Trafik
Monday, July 21, 2014
Kak Wan calon MB Selangor
PJ : PKR mencapai keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam tadi.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
"Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan Pakatan," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.
Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu menteri besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Dr Wan Azizah sebagai calonnya. "Jadi konsensus tadi ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat.
isu-isu
"Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya. Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing. "Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada Pakatan," katanya.
Anwar memberi pujian kepada pentadbiran Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan. "Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya.
Menurut Anwar, pertemuan malam ini juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor. "Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain. "Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya.
Isu menteri besar Selangor panas sejak selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dan tidak selesai sehingga kini. Daripada isu kalimah Allah, isu Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kontroversi Lebuhraya Kinrara-Damansara dan pertembungan politik dalaman PKR mengganggu pentadbiran negeri terkaya itu.
pengganti
Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik menteri besar untuk penggal kedua. Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baru. Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut, bagaimanapun pembangkang Barisan Nasional (BN) mengkritik usaha tersebut.
Anwar pada sidang media itu juga berkata tidak kisah mengenai kritikan susulan keputusan tersebut. "Itu adalah perkara biasa kritikan yang diterima," katanya. Menurut Anwar perkara itu akan diselesaikan secepat mungkin.
Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13. Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya lapor The Malaysian Insider- Sumber ASD
Nota : Tarikhnya untuk perubahan teraju Selangor tersebut masih belum diumumkan lagi, mingkin lepas raya atau hujung tahun, ataupun tahun hadapan, wallahua'alam, kami doakan ia berjalan lancar dan negeri Selangor bertambah sejahtera.
Labels:
Bersih,
datin seri wan azizah,
DSAI,
Erdogan,
Kak Wan,
maruah,
Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment