Kluang : Telah menyampaikan sumbangan hasil dari derma di program makan malam Keadilan Sembrong
kepada Adik Olivia Nur Maisara Binti Naqiu Fitri berumur 1 tahun 5 bulan yang mengalami sakit tumbesaran kepala yang luar biasa di alamat No -9 Jln Kiaramas 13, Tmn Kiaramas 86000, Kluang. #KeadilanPerihatian
Trafik
Showing posts with label pilu. Show all posts
Showing posts with label pilu. Show all posts
Wednesday, April 1, 2015
Tuesday, March 17, 2015
Kemalangan Maut Terlanggar Lori Sampah
Kami ucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga rohnya diampunkan dan dicucuri Rahmat...
TAMAN SRI LAMBAK (T6) Kluang : Warga T6 dikejutkan dengan kemalangan ngeri sehingga membawa maut di simpang masuk T6 di mana seorang penunggang motosikal bernama Pakcik Ibrahim yang telah terlibat dalam kemalangan kerana melanggar belakang sebuah lori sampah yang berhenti rosak di tepi jalan tanpa tanda isyarat mengakibatkan beliau maut.
Berita yang mengejutkan juga kepada pemilik Gerai Makanan Botak di T6 juga telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi akibat terjatuh di dalam bilik dipercayai akibat serangan jantung. Moga kedua-dua roh jenazah ini diampunkan Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Ameen
Friday, August 1, 2014
Himpunan Selamatkan kanak-kanak GAZA
Kuala Lumpur: Viva Palestina Msia (VPM) bersama Aqsa Syarif berhasrat menghimpunkan lebih 10,000 orang pada himpunan soladiriti Palestin esok di Dataran Merdeka bermula jam 3 hingga 5 petang.
Usaha itu bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang tidak berdosa sejak bulan lalu.
Dalam kenyataan semalam, VPM berkata, himpunan aman bertemakan ‘Selamatkan kanak-kanak Gaza’ itu adalah platform bagi menyatakan kemarahan terhadap pihak Zionis iaitu tentera Israel yang sehingga kini menyerang rakyat Palestin.
Himpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza
2 Ogos 2014 Sabtu
3.00 - 5.00 petang
Dataran Merdeka
Permit PDRM Diperolehi
Ayuh bersatu demi Palestin
Labels:
akhir zaman,
Barang Naik,
ganas,
maruah,
Pahala,
pilu,
tazkirah,
tentera,
zalim
Amalan Yang Berpanjangan Bagi Allahyarham Imam
SHAH ALAM: “Saya akan menunaikan hasrat terakhir arwah suami saya. Dia mahu saya meneruskan hajatnya yang tidak kesampaian untuk mencetak naskah Mushaf Tartil untuk diwakafkan kepada sekolah pondok, rumah anak yatim dan masjid serta surau,” kata balu Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al- Muqri. Nurazira Ahmad Bashir, 35, ibu kepada lima orang anak ketika ditemui pemberita begitu cekal menghadapi dugaan yang menimpa.
Bagaimanapun, untuk berkongsi kisah keluarganya, beliau menganggap ia perlu dirahsiakan kerana tidak mampu untuk meneruskan perbualan kerana masih lagi bersedih. Dalam kejadian 9 Jun lalu, Allahyarham Ahmad Mustafa menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.
Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008 dan banyak pembaharuan dilakukan termasuk program mengimarahkan masjid. Menceritakan hajat suaminya itu, beliau yang lebih disenangi dengan panggilan Kak Zira berkata, sebelum Allahyarham meninggal dunia, Ahmad Mustafa sangat sibuk dengan naskah Mushaf Tartil dan rakaman cakera padat, bacaan doa, tahlil serta yassin. “Apabila saya melihat tajuk VCD, ‘hadiah buat yang tersayang’ benar-benar menyentuh hati saya.
Mushaf Tartil
Ia seakan seperti tahu beliau akan pergi meninggalkan kami. “Sebelum Allahyarham pergi, selain meminta saya menjaga anak dengan baik, itu adalah perkara yang keluar daripada mulutnya untuk saya meneruskan niat dalam mencetak semula naskah Mushaf Tartil. “Manakala, VCD itu juga saya mungkin boleh menjualnya semula sebagai pendapatan untuk menyara keluarga,” katanya.
Selain itu, Nurazira berkata, ketika Allahyarham masih hidup, beliau sangat mementingkan solat jemaah bersama keluarga. “Menjaga solat lima waktu, itu juga adalah antara pesanan terakhir arwah. Semasa hayatnya, beliau sangat menitik beratkan solat,” katanya.
Beliau berkata, Ahmad Mustafa juga seorang bapa yang sangat penyayang dan lemah lembut dengan semua anaknya. “Apabila beliau pulang dari masjid atau sebarang tempat, perkara pertama selepas menjejakkan kaki ke dalam rumah adalah bertanya di mana anaknya. Itu yang menjadikan beliau sangat rapat dengan mereka,” katanya.
Mengakhiri perbualan, Nurazira memberitahu, beliau bersyukur kerana semua anaknya begitu tabah dengan pemergiannya walid mereka itu. “Alhamdulillah, anak saya boleh menerimanya,” katanya. Selangor Kini
Monday, July 21, 2014
Nasyid Bebas Palestin (Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana)
Diterbitkan pada 14 Julai 2014 OFFICIAL MUSIC VIDEO: BEBAS PALESTIN Nasyid ini menggabungkan Rabbani, Inteam, Nowseeheart & Saujana dedikasi khas untuk Palestin.
Music Video ini adalah kerjasama Aqsa Syarif Berhad, El Hazen Studio & Munsyeed.com.
Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.
Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:
1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui =
Maybank Islamic (551575-004299) =
Bank Islam (1209-20100-34904)
Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760
"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"
Nasyid Hijjaz Pejuang Al-Qassam
Video kontroversi Hijjaz “Pejuang Al-Qassam” VIRAL di televisyen-televisyen Gaza. Ia mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali di kaca TV Gaza.
Video ini juga meyebabkan kumpulan Nasyid yang popular dengan lagu Sumayyah ini terus mendapat perhatian malah ada juga yang mengaitkan mereka dengan kegiatan militan. Oh tidak, ini sekadar lagu yang menghargai dan menyanjung perjuangan Al-Qassam yang mempertahnakan bumi Palestin dari terus dijajah dan ditindas Regim zionis. Video yang diterbitkan ini juga antara kerjasama syarikat itu dengan Ngo MAPIM.
Saturday, July 12, 2014
Iftar Dengan Arak Macam Minum Air Sirap
Kuala Lumpur : Seminggu ini kecoh tentang adanya restoran yang mengadakan promosi berbuka dengan arak.Ada arak bertaraf "amatur" seperti Tiger,Anchor dan Guiness untuk golongan bawahan dan ada arak bertaraf "professional" seperti Wiski dan seumpamanya untuk golongan bangsawan dan kaya.
Mengapa restoran begitu berani mengadakan promosi tersebut? Ini jawapannya: Walaupun secara terbuka restoran itu menjual arak, tetapi masih ramai penganut Muslim berbuka di restoran sedemikian, kata Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Saidi Jaafar.(Foto operasi Jakim)
"Yang kita kesalkan adalah premis berkenaan terang-terangan menjual arak tetapi masih ramai orang Islam datang makan di situ," kata Saidi yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Ini menunjukkan betapa restoran ini mendapat sokongan dari orang yang mengaku Islam.
Ini juga menunjukkan restoran berkenaan sering mendapat kunjungan pelangan Islam untuk pesta arak. Arak umpama air sirap sejuk.Bermula dari pihak Istana,orang politik hinggalah rakyat bawahan. Jadi apa peliknya jika ada promosi berbuka dengan arak?
Jijik
Orang Melayu cuma jijik dengan babi sahaja. Bayangkan jika restoran letak iklan babi di depan restoran. Dijamin tiada umat Melayu singgah makan minum di situ.
Apabila restoran berani mempromosikan iftar dengan arak menunjukkan empat perkara untuk direnungi:
1) Pihak restoran sengaja menghina Islam.
2) Orang Islam tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pihak restoran iaitu mereka sendiri yang minum seolah-olah arak itu bukan minuman haram bagi Islam. Tranung
3) Sepatutnya tangkap saja pemilik premis ini serta pelanggan melayu Islam itu kerana ianya lebih menghina Islam dari budak Tionghua yang ditangkap dan kecoh satu dunia dikatakan menghina apabila berbuka puasa dengan juadah babi tahun lepas yang dimuat naik dalam facebook. (Dasar perkauman bila melayu jahat dan menghina Islam tiada tindakan tetapi bila Cina yang buat dituduh rasis).
4) Akibat sudah terbiasa minum arak, sampai berbuka pun nak dengan arak juga, didikan syaitan lebih utama dari nasihat agama. Bibir pun kemerah-merahan, fikiran pun melayang, nafsu jadi tuhan, halal haram tak dipedulikan, maksiat dan zina jadi amalan... nauzubillah.
Brazil Disumpah Rakyat Sendiri
TAHNIAH Jerman, takziah Brazil! Itulah hakikat pahit yang terpaksa diterima Brazil apabila kalah 1 – 7 kepada Jerman dalam perlawan separuh akhir Piala Dunia Fifa. Sebagai peminat setia Jerman, tentulah saya gembira pasukan kesukaan saya menang.
Namun jumlah gol yang diperoleh itu amat memeranjatkan apatah lagi berdepan dengan pasukan hebat seperti Brazil. Saya percaya seluruh dunia juga terkejut dengan kemenangan besar Jerman ini!
Dari suatu sudut yang lain, ingin saya sentuh isu besar yang cuba disorokkan di bawah “karpet” iaitu isu gelandangan dan golongan miskin di Brazil.
miskin
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hampir setiap hari sepanjang berlangsungnya Piala Dunia Fifa ini ada tunjuk perasaan. Penganjuran ini mendapat tentangan sebahagian rakyat Brazil khususnya golongan gelandangan dan miskin.
Maklumlah, untuk menjayakan kejohanan ini berapa banyak rumah rakyat miskin dirobohkan dan dihalau ke kawasan lain, dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej tuan rumah.
Mereka bukan tidak menyukai pasukan Brazil dan tidak cintakan sukan nombor satu dunia ini, tetapi mahu kerajaan lebih mengutamakan mereka berbanding berhabis dunia menganjurkan kejohanan besar ini. Benar, kerajaan Brazil mungkin memberi alasan bahawa penganjuran ini akan membawa hasil berbilion ringgit dan duit itu boleh digunakan kembali untuk rakyat.
Namun, realiti tidak begitu! penganjuran yang dicemari elemen rasuah, lobi, judi dan kezaliman terhadap golongan marhaen. Seperti biasa, akhirnya golongan gelandangan dan miskin ini tetap dengan kemiskinan mereka dan hasil daripada keuntungan kejohanan ini entah ke mana. Ingatlah, kejohanan Piala Dunia Fifa kali ini berlangsung atas kesedihan, kesusahan dan air mata rakyat yang susah dan miskin.
Kemenangan dan keuntungan berbilion ringgit tidak ada maknanya bagi mereka! Adakah akibat doa orang miskin yang teraniaya ini Brazil kalah? HD Surat Pembaca
Jom siasat dari segi tektikal sebab Brazil kecundang
Selepas menonton perlawanan tersebut, empat faktor dikenal pasti.
1. Perubahan mendadak corak permainan Brazil daripada strategi 'long passing' kepada 'short passing', atau kembali kepada corak tradisional Brazil (Samba) telah memakan diri. Scholari telah merubah corak tersebut disebabkan ketiadaan Neymar. Neymar adalah seorang penyerang mempunyai larian yang pantas, maka dia lebih sesuai dengan umpanan jarak jauh. Apabila Neymar tidak dapat diturunkan, corak permainan Brazil kembali kepada Samba, iaitu hantaran pendek, gelecek dan kreativiti pemain. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu mempunyai ciri-ciri seperti ini.
2. Disebabkan perubahan corak tersebut, pemain-pemain pertahanan telah dijadikan enjin utama untuk menjana gol. Sepuluh minit pertama, jentera utama ini dikerah habis-habisan sehingga David Luis kerap berada dalam kotak penalti lawan. Dalam tempoh ini Brazil memang menguasai permainan, tetapi pemain pertahanan menjadi letih dan hilang tumpuan kepada tugas asasi mereka untuk bertahan. Kesemua gol separuh masa pertama disebabkan keletihan dan hilang tumpuan sehingga membenarkan penyerang-penyerang Jerman begitu bebas berada di kawasan bahaya.
3. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu kuat di bahagian tengah (midfield). Walaupun mempunyai pemain seperti Oscar. Corak permainan Samba memerlukan pemain yang kreatif di bahagian ini, seperti Kaka sebelum ini. Apabila Brazil kembali kepada corak Samba, pemain tengah tidak mampu mengikut rentak ini. Mereka tidak mampu mencipta peluang untuk pemain penyerang, malah gagal menandingi pemain tengah Jerman. Sepatutnya Scholari membawa Kaka dalam barisan utama pemain Brazil kali ini, termasuk Ronaldinho yang sedikit sebanyak dapat membantu jentera tengah walaupun dia pemain penyerang. Kedua pemain ini dapat disandarkan harapan apabila Neymar dan Silva tidak dapat diturunkan.
4. Faktor ini merupakan faktor kelemahan Brazil turun temurun, iaitu penjaga yang tidak begitu cekap. Sememangnya Brazil menghasilkan ramai pemain-pemain hebat tetapi ramainya di bahagian penyerang dan tengah. Lazimnya penjaga gol Brazil tidak begitu hebat, sehebat nama pemain penyerang dan tengah mereka. Walaupun Julio Cesar dilihat sebagai hero sewaktu menentang Chile tempohari, dalam permainan kali ini dia gagal membuat bacaan tepat. Gol pertama, sepatutnya dia boleh membaca arah sepakan sudut dan keluar untuk menumbuk bola. Gol ketiga dan ketujuh, sepatutnya dia berupaya menepis bola itu kalau berada di sudut yang betul. ~hrkh
Sunday, June 30, 2013
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi Punya Menteri
Menteri BN Ini Cuba Bunuh Seorang Ahli Perniagaan?
*Zahid disaran berehat sehingga kes selesai* *KL:* Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Beliau berkata, Zahid harus berbuat
demikian
bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang
ahli perniagaan ke atas beliau.
"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes
saman
yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau
lebih
baik beliau sendiri meletakkan jawatan.
"Tapi kalau beliau rasa belia... more »
Sunday, March 24, 2013
Tragedi Sungai Ambat Mersing Memilukan Hati Nenek
Read more: http://www.borakkosong.com/2013/03/luluh-hati-nenek.html#ixzz2OVZpbnaT
Luluh hati nenek
Mersing: Kegembiraan tiga remaja bersaudara dari FELDA Tenggaroh 5, dekat sini, keluar memancing berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas di Sungai Ambat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, dua sepupu yang lemas, Muhammad Suhazri Abdullah, 9, dan Muhamad Iqhwan Jefri, 15, dikatakan keluar memancing bersama seorang lagi sepupu mereka, Muhammad Fazmi Ikmal Nor Azli, 15. Muhammad Fazmi Ikmal berkata, mereka bertiga keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal menuju ke sungai berkenaan untuk memancing.
“Kami baru tiba di lokasi sebelum Muhammad Suhazri tiba-tiba tergelincir dari tebing di kawasan berhampiran. “Melihat Muhammad Suhazri tergelincir dan terjatuh dalam sungai, Muhamad Iqhwan terjun untuk menyelamatkannya, namun tiba-tiba mereka berdua terus hilang.
“Tidak sedap hati dengan kejadian itu, saya terus terjun dan cuba menyelamatkan mereka, malangnya saya sendiri hampir lemas sebelum terselamat selepas berpaut pada sebatang kayu di kawasan berhampiran,” katanya. Menurutnya, walaupun letih, dia cuba menyelam ke dasar sungai sedalam kira-kira tiga meter, namun tidak menemui dua sepupunya itu sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian kepada neneknya.
Sementara itu, nenek mangsa, Rafiah Muda, 64, berkata, kali terakhir dia melihat kedua-dua cucunya itu ketika mereka menunggang motosikal bersama Muhammad Fazmi Ikmal dalam keadaan tergesa-gesa.
“Kira-kira sejam setengah kemudian, saya dapati Muhammad Fazmi Ikmal pulang dalam keadaan tergesa-gesa sebelum memaklumkan kejadian itu kepada saya. “Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk dan mereka pantas memberikan bantuan dan cuba mencari serta menyelamat dua cucu saya.
“Dua cucu itu tinggal bersama saya dengan Muhammad Suhazri belajar dalam tahun tiga Sekolah Kebangsaan FELDA Tenggaroh 5 manakala Muhamad Iqhwan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Kadir,” katanya.
Menurutnya, Muhammad Suhazri mula tinggal bersamanya sejak ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu manakala Muhamad Iqhwan tinggal bersamanya sejak ibu bapa mereka berpisah tidak lama kemudian. “Arwah adalah cucu yang manja dan sebelum ini mereka tidak menunjukkan sebarang kelakuan luar biasa. “Walaupun sedih, namun saya reda dengan kejadian ini,” katanya.
Mayat mangsa ditemui pasukan menyelamat jam 11 malam kelmarin sebelum dihantar ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Tenggaroh Timur 1 selepas solat Zuhur, semalam. sumber : mymetro
Subscribe to:
Posts (Atom)