KUALA
LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan
kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad
Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.
Setiausaha Dewan
Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di
pentas expresi tersebut.
Mohd Fakhrurrazi
Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan
mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu
perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan
syariat-Nya.
Selain Mohd
Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul
Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris
Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan
Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)
Pilihan raya
Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan
dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan
Memimpin Perubahan.
Insya Allah
seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan
kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama
Haraki di tapak program yang sama.
Gunung Semanggol manjadi saksi
No comments:
Post a Comment