Trafik

Tuesday, July 15, 2014

Ubahsuai Mercun Bola Membawa Petaka

eeeiii,tak0t nyer.itu lh akibat.sesal dahulu pendapatan,sesal ...

Kuala Terengganu: Seorang pelajar tingkatan tiga melecur di muka dan dada selepas terkena belerang 80 biji mercun bola di Kampung Kuala Bekah, di sini, Sabtu lalu.

 Dalam kejadian jam 6 petang itu mangsa, Mohamad Sharil Ismail, 15, dan lima rakannya berpakat mengeluarkan belerang mercun bola berkenaan sebelum menanamnya di dalam lubang pasir. Sebaik menimbus, remaja itu meletakkan surat khabar di atas timbunan pasir berkenaan untuk dijadikan ‘sumbu’. 

Bagaimanapun, uji kaji itu akhirnya membawa padah apabila dia tidak sempat melarikan diri ketika menyalakan ‘sumbu’ mercun berkenaan. Bapa mangsa Ismail Hassan, 59, berkata, anak bongsu daripada tujuh beradik itu cedera serius di muka, dada dan mata akibat letupan kuat mercun terbabit.

kecederaan serius

 “Ketika kejadian saya di Pengkalan Chepa, Kelantan berbuka puasa di rumah anak kedua dan bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian menimpa anak bongsu,” katanya ketika ditemui di Wad Kebakaran dan Mata HSNZ di sini, semalam.

 Menurutnya, anaknya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, oleh ahli keluarganya berikutan kecederaan serius dialaminya. “Mohamad Sharil ditahan di wad untuk berjumpa doktor pakar mata dan setakat ini penglihatannya terjejas teruk akibat terkena letupan berkenaan.

 “Anak memberitahu penglihatannya menjadi kabur dan saya tidak tahu sama ada ia memberi kesan atau tidak kepada matanya kelak. “Sebelum ini berbuih mulut saya pesan kepada Mohamad Sharil supaya tidak bermain mercun, namun tidak diendahkannya dan tidak menduga dia bermain ketika saya tiada,” katanya.-Metro

Nota : Dulu masa kecil ingat lagi main meriam besi silinder di kampung, bahan asas yang digunakan ialah karbaid (karbida). Ia ada dijual dikedai-kedai runcit terpilih.

Alhamdulillah pada masa itu tiada kedengaran kes yang cedera dan terbukti selamat diguna pakai . Ia menjadi penanda bunyi kerana letupannya yang berirama disebabkan oleh masing-masing berlawan dengan kampung sebelah mana yang lebih kuat, mana yang lebih nyaring dan mana yang lebih berguruh. Memori ini sentiasa diingati terutama bila tiba bulan Ramadan khususnya setiap kali masuk baktu berbuka dan sahur.

Penyedudupan, pengedaran dan rangkaian jualan mercun dari negara siam  yang terlarang ini  mesti dikawal. Kempen kesedaran boleh dilaksanakan di sekolah dan Ibubapa harap pantau anak-anak masing-masing, ini soal maruah sebab tidak ada kes begini dalam sambutan tahun baru dan perayaan cahaya mahupun hari natal. Salam Lailatul Qadr .Maaf Zahir batin.


No comments:

Post a Comment