Trafik

Sunday, December 8, 2013

Jauh-jauh datang hanya bincang perkara sampah...


Perhimpunan Agung Umno telah berakhir dalam suasana rakyat dilanda banjir besar. Inilah kualiti perwakilan Umno bila tak ada agenda membina masa depan, hanya bercerita hal fantasi, perkara remeh dan berbau lucah, sungguh menyedihkan...

'Songket dedah pemakainya dara atau janda...'


Perwakilan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencuit hati hadirin sewaktu perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno 2013 pagi ini.

Arifin menceritakan tentang adat pakaian Melayu yang mempunyai maksud tersirat.

Beliau memberi contoh pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan kain songket.

Menurut beliau, baju kurung dinamakan sedemikian kerana ia 'mengurung' pemakainya supaya bertepatan dengan syariat Islam.

"Kalau pakai samping pula, jika sampingnya atas lutut kalau bujang, bila sudah kawin samping bawah lutut. Jika Ulama, satu pelempang bawah lutut, jika dia orang bergelar (kenamaan) tiga pelempang bawah lutut," kata beliau.

Beliau menambah cara wanita memakai songket turut mencerminkan status pemakainya.

"Songket kalau wanita pakai, kepala kain di hadapan, dia seorang perempuan bujang, kalau kepala songket di belakang, seorang wanita berkahwin, sebelah kanan orang bergelar, kiri seorang janda," tambahnya, menyebabkan Pengerusi Tetap, Tan Sri Amiruddin Badalrudin tergelak besar.

Justeru, Arifin yang juga ADUN Membakut itu memohon petua dan adat Melayu yang unik ini didokumentasikan dan diajar kepada semua orang Melayu dunia pascamoden negara ini.

Beliau turut mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menghadapi saat sukar diperkasakan, kerana badan itu menjaga Bahasa Melayu yang penting dalam warisan orang Melayu.

"Saya minta timbalan  presiden untuk bantu penerbitan satu buku yang mengandungi 50,000 kata bidalan dan hikmat orang-orang Melayu. Boleh dibuat di DBP kerana sebelum ini 60 karyawan menarik hak mereka dari DBP kerana berasa kurang yakin dengan mereka."

Kredit kepada MK

Sunday, December 1, 2013

TG Nik Aziz: Pendakwah bebas mudah 'dimakan serigala'

  • Nik Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, menegaskan seorang pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas kerana baginya seseorang (pendakwah) itu semestinya mempunyai pendirian masing-masing.

Jelas Nik Aziz, Seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan. Oleh itu seseorang pendakwah itu tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik.

“Di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil.

“…dalam kiasan ini kita boleh membaca jika dia(pendakwah) itu benar-benar menjadi bebas dari sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'.

“Justeru, saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.katanya memetik laman Facebook miliknya.

Sehubungan dengan itu, kata Nik Aziz dalam arus politik kini, seseorang itu semestinya mempunyai pendiriannya masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat.
 
Kredit kepada WM

Laporan Postmortem : Calon BN dedahkan sebab beliau kalah di Sungai Limau..



Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

“Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai,” katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya ~ The Malaysian Insider

Kasihan kepada Dr. Sohaimi ini. Dia ni kira orang baik sebenarnya tapi tersilap masuk UBn. Dah la kalah undi. Jawatan pensyarah kanan DS52 pun terpaksa dilepaskan. Jangan keliru yang datang ceramah 400 orang tu yakin menang bukan sebab berdasarkan ramai yang datang ceramah  kerana tahu pengundi cuma 100 orang. Yang menyedihkan kempen menggunakan jentera kerajaan dan mempermainkan calon berpendidikan yang diperguna oleh UBn.

Kredit kepada ASD

Datuk Fauzi Shaari kembali ke rahmatullah


SELAYANG: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia jam 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang. Jenazah allahyarham dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Sembrong Bangkit mengucapkan innalillahi wainna ilahi raji"un. Moga roh almarhum akan diampunkan Allah SWT dan di tempatkan bersama-sama orang beriman. 

HARAKAHDAILY

Perjuangan & garis politik


Muktamar PAS ke-59 kali ini bukan hanya diperhatikan rapi oleh warga Malaysia sahaja. Malah, bekas rakan sekerja Edward Snowden dalam National Security Agency (NSA) di Amerika dan Goverment Communication Headquaters (GCHQ) di England turut sibuk merakamkan apa yang sedang berlaku. Keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini bukan hanya mempengaruhi arah politik Malaysia, malah juga ASEAN dan Asia Tenggara.

Ahli PAS yang akan mengundi di muktamar kali ini berpeluang memilih pucuk pimpinan dari dua jalur atau dua garis politik. Media milik gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya mentakrif dua garis ini sebagai kumpulan ulamak dan kumpulan 'Erdorgan'. Sesekali Erdorgan ini dikatakan juga kumpulan profesional.

Sebenarnya ini nama-nama ini hanya ‘papan tanda' untuk mengelompokkan agar dapat diberi tanda. Ketika Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li melawan Mahathir Mohamad dulu, dikatakan wujud Tim A dan Tim B dalam United Malays National Organisation. Sebenarnya ada dua garis yang jelas yang diwakili oleh Ku Li atau Mahathir walau pun media tidak menerangkan secara tuntas. Nama diberi untuk memudahkan media membuat kerja.

Dalam PAS memang wujud kumpulan yang dipanggil ulamak. Dalam bahasa Arab, ulama membawa erti pemikir atau intelektual. Alim ertinya berilmu pengetahuan. Di Malaysia ini dua perkataan Arab ini telah disakralkan dan hanya diasosiasi dengan agama. Walhal alim dan ulama ini adalah untuk sesiapa sahaja yang memiliki daya fikrah yang kritikal dalam bidang keilmuan masing-masing, tidak semestinya hanya agama.

Erdorgan pula ialah ikutan nama perdana menteri Turki yang bukan ulama tetapi berjaya memimpin Turki dengan garis politik Islam. Nama ini muncul di Malaysia kerana golongan yang dikatakan kumpulan Erdorgan adalah gulungan profesional bukan guru agama, bukan lulusan pondok, tidak berserban, tidak berjubah dan tidak berjanggut panjang. Jauh sekali hidup mencari makan dengan menjual air jampi.

Kadang kala kumpulan Erdorgan ini dipanggil Anwarista. Jika perkataan Anwarista atau Anwarisna seperti dalam ucapan Zul Nordin maka kita tahu di belakang sebutan ini ada niat tidak baik. Anwarista ini digunakan untuk menggambarkan para pemimpin PAS ini sebagai macai kepada Anwar Ibrahim.

Di sebalik jenama ini sebenarnya ada garis politik yang amat jelas. Garis politik inilah yang wajib kita ketahui untuk memahami apakah tanda dan makna muktamar PAS kali ini.

Muhamad Sabu aka Mat Sabu dan Nik Amar yang merebut jawatan timbalan presiden PAS adalah manifestasi dari dua garis politik yang amat jauh berbeza. Dua sosok ini membawa dua pendekatan politik yang berlainan. Apa yang membezakan mereka ialah cara mereka melihat dan mentafsir Islam dalam konteks realpolitik Malaysia dan dalam konteks realpolitik dunia kontemperori.

Umum mengetahui bagaimana kumpulan ulama ini telah bersidang tidak berapa lama dahulu. Hasil persidangan ini satu ketetapan telah diluluskan. Mengikut ketetapan ini para ulama meminta parti PAS menilai kembali hubungannya dalam Pakatan Rakyat.

Mat Sabu lwn Nik Amar

Menilai kembali ini bermakna telah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan alim ulama dalam hal perserikatan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik. Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati ini tidak pula jelas. Yang diumumkan kepada orang ramai hanyalah ulama mahu "menilai kembali" kerjasama dalam Pakatan.

Untuk yang arif politik, melintas Mat Bangla di depan mata telah diketahui sama ada pendatang haram atau tidak. Justeru, ketetapan dari persidangan ulama ini bermakna ada jalur dalam parti PAS yang tidak mahu terus bersama dalam Pakatan. Garis ulama ini menolak usaha menggalang barisan bersatu untuk menjatuhkan United Malays National Organsiation dan konco-konconya. Terlulusnya ketetapan ini bermakna garis politik para ulama PAS ialah menentang kerjasama dalam Pakatan. Dalam bahasa anak muda yang cool, PAS nak blah dari Pakatan.

Justeru garis PAS akan meninggalkan Pakatan menjadi mistos umum apabila pemerhati politik membincangkan muktamar PAS kali ini. Umum juga telah mengetahui bagaimana secara terbuka Nik Amar sendiri mengakui bahawa dirinya adalah ‘seorang ulama'. Justeru Nik Amar dianggap mewakili dan membawa garis ulama dalam muktamar PAS kali ini.

Manakala Mat Sabu dalam ceramahnya telah berkali-kali berkata:

"Apabila PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman."

Ucapan Mat Sabu ini jelas memperlihatkan bahawa garis politik yang dibawa oleh Mat Sabu ini ialah garis politik yang bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan. Mat Sabu memahami realpolitik Malaysia. Dalam politik pilihan raya - satu warga satu undi - tidak ada jalan lain untuk mengambil alih kuasa melainkan bekerja sama dengan kumpulan yang bukan dari parti PAS.

Ikatan kerjasama ini dari pandangan Mat Sabu telah memberi kejayaan dalam tahun 1999, 2004, 2008 dan dalam PRU13 yang baru selesai. Hanya dengan bekerja sama dengan parti-parti yang bukan dari bakul ketuanan Melayu barulah PAS mendapat kejayaan. Malah di Selangor kemenangan PAS yang amat cemerlang itu adalah hasil dari kerjasama dalam Pakatan.

Apakah perlawanan antara Mat Sabu dan Nik Amar ini membawa makna Mat Sabu menentang ulama? Dalam konteks Mat Sabu dan ulama, ia sesuatu yang pelik dan sukar untuk dipercayai. Sejarah masih belum merakamkan secara tuntas tentang konsep kepimpinan ulama dalam PAS. Tidak ramai yang mengetahui bahawa konsep ini adalah hasil dari gerakan Mat Sabu dan kawan-kawan yang telah melihat kejayaan Revolusi Iran 1979. Ketika konsep ‘kepimpinan ulama' ini diajukan Mat Sabu sedang bergerak aktif dalam Pemuda PAS.

Apakah para ulama tidak melihat realpolitik di mana Malaysia ini sebuah negara majmuk - berbilang bangsa dan agama. Malah dalam kumpulan penganut Islam itu sendiri tidak semua yang memegang kad pengenalan Islam bersetuju dengan apa yang cuba dibawa dan dilakukan oleh kumpulan ulama ini.

fatwa

Jawabnya, para alim ulama ini melihat realpolitik ini. Tetapi kefahamam politik dan analisa politik mereka tidak memasukkan ekonomi dan kelas sebagai asas politik. Gerakan parti politik bertujuan untuk mengambil kuasa. Dengan memenangi kuasa maka punca-punca ekonomi boleh dimiliki. Dengan memiliki punca ekonomi maka barulah dapat dilaksanakan satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Berkebajikan.

Tanpa kuasa politik tidak ada kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi tidak ada satu habuk. Yang ada hanya selipar Jepun dan kain cukin. Ini difahami jelas oleh Mat Sabu. Tetapi agak kabur dalam pandangan mata para ulama. Justeru kita melihat bagaimana akhbar Utusan Malaysia berhempas pulas cuba menimbul agenda hudud, isu Syiah, isu Allah, semua ini bertujuan untuk memerangkap ahli PAS agar gagal memahami ekonomi sebagai asas politik.

Niat dan cita-cita Utusan ini cukup jelas. Selagi PAS bersama Pakatan, maka kesihatan parti ketuanan Melayu ini akan terus merudum menuju ke liang lahad. Dalam realpolitik, kuasa United Malays National Organsiation hari telah lupus. Yang membolehkan gerombolan ini berkuasa hanya melalui kuasa polis, Cawangan Khas atau kuasa mahkamah. Sebanyak 52 peratus akyat Malaysia tidak lagi menyokong United Malays National Organisation dan konco-konconya.

Apakah para ulama tidak melihat ini? Jawabnya, ada melihat dan ada tidak. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini ialah melimpah dengan kekayaan hasil bumi. Sayangnya kekayaan negara Islam ini disaluti dengan kebebalan fikrah warganya. Tidak ada yang alim dan tidak ada yang ulama. Para alim dan ulama ini hanya tinggal nama sahaja.

Mengikut Mat Sabu gerakan Islam hari ini masih lagi di tahap ‘takfiri'. Masih lagi membincangkan apa yang suci dan apa yang haram. Masih lagi menuduh siapa kafir dan siapa boleh masuk syurga. Islam gagal untuk mengajukan satu sistem sosial yang berkebajikan. Walhal hampir tiga suku ayat-ayat dalam Quran ialah tentang kebajikan umat manusia.

Semenjak tahun lalu mimpi berahi United Malays National Organisation dan Utusan Malaysia ialah kekalahan Mat Sabu. Gerombolan Ketuanan Melayu bermimpi sambil merancang agar parti PAS akan meninggalkan Pakatan. Jika semua ini gagal, parti ketuanan melayu berharap PAS akan kembali menjadi parti ‘takfiri' yang akan menuduh sesiapa sahaja sebagai kafir dan musuh Islam.

Gerombolan ketuanan Melayu berharap PAS akan menjadi parti politik yang kerjanya hanya mengeluarkan fatwa fatwi untuk menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang dianggap tidak bersetuju dengan garis politik PAS. Bila ini berlaku maka anak muda akan lari lintang pukang menjauhi PAS. Bukan takut dengan PAS tapi menyampah dengan parti kolot yang mengganggu hidup mereka.

Jika ini terjadi maka jaringan luas yang wujud hari ini, dari anak semua bangsa dan dari agama semua kaum yang menyokong PAS akan kendur.

Inilah yang dikatakan oleh Mat Sabu "wilayah takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman".

Maka akan bergumbiralah ahli United Malays National Organisation kerana mereka boleh merompak harta negara tanpa sekatan.

Setakat ini Utusan Malaysia akhbar milik parti ketuanan Melayu sedang berkempen memutar alam. Tapi ahli PAS yang bersidang ke muktamar telah dewasa. Setitik dakwat Utusan telah diketahui jantan betinanya.

Kredit kepada TT

Kerajaan di penghujung hayat


Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konflik antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.

Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah: "Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. 

Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)." (Surah al-Qasas ayat 4-5).

Malaysia 

Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflis yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula dari isu larangan orang bukan Muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.

Demikian isu-isu perkauman dibangkitkan dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihanraya kita lihat isu-isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu-isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan.

Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.
Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.

Kepelbagaian

Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran. Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatic perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama.

Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash'ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari: "Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy'ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: 'Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata'.

Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut: "Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: "Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi SAW bersabda: "Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin", maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim." (Siyar A'lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah)

Remeh temeh

Kemudian, isu-isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini. Label-melabel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek Melayu dilebelkan sebagai liberalist dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilabel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran.

Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan.

Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama sama ada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka. Ini kerana golongan agama - kecuali yang ikhlas - sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka. Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi'i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan.

Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu-isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh ataupun tidak. Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi'i. Demikian juga dianggap Wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana Wahabi ataupun tidak. Saudi yang dikatakan Wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana Wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pula menyibukkan diri dengan isu-isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu-isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam.

Konflik

Hasilnya, negara terjerumus dalam konfliks tidak berfaedah. Dari satu konflik kepada satu konflik. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat dari isu-isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri. Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku.

Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu-isu perbezaan bukan nilai-nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat. Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna.

Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majoriti. Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian. Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.

Kredit kepada Dr MAZA

Sunday, November 24, 2013

Majlis Makan Malam Parlimen Sembrong Berjaya







Photo: Nurul Izzah, Tian Chua and I are down 
in Kluang, Johor to speak and to support PKR Sembrong/Johor dinner. 
Lawan tetap lawan! 

Makan malam bersama 2 ikon orang muda masa kini

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Ini adalah kali pertama PKR bersama rakan-rakan tahaluf siyasi dalam PR Sembrong mengadakan majlis seumpama ini.

Tujuan utama diadakan majlis ini ialah bagi mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Bilik Gerakan Utama dan bagi merancakkan lagi aktiviti parti yang memerlukan sumbangan kewangan yang agak besar.

Terima kasih pada YB Nurul Izzah Anwar, YB Elizabeth Wong, YB Datuk Hj Mohd Idris Jusi, YB Tian Chua, YB Jimmy Pua


Tema Jalinan Mesra Segunung Harapan ialah kemesraan di antara PR yang terdiri dari berbagai agama, berbilang kaum dan bermacam warna kulit, manakala segunung harapan ialah harapan yang tinggi oleh pengundi dan penyokong untuk melihat wakil rakyat dari PR menunjukkan hasil kerja yang bersungguh-sungguh membantu rakyat. Kebetulan di Kluang banyak gunung.



Beribu tahniah makan malam berjaya

Akhir sekali terima kasih kepada semua VIP yang hadir, petugas, pembeli kupon, petugas PA system, petugas keselamatan dari Kulaijaya dan Simpang Renggam, petugas masakan dan jamuan dari Benut dan semua penyokong yang menjayakan majlis ini.

Bergambar beramai-ramai

Wan Azizah: Tindakan keras jika rasuah dalam pemilihan



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk mengenakan tindakan keras ke atas perbuatan yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.

Wan Azizah ketika berucap merasmikan kongres khas PKR di Shah Alam hari ini berkata, individu yang didapati melanggar ketetapan itu akan hilang kelayakan sebagai calon.

“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon,” katanya.

Beliau mengakui bahawa pemilihan langsung pada kali pertama pada 2010, yang memberi hak kepada semua anggota untuk mengundi, dihantui banyak “kelemahan”.

“Dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

Kongres khas pada hari ini diadakan untuk menyelesaikan isu berhubung beberapa pindaan dalam perlembagaan parti dan juga beberapa perubahan lain.

Kredit kepada MK

'Tiada Islam liberal, Islam ortodoks dalam PAS'




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS.

Beliau mendakwa, tuduhan seperti itu ditimbulkan oleh Umno, sedangkan kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.

pas muktamar 231113 mat sabu hadi awang"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," kata beliau yang mengumpamakan perjuangan dan penyatuan PAS sebagai sekumpulan kelasi bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.
Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat.

"Kadang-kadang saya bimbang org kita mabuk dgn gelombang. mabuk jgn sampai terjun bahtera.
"Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini.

Dalam sidang medianya selepas itu, Hadi turut menepis tanggapan bahawa kepimpinan baru PAS gagal dikuasai kumpulan ulama.

Katanya, golongan ulama membentuk jumlah paling besar dalam saf kepimpinan parti Islam itu.
"Sembilan orang ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan agama, yang bakinya tu campur dengan doktor, jurutera, aktivis. Ulama yang terbesar sembilan orang.

"Yang penting bukan nama ulama, tapi peranan ulama. Kita tak mahu kalau ulama seperti (ulama) Umno. Dia tak ada peranan, tak ada erti. (Yang penting) bukan jumlahnya," katanya ketika ditanya.

Antaranya pemimpin ulama yang dipilih ke jawatankuasa PAS Pusat semalam termasuk Idris Ahmad, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Nasrudin Hasan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Mahfudz Mohamed, Nuridah Salleh dan Dr Riduan Mohd Nor.

Kredit kepada MK

Monday, October 28, 2013

Syarikat Telekomunikasi Disyakki Fitnah YB Mahfuz

YB Dato Mahfuz dan pemimpin PAS ramai yang guna khidmat ******, cuba periksa dan kaji macamana sms boleh tersebar menggunakan nombor tersebut. Jika pihak ****** atau mana-mana syarikat telekomunikasi yang lain yang mengendalikan khidmat ini tidak boleh memenuhi tanggungjawabnya mejaga keselamatan penggunanya dari difitnah sebegini, lebih baik pakat semua ahlli PR tukar kepada syarikat lain beramai-ramai.

Rasanya banyak lagi syarikat lain yang lebih baik perkhidmatanya, mesra pengguna dan lebih murah cajnya.








Mahfuz: Sumpah, bukan saya


YAN - “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

 Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

 “Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya. “Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

 SMS itu menyebut: “Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim.

Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah”. Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya. “Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah.

Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau. “Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini,” katanya.

 Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap, dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat. “Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. “Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini,” katanya. -SH

Friday, October 25, 2013

PKR, DAP Bantu PAS Mempertahankan Kerusi Sungai Limau

Bapa Jamil Khir doakan Ustaz Azam menang

Calon PAS Santun Anak Muda, Ramai Yang Suka Wataknya


Hazayani Zakaria,


JERAI: Sifat lemah-lembut dan senang didekati anak muda menjadi kelebihan buat calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau.

Menurut Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama (Panglima),  Sulaiman Ibrahim, anak muda menyokong penuh pilihan PAS itu dan amat menyenangi sifat positif yang dimiliki Azam.

"Pendekatan Ustaz Azam dengan anak muda amat lembut. Pendekatan yang dibawa manis dipandang dan mudah didekati.

"Saya perhatikan, anak muda senang sesuaikan diri dengan beliau dan ini kelebihan yang beliau miliki yang melayakkan beliau menjadi calon," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, dekat sini hari ini.

Tambah Sulaiman yang juga bekas peserta Raja Lawak itu lagi, Azam sudah dikenali sewaktu era Allahyarham Tan Sri Azizan Razak  lagi.

"Ustaz Azam seorang yang bekerja kuat dan semasa Allahyarham Ustaz Azizan sakit dia banyak gerakkan tenaga untuk bantu kawasan.

"Beliau juga tidak mempunyai musuh dalam kalangan ahli Umno dan tidak timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang Umno," katanya.

Azam, 37, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Razak pada suatu ketika dulu.

Sementara itu, Sulaiman (gambar, kiri) berkata, Panglima sedang bertungkus-lumus membantu pemuda merancang dan mengadakan program khusus untuk anak muda.

"Strategi kami nak jaga orang muda dan mahu kekalkan PAS di Sungai Limau.

"Oleh itu, Panglima memang berkampung sepenuhnya di sini bagi merancang program yang sesuai dan boleh menarik anak muda," katanya.

Tambah beliau, antara program yang akan diadakan ialah Debat Komidi Politik yang akan membincangkan isu serius secara komedi.

Selain itu katanya, semalam pemuda mengadakan program tukar minyak hitam motosikal secara percuma yang mendapat sambutan lebih 50 anak muda di Sungai Limau

Bajet 2014: Tidak Mesra Orang Muda


Steven Sim

Bajet 2014 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak nampaknya tiada berita baik untuk anak muda Malaysia. Trilema anak muda tiada penyelesaian

Sebelum ini, saya telah membangkitkan bahawa anak muda di Malaysia kini menghadapi tri-lema:
1) Kadar pengangguran anak muda yang tinggi pada 10.3% dan penganggur yang paling ramai adalah daripada golongan berumur 20-24 tahun pada 40% daripada jumlah penganggur.


2) Kadar underemployment yang serius pada 15.1%; termasuk gaji rendah, 82.5% anak muda berumur 30 ke bawah mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

3) Kadar brain drain yang tinggi, 2 dalam 10 orang siswazah berhijrah ke negara-negara OECD dan Singapura.

Keadaan ini bertambah teruk dengan masalah hutang di kalangan anak muda di mana 47% daripada anak muda terpaksa menghabiskan 30% dan lebih gaji bulanan mereka untuk membayar hutang.

Bajet 2014 ulang lagu lama untuk anak muda

Bajet 2014 ini tidak mempunyai strategi khusus menyelesaikan masalah sosioekonomi anak muda terutamanya dalam soal pekerjaan dan hutang selain mengulangi program-program latihan semula yang dilaksanakan sebelum ini. Jika program sebegini berkesan maka sudah tentu tidak wujud trilema di atas.

Lima sebab mengapa Bajet 2014 merugikan anak muda

Bukan sahaja Bajet 2014 tiada strategi khusus untuk menanangi tri-lema anak muda, malah anak muda bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga dan kemudian terhantuk kepala.

Pertama, dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% maka, anak mudalah yang akan terbeban dengan teruk kerana mereka merupakan golongan sasaran budaya konsumerisme.

Kedua, 82.5% anak muda bergaji RM3000 ke bawah, mereka tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini. Justeru, pengumuman perluasan kurungan cukai di mana mereka yang bergaji RM4000 sebulan tidak perlu lagi membayar cukai langsung tidak membawa apa-apa manfaat baru kepada majoriti anak muda.

Ketiga, melalui GST, majoriti anak muda yang dahulunya tidak perlu membayar cukai pendapatan kini dijangka terpaksa membayar cukai baru sekurang-kurangnya RM660 (andaian bergaji lebih kurang RM2500 sebulan) dan mungkin mencecah RM1000 setahun. Pembayaran BR1M walaupun ditingkatkan hanyalah bagai masuk poket kanan, keluar poket kiri dan dijangka yang keluar akan lebih daripada yang masuk.

Keempat, pemansuhan subsidi gula bermakna anak muda yang sudah jatuh akibat trilema di atas, kini ditimpa tangga GST dan kemudian kepala pula terhantuk kenaikan harga makanan dan minuman.

Kelima, bagi anak muda Sabah dan Sarawak, perlaksanaan GST, pemansuhan subsidi dan ditambah dengan dasar kabotaj bermakna bukan sahaja harga barangan akan naik lebih tinggi berbanding di Semanjung, malah kos pengangkutan termasuk kapal terbang akan meningkat. Ini merupakan beban baru kepada penduduk Sabah dan Sarawak yang rata-rata bergantung kepada perkhidmatan kapal terbang untuk aktiviti sosioekonomi.

Anak muda mangsa Bajet 2014

Jelas, Bajet 2014 adalah berita sedih kepada anak muda Malaysia. Kami bakal menjadi mangsa kepada kerajaan pusat yang terpaksa melaksanakan dasar-dasar ikat perut (austerity) akibat kepincangan pentadbiran dan rasuah yang berleluasa selama ini.

Pakar Ekonomi Tembak Najib


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah langkah ‘regresif’ yang akan memberi kesan lebih buruk kepada kumpulan miskin dan rakyat Malaysia yang sudah pun bergelut dengan hutang, kata pakar ekonomi.

Walaupun memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) untuk diganti dengan GST, kadar 6% yang diumum Putrajaya hari ini dalam Bajet 2013 dianggap terlalu tinggi, menurut pakar ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
"Ini adalah cukai regresif kerana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbeban dengan pengenalan cukai ini daripada segi nisbah kepada pendapatan mereka," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.
 
Azrul juga tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan pengenalan kadar 6% adalah paling rendah.
"Kerajaan perlu membuat perbandingan pengenalan kadar antara negara dan bukan pada kadar semasa.
"Singapura semasa memperkenalkan GST hanya pada 3%," terang Azrul lagi.
Pandangan Azrul juga dikongsi oleh penganalisis Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui kerana kadar itu adalah tidak munasabah memandangkan hutang isi rumah berada pada 80% dan orang ramai akan terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang diperoleh.
"Akhirnya rakyat terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang mereka peroleh," kata Lim kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu, pengenalan GST akan menekan rakyat.
"Indeks harga pengguna (CPI) ketika ini pada kadar 1.9% dan kita lihat sejak beberapa bulan ia naik secara konsisten.
"Kalau peningkatan ini berterusan sehinggalah pengenalan GST pada tahun 2015 nanti, ia mungkin menambah tekanan kepada orang ramai," kata Zakaria.
Indeks CPI bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 meningkat sebanyak 1.7% kepada 106.5 dibandingkan dengan 104.7 pada tempoh yang sama tahun lepas.
Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, CPI Ogos 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9% daripada 105.0 kepada 107.0 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, CPI merekodkan peningkatan sebanyak 0.1%.
Selain itu, Putrajaya juga telah pun berdepan dengan kritikan susulan pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan sebanyak 20 sen, malah kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3% menurut pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Mengenai jaminan untuk memantau pelaksanaan GST di bawah Jawatankuasa Pemantauan GST, Azrul meragui akan kemampuan Putrajaya untuk menunaikan janji-janji tersebut berdasarkan kegagalan dalam pelaksanaannya sebelum ini.
"Saya meragui jawatankuasa yang ditubuhkan tersebut mempunyai kemampuan untuk menguatkuasa GST ke atas peniaga, pengeluar serta menangani inflasi.
"Sejak dahulu lagi, tren penguatkuasaan di Malaysia adalah lemah. Adakah itu membuatkan anda berfikir penguatkuasaan sekarang akan lebih baik daripada masa lepas?" soal Azrul lagi.
Sebaik pengumuman tersebut, Najib berkata cukai tunggal atau GST itu akan membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.
"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.
"Majoriti negara-negara dunia itu tidak akan melaksanakan GST jika ia memudaratkan rakyat dan negara," kata Najib.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga menegaskan pelaksanaan GST haruslah dilaksanakan secara berperingkat.
"Semuanya harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat," kata beliau kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 Jun lalu. ~tmi

Harga Gula RM2.85, Sakit Bukan Sebab Kencing Manis Tetapi Sebab Hati Sakit Gula Naik

Atas apa alasan konon hendak menjimatkan sabsidi kepada takutkan rakyat dengan kencing manis, gula memang tetap dinaikkan oleh PM Najib. Zaman selepas pilihanraya semuanya naik, ingatkan ia ditangguh dulu seperti kenaikan harga bahanapi seperti petrol yang akan dijangka naik sehingga RM3.00 tetapi oleh kerana ada pilihanraya kecil Dun Sungai Limau ia di tangguhkan. Berkat Almarhum Ust Azizan terserlah walaupun setelah beliau meninggalkan kita.

Baikilah sistem kesihatan dengan khidmat percuma dan berilah rakyat ubat yang berkualiti jika mahukan rakyat sihat dan jauh dari penyakit kencing manis bukan dengan menaikkan harga gula. Siapa yang ada pengalaman pergi ke klinik 1Malaysia akan tahu bahawa ubat yang popular ialah paracetemol (panadol) sampai sakit teruk pun bagi panadol. Siapa syarikat pembekal ubat kepada klinik ini , tentulah kroni...zalim.

Harga Gula Naik Kepada RM2.84 Sen Hari Ini

Kredit kepada Desperado
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, kenaikan harga gula yang berkuatkuasa pada sabtu sebenarnya memberi penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan untuk tujuan pembangunan.

Beliau berkata, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga gula akan naik dari RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sekilogram, berkuatkuasa pada Sabtu.




Lubalang Pertahan Kalimah Allah sebenarnya Rasis yang keliru dengan pakaiannya



GERAKAN PANG LI TAI KAM



DARI FACE BOOK

BANTUAN SEGERA!!
Ada sesapa ada contact no Laksamana2 Bentan dibawah nih?

Khidmat mereka diperlukan untuk ke rumah Kamalanathan!!

"Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini" - malaysiakin


AHLI AHLI PANG LI TAI KAM
APA ITU 
GERAKAN PANG LI TAI KAM
1 - kain sutera tenunan siam
2 - rantai buatan china
3 - lecana buatan kedai china di san peng
4 - capal masjid india dari madras

Thursday, October 24, 2013

Lembah Bertam : Samada Kecuaian Manusia atau Balasan Tuhan

Gambar-Gambar Kesan Banjir Di Lembah Bertam

Amaran satu jam sebelum air dilepaskan
Adakah itu SOP TNB?


'Siren amaran dibunyi sejam sebelum air dilepaskan'
5:30PM Okt 24 2013
Siren amaran dibunyikan selama satu jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing sebelum air empangan di Ringlet, Cameron Highlands dilepaskan, demikian menurut jabatan bomba dan penyelamat.
    
Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid berkata mengikut SOP, penduduk seharusnya berwaspada apabila siren dibunyikan tanpa henti bagi mengosongkan kawasan kediaman kerana limpahan dari empangan boleh menyebabkan banjir kilat.
    
"Selain itu, pihak polis juga membuat rondaan sambil menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada penduduk berpindah serta-merta demi keselamatan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur hari ini.
    
Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan beberapa pihak dalam internet bahawa siren amaran lambat dibunyikan.
    
"Saya sendiri berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands... dakwaan itu tidak benar kerana sebelum pelepasan air yang pertama pada 1 pagi, pihak berkuasa empangan telah membunyikan siren," katanya.
    
Soiman menjelaskan setiap empangan mempunyai SOP sendiri dan lazimnya penduduk akan dimaklumkan segera oleh pihak berkuasa empangan jika berlaku limpahan air di empangan.
    
Beliau berkata pada setiap musim tengkujuh, air di empangan akan melimpah sekiranya ia tidak dilepaskan ke saliran tertentu dan ini boleh mengakibatkan bencana besar.
    
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga orang terbunuh - dua daripadanya lemas dan seorang akibat serangan jantung - dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah susulan pelepasan air empangan di Ringlet.
    
Kejadian itu turut memusnahkan 80 kediaman musnah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.- sumber
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pari Rasaksa Terdampar, Rezeki dan Sumber Protein Penduduk Gaza

Ikan Pari Mobula Rezeki Untuk Penduduk Gaza

RATUSAN Ikan pari terdampar di Gaza Palestin.
Ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.
Eyad Almadoun bersyukur dengan rezeki tak terduga
Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.

Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.

Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.
"Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami," kata dia.

Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.

Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. "Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato," kata Almadoun.
"Ia daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira. -Surah Ali Imran Ayat 37-


Sumber Link

Tuesday, October 22, 2013

Makan Malam Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat




Dapatkan kupon Majlis Makan Malam Parlimen Sembrong segera, anda berpeluang makan bersama YB pimpinan Pakatan Rakyat seperti Puteri Reformasi YB Nurul Izzah Anwar, YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, YB Liew Chin Tong AP Kluang yang muda dan tampan, YB Dato Idris Juzi AP Batu Pahat yang mengalahkan Fuad Zharkasi, YB Cik Elizabeth Wong yang begitu popular.

Jamuan Nasi Bariyani akan dihidangkan kepada semua tetamu. Jemput hadir dengan mengajak kawan datang beramai-ramai. Jika tidak dapat hadir, sila berikan kupon ini kepada mereka yang lebih memerlukan. Ia sebagai tanda hadiah kepada rakan perjuangan kita yang kurang berkemampuan.

Dapatkan kupon dengan menghubungi 0197577708

Sunday, October 20, 2013

Analisa ringkas jalan kemenangan Dun Sg Limau

Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau

Zulkifli Yahya
SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.

 Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja.

Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.

 Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu.

Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan.

Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu. Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar.

Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS.

Berdasarkan PAS Kedah kehilangan sokongan Melayu sehingga 9 peratus pada PRU13, saya mengandaikan bahawa di Sungai Limau sokongan untuk Tan Sri Ustaz Azizan datangnya dari pengundi teras PAS dan majoriti pengundi Cina dari seramai 1800 orang. Hampir tiada undi untuk PAS dari pengundi atas pagar.

Tiada juga undi dari ahli Umno yang memprotes, kerana undi golongan itu tersalur kepada calon Umno yang bertanding tiket bebas. Itu pun tidak banyak, cuma 100 undi. Jika sebelum ini, Ustaz Azizan dapat menarik ahli keluarganya yang ramai di sekitar Sungai Limau, kebanyakannya terdiri dari penyokong Umno. Pada PRU13, beliau ditentang oleh sepupunya sendiri iaitu Fadhilah Mohd Ali.

Bermakna undi atas faktor keluarga tidak lagi solid untuk Ustaz Azizan, sekurang-kurangnya ia sudah berpecah dua. Satu lagi faktor yang sangat menarik di Sungai Limau adalah kewujudan 'golongan kecewa' dalam PAS. Kumpulan ini tidaklah dominan namun tindakan protes mereka berterusan dan sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap jentera parti.

Mereka menyayangi PAS cuma berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan ketika itu. Kini orang yang mereka musuhi sudah tiada. Mereka boleh ditarik untuk kembali menguatkan PAS. Secara teorinya untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau, kerja PAS cuma mengekalkan sokongan ahli-ahli dan penyokong PAS! Itu saja.

Kejayaan menarik golongan atas pagar dan Umno cuma bonus. Teorinya mudah, tapi realitinya tak semudah itu. Bagi BN, kerja mereka lebih sukar kerana di samping pertahankan sokongan pengundi tegar dan atas pagar.

Mereka juga perlu menarik sokongan pengundi PAS, baru boleh menang. Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno.

mengepung

Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman.

Pengalaman melalui beberapa pilihan raya kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN. Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan.

Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS. Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya.