Trafik

Monday, March 4, 2013

Tuduhan Jahat Utusan Msia, TV3 berdepan Saman RM200juta


Suratkhabar Utusan Melayu Malaysia Bhd (Utusan) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) digesa menarik balik dakwaan tidak berasas berkaitan pencerobohan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam.

Ia berkenaan dakwaan Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan” dan di muka surat 10 bertajuk “Tiga Kumpulan jadi dalang,” itu cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan Utusan itu dilaporkan semula oleh TV3 di dalam siaran siaran berita Buletin Utama pada Mac 2.

Peguam, N Surendran berkata, jika pihak Utusan dan TV3 tidak memberikan sebarang respon dan meminta maaf, pihaknya akan memfailkan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap mereka.

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat.

“Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka,” kata Surendran dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegas beliau.

Kata beliau, Anwar Ibrahim memandang serius tuduhan yang dilemparkan kerana ia merupakan serangan peribadi jahat dan percubaan untuk mengeluarkan fakta palsu kejadian pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu.

“Ini amat serius kerana melibatkan keselamatan negara kerana mengelurkan kenyataan palsu berhubung isu itu,” kata Surendran.

Turut hadir sama dalam sidang media itu peguam Latheefa Koya.


Anwar: Siasatan hanya cubaan Najib tutup kegagalan sendiri


PETALING JAYA, 4 Mac – Arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menyiasat penglibatan pembangkang dalam insiden keganasan di Lahad Datu adalah cubaan untuk menutup kelemahan pentadbiran Najib menangani isu pencerobohan yang menyaksikan lapan anggota polis Malaysia terkorban, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, keganasan di Sabah telah berlarutan selama 23 hari, namun Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih lagi gagal untuk mencari jalan penyelesaian terhadap situasi tersebut.

"Sebaliknya, perdana menteri itu dengan tidak bertanggungjawab cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan pentadbirannya," kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Kami menegaskan Anwar Ibrahim tidak terlibat dengan pencerobohan dan keganasan di Sabah, atau menjadi punca kepada berlakunya insiden tersebut,"
katanya, ketika membacakan kenyataan medianya.

Najib sebelum ini dalam lawatannya ke Perlis telah mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Justeru, Anwar turut menggesa Putrajaya untuk segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini demi mendapatkan gambaran sebenar di Sabah.

"Kita juga berhasrat mengadakan satu sidang Meja Bulat antara kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan kepimpinan kerajaan dalam usaha mencapai muafakat bersama," katanya lagi.

"Isu ini juga tidak dijadikan arena tuduh menuduh, dan kepimpinan negara seharusnya memberi tumpuan kepada keselamatan negara serta tidak mengalih perhatian rakyat dari kelemahan mereka,"
tegas Anwar.

PR juga jelas Anwar menggesa rakyat agar memberikan keyakinan teguh kepada pasukan keselamatan, dan menggesa kerajaan agar tidak melibatkan campurtangan politik dalan menangani perkara itu.

"Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan professional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Insiden keganasan di Sabah setakat ini telah menyebabkan kematian lapan anggota pasukan keselamatan Malaysia, 20 militan Filipina maut, tiga militan telah ditangkap dalam kejadian yang berlaku di tiga lokasi berasingan.

Pasukan tentera juga telah menghantar dua batalion tentera tambahan bagi membantu pihak berkuasa mengawal keadaan di sana.

Najib sebelum ini juga turut menyuarakan rasa hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.

“Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.

“Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita,” katanya kepada pemberita.

Media Filipina The Phillipine Inquirer, sebelum ini, melaporkan berdasarkan sumber risikan Filipina, mereka mendapati ada pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar menemui kumpulan penceroboh berkenaan yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu yang menuntut hak ke atas Sabah.

Reuters juga, pada 14 Februari lalu, mengatakan ada kaitan pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan di Sabah itu.

Stesen televisyen swasta, TV3, dan akhbar Umno, Utusan Malaysia edisi mingguan mereka turut melaporkan kaitan antara Anwar dengan militan tersebut.

Sehubungan itu, Anwar melalui peguamnya Latheefa Koya telah meneliti kenyataan berkenaan, dan menuntut kedua-dua syarikat media berkenaan-TV3 dan Utusan Malaysia- membuat permohonan maaf kerana menyiarkan laporan berita sedemikian.

Sekiranya mereka masih gagal memohon maaf, Anwar tidak teragak-agak akan mengambil tindakan saman terhadap stesen televisyen dan syarikat akhbar tersebut.
TMI

No comments:

Post a Comment