Awas, nak tikam siapa keris tu?, takut nanti tertikam diri sendiri...
UMNO sebenarnya penghakis hak orang Melayu dalam tempoh 50 tahun lebih
memerintah Malaysia, buktinya :
1. Melemahkan institusi
raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan meminda
perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan wujud campur tangan dalam
sistem kehakiman.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum
rakyat Terengganu yang majoriti rakyatnya orang Melayu.
4.
Memperkenalkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI); menghapuskan bahasa Melayu dan tulisan jawi.
5.
Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar
agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi;
mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7.
Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu
sedangkan di dalam perlembagaan jelas memperuntukkannya.
8.
Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan
majoriti orang Melayu. Akhirnya bilangan parlimen majoriti tidak
bertambah.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang
majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang
mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.
11. Menyenaraiawamkan
syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji
dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh
memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan
syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie
dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu
daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik
kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu
murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang
Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. Tanah orang melayu semakin
kecil saiznya.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan
Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di
negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan
Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan
Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu
Bumiputra.
18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu
ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang
didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.
19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak
tahun 2004.
20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas
kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak
bermoral pada Februari 2009.
No comments:
Post a Comment