Trafik
Wednesday, July 2, 2014
Staf di bawah Menteri Pertahanan tidak berakhlak, memalukan Malaysia di bulan Ramadan
New Zealand : Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.
Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.
Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.
Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.
Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.
"Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, perlu digunapakai kepada Rizalman.
"Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika perlu," tambahnya.
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand.
Katanya, ia juga berkeyakinan penuh bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
"Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas tentang hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand," tambahnya. MK
Nota : Sudah serang cabut balik, apalah punya askar, kenapa pilih dia jadi PTD, ramai askar lain yang lebih komited...
Labels:
akhir zaman,
berpura-pura,
bohong,
Maksiat,
maruah,
media,
sembrong,
tentera,
zalim,
Zina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment