Trafik

Showing posts with label Kahang. Show all posts
Showing posts with label Kahang. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Malang tidak berbau, kami simpati nasib mangsa kebakaran



Malang memang tidak berbau, jika ia berbau, kita boleh elakkannya dari berlaku, namun kita tidak boleh menyalahkan tuhan.

Mengikut pengalaman penulis, kebiasaannya rumah kayu paten lama kerap berlaku litar pintas akibat dari beberapa tempat pada salutan wayar elektrik yang lama telah mengeras dan terkopek lalu bercantum dengan wayar lain dan menghasilkan percikan api yang membakar.

Keadilan Sembrong amat simpati dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa baru-baru ini, mujur ia tidak melibatkan kemalangan nyawa. Ketua Cabang Keadilan Sembrong Sdr Yusof Ahmad bersama wakil NGO Jingga 13 Johor, Sdr Jaafar Matek telah menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan pakaian pada mangsa kebakaran di Kg Sri Lukut, Bt 28 Jalan Mersing, Kahang. Kluang, Johor dalam Dun Kahang Parlimen Sembrong.

Mohon pihak berwajib membantu menyediakan tempat berteduh yang baharu kepada keluarga seramai 7 orang ini yang tinggal sehelai sepinggang. Anak-anak yang masih bersekolah dalam keadaan trauma memerlukan pembelaan dan keperihatinan kita.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan sedikit beban Sdr Khirmi bin Mohamad sekeluarga. Alhamdulillah, Sumbangan diperolehi dari kalangan AJK dan rakan-rakan yang perihatin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat seperti Keadilan Sembrong, Dap Cawangan Kahang, NGO Jingga13 Johor, komrad dan aktivis serta wartawan yang membuat liputan.  #demirakyatjohor - HB/RLB













Monday, October 5, 2015

Menyantuni ahli selepas PRU dan Pemilihan Parti

Alhamdulillah, kami datang menyantuni aktivis kami di Ranting Felda Kahang Timur dengan keahlian dari kalangan anak muda yang terpaksa keluar tanah rancangan untuk mencari rezeki.

Setelah PRU13 berlalu menyaksikan Keadilan belum menang lagi di Felda walaupun undi peneroka di sini antara yang tertinggi di Felda negeri Johor iaitu 20%. tahniah. Semasa ada pemilihan parti, ramai pimpinan pusat yang bertanding apabila dijemput, mereka pasti akan hadir samada untuk memperkenalkan diri ataupun berkempen.

Kita maklum, selepas itu, hanya Dun atau Parlimen yang berpotensi menang sahaja yang akan mendapat perhatian lebih dan memperoleh sumbangan untuk membiayai program dari YB-YB kita.

Kami di Cabang memang ada banyak program yang mahu dilaksanakan tetapi faktor kewangan kadang-kala merencatkan rencana kami apatah lagi ramai aktivis parti ada yang hilang pekerjaan, tukar kerjaya lain, projek dan tender kontrak ditarik balik dan ada yang terduduk kerana jatuh muflis.

Apapun halnya, Alhamdulillah, semangat kami tetap dengan slogan #lawantetaplawan


Bagi Ranting Felda Kahang Barat pula ramai ahli Keadilan dan rakan Pakatan Rakyat yang hilang fokus dan terbawa-bawa dengan krisis Pas-Amanah.

Ramai orang Pas di sini seolah-olah putus hubungan dengan Keadilan, tidak seperti sebelum ini, lebih parah lagi bagi ahli Pas yang memilih Amanah sebagai wadah baru, dulu kami mesra boleh minum teh tarik bersama sekarang tarik muka.

Ada pula pihak yang mengapi-apikan dalam aplikasi wasap bimbang pasti berlaku pertandingan 3 penjuru Pru akan datang, lalu minta GHB atau Amanah jangan cuba ditubuhkan dan ahli serta aktiviti mereka mesti diboikot.

Kami rasa tidak ada taklimat khusus tentang perkembangan terkini bagi masalah rakan parti kita ini. Tindakan cepat dan pantas Kak Wan sebagai Presiden mengiktiraf Amanah rasanya sudah cukup untuk menyelesaikan isu ini.

Janganlah kita kembali kepada kes klasik Mujahidin Afghanistan yang mampu melawan musuh dan menghalau penjajah Soviet Rusia tetapi apabila Allah SWT beri kemenangan, mereka bergaduh dan berbunuh sesama sendiri.

Hizbi Islami pimpinan Gulbudin Hekmatyar lawan Burhanudin Rabbani dari Jamiat Islami menentang pula Puak Panglima Ahmad Shah Masood yang juga bercakaran dengan  Kabilah Abdul Rashid Dostum dan lain-lain kabilah yang tega menghalakan muncung rifal AK47 Kalasnikov mereka kepada rakan sesama muslim mujahidin akibat merasa jemaah mereka atau fikrah mereka sahaja yang betul. Wallahuaalam. HB

Tuesday, September 29, 2015

Sarapan pagi dan minum petang santai bermanfaat

 Warung Nasi Lemak Utara Taman Makmur kerap menjadi lokasi sarapan. Ambil kesempatan edar Suara Keadilan.
Bagi mereka yang terlibat dalam politik, bukan setakat ceramah dan kempen pilihanraya sahaja tetapi ia termasuk juga sesi minum teh atau kopi dan makan-makan. Banyak perkara boleh selesai bila kita berbincang dalam suasana tenang dan santai. Sebenarnya sesi minum-minum ini nampak macam tidak teratur tapi hakikatnya ia memang dirancang dan kesaanya akan memberi impak kepada program parti yang akan dilaksanakan kemudian.
Restoren ANZ T6 dimiliki Pak Ngah lazimnya tempat port kami.

Monday, August 24, 2015

Ceramah Pakatan Rakyat Baharu bermula di Kahang

Ceramah Pakatan Rakyat Baharu 2.0 di Pekan Kahang Jalan Mersing Kluang. Terima kasih kepada penceramah yang hadir iaitu Lawyer Hassan Karim Pengerusi MPN Keadilan Johor , YB Dr. Boo Cheng Hau DAP, YB Jimmy Puah Keadilan dan Hj Said Jonit GHB. Kawasan ini ramai penduduk Tionghua, penduduk rata-rata mempunyai kebun sawit yang luas dan hasil yang agak lumayan, ada sebuah Public Bank, sebuah stesen Shell dan pekan ini nampak maju. Mereka memberikan sokongan penuh kepada gandingan PR baharu ini. Alat pendengaran kepada mereka yang memerlukan juga disampaikan sebelum ceramah. #demirakyatjohor #keadilanrakyat #keadilansembrong
































Penduduk Kahang tidak puas hati air tercemar



Lawatan pada 23 Ogos 2015 Ahad ke lokasi punca air tercemar teruk yang mengalir ke loji air untuk penduduk Kahang Jalan Mersing Kluang. Keadaan berminyak, lendir pekat, cokelat hitam, kolam hijau, air kotor dan berbau. Penduduk Kahang merasa hampa dan minta pihak berkenaan siasat dan bertindak menyelesaikan masalah ini.  Tinjauan kami juga tidak menemui hidupan akuatik yang biasa berada di kawasan air seperti ikan, berudu dan lain-lain. Apakan ia sudah pupus?  ‪#‎demirakyatjohor‬‪ #‎keadilansembrong‬ ‪#‎keadilanrakyat‬

















Tuesday, August 18, 2015

Ceramah Umum Keadilan+DAP+HB 23 Ogos 2015 Pekan Kahang



Jemput ke Ceramah PR Baharu pada :

23 Ogos 2015 Ahad
8.00 malam
Pejabat DAP Kahang, Kampung Selatan, Kahang Batu 22 

Tetamu : 

Ybhg Lawyer Hasan Karim Pengerusi Keadilan Johor
YB Jimmy Pua Adun Bukit Batu Keadilan
YB Dr Boo Cheng Hau Adun Skudai DAP
Ybhg Hj Said Jonit HB

Majlis penyerahan alat pendengaran kepada warga emas di Sembrong

Ralat : Tarikh tahun 2015 bukan 2014. Maaf 

Mesyuarat Cabang Sembrong Dengan Latar Belakang Baru

Kluang : Mesyuarat kali ini dengan latarbelakang (backdrop) baru #demirakyatjohor . Turut hadir Ayahanda Pak Karim pakar Sistem Siaraya (PA) yang akan kami sewa dari beliau untuk ceramah 23 Ogos 2015 ini. Untuk makluman, Pak Karim tidak masuk Keadilan kerana ayahanda ini nampak gayanya lebih cenderung dan berminat dengan HB. Ucapan Selamat Maju Jaya daripada kami. Foto Bilik Gerakan Utama, PKR Cabang Sembrong, Johor.








Foto Mengalu-alukan Kembara Mahkota Johor 2015

Keadilan mengalu-alukan sempena keberangkatan As Sultan dalam Kembara Mahkota Johor ke daerah Kluang. Lokasi strategik di Paloh, Batu 4 Jalan Mersing dan Pekan Kahang. Terima kasih kepada aktivis parti Sdr Jaafar, En Aru Kanda dan En Liaw.  ‪#‎demirakyatjohor‬