Trafik

Sunday, March 17, 2013

Penyanyi Undergraund Trash Metal Tolak BN

FTG Gambar Lama
  
FTG otai Rock Kapak Terpelajar

Penyanyi rock terharu serah borang PAS

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.

Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.

"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.

"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.

"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.

"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.

"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.

"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.

Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.

"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.

Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.

FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.

FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’. -HD
 

Freedom That's Gone - FTG

Pertama kali FTG keluar full album berbahasa melayu tajuk dia Aku Tak Peduli. Masa ni aku dalam tingkatan 2. Tahun 1998. Jadi untuk melengkapkan hajat tu, aku tak makan beberapa hari dekat sekolah. Dan bila kaset tu dah dekat tangan memang habis hati la. Cover album ni macam bata-bata dinding dengan tulisan FTG tu ala-ala macam besi sikit.

Album ni dari segi penulisan lirik, kebanyakannya menyatakan betapa bencinya dia org pada perempuan. Perempuan dalam album ni di angap macam menyusahkan, kaki kikis gaji, dan perasan cantik. Lagu yang terang-terang sekali tak suka perempuan tajuknya Mana Tahan dan Rozanna. Tapi lagu yang paling aku suka sekali dalam album tu, lagu ASKAR. Mungkin sebab waktu tu aku agak suka pada lagu yang speed dan keras.

Time ni brader-brader rock yang lagi otai cakap selera aku teruk. Tapi aku pedulik hapa. Dah aku suka, nak buat macam mana. Jadi bila dah terlampu suka, asal nyanyi je aku buat vokal ala-ala Tajul FTG. Perh! Memang ganas habis la masa tu.

Sebelum ni, FTG fokus pada album berbahasa Inggeris. Tapi mungkin faktor market masa tu membuatkan mereka ubah pelan dan strategi. Kebanyakan kumpulan trash, metal dan heavy lain pun melakukan perkara yang sama. Dan selepas itu kumpulan ini makin dikenali. Cuma dari segi ekslusif mereka sudah agak sikit menurun. Ini komen dari kebanyakan peminat mereka.

Tapi dari sudut yang lain, kalau dilihat sebagai positifnya, mereka makin mencipta pengaruh dan mempunyai bilangan pembeli album yang bertambah. Soal cakap-cakap belakang pasal tak true underground boleh tolak tepi je sebenarnya. Sebab dalam keadaan yang lain mereka perlu cari makan. Dan kalau nak harap scene underground tanpa buat kerja lain, itu agak bunuh diri sebenarnya.
Sebelum keluar dengan album Aku Tak Pedulik ni, FTG sebelumnya keluar album To The Front pada tahun 1996. Spirit To The Rebel, 1994. After The Promise, 1992. Dan yang pertama sekali dia orang keluarkan EP Fredom That's Gone pada 1991.

Album Made In Malaysia merupakan album terakhir yang aku beli. Album seterusnya Live At Metal Wars, FTG, Reborn, Stop That Madness dan Kuasa gagal aku dapatkan. Antara punca, selepas tahun 1998 aku mula duduk di asrama. Corak kehidupan di situ berubah sama sekali.

Tak ada radio, jeans diharamkan, kaset dirampas, lagu rock itu syaitan dan diperkenalkan pula dengan lagu-lagu nasyid oleh rakan sebaya. Hingga akhirnya aku dengar habis satu album Sumayyah dari Hijjaz.

Cuma pada 2001, selepas keluar dari asrama. Aku cuba-cuba balik dan beli album kompilasi Sill Khannaz VS FTG.



K/K : Entry lepas ni aku nak up Kashmir Stone pulak.

 

No comments:

Post a Comment