Trafik

Tuesday, October 13, 2015

Aduan Rakyat ancaman tebing sungai runtuh



Keselamatan nyawa dan hartabenda yang mengancam penduduk amat kami ambil berat kerana kami mahu rakyat hidup selesa dan sejahtera.

Baru-baru ini Keadilan Sembrong dan DAP Kluang bersetuju untuk menyemak balik aduan penduduk kepada pihak berkuasa tempatan mengenai tebing sungai yang runtuh ini lokasinya bersebelahan SJK(Cina) Sri Lalang, Kluang.

Kami cuba membantu 2 orang YB sedia ada kerana kesibukan mereka menguruskan hal yang lain. Hari ini, bersama wartawan akhbar tempatan kami telah melawat tempat tersebut dan menemuramah penduduk mengenai masalah yang berlaku.

Kami bimbang jika tiada tindakan segera untuk membina semula penahan tebing, ianya bukan sahaja mengancam rumah yang berhampiran malahan boleh membahayakan nyawa penduduk.

Terima kasih kepada Tim Aduan Rakyat terdiri dari Mr Koo, Ketua Cabang Sembrong Sdr Yusof Ahmad, Sdr Aru Suresh, Sdr Liaw dan semua wartawan yang membuat liputan.

Nasihat kami, Jangan bertangguh! Jangan tunggu sampai rumah roboh dan nyawa melayang, anda setuju? - HB/RLB













No comments:

Post a Comment