Trafik

Friday, July 11, 2014

Lagi Pemuda Umno Cari Gaduh Di Bazar Ramadan





Arau : Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menumbuk muka seorang peniaga di bazar Ramadan Arau. MPK bagaimanapun menafikannya.

Menurut versi Syed Atif, tumbukan itu dilayangkan apabila peniaga yang kecewa barangnya diangkut bertempik menggelar penguatkuasa sebagai “kejam dan tidak bertimbang rasa”. Penguatkuasa itu dikatakan datang ke bazar Ramadan pada Ahad untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak membayar sewa tapak.

Selepas tumbukan itu, Syed Atif mendakwa, orang ramai yang marah kemudian melontar kenderaan MPK dengan tembikai. Syed Atif berkata, beliau meminta pegawai MPK itu supaya menggunakan budi bicara kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dijadual melawat bazar itu. 

tunjuk jantan

Dihubungi Malaysiakini hari ini, jurucakap MPK berkata, kejadian itu tidak pun berlaku. “Pegawai kami tak ada menumbuk siapa-siapa. "Dia buat tohmahan ini untuk tunjuk kuasa dia dan kejantanan dia sebagai ketua Pemuda Umno Perlis,” katanya.

Menurut jurucakap yang enggan dinamakan itu, Syed Atif sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu. Jurucakap itu juga mendakwa pemimpin Umno itu sebenarnya cuba membuat provokasi dengan mengeluarkan tembikai itu daripada trak MPK. Ekoran itu dakwanya orang ramai menendang trak sehingga menyebabkan kerosakan.

Jurucakap itu juga menjelaskan, tindakan merampas barang-barang peniaga itu juga diambil setelah mengeluarkan amaran empat hari sebelum itu. Berhubung lawatan Shahidan, jurucakap itu berkata, pegawai mereka tidak tahu bahawa bekas menteri besar itu akan datang.

Akibat kejadian itu, Syed Ali ditahan apabila beliau pergi ke ibu pejabat polis daerah di Arau untuk kenyataannya dirakamkan. Beliau dituduh mengganggu tugas penjawat awam. MK

Nota : Ramai yang tidak dapat menahan sabar dan tidak mampu mengawal emosi di bulan Ramadan ini. Sepatutnya sebagai ketua, dia menunjukkan contoh yang baik kepada anak buah dan masyarakat, ini tidak, sikap dan kerekter macam samseng yang tak puasa.. buat malu keturunan syed dan habib sahaja...

No comments:

Post a Comment