Trafik
Wednesday, July 9, 2014
Bubur Bazaar Ramadan Beracun, Jangan fikir untung sahaja
Tanjung Karang: Lima lagi mangsa keracunan makanan akibat makan sajian dijual di bazar Ramadan dilaporkan di negeri ini menjadikan ia kes kedua dalam tempoh kira-kira 10 hari selepas kes pertama dilaporkan hari pertama Ramadan lalu.
Selepas kejadian menimpa sebuah keluarga di Taman Sri Muda, Shah Alam kini giliran dua keluarga di daerah ini menerima nasib sama, namun akibat juadah berbeza kerana kali ini punca kejadian dipercayai akibat bubur lambuk.
Kelima-lima mangsa iaitu empat kanak-kanak dan seorang dewasa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati bubur lambuk yang dibeli di pasar Ramadan, di sini, petang kelmarin.
Akibatnya, mereka dirawat di Hospital Tanjung Karang (HTK) selepas muntah-muntah sehingga tidak bermaya selain mengalami kekurangan air dalam badan. Pengarah HTK, Dr Mohd Zamri Saim, mengesahkan pihaknya sedang merawat lima pesakit yang dipercayai mengalami keracunan makanan dan sedang melakukan pemantauan dengan meletakkan pesakit di wad berisiko sederhana bagi memastikan mereka tidak mengalami masalahkekurangan air dalam badan.
“Mereka kini stabil dan akan mendapatkan sampel makanan yang disyaki untuk diuji. “Kita juga memaklumkan perkara ini kepada Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kuala Selangor dan sudah dimaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada mangsa bagi mengesahkan punca keracunan makanan,” katanya.
Sementara itu, bapa seorang daripada mangsa, Azmi Abdul Azis, 33, yang menetap di Taman Raja Musa, di sini berkata, dia tidak menyangka bubur lambuk yang dibeli untuk dua orang anaknya, Muhammad Zul Rayyan Nazmi yang berusia dua tahun dan Nurzulaikha Qystina, yang berusia lima tahun menyebabkan anaknya itu muntah-muntah dan mengalami cirit-birit hingga dikejarkan ke wad kecemasan HTK jam 1 pagi, semalam berkemungkinan mengalamin dihidrasi atau kekurangan air dalam badan.-Metro
Nota : Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan kepada semua peniaga dan pengurusan Bazaar:
1. Kebersihan mestilah dijaga, geli kadang kita nak beli jika penjual berbaju comot, tidak memakai apron, kuku panjang lagi hitam, tangan berkudis dan luka-luka, tak pakai kasut, tak pakai tudung, rambut mengerbang.
Baju sendat nampak ketiak berpeluh, bau hapak tak mandi, muka tak cuci tak ada cahaya sebab tak solat, kawasan bersepah dan bersampah dan macam-macam lagi. Akhinya bila makan sakit perut. Patutlah Azwan Ali serik nak beli di Bazar sehingga dia menngumpamakan seperti makanan sampah.
2. Bazaar Ramadan lesen orang lain yang jual orang lain yang. Dapat untung atas angin, orang yang ke2 peduli apa, yang penting untung sebab dah beli lesen atas tangan dengan harga yang berlipat ganda. Akibatnya untuk cover kos terpaksa menjual barangan yang rosak.
3. Biasanya penganjur Bazar yang rasuah, dari memilih kedudukan petak niaga sampai peringkat jual tapak atas angin ini semua kerja mereka, nak untung besar jual dengan PATI yang sanggup bayar berapa saja asal dapat tempat berniaga.
Bagaimanapun masih ramai peniaga yang menjaga kebersihan, berbahasa sopan dan bersolat. Moga rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan dan laris jualan. Utamakan kebersihan, Maaf Zahir Batin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment