Trafik

Sunday, March 24, 2013

Jelajah PR Dun Kahang Berjaya



Kelihatan pengurus restoren sendiri yang mengambil pesanan makanan dan minuman dari kami semasa Pengarah Program sedang memberi taklimat penutup.

Kluang : Sebanyak 13 kenderan termasuk jenis pacuan 4 roda telah menjalankan misi jelajah santai, semacam xpdc secara konvoi ke seluruh Dun Kahang.

Majlis bermula 9.30 pagi dilancarkan oleh Sdr Onn Abu Bakar, Penyelaras Parlimen Sembrong. Konvoi bergerak ke Sg Sayong berjumpa masyarakat Tionghua di sana. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Jelajah diteruskan ke Tmn Sri Lambak untuk bersarapan di Restoren AnZ sambil mendengar ceramah kempen. Apa yang menyedihkan ruang parkir disekat untuk kegunaan Aotoshow Majlis Kempen Astro tajaan Umnobn ini telah menyusahkan pengguna yang terpaksa parkir jauh apabila hendak menjalankan berbagai urusan di deretan bangunan kadai di situ.

Jelajah diteruskan ke Felda Ulu Pengeli. Adegan menarik Felda Ulu Belitong di mana terdapat ketua blok yang mabuk memarahi rombongan kami yang menziarahi seorang balu peneroka yang uzur sakit bertindak di luar kawalan dengan mengoyakkan risalah yang kami bawa. Ada ke akta yang menghalang kita menziarahi orang sakit?

Solat Zohor berjamaah di Masjid Felda Bukit Tongkat yang cantik, rakan yang bukan Islam dari kaum India dan Tionghua sabar menunggu di luar Masjid sambil rehat dan berbual-bual.

Makan tengahari yang menyelerakan di Felda Kahang Barat dan konvoi diiringi dengan 10 buah pemuda bermotosikal yang bersemangat ke beberapa buah rumah penduduk yang susah seperti ibu tunggal, anak istimewa yang sakit serta warga emas yang uzur.

Kami singgah di Felda Kahang Timur untuk solat Asar di sana dan terus ke Felda Ulu Dengar, dalam perjalanan ada 3 buah kenderaan yang tertinggal termasuk kenderaan Ketua Cabang Sdr Yusof dan Pengarah Program Sdr Naquib. Kesilapan ini menjadi pengajaran kepada kami supaya dalam berkelana macam ini kena selalu ingat kawan di belakang, jangan asyik nak cepat sahaja.

Kami singgah di Pekan Kahang untuk jamuan penutup di Restoren Kak Esah (mamak) bersebelahan Bilik Gerakan Mca Kahang dan sempat berbual dan bertemu aktivis DAP, PKR dan orang Umno yang mengunjungi restoren tersebut.

Solat maghrib di Surau Kg Contoh sempat bertemu penduduk yang mengalami masalah permohonan tanah dan konvoi berakhir di Taman Puteri (kawasan pendatang asing) meninjau status pengundi di situ di sebuah kedai makan Melayu yang turut disertai bersama Sdr Shanker dari DAP Paloh.

Saya terpaksa balik kerana ada urusan di T6 selepas Isyak. Secara keseluruhan siri jelajah ini sangat baik dan akan diteruskan kerana:
  1. Mengeratkan hubungan sesama petugas, calon dan sukarelawan tak kira bangsa, agama dan warna kulit
  2. Dapat bertemu pengundi sasaran dan memahami masalah yang membelengu mereka yang mesti kita bantu menyelesaikannya
  3. Memahami sikap sebenar sesama kita dalam Islam disebut 'Taaruf' samada kita ni jenis santai (cool), kelam kabut, sambil lewa, keras atau jenis penakut.
RSB nantikan gambar upload

No comments:

Post a Comment