PRK Kuala Besut : Nama Ustaz Azhar Idrus Naik Lagi..
Ada seorang pensyarah sains politik telefon saya, beria-ia minta
sampaikan kepada pemimpin PAS peri pentingnya pemilihan calon PRK Kuala
Besut, yang dikira berupaya menarik sokongan pengundi atas pagar, malah
pengundi BN sendiri sebelum ini.
Katanya, Kuala Besut boleh mengocakkan semula "ketenangan" politik
Malaysia selepas lebih dua bulan PRU13. Kalau PAS menang, bukan saja
Besut berkocak, tetapi juga Terengganu dan Malaysia secara
keseluruhannya.
"PAS perlukan sokongan baru lebih kurang 1,300 undi
dan ia tidak mustahil jika kena calon yang dipilih.
Maaf, saya rasa tokoh-tokoh dalam PAS tak mampu menarik sokongan orang
luar itu, kena cari calon yang benar-benar dapat menyebabkan orang atas
pagar atau penyokong Umno sendiri, terfikir atau terdorong untuk
mengundi PAS," katanya panjang lebar.
Beliau terus menamakan Ustaz Azhar Idrus sebagai calon yang dianggapnya
paling sesuai. "PAS harus bersikap pragmatik dan realistik dalam
pemilihan calon," ujarnya lagi, sambil menekankan hakikat bahawa Kuala
Besut adalah kubu Umno.
Saya cuma terlintas: "Bersediakah Ustaz Azhar?" ~ahmad
lutfi othman
No comments:
Post a Comment