Seorang petugas media yang merakamkan
insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT)
dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor malam
semalam, diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.
Astro Arena malam
semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi
belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".
Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di
laman Facebook Media Soccer News menunjukkan ugutan itu
dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang
hanya berlaku beberapa saat.
Sebelum pergaduhan
tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri
dan keluar daripada bingkai lensa kamera.
Kamera itu kemudiannya turut menggerakkan ke kiri bagi merakam kekecohan
dan pergaduhan itu tetapi tidak jelas siapa yang mengasari siapa.
Tiba-tiba kemudiannya lensa kamera bergerak ke kanan menunjukkan lelaki
berjambang itu beredar dengan dikelilingi beberapa lelaki lain.
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment