Trafik

Friday, July 26, 2013

Kempen Rasis Di Kuala Besut Punca Kekalahan

 

 

 

 

 

 

Kuala Besut: Takut Kit Siang PM, punca Melayu tolak Pakatan

Oleh Hasbullah Awang Chik July 26, 2013

Penolakan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di luar bandar adalah kerana sering diuar-uarkan apabila gabungan pembangkang itu memerintah maka Lim Kit Siang akan dilantik menjadi Perdana Menteri (PM), kata Tony Pua (gambar).

 Mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, beliau berkata, penduduk luar bandar mengetahui kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah, terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan mengutamakan kepentingan krooni, tetapi masih memilih mereka kerana sentimen Lim bakal menjadi PM sering dimainkan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu menjelaskan sentimen atau ketakutan orang Melayu akan kehilangan kuasa harus diperbetulkan dan perlu dijadikan agenda utama sekiranya PR ingin menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

 “Dapat kita lihat transformasi yang dilakukan oleh orang Cina dengan menolak BN pada PRU13 lalu dan ketakutan mereka terhadap sentimen perkauman yang pernah dimainkan suatu masa dahulu hilang. “Jika suatu masa dahulu penduduk Cina di Johor sering dimomokkan jika pembangkang menang, orang Melayu akan keluar dengan parang bunuh orang Cina.

Namun selepas PRU13 terbukti ketakutan itu tidak lagi menjadi isu,” jelas Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu ucapan di majlis berbuka puasa yang diadakan di Ibu Pejabat DAP semalam.

Beliau berkata, BN konsisten menyerang DAP dalam PR tanpa mengambil kira parti lain yang turut bergabung dalam PR seperti PAS dan PKR bagi memastikan kelangsungan pemerintahan. Pua memberi contoh dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini meskipun majoriti pengundi di sana adalah orang Melayu, namun isu yang ditimbulkan ialah DAP mahu mewujudkan sebuah negara residen dan melantik Kit Siang sebagai PM. “Isu pokok sebenarnya adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui secara terbuka beliau mengamalkan kronisme daripada segi projek kerajaan negeri.

“Begitu juga dengan pengagihan tanah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di Terengganu dengan mendapat lokasi tanah yang baik di tepi pantai secara percuma kononnya atas sumbangan Adun BN.

Orang lain tiada sumbangan ke?”katanya yang mempertikaikan pengamalan kronisme oleh kerajaan negeri Terengganu. Isu pemilikan tanah adalah bahan yang sering diketengahkan oleh PAS semasa kempen PRK Kuala Besut tempoh hari.

PAS sebelum ini membangkitkan isu tanah di Kuala Besut antaranya termasuk unit pengsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh yang mereka dakwa dirampas oleh BN daripada penduduk. Perkara itu bagaimanapun dinafikan pemimpin BN, malah menganggap PAS sudah kehabisan idea, apabila terpaksa mengitar semula idea lama bagi menarik pengundi di Kuala Besut.

Selain itu, PAS turut mempersoalkan pemberian tanah kepada empat Adun Terengganu malah turut mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut BN menarik balik tanah berkenaan. Ahmad Said bagaimanapun menegaskan tidak akan menarik balik tanah itu kerana ia bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata, wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain. Sejak mengambil alih jawatan sebagai menteri besar pada 2008, Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian di negeri berkenaan.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan calon BN Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menang dalam PRK pertama selepas pilihan raya umum 5 Mei sekaligus memunahkan harapan PAS yang mahukan DUN Terengganu tergantung dengan 16:16. – 26 Julai, 2013. The Malaysian Insider

RSB : Pakatan Rakyat khususnya PAS sebagai Parti Islam majoriti Melayu kena buat sesuatu bagi mengatasi masalah ini, jangan berpeluk tubuh salahkan DAP atas kekalahan ini. Allah SWT pasti beri jalan keluar.

Kempen rasis menakut-makutkan orang melayu ini memang dimainkan di Johor terutama kawasan Felda dan kampung majoriti melayu, ramai pimpinan PR yang hebat pun tumbang di kawasan majoriti melayu yang rata-rata itu koata kerusi PAS dan PKR.

Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum (orang melayu yang rela dapat pemimpin yang rasuah, berpoya-poya, tak suka Islam, tak tutup aurat, tolak hudud) melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment