Trafik

Saturday, October 10, 2015

Papantanda baru Keadilan Simpang Renggam

Sempena ceramah Pakatan Harapan di Pejabat Keadilan Simpang Renggam pada 10 Oktober 2015, pihak cabang telah menukar papantanda baru yang lebih menarik bersekali dengan logo Demi Rakyat Johor.

Al-maklum orang besar Pakatan Harapan akan turun seperti Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Keadilan YB Rafizi, YB Hanipa Maidin Amanah Sepang, YB Chin Tong Dap Kluang, YB Teo Ni Ching Dap Kulai, YB Manimaran Keadilan Kapar dan lain-lain.

Bila ada tamu mahu datang, kita bersihkan rumah kita, begitu juga dalam parti, jika ada pimpinan hadir, sebolehnya kita raikan dan tunjuk rasa hormat seperti dengan memastikan pejabat bersih, kemas dan siap tersusun atur meja mesyuarat bagi persiapan ceramah yang dihadiri wakil parti-parti dalam pakatan.

Diharapkan dengan bendera dan papantanda yang baru ini akan melonjakkan semangat ahli parti, aktivis serta penyokong untuk berusaha gigih memenangi hati pengundi dan berbakti untuk rakyat Bangsa Johor. Terima kasih dan tahniah khususnya kepada KC Cabang Simpang Renggam Sdr Ishak Sher Muhamad. HB

No comments:

Post a Comment