Trafik
Sunday, August 4, 2013
Perpaduan Tak Wujud Dalam Umno Kecuali Ada Fulus
Mahu berpadu tapi Umno sendiri berpecah
Harakahdaily
Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nur Manuty.
Katanya, Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Umno, ujarnya umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai yang bakal runtuh bila-bila masa sahaja.
“Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi, percayalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat kerana asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.
Maka, katanya amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa.
Menurutnya, dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya, maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.
Hakikatnya, kata beliau lagi perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan.
Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…” (Ali-Imran: 103)
“Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya,” ujarnya.
Ia, ujarnya perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia.
Tegasnya, jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama in dan suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada.
Di samping itu, katanya wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam.
“Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan.
“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan,” katanya.
Justeru, menurutnya, masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat di mana perkara itu sedang menjadi kenyataan.
Menurutnya lagi, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.
“Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang ditelan gelombang rakyat yang menuntut keadilan,” katanya.
RSB : Teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus "Al-Fulus fiddunya, wal mampus fil Akhirah"
Labels:
akhir zaman,
berpura-pura,
bohong,
ganas,
rasis,
rasuah,
zalim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment