"We are fighting for a
society where people will cease thinking in terms of colour." (8
Mac 1993) - Mendiang Nelson Mandela (bawah)
Pada November yang lalu, bekas naib canselor Universiti
Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata di Persidangan Asia Barat dan
Afrika, di Kuala Lumpur, bahawa isu perkauman digunakan oleh sesetengah
ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan
pemimpin terbabit.
Beliau juga berkata
isu perkauman dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak
mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
Saya tertarik dengan kata-kata beliau memandangkan
di Malaysia terdapat satu gabungan parti politik yang masih mengamalkan
politik perkauman dan gabungan ini berada di posisi di mana rasuah boleh
berlaku secara berleluasa.
Apabila seorang
cendekiawan memberi komen sedemikian, kita pastinya tertanya-tanya
apakah yang beliau tahu, dan ingin mengetahui secara lanjut apa yang
dimaksudkan oleh Ghauth?
Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini?
Topeng-topeng rasuah
Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini?
Topeng-topeng rasuah
Ghauth
(bawah) juga berkata: "Jika negara dipenuhi dengan pemimpin
rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan
bagi menarik perhatian."
Adakah dengan terus
mempromosikan sifat perkauman yang semakin menebal, semakin tersoroklah
kegiatan rasuah yang berleluasa?
Sekiranya ini benar,
apa-apa gabungan politik yang masih berteraskan politik perkauman
seharusnya dihentikan dan tidak lagi relevan kerana ia hanya melindungi
kepentingan sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai topeng untuk
melindungi kegiatan rasuah.
Dan mereka bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, sebaliknya menghancurkan negara kita yang tercinta ini.
Dan mereka bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, sebaliknya menghancurkan negara kita yang tercinta ini.
Kita
terpaksa akui bahawa masalah perkauman sememangnya wujud di Malaysia,
tetapi apa yang menyedihkan, kita masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang
menyokong isu tersebut dan bukannya membantu menyelesaikannya.
Adakah dengan masih wujudnya sifat perkauman di Malaysia
ini, yang dipraktikkan oleh sesetengah ahli politik dan pemimpin negara
sendiri, menyumbang kepada kemerosotan Malaysia dalam Indeks Persepsi
Rasuah 2013 Transparency International yang diterbitkan beberapa hari
yang lalu?
Indeks ini merupakan satu peringatan kepada salah guna kuasa, perundingan rahsia dan kegiatan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.
Resipi kehancuran
Malaysia berada di tangga ke-53 dengan markah 50, di mana markah 100 menunjukkan paling bersih dan 0 menunjukkan tahap korupsi tertinggi.
Singapura berada di tangga ke-5 dengan markah 86, Hong Kong di tangga ke-15 dengan markah 75, Taiwan dan Israel di tangga ke-36 dengan masing-masing markah 61.

Rakyat Malaysia tidak harus lagi tertipu
dengan agenda perkauman yang hanya akan membawa kepada kehancuran negara
kerana pejuang-pejuang perkauman ini hanya melindungi kepentingan
mereka bukannya memperkasakan sesuatu kaum itu sendiri.
Sekiranya perlu lagi
contoh sikap perkauman yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak di sebuah
parti politik, boleh lihat sahaja di mana seorang perwakilan Umno
meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan Salam 1Malaysia kerana kaum
lain gagal membantu Umno negerinya.
Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (kanan) menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden, semalam.
Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (kanan) menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden, semalam.
Ghauth Jasmon berkata:
"Jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi
kehancuran."
Saya juga percaya jika negara
berbilang kaum ini dipenuhi ahli politik dan pemimpin yang bersifat
perkauman, ia juga satu resipi kehancuran.
Sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak politik perkauman dan perlu
sama-sama bersatu membina impian Malaysia dan bukannya hanya melihat
kepada perbezaan warna kulit atau mencari sebab untuk membenci satu sama
lain.
Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.
Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.
DYANA SOFYA MOHD DAUD setiausaha politik kepada ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
No comments:
Post a Comment