Trafik
Sunday, March 10, 2013
Jom Menyumbang Kepada Tabung Prihatin Rakyat Sabah
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melancarkan tabung kemanusiaan, khusus bagi memenuhi keperluan penduduk yang terjejas ekoran krisis di Lahad Datu.
Ketua Pemudanya, Lahirul Latigu, berkata dengan penubuhan tabung berkenaan, segala keperluan dapat disalurkan PAS Sabah kepada penduduk yang kini ditempatkan di pusat-pusat sementara.
Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Lahirul berkata pihaknya juga dalam rangka untuk menziarahi penduduk di pusat sementara itu dan menghulurkan bantuan.
"Kami juga bercadang akan ke sana. Buat masa sekarang, kami sedang mendapatkan info berkaitan keperluan yang mereka perlukan lagi, selain bantuan yang sudah mereka terima sebelum ini," tegas beliau.
Bagaimanapun, kata Lahirul, beberapa pimpinan PAS Lahad Datu sudahpun mula turun menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan memandangkan krisis tersebut masih berlanjutan.
Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Dewan Pemuda PAS Sabah, di nombor akaun 560232000360.
RSB : Ini satu inisiatif terbaik kepada rakyat Sabah yang berada seperti dalam zon perang. Kita bukan memusuhi orang sulu yang sesama muslim dan kita hargai peranan angggota keselamatan yang menjalankan tugas di sana. Doa dan Solat hajat untuk mereka semua....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment