Trafik

Wednesday, September 25, 2013

Solat Hajat Mohon Kesembuhan Hj Suhaimi Said


Keadaan kesihatan Tuan Haji Suhaimi Said tidak beberapa memuaskan kebelakangan ini. Beliau merupakan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal PKR. Haji kerap turun ke seluruh gugusan felda bagi membantu membela nasib peneroka yang ditipu dan ditindas oleh Felda.

Haji selalu datang ke Sembrong, patut pun, di sini ada 6 felda yang merupakan kubu kuat Ubn mempertahankan pemerintah zalim sedia ada yang semuanya majoriti melayu turut mempunyai saham membantu menaikkan harga bahanapi.

Solat hajat Mohon Kesembuhan Hj Suhaimi Said ini adah seperti berikut :
Tarikh : 29 September Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR, Taman Seri Impian Kluang.
Muslimin muslimat dijemput hadir.


Al-Fatihah Kepada Ust Azizan



Dapat maklumat lebih kurang pukul 11 pagi tadi YAB Dato' Sri Diraja Ustaz Azizan Bin Abdul Razak, Adun Sungai Limau N520 yang juga bekas Menteri Besar Kedah Telah kembali kerahmatullah, semoga rohnya diampunkan Allah SWT dan ditempatkan bersama para siddiqin, syuhada dan  mursalin. Innalillahi wa inna ilahi rojiun.

Jenazah akan disolatkan di Pokok Sena selepas Asar dan akan dikebumikan di Muasasah Darul Ulum.

RSB : Akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. N20 Sungai Limau

Lembu Besar & Sihat Untuk Qurban

Sebagaimana amalan setiap tahun di Sembrong, kami bermula sejak 2008 lagi, inshaAllah tahun ini, ada rezeki, sasaran kami akan menyembelih lembu qurban sebanyak 8 ekor. Moga diterima amal qurban ini, rahmat dan keampunkan dosa kepada semua peserta qurban dan semoga ia memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya. Ameen.

Jom Ikut Serta Program Qurban Kami

Musim qurban datang lagi, lembu besar dan sihat, akan diagih-agihkan ke setiap Ranting PKR dan Cawangan PAS sekitar Parlimen Sembrong.

Semoga amal qurban tahun ini diterima Allah SWT, ucapan terima kasih kepada semua penama (peserta) qurban, moga diluaskan rezeki dan diampunkan segala dosa. 

Daging akan diagih-agihkan kepada fakir miskin yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kos membeli lauk yang semakin mahal sekarang ini berikutan kenaikan harga bahanapi dan barang pengguna oleh pemerintah zalim.  

Tuesday, September 24, 2013

Mahkamah Pun Haram, Tiada Kuasa Mengharamkan Ikhwan Muslimin : Kami Tidak Tunduk

 
 
Ini Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Keputusan Mahkamah Membubarkannya

Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataannya, Isnin (23/9/2013), berkaitan dengan keputusan mahkamah rejim kudeta yang membubarkan orrganisasi terbesar di Mesir itu. Berikut kenyataan tersebut yang diterjemahkan dari Dakwatuna, Selasa (24/9/2013):

“Hari ini, mahkamah Kaherah yang dipimpin oleh hakim Muhammad Sayid menjatuhkan hukuman yang melarang semua aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin, jemaah Ikhwanul Muslimin, semua yayasan cabang, atau yang ada kaitan, atau didirikan dengan dana dari Ikhwan, atau mendapatkan bantuan kewangan dan bantuan lainnya, dan lembaga-lembaga yang menerima bantuan dari Ikhwan atau anggota Ikhwan.

Selain itu, mahkamah juga membuat keputusan membekukan semua aset jemaah, baik yang berbentuk bangunan, aset bergerak, dana cair, yang dimiliki atau disewakan, maupun semua aset yang dimiliki oleh orang-orang yang ada kaitan dengan gerakan Ikhwan, untuk kemudian dimanfaatkan negara sesuai dengan undang-undang Mesir sebagaimana mestinya.

Ikhwanul Muslimin menegaskan bahwa keputusan mahkamah ini bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha untuk menghancurkan pihak tertentu. Keputusan ini tidak mengejutkan, kerana tujuannya hanya untuk dijadikan untuk menutup semua kejahatan yang telah dilakukan tentera mulai dari 3 Julai lalu. Pihak tentera telah menangkap lebih dari 15 ribu orang Ikhwan, termasuk di dalamnya Mursyid ‘Am, Muhammad Badi’ dan dua orang wakilnya. Mereka juga telah membakar pejabat-pejabat Ikhwan, membunuh anggota Ikhwan, dan menuduh para peserta demonstrasi a man dengan tuduhan yang sengaja diada-adakan.

Ikhwanul Muslimin ingin mengingatkan tentera tentang para pendahulu mereka yang pernah melakukan hal yang sama. Dulu mereka mengira dapat menghilangkan Ikhwan dan anggotanya dari masyarakat Mesir.

Padahal Ikhwan adalah bahagian yang sangat penting dalam masyarakat; memberikan denyut kehidupan, membimbing, memberi dan merangkul semua lapisan masyarakat. Penerimaan masyarakat terhadap Ikhwan terbukti dengan lima kemenangannya dalam proses demokrasi. Ketika ini, demonstrasi yang terus saja terjadi di Mesir juga membuktikan bahwa masyarakat akan terus bersama Ikhwan mendukung demokrasi, menentang kudeta tentera, membela kebebasan rakyat dalam berjuang, mengembalikan kemerdekaan bangsa dan masa depan generasinya.

Keputusan yang bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha menghancurkan pihak tertentu ini, dikeluarkan oleh mahkamah yang tidak memiliki kuasa untuk mengeluarkannya. Selain itu, isi keputusannya juga melebihi tuntutan yang diajukan oleh pihak penuntut.

Sebenarnya, tuntutan hanya diajukan untuk lembaga swasta yang diatur oleh undang-undang lembaga swasta. Oleh kerana itu, keputusan seperti ini belum pernah dikeluarkan oleh rejim sekejam apapun, dan di manapun. Pengeluaran keputusan ini hanyalah rentetan baru kejahatan pemerintah kudeta.

Ikhwanul Muslimin adalah fikrah, manhaj, dan jamaah. Ikhwan telah ada, dan akan selalu ada. Ikhwan akan terus berjalan menyeru semua orang kepada Allah swt., setia dengan janji kepada-Nya, dan berbakti kepada negara dan rakyatnya. Ikhwan akan terus memegang prinsip dakwahnya yang penuh hikmah, mau’izah hasanah, dilakukan dengan cara-cara yang aman dan menghormati undang-undang yang adil.

Ikhwanul Muslimin adalah dakwah yang mengajak kepada kebenaran, kekuatan dan kebebasan. Dia melintasi semua batas geografi dan politik, untuk memelihara umat dan bangsanya agar tetap berjuang demi negara, dengan tetap memegang prinsip dan menjaga manhajnya. Tujuannya adalah agar seluruh bangsa dapat hidup mulia dan merdeka dengan cahaya Islam yang diridhai Allah swt. Kejahatan penguasa tidak akan pernah melemahkan perjuangan kami.”

Niscaya orang-orang yang zalim akan segera mengetahui akhir kezalimannya. Allahu Akbar Wa Lillahil Hamdu.

Ikhwanul Muslimin, 23 September 2013

Pak Guard Pun Ada Maruah

 



Gambar sokongan kepada Pak Guard yang dihina oleh isteri yang tidak berakhlak dan tidak menghormati orang yang lebih tua iaitu bini pemain bola sepak Mat Yo. 

Memalukan, Mat Yo macam tersalah pilih isteri... Solidariti Untuk Pak Guard!

Berapa Ramai Lagi Yang Akan Kena Belasah Mati di PLKN



Tutup semua kem PLKN, merbahaya dan mengancam nyawa pelatih. Berapa ramai lagi akan jadi mangsa.

Terkini: Seorang Mati di bunuh di Kem PLKN, Muadzam Shah?

Sanggup Buang 4,500 Pekerja Selepas Beli Jet Peribadi USD20Juta

BlackBerry executives bought a $20million private jet before troubled phone company sacked 4,500 employees {bangang}

Monday, September 23, 2013

Spesis Pelik Rupanya Ular Gundi Buruk

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya. -HM



ULASAN GB

Waspada, lintah - makhluk "penghisap darah" - sudah ada di Perak.

Jika makhluk itu dari spesies "ular" - maka ada "pembelit" di sana!

Mungkin kedu-duanya sekali. 
 
RSB : Malu, dah umur 42 tahun masih lagi tak kenal ular gundi buruk atau ular karung guni, nampak gaya kena masuk dalam silibus sekolah modul mengenal haiwan di Malaysia.

Hantar Anak PLKN Untuk Dibelasah Hingga Mati? : Bapa Sedih


Pelatih PLKN maut dipukul Jenazah Muhammad Suhaimi dituntut keluarganya di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, semalam. - Foto Mustaffa Kamal

Muadzam Shah: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.


Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

BH

RSB :Baik tutup saja, sudah ramai yang cakap, program PLKN ini banyak sangat kelemahan, sebab tujuannya bukan untuk kenegaraann tetapi untuk keuntungan memata-mata.

Aspek keselamatan tidak diambil berat. Remaja melayu ramai tertipu dengan PLKN, macam seronok padahal silap langkah boleh hilang nyawa. Remaja bangsa lain yang masuk siap dengan seni bela diri paling tidak takwondo atau tomoi.

Di tempat saya,  adakem Padang Hijau Kluang pun  terdapat kes kematian serupa.  Ada kes rogol pelatih wanita malah lepasan PLKN menjadi terlebih bersosial, maklumlah ramai kawan baru, asyik telefon, asyik FB, asyik whatups sehingga jadi malas bila disuruh melakukan sesuatu oleh ibu bapa. Bukan derhaka itu namanya.

Setakat ini pemilihan pelatih adalah rawak, tetapi tak ada nampak anak menteri tersenarai, anak pembesar negeri pun tak nampak batang hidung, yang jelas anak kita, anak felda, anak kakitangan kerajaan yang ramai, budak lepasan sekolah agama rakyat, budak tahfiz yang ramai... ramai untuk di buli dan dibelasah...





Filem Sejarah Bohong Mengalami Kerugian Total : Shabery Mesti Bertanggungjawab

Menteri tak jawab adakah Tanda Putera kisah benar

Harakahdaily 

Hazayani Zakaria, 23 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Program Penerbitan Filem Kenegaraan Dan Warisan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk pembikinan Filem Tanda Putera.

Jumlah tersebut diberikan dalam bentuk peruntukan tunai manakala RM700,000 lagi diperuntukkan dalam bentuk penggunaan produksi.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) pula memperuntukkan sebanyak RM2 juta melalui geran pembangunan kandungan (BCi2) untuk pembikinan filem yang ditayangkan bermula 29 Ogos lalu itu.

 Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tayangan filem tersebut akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem kenegaraan seperti Tanda Putera dihasilkan.

Bagaimanapun, selepas seminggu ditayangkan, filem penuh kontroversi itu gagal mencapai sasaran pecah panggung menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil. Seminggu tayangan, Tanda Putera hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan.

Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof menyifatkan perkara tersebut sebagai sangat memalukan dan menyedihkan.

Kutipan box office Tanda Putera disifatkan sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama.

 Lim dalam soalannya meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sama ada filem Tanda Putera tersebut berdasarkan kisah benar punca peristiwa berdarah 13 Mei, dan sekiranya tidak, beliau ingin tahu sebab agansi-agensi kerajaan terlibat dan duit rakyat RM4.8 juta digunakan dalam penerbitan ini.

Menteri dalam jawapannya bagaimanapun tidak menjawab sama ada Tanda Putera berdasarkan kisah benar punca peristiwa berdarah 13 Mei atau tidak.

Beliau sebaliknya hanya memberitahu bahawa Tanda Putera adalah filem kenegaraan yang mengangkat kisah persahabatan dan pengorbanan dua negarawan iatu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

 "Ia digarap dengan menarik serta mengupas dengan jelas kemelut yang terpaksa diharungi kedua tokoh negarawan ini dalam menangani cabaran peristiwa 13 Mei," kata Ahmad Shabery.

Mungkin lepas ni, dituduhnya siapa-siapa yang berwajah Cina saudara mara Chin Peng

Macai UMNO Memfitnah Lagi: Ibu Nizar Dituduhnya Sepupu Chin Peng


Ipoh – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

“Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula” katanya tersenyum.

Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut. -SH

ULASAN GB

Cukup teruk perangai pencacai UMNO nih. Tak sudah-sudah dan tak serik-serik melakukan fitnah. Lansung tak takut amaran Allah tentang balasna orang yang suka menaburkan fitnah:

Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Tidakkah mereka melihat apa yang telah menimpaterjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar?

Hukum Kebenaran dan Keadilan tetap berjalan.... sekalipun macai UMNO jahil mengenainya... 

RSB : Blogger pencacai ini keturunan  Kulaan Bugis, pun ramai yang berwajah cina apa? mungkin lepas ni dia tuduh pula TG Nik Aziz sebab berwajah cina, Sultan-sultan ramai yang berwajah cina seperti Sultan Selangor dan Pahang, dulu Sultan Iskandar pun sama..

Jangan terlalu rasis / perkauman nanti  tuduhan itu terkena muka sendiri. 

Kita asal dari Nabi Adam, yang terbaik dikalangan umatku ialah yang bertakwa... Maksud kata Nabi

Brotherhood Banned: Will Egypt slide into greater chaos after court ruling?

Saturday, September 21, 2013

Foto Perjanjian Kedamaian Antara Malaysia & Chin Peng


Hari Perjanjian Damai Di antara Kerajaan Malayisa Dengan PKM. 

Cina ni orang Malaysia asal Setiawan, Perak yang tiba-tiba menjadi glamour setelah mati.

Perjanjian damai ini menamatkan organisasi PKM yang telah berjuang selama lebih 40 tahun.

Mereka sebelum ini bergerak dalam hutan dan bermusuh dengan Penjajah Kolonial Imprialis Barat sejak 1920an lagi. 

Yang mereka tentang ialah askar dan talibarut Penjajah British lebih-lebih lagi sebelum Merdeka 1957.

Umno mainkan isu ini sebelum Pemilihan Umno sebab nak tunjuk merekalah juara melayu, membela Askar dan Polis, sedangkan Askar dan Polis kita pada masa tu ialah askar penjajah di bawah Ratu/Queen British. 

Penjajah inilah yang membunuh ulamak kita dan memenjarakan Dr Burhanudi Helmi yang merupakan pengasas PAS sehingga nazak baru dibebaskan. Tok Janggut digantung British sehingga syahid

Penjajah ini juga bertindak mengharamkan Parti-Melayu Islam seperti Hisbul Muslimin dan Front Berhaluan Kiri termasuk Partai Buruh, PKMM kecuali Umno dengan menangkap dan memenjarakan pemimpinnya sehingga mereka terpaksa lari masuk hutan untuk meyelamatkan diri seperti pemimpin melayu dalam PKM.Mengapa Masuk Hutan

Di dalam foto kelihatan Tan Sri Rahim Nor (kanan), Mendiang Chin Peng (tengah) & Almarhum Abdullah CD (kiri).

Jangan Hanya Setakat Tukar Baju Loreng

Foto 

PERAJURIT wanita memperagakan corak baru loreng digital. FOTO Bernama
Perubahan seragam celoreng askar kita jangan hanya setakat pakaiannya sahaja, tapi dari segi kebajikan dan kemudahan pesenjataan masih seperti  zaman  Perang Dunia Ke 2.

Masa kononnya krisis Lahad Datu yang peliknya berlaku sebelum PRU13 yang lalu, nampak sangat tiada kapal pengangkut askar ke sana. Askar kita naik Air Asia, tak militan betul. Mana pergi kapal pengangkut kita...

As-Sultan Johor pun pernah tegur peralatan pasukan elit komando di kem Iskandar Mersing pun dalam keadaan usang. Tengku Yem Tibai Zahid

Saya duduk dan membesar di Kluang,  ada dua kem besar di sini,  kasihan melihat keadaan kuaters yang sudah uzur.




Kalau tanya skot vateren, baju loreng dulu macam corak berus lebih cantik dan unik, makin lama guna makin selesa, macam seluar jeans, makin lusuh semakin cool. Seragam ditelan zaman

Sekarang nak tukar corak digital pula, tak apa, tiada masalah, yang jadi masalahnya, tentu banyak RM komisyen masuk kepada syarikat pembekal bila semua tukar seragam baru, belum lagi cat jentera dan peralatan lain. Yang pangkat prebet dapat apa, naik motosikal sampai pencen...

Seragam Celoreng Digital ATM

KUALA LUMPUR: Pakaian seragam terbaru 'loreng digital' bagi menggantikan celoreng lama pada uniform sekarang akan diperkenalkan kepada semua unit tentera secara berperingkat, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata pasukan pertama yang akan dibekalkan seragam bersifat digital itu ialah unit-unit kombat tentera darat, diikuti unit-unit sokongan lain.

Beliau berkata pertukaran itu akan mengambil masa beberapa tahun kerana stok pakaian lama tentera darat masih banyak.

"Mungkin tidak lama lagi, loreng digital ini akan turut dipakai oleh unit-unit yang sesuai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


"Buat masa sekarang hanya elemen dalam tentera darat yang memakainya," katanya kepada pemberita selepas perarakan sempena ulang tahun ATM ke-80 di Dataran Merdeka hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut hadir menyaksikan perarakan bertemakan 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara'.

Zulkifeli berkata kenderaan tempur dan utiliti tentera darat akan mula dicat dengan corak digital sebaik warna cat pada kenderaan itu luntur akibat faktor cuaca dan pengunaan lasak.

Cat-cat digital pada kenderaan tentera diguna pakai buat pertama kali ke atas kenderaan peninjau tentera, Ferret Scout Car dan dipamerkan hari ini di Dataran Merdeka.

Sementara itu Hishammuddin melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ATM dan berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik untuk veteran tentera.

Beliau mahu melihat agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang dilaungkan perdana menteri turut melibatkan golongan veteran itu. - Bernama

Friday, September 20, 2013

Musim Haji Sudah Bermula, Semoga Dapat Haji Mabrur

Kepada bakal haji dan hajjah dari Malaysia, RSB mengucapkan selamat menunaikan haji dan umrah, moga sihat tubuh badan, selamat pergi dan selamat balik berjumpa semula sanak saudara dan rakan seperjuangan, semoga beroleh haji yang mabrur dan terus menyokong perjuangan menentang kezaliman dan menegak kebenaran.

Sumber Twitter, YaAllah , jadikanlah mereka yang RT gambar ini dapat menjejakkan kaki ke tempat yang mulia dan diberkati ini . Amin ~

Foto Lama Pejuang Sebenar


Al-Fatihah, kredit kepada Saf kepimpinan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) pada tahun 1946.

Pusat Reformasi Dilancarkan


Majlis Pelancaran Centre For Reform "Democracy & Social Initiatives" bersama DS & DS Dr. Edmund Santara dan Nurul Izzah 

Pasal Abu : Menteri Ni Berkiblat AS

Pasal abu pun kecoh, faktanya cina ni tak pernah menjajah Tanah Melayu, cina ni tak pernah curi balak,

cina ni tak rampas saham bumiputera,

cina ni tak naikkan harga minyak petrol dan diesel...

malah cina ni lah yang menentang penjajah Jepun dalam Perang dunia Ke 2,

orang tua kata Jepun tu ganas... cakap menteri ni macam budak tak sekolah...

Dulu Hentam PAS, Sekarang Pitam Jika PAS Tak Bersama

Di tempat saya, seorang tegar Ubn kata "Apalah, Pas dah tak macam dulu, dulu aku sokong, dulu aku respek, sekarang dah berkawan dengan Dap, kapir, harbi lagi..."

Lalu dijawab oleh Si Mamat berkopiah," Eleh, dulu kau kata Pas bagus pun bukannya kau nak sokong, kau tibai adalah..."

Fakta : Tempat yang Pas bertanding dalam PRU, pasti Umno yang akan lawan, baik PR Kecil mahupun PR Umum,  patut umno lawan lah dengan Dap kalau benci sangat... pastu jangan guna lambang Bn guna lambang keris... baru betul perkasa lagi jantan.

Thursday, September 19, 2013

Kereta Buatan Malaysia Tak Selamat?

Dalam entri sebelumnya mengenai Proton Saga FLX SV, saya ada menyebut mengenai reputasi salah satu pesaingnya iaitu Perodua Viva yang semakin tercalar berikutan beberapa kes kemalangan maut melibatkan kereta tersebut, berikutan struktur kerangkanya yang begitu lemah.

Kemalangan melibatkan Perodua Viva di Lebuhraya Persekutuan FT2 yang mengorbankan tiga pelajar universiti, yang mana kerangka Perodua Viva ini seakan terkoyak seperti kertas. (foto atas)

Ia terbukti semasa kemalangan maut di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) FT28 dekat Bukit Antarabangsa serta yang terbaru di Lebuhraya Persekutuan FT2 dekat Shah Alam; kedua-duanya melibatkan Perodua Viva yang mana kerangka kedua-dua kereta tersebut terkoyak seperti kertas, menyebabkan hampir kesemua pemandu dan penumpang (kesemua bagi kes MRR2 FT28) terbunuh.

Berikutan kes-kes kemalangan maut melibatkan Perodua Viva, saya berasa amat kesal kerana tahap keselamatan kereta tersebut yang sebegitu teruk sehinggakan kerangka boleh terkoyak semasa kemalangan, sungguhpun harganya lebih kurang sama atau lebih mahal daripada Proton Saga FLX yang mendapat 3 bintang dalam Asean NCAP.

Mungkin ada di antara anda (terutamanya pemilik kereta Perodua Viva) akan berasa marah apabila membaca entri ini, tetapi niat saya di sini bukanlah untuk menjadi jurujual Proton ataupun menghina kereta buatan tempatan.

Saya menulis entri ini kerana saya berasa amat kesal apabila sebuah pengeluar kereta yang sepatutnya mengeluarkan kereta mampu milik yang jimat minyak dan selamat untuk rakyat sebaliknya mengeluarkan "kereta tin Milo" yang tidak selamat tetapi lebih mahal daripada "kereta rakyat" sebenar yang masih dicemuh oleh sebilangan orang kita meskipun ia lebih selamat dan lebih murah.

Saya percaya, ramai pemilik Perodua Viva yang akan marah-marah dan mengatakan bahawa kesemua kereta lain hatta Mercedes-Benz dan BMW pun kereta tin Milo juga.

Kepada golongan tersebut, cuba bertenang dan baca dahulu entri ini lebih lanjut untuk penerangan mengenai zon remukan (crumple zone), yang menjadi asas binaan kerangka kereta-kereta sekarang. Pada zaman dahulu, persepsi masyarakat mengenai kereta ialah kereta yang lebih keras dan lebih kebal itulah yang dikatakan sebagai "selamat".

Namun, tanggapan tersebut disanggah oleh Béla Barényi, seorang jurutera Mercedes-Benz yang digelar "Bapa Keselamatan Pasif" dalam bidang automotif, yang sebaliknya mengatakan bahawa kereta yang keras dan kebal itulah yang sebenarnya lebih berupaya membunuh pemandu serta penumpang terutamanya pada kelajuan tinggi, yang boleh ditunjukkan melalui persamaan E = ½ mv².

Misalnya, kereta seberat 2,000 kg yang berlanggar pada kelajuan 60 km/j menghasilkan impak pelanggaran yang sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 14.2 m, tetapi apabila kereta yang sama berlanggar pada kelajuan 90 km/j, impak pelanggaran adalah sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 32 m, meningkat secara drastik sehingga 125%.

Maka, beliau berpendapat bahawa untuk melindungi pemandu dan penumpang, impak pelanggaran mestilah diserap oleh badan kenderaan melalui bahagian yang mudah remuk secara terkawal.

Maka, beliau berpendapat bahawa sebuah kereta yang selamat terdiri daripada ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama mempunyai ruang but dan bonet yang mudah remuk secara terkawal. Sebab itulah jika diikutkan kereta-kereta sekarang kesemuanya "kereta tin Milo" - bezanya cuma bezanya cumalah kereta mana yang "lebih rasa tin Milo"!

Namun, cabaran yang dialami oleh mana-mana pengeluar kereta ialah menghasilkan kereta yang mempunyai ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama pula mempunyai ruang bonet dan but yang cukup lembut, dengan menggunakan besi keluli yang sama jenis, untuk menangani impak pelanggaran pada kelajuan tinggi tanpa mencederakan atau membunuh pemandu dan penumpang.

Maka, dua kriteria diperlukan untuk membolehkan keadaan tersebut dicapai - pemilihan jenis keluli serta rawatan haba yang dikenakan untuk memperkuatkan komponen-komponen tertentu pada kerangka.



Gambar rajah fasa keluli (besi-karbon) Besi merupakan anugerah Allah yang amat berharga dalam peradaban manusia. Besi yang diekstrak dan dileburkan untuk dijadikan jongkong mempunyai kandungan karbon yang tinggi (besi tuang) bersifat rapuh dan kurang sesuai dijadikan kerangka kenderaan;
oleh itu, kandungan karbon mestilah dikeluarkan dan dikawal sehingga mencapai peratusan tertentu dan seterusnya disejukkan atau dilindap kejut (quench) untuk menghasilkan keluli pada kekuatan yang dikehendaki. Namun, keluli biasa masih mempunyai limitasi dan had sebagaimana yang berikut:-

1. Kekuatan tegangan yang maksima ialah 700 N/mm2

2. Komponen-komponen yang besar sukar untuk dikeraskan dengan berkesan dengan itu terhad untuk bahagian-bahagian yang kecil.

3. Melindap-kejut (quench) dengan air menghasilkan kekerasan yang sepenuhnya tetapi terdedah kepada herotan dan retakan.

4. Jika dilembutkan dengan cepat pada suhu 300°C, kegunaannya terhad untuk memotong logam dengan kelajuan yang tinggi.

5. Mempunyai daya rintangan yang rendah kepada kakisan dan pengoksidaan pada suhu yang tinggi.

Berikutan limitasi pada keluli karbon biasa, keluli yang selalunya digunakan dalam pengeluaran kereta ialah dari jenis keluli aloi rendah berkekuatan tinggi (high-strength low alloy steel) atau keluli HSLA. Keluli jenis ini turut dicampur dengan bahan-bahan pengaloian lain seperti mangan, fosforus, sulfur dan silikon bagi menghasilkan keluli yang bukan sahaja cukup kuat untuk dijadikan kerangka kereta, malah ia juga tahan kakisan.

Selain pemilihan jenis keluli, rawatan haba juga diperlukan agar setiap komponen kerangka yang terlihat mempunyai tahap kekuatan yang bersesuaian selaras dengan fungsi mereka.

Teknik rawatan haba ini melibatkan pemanasan atau penyejukan logam seraca pantas atau perlahan bagi menambahkan kekuatannya, dan ia boleh melibatkan kerja lain seperti tempaan dan tekanan. Teknik sebegini juga diamalkan oleh mana-mana tukang besi di dunia untuk memperkuatkan peralatan besi buatan mereka.

Semasa membangunkan kerangka bagi Proton Preve, Proton menggunakan teknik tekanan panas sebagai rawatan haba bagi 12 komponen kritikal kerangka supaya kekuatan komponen-komponen tersebut ditingkatkan sehingga mencapai tahap ketegaran kilasan 19,000 N-m/darjah tetapi dalam masa yang sama menggunakan keluli HSLA ringan.




Hasilnya, Proton Preve adalah kereta Proton yang paling selamat serta kereta keluaran Proton yang pertama berupaya memperolehi 5 bintang penuh dalam ANCAP. Ia merupakan peningkatan mendadak daripada hanya 1 bintang (seperti pada Proton Arena dan Proton Wira) kepada 3 bintang (seperti pada Proton Waja dan Proton Saga FLX), 4 bintang (Proton Exora) dan akhir sekali 5 bintang (Proton Preve).

Peningkatan sebeginilah yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pengeluar kereta - daripada sebuah "kereta tin Milo" yang mudah kemek kepada sebuah kereta yang walaupun masih boleh kemek apabila dilanggar tetapi kabinnya cukup kebal untuk melindungi pemandu dan penumpang.

Babak dalam Top Gear mengenai Perodua Kelisa yang mencetuskan kontroversi di dalam Parlimen 

Apa yang saya kesalkan tentang Perodua ialah ketiadaan inisiatif untuk meningkatkan tahap keselamatan kereta-kereta buatannya.

Setakat tahun ini (2013), kereta Perodua yang paling selamat hanyalah Perodua Myvi yang memperoleh 3 bintang dalam Asean NCAP (sebenarnya Perodua Kembara lebih keras dan lebih selamat, tetapi model tersebut merupakan model SUV yang sudah lama dihentikan pengeluarannya).

Anda tentunya masih ingat akan rancangan Top Gear di mana salah seorang daripada pengacaranya, Jeremy Clarkson, telah membeli sebuah Perodua Kelisa dan memusnahkannya pada hari yang sama - mengetuk bumbung dan bonet hadapan dengan tukul besi, menekan bumbung tersebut dengan tangan, dan seterusnya menggantung kereta tersebut menggunakan kren serta mengikat beban 1 tan pada kerangka hadapan Kelisa, menyebabkan bampar serta segala isi bonet kereta tersebut terburai, dan akhir sekali meletupkan Kelisa tersebut menggunakan dinamit.

Babak tersebut kemudian dikecam oleh Parlimen Malaysia dengan dakwaan bahawa tiada satu pun komplen diterima daripada mana-mana pengguna Kelisa di United Kingdom. Namun, dari sudut kejuruteraan pula, jika kereta tersebut tidak mampu untuk menampung satu tan beban yang dikenakan pada mana-mana bahagian kerangka, maka sudah tentulah kereta tersebut terlalu berbahaya kerana jika berlaku kemalangan pada kelajuan tinggi, ada kemungkinan kerangka akan terkoyak kerana tidak mampu menampung daya yang terhasil akibat pelanggaran.

Apa tidaknya, jika sebuah Perodua Kelisa dipenuhi 5 orang dewasa dengan berat purata 65 kg, membawa muatan di dalam but seberat 30 kg dan diisi setangki penuh minyak, maka berat beban tambahan yang perlu dipikul oleh sebuah kereta yang beratnya tidak sampai 700 kg itu sudah melebihi 400 kg.

Jadi, Perodua sepatutnya mengambil iktibar dengan berusaha menambahkan kekuatan kerangka kereta-kereta buatan mereka - kalau tak boleh guna jenis keluli yang lebih berat, gunakanlah rawatan haba! Jika kerangka kereta itu sendiri sudah tidak kuat, maka 8 biji beg udara pun tidak berupaya melindungi pemandu dan penumpang daripada impak pelanggaran yang kuat.

Untuk pengetahuan anda, komponen terpenting bagi melindungi pemandu dan penumpang semasa kemalangan ialah kerangka kereta itu sendiri, kerana ia membentuk perlindungan keselamatan aktif. Tali pinggang keledar, alas kepala, lajur stereng mudah pecah serta beg udara pula membentuk perlindungan keselamatan pasif.

Maka, jika sesebuah kereta itu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan tetapi dalam masa yang sama pula badan kereta terlalu lemah dan mudah remuk seperti tin Milo, maka sia-sialah perlindungan pasif yang diberikan. Kesimpulannya, semua pemain industri automotif di Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dalam menghasilkan kereta yang selamat tetapi mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Memang benar, kita ada ramai pemandu ***** yang suka melanggar peraturan jalan raya, tetapi dalam masa yang sama kita memerlukan kenderaan yang cukup kuat untuk melindungi kita dan orang yang tersayang. Maka, kita berhak untuk memiliki kenderaan yang mampu memberi perlindungan secukupnya daripada "kejahatan" pemandu-pemandu ***** tersebut kerana melindungi diri dan orang tersayang juga sebenarnya satu bentuk jihad.

Akhir kata, kereta buatan tempatan yang cukup kuat dan selamat juga secara tidak langsung berupaya menghentikan segala bentuk kecaman terhadap kereta buatan tempatan oleh orang-orang kita sendiri.

Sumber: http://myinfohubs.blogspot.com/

Disedut dari CLN

Ku Nan Tuduh Ambiga Bawa Bangla?

Dakwaan Ku Nan melampau, kata Ambiga

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menafikan dakwaan setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa gabungan NGO itu bertanggungjawab membawa masuk warga Bangladesh untuk mengundi di Putrajaya.

NONEAmbiga yang ditemui pemberita di tribunal rakyat mengenai pilihan raya umum ke-13 berkata beliau terkejut dengan dakwaan yang “sangat melampau” oleh menteri wilayah persekutuan itu.

“Jika ia benar, maka kita mahu dia datang dan berkata demikian di depat tribunal ini. Kita tidak takut dengan komen seperti itu,” katanya.

Terdahulu, Tengku Adnan juga berkata beliau tidak akan menghadiri tribunal pilihan raya ke-13 yang dijalankan oleh BERSIH kerana badan itu sendiri sehingga kini masih tidak 'bersih'.

Dakwanya, beliau sendiri mengetahui bahawa BERSIH ada menghantar pendatang asing yang menyamar sebagai warganegara untuk mengundi di kawasan parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum yang lepas.
Kredit kepada  MK

RSB : Teori Ku Nan ... sebelum orang tuduh aku bawa pendatang asing,  baik aku tuduh dia dulu, ini kes pelik siapa yang menang di Putrajaya? Bangla...