Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada Ramadan.
Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.
Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam.
Nota : Penduduk Xinjiang juga disebut sebagai wilayah baru jajahan negara China, penduduknya berketurunan dan berbahasa Turki, berbadan besar, tinggi, bulu roma yang lebat, hidung mancung dan langsung tidak ada kaitan dengan darah keturunan China.
Mungkin semangat assobiyah / rasis mereka yang tebal lalu menjadikan penduduk xinjiang ini kambing hitam dan menakut-nakutkan rakyat China yang lain mengenai ancaman orang Islam ini.
Apakah ini lagi satu senjata kapitalis barat nak melemahkan cengkaman ekonomi China yang semakin melata dan berkembang pesat. Minta Wisma Putra desak China buat penjelasan pun rasanya kerajann Najib bimbang juga sebab kes MH370 tidak selesai lagi.
No comments:
Post a Comment