Trafik

Tuesday, February 11, 2014

Kontrak Besar Mahu Tapi Kerja Macam Sampah : Hospital

Beberapa hospital di Selangor terpaksa berhadapan dengan masalah longgokan sampah dan tandas yang kotor sejak seminggu.

Tinjauan wartawan Malaysiakini di Hospital Selayang hari ini, susulan aduan orang ramai, mendapati ia berpunca dari pertukaran pekerja oleh syarikat kontraktor pembersihan, Radicare.

Wartawan mendapati sampah di setiap tong sampah telah melimpah keluar manakala tandas juga tidak bersih dan dikotori dengan kertas tisu basah.

Seorang kakitangan hospital, yang enggan namanya disiarkan, memohon maaf kepada wartawan atas masalah dan menjelaskan bahawa pihak hospital telah cuba untuk menjaga kebersihan kawasan masing-masing.

"Itu sahaja yang dapat kita lakukan sejak pekerja pembersihan tidak datang dalam seminggu ini," kata seorang jururawat.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Malaysiakini sehari kemudian, Radicare mengesahkan bahawa lima hospital terjejas akibat kekangan dalam mendapatkan pembersih selepas ia beralih kontraktor dari Harta Maintenance Sdn Bhd kepada Alam Bersih Sdn Bhd

Oleh kerana peningkatan tekanan kos, Radicare telah mengeluarkan tender terbuka pada 2013 dan Alam Bersih telah dianugerahkan kontrak bagi kerja pembersihan untuk sembilan hospital di Selangor, kata Pengurus Kkomunikasi Korporat Radicare, Nurul Huda Arifin melalui emel.

Selepas masalah tersebut timbul, Harta Maintenance telah diteruskan semula, katanya, tetapi syarikat itu "menghadapi kesukaran untuk menyediakan dengan segera tenaga kerja yang mencukupi untuk membersihkan hospital.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pada hari Jumaat lepas.

"Ia telah dibawa ke pengetahuan saya bahawa pada tahun 2014, Radicare yang telah lama dikontrakkan untuk membersihkan semua hospital, telah mengurangkan tenaga pekerja. Dari 120 pekerja, kini hanya 20 orang sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Jayakumar juga berkata selain Hospital Selayang, tiga lagi hospital masing-masing di Sungai Buloh, Kajang dan Rawang turut terjejas ekoran masalah kekurangan pekerja syarikat kontraktor tersebut.

Menurut beliau, Radicare mempunyai kontrak bersama lapan hospital utama di Selangor untuk menyediakan penjagaan pengurusan hospital bukan klinikal bersepadu kepada Kementerian Kesihatan sejak 1997.

Kontrak ini secara keseluruhannya bernilai hampir RM200 juta setahun.

Kakitangan di Hospital Selayang turut membangkitkan bahawa kurang dari 12 orang tukang cuci muncul untuk menjalankan tugas mereka pada minggu pertama kali ini.

Jumlah itu amat kecil berbanding beratus-ratus orang pekerja yang sering membuat penyelengaraan kerap mengekalkan kebersihan 960 katil hospital.

Kakitangan juga disarankan supaya bersabar kerana ia merupakan masalah sementara kerana Radicare telah beralih kontraktor dari Harta Maintenance Sdn Bhd ke Alam Bersih Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment