Trafik

Wednesday, October 14, 2015

Tayangan Wayang Pacak UAI


Wayang pacak ala zaman dahulu sudah diberi nafas baru sekarang ini terutama di premis makanan seperti Restoren Mamak atau Tomyam.

Sempena kehadiran ustaz selebriti yang tidak asing lagi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ke Stadium Kluang pada 18 Oktober 2015 ini kami semarakkan aura beliau kepada para peminat di Kluang dengan menayangkan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang pada 12 Oktober 2015 lalu yang dibintangi oleh UAI sendiri, Shahrul dan Ajak Shiro yang juga anak jati Kluang yang popular dalam siri Maharaja Lawak Mega terbitan Astro.

Alhamdulillah cuaca pada malam itu cerah dan tidak berjerebu. Wayang bermula pukul 9.15 malam, berjalan lancar dan sambutan amat mennggalakkan. Ramai penonton dan pengunjung yang masih belum mahu pulang walaupun gambar sudah habis.

Masing-masing berborak santai dan bertukar pandangan mengenai isu semasa. Terima kasih kepada pemilik Restoren ANZ Taman Sri Lambak (T6) Kluang, Cikgu Saiman atau Pak Ngah sekeluarga yang memberi izin tempat, Sdr Liaw, peminat tegar UAI yang mencadangkan movie ini, Sdr Yusof Ahmad Ketua Cabang Sembrong dan semua yang hadir termasuk 7 orang anggota keselamatan atau mata-mata dari Kluang.

Pada malam tersebut juga dilancarkan tabung bantuan kecemasan  kepada penduduk Kahang Batu 28 sekeluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah sehingga tinggal sehelai sepinggang.

Aktiviti yang menarik anak muda ini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan sinema yang lain pula atau sama-sama menyaksikan siaran langsung perlawanan bolesapak. Kami peminat filem tempatan yang bermanfaat juga penyokong pasukan Harimau Selatan inshaAllah akan hadir menonton dan bersorak, anda bagaimana? HB/RLB









No comments:

Post a Comment