Berita Gembira Ni Mungkin Tak Di Siarkan Di Media Pro Umno..
GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat
insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu
terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan
mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.
Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk
bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari
depan.“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi
perkhidmatan terbaik.
Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak
menerima insentif berkenaan.
Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada
mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. ~sinar harian
No comments:
Post a Comment