, kesukaran, kebarangkalian penerbangan ditunda dan perkhidmatan yang berkualiti rendah bermakna penumpang akan meminta harga yang lebih berpatutan dari syarikat penerbangan tambang biasa daripada AirAsia.

Ini juga bermakna, AirAsia akan terpaksa menjual tiketnya pada harga yang amat murah dibawah kos. Pengguna akan pergi kepada syarikat penerbangan yang lain, jika harga adalah sama sahaja. Satu kes yang jelas menunjukkan keadaan ini adalah pembatalan penerbangan ke London, New Delhi dan Mumbai.

Ini merupakan destinasi-destinasi yang agak popular ke Bandar-bandar yang padat dimana penerbangan tambang murah boleh mengendalikannya dengan Berjaya. Alasan AirAsia berkenaan keperluan visa, cukai tambahan tidak masuk akalkerana ini dikenakan ke atas semua syarikat penerbangan dan boleh dicaskan ke atas tambang.

Alasan sebenar seperti yang dilaporkan oleh The Star adalah AirAsia sebenarnya kerugian jutaan ringgit setiap bulan kerana destinasi-destinasi ini. Jadi, kenapa AirAsia tidak menaikkan tambang mereka?

Jawapannya ialah, jika begitu, penumpang akan beralih kepada syarikat penerbangan lain. Mereka meminta harga tambang yang berpatutan yang tidak mampu ditampung oleh AirAsia dan ia masih lagi boleh untung.

Sudah tiba masanya buat AirAsia
 AirAsia mungkin telah bermula dengan baik dimata rakyat tetapi tempoh bulan madu sudah berakhir.

Perkhidmatannya sudah semakin teruk dan ia sering mengugut penumpangnya dan menyebabkan mereka benci. AirAsia berlagak seperti ia beroperasi dimana ia memonopoli segalanya tetapi monopoli itu tidak wujud. Pengguna mempunyai pilihan lain termasuk Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah yang dipuji kerana menetapkan harga tiket dengan jujur. Air Emirates juga mengambil peluang destinasi KL ke Melbourne dengan tawaran harga yang kompetitif.

Mengharapkan destinasi KL ke Sydney akan memberi pulangan bagi AirAsia mungkin tidak akan kesampaian kerana SIA akan melancarkan penerbangan tambang murahnya sendiri iaitu Scoot juga akan melalui destinasi ini. AirAsia sememangnya belum tahu lagi akan penangan media sosial. Pada masa lalu, pengguna yang marah hanya boleh mempengaruhi keluarga atau sahabat terdekatnya.

Sekarang, mereka boleh berkongsi kemarahan mereka di forum-forum online, facebook, twitter dan mempengaruhi bukan sahaja ratusan, malah ribuan pengguna yang lain. Kisah menakutkan berkaitan AirAsia banyak tersebar online.

Ada yang mendakwa staf-staf AirAsia sukar dihubungi dan mereka selalunya terpaksa membeli tiket lagi apabila perlu menukar tarikh pelepasan. Seorang penumpang yang marah berkata, dia terpaksa menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan wangnya semula dengan pelbagai alasan yang diberi AirAsia.

Seorang lagi penumpang malang telah mendapati apabila sampai ke kaunter pendaftaran, ianya telah ditutup lebih awal dan staf disitu juga mengesahkan keadaan itu. Staf itu telah membuat beberapa panggilan telefon tetapi tidak dibenarkan untuk membuka kaunter itu semula. Akibatnya, penumpang tersebut sudah ketinggalan kapal terbang dan penerbangan yang menghubungkannya ke destinasi seterusnya. Lebih menyedihkan, AirAsia tidak mahu memulangkan wangnya.

 Ada budaya tidak baik yang cuba memeras ugut penumpang sehinggakan memaksa mereka untuk membeli tiket lagi. Ketamakan korporat ini akan menyebabkan pengguna menjauhkan diri. Adik perempuan saya terpaksa membayar RM1000 demi mengubah tarikh pelepasannya dari KL ke Melbourne. Dia memberitahu bahawa dia akan terbang menggunakan Air Emiratesmulai sekarang.

Tony Fernandez sepatutnya menagguhkan pembelian pesawat mega dan memperbaiki servis AirAsia dan tanggapan negatif masyarakat. Dia patut bangun dari mimpinya yang setiap tahun akan menjadi tahun yang paling baik buat AirAsia. Tanda-tandanya sudah ada dan AirAsia akan jatuh menjunam dan ini amat malang sekali buat jenama Malaysia yang sudah berada di persada antarabangsa. Malaysia Chronicle

Ramai Tertipu Dengan Air Asia


Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Kalau ada yang tidak kenal dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia anda memang pengguna yang bijak, betul anda memang bijak. Namun, sebagai rakyat negeri Sabah syarikat penerbangan ini sudah menjadi wajib bagi golongan-golongan sederhana seperti Benjy untuk memdapatkan perkhidmatan yang sesuai dengan harganya. Nak pilih MAS, memang berfikir 7-8 kali tetapi kalau ada package balik kampung berharga RM 50.00 macam tahun 2010 dulu, memang Benjy rembat terus. Sekarang syarikat tambang murah ini sedang mengadakan promosi RM 19.00 ke distinasi terpilih dan tarikh terakhir tempahan pada 19 Feb 2012 sebagaiman tertera iklan banner di atas.
Melihat sahaja iklan promosi AirAsia tersebut, apa lagi Benjy pun cubalah membuat tempahan ke Langkawi hujung tahun ini kerana keluarga Benjy belum pernah lagi ke sana. Ketika menyemak harga untuk tempahan seronok betul kerana harganya memang RM 19.00 sebagaimana screen shot di bawah.
Namun hasrat tersebut terhalang apabila membuat tempahan sebenar kerana AirAsia menggunakan taktik 'hidden cost' menyebabkan harga sebenarnya cukup berbeza. Sila lihat screen shot untuk tempahan sebenar di bawah.
Apa yang mengecewakan Benjy ialah tidak berlaku kejujuran dalam perniagaan mereka. Apalah salahnya meletakkan harga sebenar terus RM 73.00 mengantikan RM 19.00 sebagaimana banner mereka. Kalau tidak pun tulislah dalam banner tu RM 19.00 untuk 10 orang terawal kira OK jugalah. Benjy berpendapat iklan promosi AirAsia ini adalah satu penipuan secara 'halus' kerana mereka percaya tiada saingan dalam perkhidmatan tambang murah mereka.
Nuffnang Ads

Penipuan mereka ini menyebabkan Benjy menyampah ditambah lagi mereka selalu sahaja menunda penerbangan sesuka hati (sepatutnya boleh kena penalti ni) dan penyusunan tempat duduk yang agak sempit. Benjy berpendapat AirAsia adalah syarikat penerbangan yang penipu, tidak jujur, tidak menghargai pelanggan dan tidak menghormati sensetiviti pelanggan mereka. Demi keuntungan dan duit sanggup buat apa sahaja termasuk menipu (cool Benjy cool ... jangan emosional broo..).
Rasa kekesalan diluahkan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: AIRASIA MENIPU DEMI KEUNTUNGAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/airasia-menipu-demi-keuntungan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

Kamu SPR Tak Amanah, Jangan Marah Rakyat Bantah : Rafizi


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam berkata "tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya."

Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar sumpah dan mengkhianati amanah mereka. Menurut Rafizi, apabila mereka telah melanggar sumpah mereka, mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka, maka halallah bagi untuk lawan dan jatuhkan mereka.

"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas kamu untuk menjadi macai dan pencacai UMNO...(tetapi) menjadi tanggungjawab kamu untuk menyiasat seadil-adilnya!" kata Rafizi.

Rafizi turut mencabar pegawai SPR jika hendak mempertahankan kerajaan UMNO BN, pegawai tersebut perlu letak jawatan.

"Kalau rasa ketagih sangat nak bodek Najib, nak jadi ahli politik, kamu letak jawatan sekarang juga, jangan jadi Timbalan Pengerusi SPR," kata Rafizi yang merujukkan kata-katanya itu kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kalau rasa hebat sangat, gian sangat nak masuk pilihanraya, jangan berkempen macam sekarang pakai SPR, letak jawatan dan bertanding lawan Dr Siti Mariah di Kota Raja, tengok siapa yang lagi hebat, siapa yang lagi kuat, siapa yang lagi disokong oleh rakyat!" tambah Rafizi.

"Sebab itu, sekarang kita akan tumpukan seluruhnya untuk kita tuntut semua pesuruhjaya SPR diganti dan dibuang serta-merta dari sekarang," katanya.

Beliau juga berkata mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi.

Rafizi turut membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0

Rakyat Hakim Negara Siasat Penipuan SPR (Video)


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menyokong langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menubuhkan Tribunal Rakyat bagi menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.

“Bersih akan adakan Tribunal Rakyat. Ini medan yang sah. Ratusan ribu rakyat akan beratur bagi keterangan (penipuan pilihan raya),” kata Anwar di hadapan lebih 50,000 hadirin yang membanjiri himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, malam tadi.

Kata Anwar, walaupun Pakatan Rakyat sudah masak dengan sikap mahkamah di Malaysia, namun tetap menggunakan saluran undang-undang bagi membongkar penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

“Kita ada banyak pengalaman dengan mahkamah. Tetapi, kita tetap patuh kepada peraturan, undang-undang dan perlembagaan.

“Kita takkan menyerah. Barisan peguam akan kumpul maklumat. Apakah mahkamah nak selesaikan masalah kita? Kita lebih yakin dengan mahkamah rakyat,” katanya disambut sorakan hadirin.

Tegas Anwar, dengan segala tipu helah termasuk membawa masuk pengundi asing, monopoli media dan penipuan dakwat kekal, Umno-BN hanya mampu meraih sokongan 47 peratus pengundi.

Beliau menyeru agar pengundi yang yang tertanggal dakwat kekal membuat laporan polis membuat laporan polis dan menyerahkan salinan kepada Pakatan Rakyat untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah kelak.

“Semua orang tanpa kecuali telah ditipu (SPR). Ada profesional, peniaga, pekerja kilang, anak muda dan mahasiswa.

“Ramai yang miskin. tapi saya nak beritahu Najib dan SPR. Ya, kami miskin. Tapi kami ada maruah. Kita akan tetap lawan!, kata Anwar disambut laungan ‘Lawan Tetap Lawan’ oleh ribuan hadirin.

VIDEO RANGKUMAN KEMUNCAK HIMPUNAN SUARA RAKYAT 505 PADANG TIMUR AMCORP MALL OLEH SINAR

Tuesday, May 21, 2013

Sarawak : Gaji Naik 300% Tapi Rakyat Miskin

 

Nah ambil kau nak sangat: Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000 berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas.


Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda


KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/5/21/mstar_berita/20130521202037&sec=mstar_berita

Pendedahan Video Penipuan SPR : Rafizi


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengemukakan lapan saksi yang dinafikan hak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.

Kesemua mereka ini mendakwa nama mereka terlebih dahulu digunakan orang lain untuk mengundi.

Menurut Rafizi selain membuat laporan polis, mereka juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Lapan individu tersebut, setiap seorang merupakan pengundi bagi Parlimen Sungai Petani, Rembau, Kuala Selangor, Kemaman, Tumpat, Shah Alam dan dua di Serdang.

“Mereka yang buat laporan ini tidak diarahkan, mereka juga bukan orang parti, tetapi bertindak disebabkan marah terhadap penipuan ini,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square di sini.

Rafizi turut menolak andaian bahawa kejadian itu berlaku disebabkan masalah teknikal, disebabkan semasa cuba mengundi semakan dua, tiga orang kerani di tempat mengundi, semuanya menunjukkan nama mereka sudah dipotong, bermakna seseorang sudah mengundi menggunakan nama mereka.

“Kalau cuma seorang sahaja kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memotong namanya, mungkin kita boleh percaya ia kesilapan teknikal kerani yang seorang itu, tetapi semua kerani dah potong nama pengundi terbabit.

“Ini sekaligus membuktikan bahawa Mykad palsu dan pengundi hantu itu memang wujud,” katanya lagi.

Rafizi turut memberitahu pihak yang membuat laporan tersebut sebelum ini tidak pernah kehilangan Mykad masing-masing.

SPR tidak wajar menjadikan alasan lapan pengundi tidak menjejaskan keputusan pilihan raya kerana menurut Rafizi ia melibatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Selain pengundi yang tampil membuat laporan polis, #Siasatpru13 yang diketuai Rafizi turut menerima video dan foto dari orang ramai yang boleh dijadikan bukti penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Rafizi menambah, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan dua badan yang bertanggungjawab terhadap penipuan dan penyelewengan dalam PRU-13 lalu.

Usrah dan Tazkirah Sudah Menjadi Darah Daging TKM Pulau Pinang


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menyampaikan tazkirah... Alhamdulillah...  Syukur kepada Allah swt... Bumi Pulau Pinang menerima angin perubahan baru apabila menerima seorang Timbalan Ketua Menteri yang soleh dan berilmu... 
Selain boleh mengimamkan solat, belia juga boleh menyentuh hati-hati anak muda dan masyarakat supaya tunduk dan patuh pada Allah swt melalui tazkirahnya.

Akta Hasutan Umpama Biskut Najib, Sekejap Tak Ada, Sekejap Ada


Pemuda Pakatan: Najib mungkir janji mansuh Akta Hasutan

Pemuda Pakatan Rakyat menyelar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengumumkan untuk menghapuskan Akta Hasutan tetapi masih menggunakan peruntukan tersebut untuk menahan aktivis siswa Adam Adli.

Gabungan sayap parti dalam Pakatan itu dalam kenyataan bersama mempersoalkan tindakan tersebut ke atas Adam Adli, sedangkan individu lain yang didakwa membakar sentimen perkauman tidak dikenakan apa-apa tindakan.

"Akta sedemikian patut dihapuskan dan tidak patut disalahgunakan untuk menzalimi rakyat biasa.

“Kredibiliti Najib sekali lagi dipersoalkan kerana beliau pernah menyarankan untuk menghapuskan akta ini pada tahun 2012.

“Ini menunjukkan bahawa Najib hanya bersandiwara dan tidak mempunyai niat politik untuk menghapuskan undang-undang yang langsung tidak mematuhi semangat ketertinggian perlembagaan,” kenyataan itu dipetik.

Menurut Pemuda Pakatan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan ke atas individu seperti presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, naib presiden NGO pro-Melayu tersebut Datuk Zulkifli Noordin dan juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pemuda Pakatan mahu tindakan itu dikenakan ke atas Ibrahim ekoran kenyataan bekas MP Pasir Mas itu yang menggesa agar membakar bible berbahasa Melayu, ketika isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi tajuk utama laporan media pada awal tahun ini.

Tuntutan untuk mengenakan tindakan ke atas Zulkifli pula adalah berhubung satu kenyataan yang didakwa menghina penganut Hindu, dalam satu rakaman video.

Mohd Noor pula meraih populariti ekoran kenyataannya di satu forum pada 12 Mei lalu, yang antara lainnya mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu.

Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat- Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong serta Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataan hari ini turut menuntut agar Adam dibebaskan segera tanpa dikenakan sebarang syarat.

Malah mereka juga berkata, tindakan polis yang menangkap Adam tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakan perlembagaan.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.

Pemuda Pakatan bagaimanapun bertegas bahawa Adam Adli sekadar memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan apabila menyeru rakyat Malaysia berhimpun bagi menyatakan protes ke atas pilihan raya yang kotor.

"Seruan beliau tidak melampaui hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah unsur Perlembagaan Persekutuan," kenyataan itu dipetik. 
 
Nota : Akta ini Zalim, masa hapuskan akta ini tahun lepas Najib sekadar berpura-pura nak buat Transformasi, inilah lidah pembohong akhir zaman...

Monday, May 20, 2013

Lecehnya Buat Petisyen, seperti mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)  beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!


PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)  beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!

Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR  seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.
Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?”

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.
Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!
* Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19396-mahkamah-pilihan-raya-lawan-mahkamah-rakyat

Tangkap Dakwa SPR Kerana Menipu


Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.

Alasan kononnya petugas SPR yang tidak “menggoncangkan” botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!

Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR.


Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??

Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.

Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia 
 
Dakwat cair tak berkualiti berapa komisen (baca Rasuah) dia dapat...

Sibuk Nak Halau, Kerja Sendiri Tak Hirau


Pemimpin Pakatan pernah menggesa supaya Menteri KDN dan KPN supaya utamakan soal benteras jenayah, bukan "bermain politik"

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.


Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah


GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini, bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.

“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.

“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?” kata Lim.

Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal Lim lagi.

Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.

“Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?” kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
-TMI

Kami Tuntut Pembebasan Adam Adli


Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. -HD










Sunday, May 19, 2013

Berkat Berkawan Dengan PAS, Pereka Fesyen Ucap Syahadah


Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Sallehen bin Mukhyi (ADUN Sabak)

Beliau yang sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.

Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah.

Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah menjadi seorang muslim..

Selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami..

Tak Mustahil Selangor Bakal Menjadi Serambi Mekah 2


Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.

Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi lagi menjadikan lima belas berbanding lapan kerusi DUN sahaja pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.

Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.

Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah”.

Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.

Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.

Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.

Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.

Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.

Pelik tapi benar

Senario yang pelik tetapi benar. Ini adalah kesan daripada indoktrinasi Umno dan Biro Tata Negara yang menanam fahaman perkauman yang sempit, dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi daripada penjajah Inggeris serta fahaman sekular yang memisahkan agama dan politik.

Masihkah kau ingat? Lebih 30 tahun yang lalu, ahli-ahli PAS yang komited dengan perjuangan Islam susah hendak bergerak ke sana ke mari kerana takut dicap sebagai anggota parti yang menyeleweng dari ajaran Islam.

Masihkah kau ingat? Parti PAS pada suatu ketika dahulu hanya disertai oleh orang kampung, pak-pak lebai, ustaz dan guru agama yang berketayap dan berserban putih.

Masihkah kau ingat? Imej ahli-ahli PAS digambarkan sebagai mempunyai watak yang jumud, kolot dan kurang berpelajaran serta mempunyai pandangan yang melampau, fanatik dan sebagai pengganas.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan Usrah dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan fahaman politik Islam (siyasah syar’iyyah) sambil berdakwah.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS menganjurkan pelbagai program seperti Tamrin, Halaqah, serta kuliah dan pengajian agama untuk memantapkan kefahaman ahli-ahli lama dan untuk menarik ahli-ahli baru.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS bergerak dalam kumpulan yang lebih besar dengan menganjurkan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan di mana kehadirannya boleh dibilang dengan jari.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS merekrut ahli-ahli baru dengan cara menyebarkan borang keahlian PAS secara sembunyi-sembunyi dan kadang-kadang dimarahi oleh golongan Umno tegar.


Tetapi kini tidak lagi kerana PAS di Selangor adalah anggota gabungan Pakatan Rakyat (termasuk DAP dan PKR) yang kembali memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua.

Kini mesej dakwah Islam disampaikan kepada anggota masyarakat secara terbuka dan meluas serta markas (tempat di adakan mesyuarat parti, program kuliah dan latihan) semakin banyak ditubuhkan dan diimarahkan.

Hijrah Rasulullah

Mengimbau kembali sejarah kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu, maka kita dapati Islam mula berkembang di kota Madinah dan bukannya dikampung atau di desa.

Hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah atas perintah Allah yang diberitahu melalui malaikat Jibril adalah kerana warga Madinah menyambut baik Islam yang dibawa oleh baginda. Nama Madinah sendiri membawa makna kota atau bandaraya yang bercahaya.

Sejarah juga memperlihatkan betapa para penduduk Madinah yang digelar golongan Ansar lebih kuat keimanan mereka dan lebih dahulu menerima Islam berbanding golongan Muhajirin, mereka yang ikut berhijrah ke Madinah dari Mekah.

Oleh pancaran cahaya Ilahi, mereka menjadi sangat kasih dan sayang kepada Rasulullah saw dan menyediakan segala keperluan baginda dan para sahabat baginda yang ikut serta berhijrah.

Seruan untuk ‘Ubah’ dan hijrah adalah seruan Allah. Hijrah Rasulullah adalah perintah Allah, pergi ke kota Madinah dengan meninggalkan bangsa Arab jahiliyyah dan orang-orang musyrikin Mekah.

Dengan meninggalkan Umno-BN juga satu bentuk penghijrahan; berhijrah dari parti ‘asobiyyah’ yang sempit, di mana para pemimpinnya sudah tercemar dengan akhlak yang buruk, amalan rasuah dan kronisme serta salah guna kuasa yang bermaharajalela.

Untuk menyekat pengaruh Umno dari terus meracuni pemikiran rakyat, kerajaan negeri perlu menyediakan persiapan dengan lebih intensif seperti menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam.

Pembinaan sekolah agama rakyat perlu diperbanyakkan terutama di kawasan kubu kuat Umno, bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan swasta ditambah, gaji dan elaun guru-guru agama dinaikkan.

Kelas-kelas fardhu ain, termasuk kelas tafsir Al Quran, harfiah, bahasa Arab, tajwid, program ceramah di masjid dan surau harus dipertingkatkan di seluruh negeri supaya Selangor dapat melahirkan masyarakat madani dan celek Al Quran.

Para pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membantut dan menentang perkembangan Islam harus ditukar dan digantikan dengan penjawat-penjawat awam negeri yang beriltizam dan beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Kerajaan Selangor harus memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pengwujudan sekolah-sekolah agama ala pengajian pondok seperti di Kelantan, agar dapat melahirkan lebih ramai kader-kader Islam hingga memantapkan pentadbiran kerajaan negeri dengan roh Islam.

Memang ada program untuk menarik anak muda ke masjid tetapi aktiviti serta program seumpama ini harus dipergiat dan ditingkatkan lagi agar anak-anak muda tidak lagha dengan program hiburan yang sengaja dijaja oleh Umno-BN.

Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri dengan segera, sambil mengharapkan pertolongan daripada Allah swt dan agar segala usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya. -Zainal Abdidin Nor/FMT

DSAI bakal Di Tangkap?


Bernarkah Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Keselamatan Dalam Negeri bercita-cita untuk menangkap DS Anwar Ibrahim atau ia sekadar propagnda murahan akhbar pencacai yang begitu tertekan dengan sambutan rakyat terhadap siri perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara?

Jika benar Ahmad Zahid Hamidi bercita-cita demikian, yang akan menerima kesan negatif paling besar ialah UMNO BN sendiri kerana masing-masing sudah pun melihat bagaimana sambutan rakyat terhadap Anwar malah segala kempen dan perancangan untuk menghancurkan kareer Anwar tidak berjaya. Malah apa yang berlaku ialah di sebaliknya dimana "majoriti" rakyat menyokong Anwar. Saya menekankan perkataan "majoriti" kerana itulah hakikatnya, Pakatan Rakyat berjaya memperolehi "majoriti" undi popular semasa PRU13 yang lalu.

Hanya "persempadanan" yang dilakukan oleh SPR menyebabkan majoriti "bilangan kerusi" tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hal itu pun masih banyak menimbulkan keraguan kerana petisyen akan berlaku selepas ini yang mana sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen kini sedang diteliti oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

UMNO BN tetap tumbang kerana sepertimana GB selalu ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan cara penipuan tetap tiada keberkatan dan kemenangan secara demikian tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk bertahan lama.

Hassan Ali Kena Main Dengan UmnoBn


Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.

Umum mengetahui bahawa Hassan Ali amat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah termakan hasutan dari UMNO BN kononnya beliaulah orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor ketika beliah masih lagi di dalam PAS.

Akibat dari hasutan itu beliau telah melakukan beberapa tindakan bodoh seperti menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari barisan pimpinan PAS Selangor disamping melakukan tindakan-tindakan yang tidak menggambarkan beliau seorang yang boleh bekerja di dalam satu pasukan khususnya Pakatan Rakyat sehinggalah akhirnya beiau dipecat yang menurut kenyataan Presiden PAS, "keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS." Boleh baca di SINI tentang kisah pemecatannya.

RSB : Sokong, kempen UBn bagai nak rak, tapi tak tercalon di mana-man Dun atau Parlimen
Menyesal tinggalkan PAS kerana sekarang PAS dominan di Selangor, boleh jadi MB
Ingat Najib nak lantik jadi sanator dalam kabinet baru , tapi tak juga tersenarai...
Pepatah melayu yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
Macam cerita Pak Kadok yang pergi kenduri, harapkan juadah yang sedap, akhirnya semuanya melepas.

Thursday, May 16, 2013

Subhanallah, Bulan Purnama Paling Dekat Dengan Bumi

cantik
Subhanallah !
Fenomena Menakjubkan yang berlaku di Brazil dan Hanya berlaku setiap 350 tahun sekali iaitu Gambaran bulan paling dekat dengan bumi, sungguh cantik, berkilauan, Allahuakbar.



Lihat lagi gambar di http://bit.ly/15S0ygK

Kabinet Najib Terumbang Ambing?


BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
Perdana Menteri:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)
Timb. Perdana Menteri:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR – BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
Kewangan
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
Pelajaran & Pengajian Tinggi
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
Dalam Negeri
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)
Pertahanan:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
Pengangkutan
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
Pelancongan & Kebudayaan
(1) MENTERI : YB DATO SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
Luar Negara
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
Kerja Raya
1) MENTERI : DATUK FADHILAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)
Kesihatan
(1) MENTERI : YB DATO SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)
Belia Dan Sukan
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
Sumber Manusia
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
Perdagangan Dan Industri
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
Pertanian Dan Industri Asas Tani
(1) MENTERI : YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
Sains Teknologi Dan Innovasi
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
(1) MENTERI : YB DATO SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
Pembangunan Wanita, Keluarga
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)
Komunikasi Multimedia
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
Wilayah Persekutuan
(1) MENTERI : YB DATO SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
Nota
1. Tiada wakil MCA dalam senarai kabinet yang baharu.
2. Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan dilantik sebagai menteri penuh. Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
3. Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM. Awas raja melayu sebab Perlembagaan Hindraf ini menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan.
4. Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
5. Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Timbalan Menteri Pelajaran Mary Yap seorang massionary pun ditakuti orang Melayu Islam seperti Perkasa, Pekida, Hasan Ali, Zul Nordin, Isma dan PPIM tak akan berdiam diri.
6. Hishammuddin tukar dari KDN kepada Pertahanan, juga pegang Pengangkutan, tamak betul MP Sembrong ni.

Rakyat Tak Akan Berdamai Dengan Penipu UmnoBn/SPR

KUALA LUMPUR 15 MEI: Datuk Seri Najib Razak tidak layak melaungkan konsep ‘perdamaian’ selagi Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan isu politik perkauman, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Dalam kenyataan hari ini, Izzah menempelak Perdana Menteri kerana mewujudkan sentimen perkauman bagi menutup prestasi buruk Umno BN dalam pilihan raya lalu.
“Beliau menyuarakan untuk berdamai, sedangkan dalam masa sama, beliau cuba menutup hakikat bahawa undi rakyat semakin banyak menolak BN dengan meletakkan kesalahan kepada kaum Cina.

“Akhbar Umno, Utusan Malaysia juga mula melaga-lagakan Melayu dan Cina sama ada melalui tajuk utama mereka atau artikel dalam akhbar berkenaan.

“Hakikatnya, kerajaan BN harus jelas, rakyat tidak akan berdamai dengan penyamun yang mencuri hak demokrasi mereka,” katanya.

Najib 6 Mei lalu menyatakan, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat, selepas kenyataan “Tsunami Cina” dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU 2008.

Izzah berkata, kerajaan gagal mendapat kembali kepercayaan rakyat, dan atas sebab itu perdamaian yang dilaungkan kerajaan tidak mampu menutup jenayah korupsi dan rasis dalam kepimpinan mereka.

“Rakyat mahukan reformasi dan perubahan, laungan perdamaian yang direka bagi menarik simpati rakyat tidak lagi berkesan kerana rakyat mengundi untuk perubahan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan komited meneruskan agenda reformasi negara.

“Sesi Parlimen baru akan menyaksikan perjuangan kami menggerakkan reformasi parlimen, politik dan pilihan raya.

“Kita akan memastikan beberapa perkara penting seperti membebaskan institusi kehakiman dari kuasa Parlimen.

“Mempromosi kerajaan bersih dan baik, membebaskan media dari cengkaman penguasa, membebaskan mahasiswa dari akta yang menyekat, menghilangkan kuasa Perdana Menteri dalam Petronas dan diganti di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Menerusi reformasi pilihan raya, kita akan berjuang untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyemak taraf warganegara yang mencurigakan setiap dua tahun, dan memastikan kredibiliti pengerusi dan organisasi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” jelas Izzah.

Beliau turut menyenaraikan beberapa perincian yang akan diperjuang Ahli Parlimen Pakatan berdasarkan tuntutan rakyat.

“Rakyat mahukan rombakan SPR, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selain menjadikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sebuah suruhanjaya bebas tanpa pengaruh politik.

“Kita akan bincangkan secara serius terutama dengan parti-parti politik dan berharap kerajaan akan menyokong agenda baru itu.

“Selepas segala reformasi ini dijalankan, saya yakin rakyat berbilang kaum akan berdamai dengan sendiri,” kata Izzah. ~keadilandaily

Menteri Bertambah, Paling Ramai, Kualitinya Belum Tentu

KL: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.
Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang. (Hrkh)

Guru Bertudung Tapi Rasis Macam Zionis

Cikgu, hari ni hari guru, janganlah cemarkan dengan kata-kata yang begitu, ini negara demokrasi, ada orang suka Najib, tak kurang pula yang benci Najib, begitu juga DSAI, ramai yang sokong, tapi ramai juga yang kutuk, adatlah... kita bukan duduk dalam negara faudal... kuku besi... hanya satu parti sahaja yang memerintah...
 
Tapi cikgu tak boleh halau orang sesuka hati, itu pendirian mereka, mesti kaji sebab apa mereka tak sokong,  apa tawaran yang Bn buat berbanding dengan PR punya, kena selidik..

Perbuatan cikgu akan menyebabkan rakyat Malaysia, yang lahir dan membesar di negara ini menjadi pelarian, pasti  negara India dan Cina yang mahu terima.
 
Mereka akan kata cikgu macam Zionis, Zionis cukup suka rakyat Palestin tinggalkan tanahair, tanah tumpah darah mereka, sebeb itu hari-hari kena bom dan mereka sentiasa mengancam dan menakut-nakutkan penduduk, rumah dirobohkan supaya mereka serik, tak mahu pertahankan tanah mereka, hijrah keluar negara, jadi senanglah Regim Zionis ini rampas tanah mereka dan buat sesuka hati.

Setakat ni tak dengar pula cerita Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP, Selangor dan Kelantan yang sudah 23 tahun bawah PAS ada paksa orang Umno, Mca dan Mic keluar dari negeri mereka, walaupun terang-terang mereka melawan pemerintah yang dipilih oleh rakyat...

Selamat hari guru.



Kami Bersaudara, Melayu Cina India dalam Pakatan


Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar & blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Masa depan Malaysia hanya di tangan PAKATAN RAKYAT! Saksikanlah persaudaraan ini:






Wednesday, May 15, 2013

Rakyat Johor Bangkit Melawan Penipuan SPR/UmnoBn


Sekalipun hujan lebat.. Namun sedikit pun tidak berganjak semangat puluhan ribu pecinta-pecinta demokrasi.
Lautan manusia menyambut Blackout 505 dengan tiupan trompet mini yang laris dijual RM5 satu. Pihak Polis memberi kerjasama walaupun berlaku insiden lebih 10 buah kereta peserta himpunan terkena simbahan cecair dipercayai ASID yang melunturkan dan merosakkan cat kereta. 
Jumlah hadirin dianggarkan seramai 60 ribu dan lebih ramai dari di Ipoh dan Kuantan, walaubagaimanapun tak dapat menagatasi himpunan teramai dalam sejarah di Stadium Kelana Jaya dan himpunan di Pulau Pinang.
Jalan yang sempit ke tapak himpunan, terpaksa parkir kenderaan jauh dan  ramai peserta terpaksa merentas desa dengan berjalan kaki sejauh 8km. Keras lutut bro...

Apa yang disebutkan oleh DSAI ialah Pakatan Rakyat Sudah Menang, kita bukan kalah, statistik menunjukkan PR mendapat 51% sokongan rakyat sedangkan Bn hanya sekadar mendapat 47%, bagaimana Najib memerintah dengan mandat yang manoriti tak pernah berlaku dalam sejarah dunia.

Rakyat Johor bangkit terus dari lamunan dan prestasi PR dalam PRU13 kali ini amat memberangsangkan dimana 5 Parlimen tumbang iaitu, Gelang Patah, Kulai, Kluang, Batu Pahat dan Bakri dan 18 Kerusi Dun berjaya ditawan.