Trafik

Tuesday, July 8, 2014

Dulu Halau Masuk Bazaar, Sekarang Simbah Cat Ala Samseng



Kluang : Pegawai Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Kluang Sheikh Omar Ali Bagharib hari ini membuat laporan polis kerana bahagian pintu depan kereta jenis Hyundai miliknya disimbah cat merah.

Dalam laporan polisnya, Sheikh Omar berkata beliau tidak mengetahui pihak yang terlibat menyimbah cat merah itu ke pintu kereta ungunya dan membuat laporan polis kerana bimbang sesuatu berlaku terhadap dirinya, keluarga dan harta benda miliknya.

Menurut bekas aktivis siswa itu lagi, beliau dimaklumkan mengenai insiden itu oleh ibunya kira-kira 7.30 pagi tadi dan membuat laporan polis sejurus selepas itu. Dalam kenyataannya pula, Sheikh Omar (gambar sebelah, kiri) berkata beliau tidak mengetahui motif tindakan itu dibuat dan mengesyaki mempunyai kaitan dengan insiden rombongan pusat khidmat itu yang diketuai MP Kluang Liew Chin Tong dihalau keluar dari bazar Ramadan di Kluang minggu lalu.

"Sepanjang hampir 30 tahun saya membesar dan berulang alik ke rumah orang tua saya di Taman Indah Jaya Kluang ini, inilah kali pertama kejadian seperti ini berlaku," katanya. Bekas pemimpin pelajar - yang kembali ke Kluang selepas menetap di ibu negara selama 10 tahun - turut menyuarakan kebimbangan mengenai kerukunan di kampungnya susulan kejadian tersebut.

"Sekarang saya rasa serabut... Saya bimbang dengan kerukunan di kampung ini (selepas insiden ini). Keluarga saya tidak masalah dengan sesiapa pun," katanya dihubungi Malaysiakini kemudiannya petang ini. Pada 30 Jun lalu, mereka mengadakan ziarah di bazar Ramadan di Bandar Kluang sambil mengedarkan kurma kepada pengunjung tetapi dihalau keluar oleh petugas keselamatan bazar kerana didakwa tidak memiliki surat kebenaran.

 Beberapa hari kemudian, Ketua Pemuda Umno Kluang telah meminta maaf dan menyatakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku dan mengajak mereka turut serta dalam ziarah di bazar itu.MK

Nota : Pelik, tak kan pasal bazar ramadan temphari pun dendam sampai simbah cat. Ini cara ala kongsi gelap nak ugut. Saya mengenali keluarga Pak Ali atau Cikgu Ali yang sudah bersara guru bahasa Inggeris sudah lama, memang dari kalangan keluarga orang baik-baik.

Kepada orang yang melakukan onar yang bersikap macam orang tidak puasa, sepatutnya banyak mohon ampun pada Allah SWT bukan cari gaduh. Nanti pihak berkenaan jangan marah jika orang ramai pilih bazaar lain yang banyak di tempat lain, juga pilih kedai kain baju di kawasan lain yang ada di merata Kluang, macam bagus sangat dah lah sesak, susah nak pakir, sempit, berlaga punggung lepastu dapat penganjur pula yang tidak berakhlak.

No comments:

Post a Comment