Trafik
Wednesday, July 16, 2014
UiTM bayar ganda dua kos kepada Konsesi Umno
KUALA LUMPUR 17 MAC: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyelenggaraan kepada syarikat pemegang konsesi, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya, perjanjian konsesi UITM menetapkan bayaran RM1.05 setiap kaki persegi di mana bayaran biasa hanya antara 50 sen hingga 60 sen sekaki.
“Ini bermakna, UiTM terpaksa membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyenggaraan di bawah penswastaan kepada syarikat pemegang konsesi berbanding dengan kos yang ditanggung sedia ada,” katanya.
Jelasnya, kelengkapan di beberapa kampus tidak dibina mengikut keperluan pengajaran menyebabkan Uitm terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membolehkan kampus digunakan.
tiada soket palam elektrik
“Ada dakwaan beberapa banggunan kampus UITM cawangan Jasin tidak mempunyai soket elektrik yang secukupnya. “Ini kerana tidak termasuk di dalam spesifikasi perjanjian konsesi sehingga menyukarkan ia digunakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar UITM,” katanya dalam satu sidang media di National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW).
Tambahnya lagi, perjanjian konsesi UITM itu turut mempunyai klausa pembayaran tetap (Availability Charges) seperti di dalam perjanjian konsesi penjana bebas(IPP) yang pernah menjadi kontroversi.
“Dengan adanya klause yang sama dalam konsesi UITM ini menimbulkan kebimbangan dari dalam UITM sendiri bahawa pembayaran tetap ini sudah tentu menjadi masalah dari segi kewangan,” ulasnya.
TPM
Kenyataan-kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dan Datuk Nur Jazlan Mohamad membayangkan mereka bersetuju penswastaan kampus UITM pada harga tinggi akan merugikan negara. Justeru itu, Rafizi juga mendesak agar kabinet mengambil nasihat kedua-dua mereka agar perjanjian konsesi UITM didedah kepada umum.
Katanya, ini untuk membuktikan konsesi UITM ini tidak merugikan UITM seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62155
Nota : Habislah tabung duit rakyat kalau buat projek Uitm macam ini, saya juga graduan ITM dulu, yang antara tujuan universiti ini ditubuhkan ialah nak tolong orang Melayu mendapat pendidikan kolej yang terbaik.
Dengan kos penyelenggaraan 2 kali ganda dari yang biasa itu nak bayar kepada kroni melayu, suku sakat dan ini ialah salah satu bentuk rasuah, tak kan nak salahkan orang Tionghua lagi. Ini penyelewengan yang amat ketara, minta buat laporan Polis dan SPRM, tangkap sahaja... itu pun kalau Polis berani berdepan dengan VVIP?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment