Dato' A.Kadir Jasin Percaya Media Arus Perdana Hanya Akan Bebas Bila BN Kalah
Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti
media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan
raya.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut
mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan
hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar
maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan
media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan
Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.
"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana
media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.
"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana
mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya
lagi.
Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas
menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan
sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya
2008.
"Selepas pilihan raya, media arus perdana mengatakan kerajaan tidak
kalah walaupun Cina dan India tidak pilih mereka kerana Umno kuat.
"Mereka berkata kami tidak akan berubah dan kamu perlu mengikut jejak
kami," kata A. Kadir merujuk kepada keputusan pilihan raya baru-baru
ini.
Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008.
Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi
DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula
Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.
Isu kebebasan media khususnya arus perdana menjadi perkara yang sering
dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat (PR), malahan beberapa pemimpin PR juga
telah memenangi beberapa saman ke atas media kawalan kerajaan tersebut
atas laporan berat sebelah dan fitnah yang diterbitkan mereka.
Kes terbaru adalah pada minggu lalu apabila bekas Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap
Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.
Bagaimanapun, PR dikatakan mempunyai penguasaan lebih banyak di media
baru yang dikatakan adalah penentu kepada keputusan pilihan raya 5 Mei
lalu terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan
laman-laman berita alternatif lain.
Awal Januari lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia yang merosot ke
tangga 145 daripada 179 negara lain dalam Indeks Kebebasan Akhbar
sedunia. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment